MISS NUFFNANG

Sunday, November 20, 2011

Jom ke Fitness Centre

Kali ni nak share tentang satu fitness centre and gym yang ada kat berhampiran tempat kerja I kat Banting. I baru jadi member sebelum Deepavali ari tu. Sebulan bayar RM96. Boleh guna sekerap mana yang kita mampu. Kalau tak nak jadi member, boleh beli voucher RM 40 sekali masuk (lebih baik jadi member, dah tentu boleh masuk berkali kali sesuka hati kita).




Selain lengkap ngan segala peralatan fitness, ada juga tempat sauna, steam bath dan jakuzi. Kenkadang I datang ke sini, bukan untuk buat workout tapi untuk bersauna dan steam bath aje. Tapi kalau nak workout, sauna n steam bath, I'll spent more than 2 hours here.


Layan gambar gambar.


V Fitness : Value Fitness & Gym. Betul la tu memang berbaloi. Ni gambar one of the coaches



Ni gambar equipments kat tingkat atas.




Kat satu bahagian sebelah equipments ni, terdapat tempat untuk bilik mandi,sauna, steam bath & jakuzi untuk perempuan sahaja.

Steam bath
Tempat sauna

Peraturan...

Menarik tak tempat ni ?? Semenjak kawan I, Zan jadi member kat sini, ramai kenkawan dari kolej dah join jadi member jugak termasuk la I. Tapi, I rasa memang selesa membuat workout dan memanjakan badan kat sini, harga pun jauh lebih murah berbanding kat tempat lain.



Bulan pertama I jadi member, I datang sini 3 kali seminggu, kiranya sebulan tu 12 kali la datang. I guna masa lunch hour atau after office hour.  Lepas sebulan ni, I cadang nak jadi member terus 3 bulan straight sebab dapat free bulan ke4. Lagi untung !!

Saje kecikkan saiz gambar ni, supaya I nampak kecik sikit...hihihi..perasan !



I punya aim selepas join fitness center ni.....??(adalah..mana boleh cakap..)




17 comments:

  1. Wahhh...bagusnya kalau akak dapat pergi jugak ke gym dan sauna..boleh kurangkan lemak kat badan...

    ReplyDelete
  2. MulutPayau..
    Hikhikhik...jom kak sama sama kita

    ReplyDelete
  3. bilalah agaknya akak boleh gi fitness center ni...
    balik kerja dah malam *alasan*

    ReplyDelete
  4. Kak kasih..
    Jom aaa...join sekali

    ReplyDelete
  5. wahh nmpk best gymnye..
    kat ofis kitorg ada gak gym..masuk free..tp xde la steam bath sauna cenggitu..tu yg nmpk best betul gym tu.. :) teruskan usaha.. :)

    Tp gym free pon kat office tu..nk perginye tetap la malas.. T__T

    ReplyDelete
  6. hehehe....aim mestilah nak bwh dr kg. skrg kan? Smoga beroleh kejayaan......sambil nak sihat sambil cantikkan badan! Bagus tu........gd luck!

    ReplyDelete
  7. Zeta..
    Memang best steam bath ngan sauna tu.
    Tu laa..sebab berbayar la I ngan penuh semangat pergi walau pun rasa letih jugak. Kalau benda free, mungkin I pun banyak alasan jugak untuk tak pergi..

    ReplyDelete
  8. dah lama dah tak active cam ni.. nak active sangat, bagai tak daya.. INSYALLAH kalau ALLAH izin kan, sembuh kaki pun dah ALHAMDULLILAH.

    ReplyDelete
  9. Yan..
    U ada masalah kaki so tak boleh paksa diri tu buat workout. InsyaAllah semoga sihat kaki tu suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  10. I all the time used to read post in news papers but now as I am a user of net
    thus from now I am using net for articles or reviews, thanks to web.



    My web blog - no bank account cash advance

    ReplyDelete
  11. I all the time used to read post in news papers but now as
    I am a user of net thus from now I am using net
    for articles or reviews, thanks to web.

    my website ... no bank account cash advance
    my page: no fax payday loans

    ReplyDelete
  12. sis, do you have the gym contact number ?

    ReplyDelete
  13. masih available ke gym ni tahun 2020? sy mcm bru nk berjinak jinak dgn fitness ni😂

    ReplyDelete