MISS NUFFNANG

Tuesday, November 1, 2011

Ke Legend Water Chalets Port Dickson

Kami jalan-jalan lagi ke PD last weekend. Kali ni, stay overnight at the Legend Water Chalets or now it is known as Lexis Port Dickson.





Sampai di PD jam 2 petang selepas singgah kat satu majlis kenduri kahwin di Labu, Nilai, N9. (My student punya abang kahwin, so dia jemput I datang..... Jangan hampakan jemputan orang kannn kalau kita tak de halangan..)

Pemandangan dari entrance....tapi kami tak stay kat building tinggi ni



Masuk je ke bilik, kami dah "wahhh...cantiknya bilik !!"





Bathtub yang besar...CK terus minta bukakkan baju sebab nak mandi




Masa kami masuk ke bilik,  air tengah surut...so nampak segala lumpur kat bawah tuuu..



Masa ni dah jam 6 petang....so air laut dah pasang. Boleh nampak tak air laut kat bawah tu ?
CK dah ready ngan swimming suit... nak pergi ke tepi pantai nih.
 

Cantik pemandangan di depan bilik kami. Tuu ialah pool villa... setiap villa tu ada swimming pool sendiri.
Kalau datang ramai ramai adik beradik, lebih baik sewa villa tu...


Dari tempat parking kereta, boleh nampak chalets atas laut yang kami stay tuuu..

Kami ke pantai PD di Batu 5 je sebab dekat sikit. Mula mula tu kami cadang nak ke pantai di Batu 8, tapi memandangkan dah lewat petang, takut pulak sampai situ dah gelap. So, ke pantai Batu 5 aje la...

Yeay.......CK with her duck quek quek quek...

Masa ni dah jam 6.40 petang. Matahari dah nak terbenam, tapi CK masih lagi tak puas main pasir

Baba tengah memujuk CK untuk balik...



Jam 6.50 petang, masih ramai lagi orang di pantai PD...



On the way balik ke hotel, kami singgah beli makanan, tapau jer sebab hubby nak cepat, malam tu bola sepak piala Malaysia N9-Trengganu.


Balik dari pantai.....berjalan ke bilik, sepanjang jalan diterangi lampu mewujudkan suasana yang cantik
 


CK sambung mandi dalam bathtub... selepas balik dari pantai




Hubby bersantai di balkoni pada waktu pagi, sementara menunggu CK bangun tidur


Menapak ke cafe untuk breakfast.

Kami breakfast di cafe. Lepas breakfast, bawak CK ke swimming pool pulak.




Kalau tak larat nak menapak ke cafe atau lobby, bungee car disediakan..





Breakfast time...Buffet breakfast. I suka semua foods yang ada...sedappp..


Yeay..... CK main air kat swimming pool pulak. Pool ni cetek jer, 1.5 feet so sesuai untuk budak besar CK

Tersengih aje CK... puas hati la tu dapat main air..





Tak tinggal itik kuning dia...



Comeii...ada 2 ekor itik kuning  kat dalam pool...



Redup di tepi swimming pool ...


 
Dah puas kat swimming pool, berjalan balik ke bilik semula..

Ingat CK dah cukup ke main air ????


Sampai je kat bilik, sambung lagi dalam bathtub.... Adoiyaiii anakku yang memang suka air. Baba dia je lah yang melayan, I sibuk nak kemas barang. Nak check out dah.




On the way balik ke rumah, CK pon tertidur keletihan.








Biasanya dia tidur kat seat belakang sebab ada banyak bantal.... tapi kali ni, terlebih manja la pulak...






No comments:

Post a Comment