MISS NUFFNANG

Tuesday, November 15, 2011

Suami Ohh Suami

Kisah ni berlaku beberapa hari sebelum cuti Aidiladha. Masa tu hubby ajak I ke KLIA nak jumpa kawan katanya. I ok jer la. Lagi pun, kami naik ERL jer ke airport tu dari stesen Salak Tinggi. CK pun memang suka naik train ni. Kami bertolak sebaik jer selesai solat maghrib sebab nak kejar train 7.30 pm ( hubby I kan naik ERL ni hari hari ke tempat kerja, so dia dah hafal sangat sangat ngan jadual train kat stesen Salak Tinggi tu).



Kelam kabut hubby parking kereta dan beli tiket. Pastu, kami berlari lari anak naik escalator. Sampai kat tempat menunggu train, betul betul 2 minit lagi train sampai. Fuhh...sempat jugak !!



 

Tetiba....hubby tanya I: "Eh ...mana kamera (DSLR dia la) ?". I jawab: "Mana I tau. I tak pegang pun kamera tu".





Rupa-rupanya kamera tu dalam kereta. Dah la tu, hubby letak kamera tu elok je kat seat belakang. Apa lagi....hubby suruh I ngan CK tunggu aje kat situ, dia nak pergi ambik kamera kat dalam kereta. Tak per la terlepas train tu....dari cermin kereta dipecah orang dan kamera hilang. Masa train sampai, CK cakap: "Mama, train la". I kata , kita tunggu baba ye. Maknanya, kami kena tunggu lagi setengah jam untuk next train.





Then, hubby pun sampai dengan kameranya. Nak ambik hati I yang tengah hot sebab terpaksa buang masa kat stesen tu, hubby pun suruh la I ngan CK bergaya untuk ambik gambar.
Tetiba....hubby kata:" Nape tak boleh ambik gambar nih?" I jawab:"Mana I tau. Sejak balik dari PD , I tak pakai langsung kamera tu".




 Belek punya belek, rupanya bateri tak de ! Kah kah kah !!!! (I gelak dalam hati aje la !!). Hubby caj bateri kamera tu, pastu lupa nak letak semula. Nasib baik, semua tu hubby buat sorang sorang. Kalau I la yang caj bateri tu, sure I kena marah. Ni, sebab salah dia sendiri, hubby merungut sendiri je la. Akhirnya, hubby tanya, ada tak kamera digital. I ngan bangganya menjawab:" Always in my handbag" .



Ermmmm ....gitula perangai LELAKI atau patut I kata SUAMI ???
 
 So, layan gambar gambar yang diambik ngan digital camera I


Selepas setengah jam buang masa kat train station ni,
datang la train yang ditunggu tunggu iaitu KLIA Transit untuk ke airport
 

Tersengih je CK...suka la tuuu dapat naik train





Kat KLIA...
 


Cantik pulak ferris wheel coklat toblerone ni..

Beg kamera DSLR  hubby tersangkut jer la kat bahu (eksen jer laaa..) 

 






















7 comments:

  1. hee.. macam sama je feel laki u dgn laki i..hee

    well, lolaki u.. nak wat cam ne.. usually i buat diam je. esp kalau alah dia lah..hee

    ReplyDelete
  2. akak dah followwww
    nanti followwww akak yer

    ReplyDelete
  3. sama la ngan chik na, camera digital mesti spare dlm handbag :D

    ReplyDelete
  4. Yan..

    Ha ha ha...lelaki memang cam tu ek !


    kasihredha..
    Thanks kak, nanti saya follow ye !


    Chik Na..
    Nasib baik kamera digital tu kecik dan ringan. Muat jer dalam handbag

    ReplyDelete
  5. Hahaha..sama la dgn husband i..dah kalau dia yg buat silap..kita kena anggap mcm xde pape jela..hihihi..
    Tu bunga yg CK pegang tu..amik kt station masa tggu train ehh.. :p

    -zeta-

    ReplyDelete
  6. Zeta..
    Ha ha ha...semua husband cam tu kot. Kata husband n wife kena bertolak ansur. Yang sebenarnya, husband yang menolak, kita yang beransur ansur ke belakang, ha ha ha (kawan I la punya teori).
    CK memang suka bunga tu (bunga jejarum ye?). Kat mana jer jumpa, mesti suruh I ambikkan.

    ReplyDelete
  7. Saya ingat suami saya saje yang macam tuuu ...

    ReplyDelete