Pagi hari kedua di ho chi minh, kami plan nak berjalan kaki ke . Sempat lagi sebab jam 11 baru check-out, flight ke KL jam 3 ptg.
Berjalan hampir 2 km dari Kingston hotel dah ternampak macam taman yg rimbun ngan pokok besar besar nih...
Nampak sejuk jer taman kat depan tu.. |
Puas google kat internet, tak tau apa nama taman nih ! |
Chewahhh....berlakon nampak ! |
Stand ni sangat berguna terutama kalau nak bergambar berdua...tak payah mintak tolong orang lain |
Lepas habis ambik gambar kat park ni, kami menapak pula ke arah Ben Thanh market. Tetiba... ternampak mat saleh naik beca....Macam best jer. Maka kami pun mencari lah beca pulak..
Nampak mat saleh tu naik beca....terus teringin gak nak naik... |
Ada hampir 6 juta motorsikal di ho chi minh city... |
Hampir kat Ben Thanh market, kami menghampiri 2 pengayuh beca ni. Diaorang siap mengaku pandai speaking dan tenaga kuat nak kayuh beca (hubby kan badan besar...hahaha). Dia kata 1 trip 15 000 dong
( ~rm 1.50). Pusing pusing keliling bandar. Aikkk... murahnya. Macam tak percaya lak..
Beca I kat depan,...so I ambik gambar hubby. Nape pengayuh beca tu tundukkan muka supaya tak nampak dlm kamera I ?? |
Ni pengayuh beca I.... pelik lah nape nak tutup muka ??? Masa I tengok gambar ni...ingatkan diaorang ni malu...tapi rupa rupa nya ???? Baca sampai habis... |
Kami di bawa dengan beca tu sampai ke War Remnants Museum...muzium mangsa perang Amerika. Oleh kerana dah pernah masuk sini dulu, kami cuma ambik gambar jer kat luar ni.
Habis di War Museum tu, I cakap nak ke Ben Thanh market semula... |
Kami melalui Reunification Palace atau nama lama di Independant Palace. I mintak beca berhenti nak ambik gambar |
Kami juga melalui Hong Anh Boutique ni...yg terkenal dikalangan org melayu. Baju kurung ready made murah murah kat sini. Banyak kedai di KL import baju dari boutique nih.. |
Ngeri gak sebenarnya naik beca ni, sebab suka suka hati je dia punya laluan. Ni ..tengok lah wrong way..Tapi yg peliknya...pemandu kereta dan motor bagi je laluan utk beca nih |
Kami diturunkan di belakang Ben Thanh market, di tempat agak sunyi. Terdetik di hati I, ntah ntah diaorang ni nak menipu kami kot. Pastu, pengayuh beca tu mintak 500, 000 dong sorang !!!
Dia tunjuk jam kata, kami dah naik sejam. GILA PENIPU betul !!! Kami pun bertekak lah. Tengok jam tak sampai setengah jam pon. Patutlah, diaorang suruh kami ambik gambar lama lama kat war museum tadi.
Pengayuh beca tu keluarkan pulak kertas dgn senarai harga bayaran. 150, 000 dong one way trip per person. Sedangkan masa dia pujuk kami naik beca tadi, dia kata FIFTHTEEN Dong, sekarang tunjuk kertas HUNDRED FIFTHY Dong. Kami dah geram bercampur takut pun ada. Mana tau buat buat diaorang keluarkan parang...hah...mati katak kami kat situ. Bila hubby keluarkan wallet, lagilah terbeliak mata diaorang tengok duit. Masa tu, I dah cakap kat hubby..."Bang, mata diaorang tengok duit tu macam nak rampas wallet tu". Eiiii ... takut betul masa tu...Macam macam terbayang dalam otak I masa tu. Hubby gigih bertekak dgn diaorng...dia tak peduli. I yg takut kat situ.
Lastly, hubby bayar 200 000 dong ( ~ rm 25) utk 2 orang. Lepas tu kami blah aje cepat cepat. Pengayuh beca tu jerit marah marah... Hubby pun jerit jugak HOI PENIPU...AKU DOAKAN SEBULAN TAK DE ORG NAIK BECA KORANG !!! Hahaha.... bila teringat balik, kejadian tu, takut lucu semua ada. Sebenarnya kalau dari awal diaorang kata 100 000 dong sorang, kami memang naik jugak. Sebab tau penat nak kayuh beca tu, dah lah dibawa kami jauh hampir 20 km pergi balik. Tapi jgn lah menipu cam tu....
Patut lah, diaorang tutup muka masa I ambik gambar, supaya org tak cam muka dia. Apasal lah dari awal tak boleh detect dasar penipu tu...
Hubby dgn muka tension selepas turun dari beca...Kat belakang tu ialah Ben Thanh market |
Lepas kejadian tu...kami menapak ke Hong Anh butik...sepanjang jalan hubby membebel pasal penipu tu. I relaks aje ambik gambar sana sini. Kebetulan, kami terserempak pulak ngan couple melayu tengah bersoal jawab ngan pengayuh beca nak ke satu tempat nih. Terus hubby dgn RAMAHNYA cakap... "Diaorang ni menipu bang, jgn percaya kalau dia cakap harga tu....bla bla bla..." Terus pengayuh beca tu blah aje dari situ. Hah...nasih engkaulah pengayuh beca !!!
Kami tak membeli banyak kat vietnam. Setakat borong telekung aje kat Hong Anh butik..sebab ada kenkawan kirim telekung vietnam. Atau mungkin sebab kami tengah geram lagi pasal kejadian tu.. langsung tak de mood nak beli benda lain..hehehe..
Kedai bunga di Ben Thanh |
Kami naik bas...utk ke airport |
Itulah pengalaman kali kedua ke Ho Chi Minh City... Pengalaman ditipu orng Vietnam. Tapi memang diaorang ni kebanyakan nya cari duit macam tu lah... Iyelah, negara miskin yg sedang membangun, harapkan nak menipu touristlah. Nak menipu sesama diaorang..tak berbaloi kot !
ps....Akhirnya habis gak entry ke Korea-Vietnam nih. Tapi ada satu kejadian di KLIA pulak, sebaik kami tiba dari Vietnam. Banyak nau tragedi / drama pulak !!!
hohoh....dalam banyak2 cerita, cerita penarik beca yang penipu tu jugak yang kite duk pay attention. adoi...jahatnya diorg tu. patut la boleh tutup muke.
ReplyDeletepenipu ye...ishhh x aci betulkan
ReplyDeletegambar yg berlakun tu best aa
Seronokkan dpt jalan2 mcm tuu..
ReplyDelete**ita hari tu kakain ada buat suka-suka teka berapa banyak gula2 dan ita telah berjaya teka dengan betul...seperti dijanjikan ada hadiah.. Nnt email alamat n no tel yee...
ainnoraini0908@yahoo.com
Bagus juga baca entry ni. Lain kali kena beringat takut terkena pula
ReplyDeletebagus gak akak bgtau.. mana la tau kalau ada rezeki ke vietnam nanti dah boleh berjaga2 ngan penarik beca ni.
ReplyDeletegood info kak...n gambar cantik sangat...memula tak perasan yg beca hubby akak naik pun xnmpk muka....da baca habis baru perasan..hisssss takut gak....!!!
ReplyDeletesetuju tu....camera stand mmg sgt3 berguna. K.ani gi mana2 mmg bwk tu!
ReplyDeletei dah banned vietnam. Serik dgn perangai penipu org sana. Kuat menipu. So....sorrylah i nak jejak ke sana lagi. hehehe
ReplyDeleteKitaorg kena smlm lagi teruk dari ini. Diaorg minta 75 dollar seorg.
ReplyDeleteUiii...teruknya korang kena..mahal tu.
DeleteKami pun kena tipu RM 760 untuk 4 org. Tolong ingat siapa yang baca
ReplyDeleteUiii...teruknya korang kena tipu. Dahsat betul dia tu..
Deleteclick to find out more buy replica bags online look at here best replica designer read what he said replica bags
ReplyDelete