MISS NUFFNANG

Thursday, June 7, 2012

Bye Korea, Hello Ho Chi Minh City Part 1

Akhirnya tibalah masa berangkat pulang. Namun begitu, bukan pulang terus ke KL, sebaliknya singgah di Ho Chi Minh City, Vietnam pulak.

Sampai di Incheon Airport... beg plastik tu berisi seaweed, hasil last minute shopping kat tempat
breakfast  sebelum sampai di airport.

Menunggu untuk group check-in. Kami naik Vietnam Airlines



Sempat pekena iced cappucino and dougnut sebab nak perhabiskan duit won korea

Kapal terbang tak penuh...so boleh baring baring kalau nak. Flight dari Seoul ke Ho Chi Minh  lebih 5 jam

Muslim meal untuk kami..

Salad udang ni..sedap rasanya.

Kami tiba di Thant Soon Nat Int airport HCM jam 2 petang. Lepas habis pemeriksaan immegresen, terus bas dah tunggu di luar airport. 


Kami dibawa melawat bandar HCM dan singgah di Hard Rock Cafe dan bangunan pejabat pos. Ni kali ke 2 I sampai di HCM ni. Last year I dah melancong ke sini 4H  3M, so utk kali kedua datang ni tak lah excited sangat.


HCM city yg padat dgn bangunan..dilihat dari atas

Bangunan pentadbiran HCM, gambar tu ialah bekas presiden (atau perdana menteri ?)  Vietnam
yg bernama Ho Chi Minh. Nama beliau diabadikan pada bandar ini. Asalnya bandar ni dikenali sebagai Saigon

Ramai yg membeli hard rock cafe t-shirt kat sini

Ni bangunan yg menempatkan pejabat pos. Struktur binaan dipengaruhi peranchis sebab pernah dijajah dulu..

Senibina di dalam bangunan pejabat pos

Ada juga souvenirs dijual di dalam bangunan ni. Tapi harganya agak mahal..



Berdepan dgn pejabat pos ialah bangunan gereja ni. Senibina yg dipengaruhi peranchis jugak..

Selepas tu, kami check -in di hotel dulu sebelum keluar lagi. 

Water puppet show

Org dibelakang tabir yg menggerakkan water puppet tu..




Saje uploadkan video  water puppet yg sempat dirakam. I pilih yg pendek je. Pernah buat entry pasal water puppet show ni. Klik sini kalau nak baca.








Dinner di Four Seasons Restaurant...

Jalan jalan di pasar malam. Lokasinya di luar Ben Thant market. Sangat dekat dgn hotel yg kami duduk. 
                                              Harga jualan di pasar malam mesti pandai bargain ye iaitu  40% dari harga yg disebut oleh penjual

T-shirt hard rock ciplak banyak dijual disini..Harga mesti pandai bargain ye iaitu  40% dari harga yg disebut oleh penjual

Ni hotel yg kami duduk...Kingston Hotel

Banyak tempat urut dan spa..

I dan hubby ambik kesempatan ber massage di sini. Boleh request tukang urut lelaki bagi org lelaki lah. Last year I buat massage di sini harganya USD 15, kali ni massage harganya dah naik USD 17

Selepas massage, kami jalan kaki je balik ke hotel. Rasa segar badan..Ok ada masa jalan jalan lagi pada esok paginya sebelum check-out dan pulang ke KL. 


Nanti I sambung lagi..





11 comments:

  1. best jugak rupenye gi vietnam ni kan kak....seronok akak, lepas satu negara ke satu negara...puas akak jalan2 cuci mate rehatkan minda....

    baju hard rock tu wajib beli kan kak...bukti dah sampai hard rock kat negara tu heeheheh...baru lieya tau ade gak yg tiruan punye yeak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lieya..hubby akak memang wajib lah heli baju hard rock ni kat mana pon dia gi

      Delete
  2. mmg wajib beli baju hard rock tuu..sama la mcm asben kakain..suka beli baju tu..buat kenang-kenangan katenya...

    seronokan dapat jalan2 mcm tuu...bila dpt nak pergi jln2 mcm tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kakain..itu jugak jwpn hubby kalau sy bersungut kata asyik beli tshirt sama je

      Delete
  3. dah naik harga ye (massage)
    tapi still murahkan

    nak tunggu n3 shopping pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kak kasih sy x byk shopping. So memang x tunjuk dlm entry... Malu

      Delete
  4. kAlau dpt g makan angin , bestnyer.

    pelokon puppet tu pun turut basah ke?

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnya..dari korea ke vietnam pula. Chik Na tak pernah lg pergi vietnam..teringin sangat nak g sana..

    ReplyDelete