MISS NUFFNANG

Monday, November 14, 2011

Family Day @D'Tepian, Ulu Yam

Ahad semalam, kami pergi family day staff MARA kat hutan lipur rekreasi Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor. Sebenarnya, hubby semenjak bertukar kerja ke bahagian ni, tak pernah berkesempatan datang family day. Ada jer la kerja yang kebetulan pada tarikh yang sama. So, sebab tu hubby sangat la excited nak bawak kitaorang pergi nih.


Nih tempatnya untuk Hari Keluarga tuuu...

Baru sampai.... tunggu nak breakfast nih ! Masa ni cuaca mendung je.
Kami pakai baju kuning sebab team kuning..


Hujan turun dengan lebatnya semasa kami tengah breakfast


Kak Tum (bertudung pink berbelang) ialah kawan sekerja I masa kami mengajar di Kuala Kubu Bharu. Husband kak Tum ialah bos hubby I. So, dapat la kami berjumpa selepas 6 tahun tak jumpa..
 Selepas breakfast, aktiviti berborak la dengan kak Tum sementara tunggu hujan berhenti. Sebelah khemah ni, ialah sungai. Masa kami sampai, nampak airnya yang cetek dan jernih. Nasib baik CK tak perasan, kalau tak, sure dah suruh bukakkan baju nak main air.


Lepas hujan agak reda sikit, kami semua masuk ke dalam dewan (sib baik ade dewan...) untuk main sukaneka.

Ni sukan kanak kanak tapi....kaum bapak yang sibuk

CK sedang beratur.....semua anak anak dalam team kuning...



Tiub belon...pastu lepaskan. Tengok belon siapa yang paling jauh perginya..
Hubby tengah beriya meniup belon, diiringi full support dari CK

Hullahoop pulak untuk anak anak...


Baling gelung ke dalam kon. CK dengan confident menjadi orang pertama membuat balingan (caya la anak mama..)
tapi tak berjaya



Alaaa....sikit jer lagi nak masuk dalam kon tuuu. ..Aksi Ck membaling gelung..
 Akhirnya, selepas 3 kali cuba baling gelung tu, hanya seorang kanak kanak jer yang dapat baling gelung tu masuk ke dalam kon. Jarak balingan semakin dekat pon, tak boleh jugak nak masuk. So, untuk cubaan ke4, kids tu semua berdiri jarak satu kaki jer dari kon untuk buat baling. Dan hanya CK jer yang dapat baling masuk....yeay...so, CK di NOBAT kan sebagai naib juara acara baling gelung ke dalam konn. Hahaha...emak bapak dia yang terlebih excited.




Yeay....CK berjaya dapat tempat kedua baling gelung tuuuu...


Berjaya...

Acara kutip gula gula bagi kanak kanak bawah 4 tahun...

Sekelip mata hilang semua gula kat atas kertas tu.
CK berjaya kutip 7 bijik gula gula...Caya la !!!

   
Habis semua acara dalam dewan, ke  luar pulak untuk acara sukan, makan makan dan cabutan bertuah.

Kambing panggang untuk lunch




Yeay...hubby dapat hadiah cabutan bertuah






Semua tengah tekun melihat acara bola tampar
 
Selesai semua acara, tinggal satu lagi acara iaitu.... MASUK SUNGAI....

Semua parents memang dah gerenti anak anak diaorang akan masuk sungai (termasuk la I ) tu yang semua dah bersedia ngan baju renang atau baju spare....





 Air sungai keruh sebab baru lepas hujan. Tapi...dah nama pun budak budak kann, tak kisah laaa asalkan dapat main air.
  
Air sungai ni sangat sejukkkkk... CK boleh bertahan setengah jam main air tuu.

Jam 3 petang semua beredar meninggalkan tempat ni...
Bila I tanya CK, best tak ? Dia kata best sebab dapat hadiah....dapat gula gula...dapat main airrr....

No comments:

Post a Comment