MISS NUFFNANG

Thursday, September 13, 2012

Minor Operation For CK

Semalam, kami ke hospital KPJ Kajang untuk CK punya minor operation.

 Alhamdulillah, CK tak meragam nak makan minum sebab dia kena berpuasa sebelum operation tu. Last CK minum susu jam 5.30 pagi. Lepas tu, dia sambung tidur dan bangun jam 7, mandi dan terus bersiap ke KPJ Kajang. Sepanjang panjang tu I asyik ingatkan CK yang dia berpuasa...Alhamdulillah...CK tak mintak langsung air dan makanan. CK dimasukkan ke day care ward jam 8 pagi.



Ni gambar di awal pagi sebelum operation ....Nampak benjol kat kelopak mata tu...



Menunggu pendaftaran masuk ke daycare ward...

Menghabiskan masa menunggu tengahari ...Sebenarnya nak lekakan CK jugak dari ingat makan atau minum..

Selepas nurse pakaikan tanda ni, CK tanya: "Kita nak main air ke mama?" Haha CK ingat ni kat water park kot...


Jam 11 pagi, CK tukar baju operation dan pakai diapers jer... Bila nurse ajak CK berjalan ke operation theater, selamba jer CK mengikut...Doktor awalkan waktu sebab CK punya last susu jam 5.30 pagi, maka operation dicepatkan ke 11.30 pg... iaitu 6 jam selepas last meal dia.



Di ruang luar OT, sedang menunggu giliran.
CK tanya nurse:"Boleh tak bawak bantal strawberi nih ?" Nurse tu jawab : Boleh...". 



I diminta masuk ke dalam OT jugak utk temankan CK sampailah kesan bius benar benar melenakan CK. So, sambil tunggu pakar bius dan doktor sampai, I bacakan doa dan CK tadah tangan nak aminkan. Masa tu rasa sebak dan nak nangis jugak. Iyelah...walaupun minor oprtn, hati ibu mana yg tak berdebarkannn? Masa doktor datang, nak tengok mata dia, CK cakap dia lapar dan nak makan ayam goreng....

CK happy jer...menunggu pakar bius dan doktor datang. Mak dia yg dupdapdupdap jantung...




I menunggu di sini, sambil ditemani selipar CK. Pintu tu menuju ke operation theater..
Dari jam 11.30 pagi sampai jam 12 tengahari...I baca ayat Kursi, Al-fatihah dan ayat ayat pendek, semoga segala urusan dipermudahkan...Akhirnya, CK tersedar dan cari mama....huhuhu...rasa nak nangis lagi !
Selepas operation....tampalan tu dibuka selepas 4 jam, iaitu pada jam 4 petang.






CK kelaparan....baru je habis makan nasik baba dan mee sup mama, CK makan pulak roti  ngan jem tu..



Jam 4 petang, nurse bukakan tampalan pada mata dan bersihkan kesan darah beku di dalam mata...

Kami singgah di KFC. CK menikmati ayam goreng kfc...habis seketul tu...
Tak pernah pernah CK makan habis seketul ayam.
 Tak sampai hati tak bagi...walaupun takut jugak ada kesan gatal ke apa nanti
Alhamdulillah....selesai bab CK menjalani minor operation. Hari Jumaat ni kena follow up lagi di KPJ Kajang. Dr nak chek takut ada jangkitan...


19 comments:

  1. CK anak bijak. Auntie macam mama dup-dap-dup-dap walau cuma baca N3.

    Kakak pun sayu hati bila tengok gambar dia dipakaikan baju tu Rozi. Membayangkan yg tidak-tidak.

    Syukurkah dah selesai moga bertambah baik ye sayang. CK budak pandai:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun memang membayangkan yang bukan bukan aje semasa oprtn tu kakzakie...lebih lebih lagi bila dia dah berbaring di katil OT

      Delete
  2. Alhamdullialah semuanya dah selesai.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selamat sudah.. Anak yang comel..

    ReplyDelete
  4. ALAHAI KAK...sayu ati lieya tgk kak....sian budak2 kecik gini kalo kene operate2 nieh...si mija admitted sbb asma pun dah buat lieya seriau...hope ck cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul lieya...akak tengok mija kena admitted pasal asma pun rasa sayu gak.
      Tq atas doa lieya..

      Delete
  5. alhamdulillah.pembedahan selamat dijalankan..moga cpt sembuhyer...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...semuanya dah selesai....semoga cepat sembuh ya dear...

    ReplyDelete
  7. Ck seorg budak yg berani! Alhmdllh semua ok dh.......smoga ck cpt sembuh!

    ReplyDelete
  8. Moga CK cepat sembuh..lama xsinggah cini.

    ReplyDelete