MISS NUFFNANG

Tuesday, November 29, 2011

Lain Dari Yang Lain di Kenduri Kahwin

Cuti hujung minggu bersambung dengan cuti sempena Awal Muharram atau Maal Hijrah. Ada 2 jemputan kenduri kahwin yang I dan hubby terima. Tapi oleh kerana jauh sangat ( kat Batu Pahat sana..) maka kami hanya pergi kenduri kahwin anak sulung kawan hubby kat Seremban.




Love is like a butterfly.....  I likeee...
 


Ada 2 perkara unik yang I temui kat kenduri ni.


CK mesti nak bergambar kat pelamin ni...

Ni benda unik yang pertama. Ada gerai cendol... terasa macam pergi open house raya pulak. Orang yang handle gerai cendol tu siap berkemeja kotak kotak dan songkok tinggi...hehehe..macam zaman 50-an kann...

Gerai cendol ...Kelasss


Orang ramai mengerumuni gerai cendol... cuaca tengah panas, sedap pekena cendol..

Tu diaaa...siap no. telepon untuk dihubungi... Cendul Kg Jiboi Baru, Seremban, N9


Dengan kawan sekerja hubby...

CK sedang menikmati kerepek pisang yang ada di atas meja. Aiii...macam pergi beraya pulak ye CK...




Siap ada 2 sangkar burung....romantis sekali !




Benda unik yang kedua, cenderamata untuk tetamu..



Cenderamata : Beg biru mengandungi satu bekas kaca berisi biskut, bekas telur dan senaskah surah yaasiin.

Sungguh unik sekali... hadiah surah yaasiiin kepada tetamu

Tu la dua benda unik yang I tak pernah jumpa lagi kat kenduri kahwin. Ni first time nih..

 I terpikir... bila zaman CK kahwin nanti, apa la agaknya trend orang bagi cenderamata kat tetamu ye ??? Aci tak kalau I buat telur dibungkus dalam tisu servet tu macam zaman dolu dolu tu..ha ha ha..





Tuesday, November 22, 2011

Wedding Anniversary

Our Wedding Anniversary !!!

Hari ni genap usia perkahwinan kami 14 tahun !!!




Hah !!! Dah 14 tahun dah !! Ish..ish ..ish..rasa macam baru 2-3 tahun jer kahwin. Nasib baik hubby kata macam tu......kembang semangkuk I sekejap... hihihi.




Tapi kalau dia kata :" Baru 14 tahun !! Rasa macam dah lama dah kita kahwin!!! Memang nak kena mogok tak masak seminggu nih... hihihi..





 
Memang tak sangka dah 14 tahun kahwin, tambahan pulak, dapat CK lambat, tu yang kami perasan muda...kah kah kah !!





 Tak pe.... anugerah Allah datang dalam pelbagai bentuk. Ujian Allah juga datang dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah...syukur atas segala nikmat kurniaanNYA..






 Semoga kenkawan semua mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan kami. Amin.





Sunday, November 20, 2011

Jom ke Fitness Centre

Kali ni nak share tentang satu fitness centre and gym yang ada kat berhampiran tempat kerja I kat Banting. I baru jadi member sebelum Deepavali ari tu. Sebulan bayar RM96. Boleh guna sekerap mana yang kita mampu. Kalau tak nak jadi member, boleh beli voucher RM 40 sekali masuk (lebih baik jadi member, dah tentu boleh masuk berkali kali sesuka hati kita).




Selain lengkap ngan segala peralatan fitness, ada juga tempat sauna, steam bath dan jakuzi. Kenkadang I datang ke sini, bukan untuk buat workout tapi untuk bersauna dan steam bath aje. Tapi kalau nak workout, sauna n steam bath, I'll spent more than 2 hours here.


Layan gambar gambar.


V Fitness : Value Fitness & Gym. Betul la tu memang berbaloi. Ni gambar one of the coaches



Ni gambar equipments kat tingkat atas.




Kat satu bahagian sebelah equipments ni, terdapat tempat untuk bilik mandi,sauna, steam bath & jakuzi untuk perempuan sahaja.

Steam bath
Tempat sauna

Peraturan...

Menarik tak tempat ni ?? Semenjak kawan I, Zan jadi member kat sini, ramai kenkawan dari kolej dah join jadi member jugak termasuk la I. Tapi, I rasa memang selesa membuat workout dan memanjakan badan kat sini, harga pun jauh lebih murah berbanding kat tempat lain.



Bulan pertama I jadi member, I datang sini 3 kali seminggu, kiranya sebulan tu 12 kali la datang. I guna masa lunch hour atau after office hour.  Lepas sebulan ni, I cadang nak jadi member terus 3 bulan straight sebab dapat free bulan ke4. Lagi untung !!

Saje kecikkan saiz gambar ni, supaya I nampak kecik sikit...hihihi..perasan !



I punya aim selepas join fitness center ni.....??(adalah..mana boleh cakap..)




Thursday, November 17, 2011

Toilet Training For CK

Hari ni dan esok, I cuti so tak hantar la CK ke taska. Jadi I pikir nilah masa yang sesuai untuk melatih CK ke toilet. Disember nanti, CK genap 3 tahun. Tambahan pulak, CK ni mulut tersangat la petah bercakap. Mungkin mudah untuk I train dia beritahu nak ke toilet. I siap gulung semua carpet kat living hall letak kat tepi dinding, sofa semua tolak ke tepi dinding bagi ruang lapang (macam nak prepare kenduri plak !). Alasan I supaya mudah membersih dan mengemop lantai tanpa perlu basuh carpet.







Bermula CK bangun tidur, selepas dia mandi, I tunjukkan beg plastik Huggies yang dah kosong. I cakap  pada CK:  Pampers dah habis ni, cammane ! So, awak kena pakai spender aje (pengasuh di taska kot yang ajar sebut spender, sebab I ajar sebut panties).




Jam 11 pagi, I bawak CK ke toilet, nak suruh kencing. CK cuba cuba, tak de keluar. I pakaikan semula baju dan spender. 15 minit pastu CK terkencing berhampiran sliding door. Dah kencing, baru dia cakap: "Mama, nak kencing !". Pas bersihkan CK dan pakai spender baru, I pon mulakan kerja pembersihan lantai.



Jam 12 tengahari, I bawak lagi CK ke toilet, suruh duduk kat potty. Dia siap kata tak de kencing. Tak lama lepas tu CK terberak pulak kat sebelah pintu masuk rumah. I bersihkan CK sambil pujuk baik baik supaya pergi toilet sebelum terkencing atau terberak. Kerja pembersihan lantai kali kedua pun dijalankan.



Jam 1.30 p.m, I bawak lagi CK ke toilet untuk kencing. Selepas meneran, dia kata tak de kencing. 20 minit lepastu, CK terkencing kat sliding door, kali ni punyala banyak kuantiti nya. I pujuk CK baik baik dan bersihkan dia. Kerja pembersihan lantai kali ketiga pun dijalankan.



Jam 2.30 pm, I tanya CK nak kencing tak. Dia jawab, tak nak la mama. Tak lama lepas tu, CK terkencing kat depan kabinet tv dia. Kali ni, I marahkan CK dengan suara agak keras, siap bagi 2 -3 kali lepuk kat punggung dia. Dah tu, kali ni kencing dia banyak betul. Sambil bersihkan CK dalam bilik air, I cakap dengan suara yang agak keras sikit supaya dia tahu I sedang marah. Kerja pembersihan lantai kali keempat pun dijalankan.



Pas tu, I temankan CK tengok cd dia sambil tu I pujuk supaya bukak spender dan pegi toilet bila rasa nak kencing. I asyik ulang ulang ayat yang sama.


 Jam 3.30 pm, I tengok dia terkepit kepit macam menahan kencing. I suruh CK bukak spender dan masuk ke toilet. Tak lama lepas mencangkung, dia terus terkencing dengan banyaknya. Yang paling lucunya, sambil dia terkencing, siap cakap : Ye ye berjaya ! Ye ye berjaya ! I pun apa lagi, berbakul bakul lah memuji CK sebab berjaya kencing di toilet.. hihihi...



Jam 4 petang, bila I tengok dia macam  dah mengantuk aje, I ajak lagi ke toilet. Dan sekali lagi CK jerit :Ye ye berjaya! selepas dia kencing.






Huh ! Lega rasanya bila dia dah faham apa yang I suruh dia buat. Esok luas, entah apa la cabaran yang akan I hadapi dalam melatih CK ke toilet. Pengalaman hari ni memang memenatkan fizikal dan mental I. Tapi sesungguhnya pengalaman ini sangat manis untuk dikenang dan diceritakan apabila CK dah besar nanti. I rasa gembira CK belajar ke toilet melalui I dan bukan melalui orang lain. Alhamdulillah !




Kenkawan yang dah ada anak besar, tentu lebih banyak pengalaman tentang toilet trainning kannn ??

Wednesday, November 16, 2011

TPM Datang Ke Kolej

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran datang ke kolej I pada 10 November 2011 yang lalu. Beliau menghadiri majlis bersama pensyarah dan pelajar kolej matrikulasi seluruh Malaysia.





Pandangan dari depan pentas





Pandangan dari luar khemah



Nampak tak khemah besar tu ? Dianggarkan seramai 4000 orang di dalam khemah ni menanti ketibaan TPM.
Masa ni jam 3.00 petang


TPM sedang berjalan menuju ke pentas utama (sorry tak nampak dalam gambar )





TPM sedang berucap dan kemudian menjawab soalan dari pelajar
 
 Selepas majlis berakhir, ada pulak press conference di bilik tertutup yang dibina disebelah pentas utama.

Bila baca berita keesokan harinya, keluar headline :

"Wang bantuan kepada semua pelajar sekolah akan diagihkan mulai minggu depan".


Laaa...mana cerita pasal program matrikulasi ??
Adalah sikit jer. Itulah wartawan punya kerja, hanya siarkan berita yang ada commercial value aje...(iyo lah...mereka pun makan gaji jugak kannn).

Tuesday, November 15, 2011

Suami Ohh Suami

Kisah ni berlaku beberapa hari sebelum cuti Aidiladha. Masa tu hubby ajak I ke KLIA nak jumpa kawan katanya. I ok jer la. Lagi pun, kami naik ERL jer ke airport tu dari stesen Salak Tinggi. CK pun memang suka naik train ni. Kami bertolak sebaik jer selesai solat maghrib sebab nak kejar train 7.30 pm ( hubby I kan naik ERL ni hari hari ke tempat kerja, so dia dah hafal sangat sangat ngan jadual train kat stesen Salak Tinggi tu).



Kelam kabut hubby parking kereta dan beli tiket. Pastu, kami berlari lari anak naik escalator. Sampai kat tempat menunggu train, betul betul 2 minit lagi train sampai. Fuhh...sempat jugak !!



 

Tetiba....hubby tanya I: "Eh ...mana kamera (DSLR dia la) ?". I jawab: "Mana I tau. I tak pegang pun kamera tu".





Rupa-rupanya kamera tu dalam kereta. Dah la tu, hubby letak kamera tu elok je kat seat belakang. Apa lagi....hubby suruh I ngan CK tunggu aje kat situ, dia nak pergi ambik kamera kat dalam kereta. Tak per la terlepas train tu....dari cermin kereta dipecah orang dan kamera hilang. Masa train sampai, CK cakap: "Mama, train la". I kata , kita tunggu baba ye. Maknanya, kami kena tunggu lagi setengah jam untuk next train.





Then, hubby pun sampai dengan kameranya. Nak ambik hati I yang tengah hot sebab terpaksa buang masa kat stesen tu, hubby pun suruh la I ngan CK bergaya untuk ambik gambar.
Tetiba....hubby kata:" Nape tak boleh ambik gambar nih?" I jawab:"Mana I tau. Sejak balik dari PD , I tak pakai langsung kamera tu".




 Belek punya belek, rupanya bateri tak de ! Kah kah kah !!!! (I gelak dalam hati aje la !!). Hubby caj bateri kamera tu, pastu lupa nak letak semula. Nasib baik, semua tu hubby buat sorang sorang. Kalau I la yang caj bateri tu, sure I kena marah. Ni, sebab salah dia sendiri, hubby merungut sendiri je la. Akhirnya, hubby tanya, ada tak kamera digital. I ngan bangganya menjawab:" Always in my handbag" .



Ermmmm ....gitula perangai LELAKI atau patut I kata SUAMI ???
 
 So, layan gambar gambar yang diambik ngan digital camera I


Selepas setengah jam buang masa kat train station ni,
datang la train yang ditunggu tunggu iaitu KLIA Transit untuk ke airport
 

Tersengih je CK...suka la tuuu dapat naik train





Kat KLIA...
 


Cantik pulak ferris wheel coklat toblerone ni..

Beg kamera DSLR  hubby tersangkut jer la kat bahu (eksen jer laaa..) 

 






















Monday, November 14, 2011

Family Day @D'Tepian, Ulu Yam

Ahad semalam, kami pergi family day staff MARA kat hutan lipur rekreasi Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor. Sebenarnya, hubby semenjak bertukar kerja ke bahagian ni, tak pernah berkesempatan datang family day. Ada jer la kerja yang kebetulan pada tarikh yang sama. So, sebab tu hubby sangat la excited nak bawak kitaorang pergi nih.


Nih tempatnya untuk Hari Keluarga tuuu...

Baru sampai.... tunggu nak breakfast nih ! Masa ni cuaca mendung je.
Kami pakai baju kuning sebab team kuning..


Hujan turun dengan lebatnya semasa kami tengah breakfast


Kak Tum (bertudung pink berbelang) ialah kawan sekerja I masa kami mengajar di Kuala Kubu Bharu. Husband kak Tum ialah bos hubby I. So, dapat la kami berjumpa selepas 6 tahun tak jumpa..
 Selepas breakfast, aktiviti berborak la dengan kak Tum sementara tunggu hujan berhenti. Sebelah khemah ni, ialah sungai. Masa kami sampai, nampak airnya yang cetek dan jernih. Nasib baik CK tak perasan, kalau tak, sure dah suruh bukakkan baju nak main air.


Lepas hujan agak reda sikit, kami semua masuk ke dalam dewan (sib baik ade dewan...) untuk main sukaneka.

Ni sukan kanak kanak tapi....kaum bapak yang sibuk

CK sedang beratur.....semua anak anak dalam team kuning...



Tiub belon...pastu lepaskan. Tengok belon siapa yang paling jauh perginya..
Hubby tengah beriya meniup belon, diiringi full support dari CK

Hullahoop pulak untuk anak anak...


Baling gelung ke dalam kon. CK dengan confident menjadi orang pertama membuat balingan (caya la anak mama..)
tapi tak berjaya



Alaaa....sikit jer lagi nak masuk dalam kon tuuu. ..Aksi Ck membaling gelung..
 Akhirnya, selepas 3 kali cuba baling gelung tu, hanya seorang kanak kanak jer yang dapat baling gelung tu masuk ke dalam kon. Jarak balingan semakin dekat pon, tak boleh jugak nak masuk. So, untuk cubaan ke4, kids tu semua berdiri jarak satu kaki jer dari kon untuk buat baling. Dan hanya CK jer yang dapat baling masuk....yeay...so, CK di NOBAT kan sebagai naib juara acara baling gelung ke dalam konn. Hahaha...emak bapak dia yang terlebih excited.




Yeay....CK berjaya dapat tempat kedua baling gelung tuuuu...


Berjaya...

Acara kutip gula gula bagi kanak kanak bawah 4 tahun...

Sekelip mata hilang semua gula kat atas kertas tu.
CK berjaya kutip 7 bijik gula gula...Caya la !!!

   
Habis semua acara dalam dewan, ke  luar pulak untuk acara sukan, makan makan dan cabutan bertuah.

Kambing panggang untuk lunch




Yeay...hubby dapat hadiah cabutan bertuah






Semua tengah tekun melihat acara bola tampar
 
Selesai semua acara, tinggal satu lagi acara iaitu.... MASUK SUNGAI....

Semua parents memang dah gerenti anak anak diaorang akan masuk sungai (termasuk la I ) tu yang semua dah bersedia ngan baju renang atau baju spare....





 Air sungai keruh sebab baru lepas hujan. Tapi...dah nama pun budak budak kann, tak kisah laaa asalkan dapat main air.
  
Air sungai ni sangat sejukkkkk... CK boleh bertahan setengah jam main air tuu.

Jam 3 petang semua beredar meninggalkan tempat ni...
Bila I tanya CK, best tak ? Dia kata best sebab dapat hadiah....dapat gula gula...dapat main airrr....