MISS NUFFNANG

Thursday, June 27, 2013

Sawadikarp Phuket, Thailand Part 1

Kami ke Phuket, Thailand dari 11 Mei 2013-15 Mei 2013 (5 hari tuuu..). Masa tu ialah low season so tak ramai sangat pelancong dan harga bilik hotel pun agak murah.

Flight AA kami jam 3.50 pm dan sampai di Phuket 4.00 pm waktu sana. Keluar aje dari airport terminal, kami jalan lurus dan belok ke kanan. Dari jauh dah nampak signbourd metered taxi. Memang banyak je agent pemandu teksi yg akan approached tourist. Tapi semuanya letak harga THB 800 dari airport ke Patong. Bila kami ambik teksi bermeter tu, tambang ialah THB 650. Tambang perlu dibayar kepada driver teksi bila kita sampai di destinasi nanti. Jarak dari airport ke Patong hampir 1 jam.


Silver Resortel hotel..view dari hadapan. Jangan terkejut sebab masuk melalui
restoran utk ke lobby hotel. Gambar dari google


Kami stay at Silver Resortel Hotel, hasil dari recommendation oleh Orga kat blog skampung tu. Lokasinya sangat sesuai,  dan bilik hotel pun besar utk kami bertiga. Kebetulan pulak, bilik kami mengadap ke hotel bersebelahan, jadi memang tak dengar hiruk pikuk apa pun. 
Bilik luas dan katil pun besar... Gambar dari google..

Utk 5H 4M tu,I book melalui booking.com dan dapat harga rm 319 termasuk tax. Murah betul...sebab memang tengah low season. Kat hotel tu memang ramai orng Malaysia duduk.


Lokasi silver resortel hotel...hanya selang satu jalan dari
Bangla Rd yg happening tu.  Dan dekat dgn Patong beach..Gambar dari google

Selepas dinner bekalan makanan yg dibawa, kami berjalan jalan di sekitar kawasan Patong. Memang banyak tempat massage ....heee..serta merta rasa bestnya kalau dapat buat massage kat head and shoulder. Kami turut survey tour booths yg banyak ...Sebenarnya lebih kurang aje harga diaorg. Buat penat jer menapak jauh jauh nak cari tour yg lebih murah. Akhirnya, kami pilih utk Phi Phi Island tour keesokan harinya. Agent tu beritau kami yang laut agak bergelora masa tu, dan advice kami utk ambik tour tu lusalah. Tapi I tak kisah sangat sebab kami memang bukan jenis mudah mabuk laut. Pakej tu berharga THB 1100 per pax utk sorang dewasa dan THB 700 utk kanak kanak. Jadi, THB 2900 (~rm290)  utk kami bertiga. Kalau tak nak ambik tour package, boleh jer pergi sendiri ke jeti, tapi kalau dikira semula harganya murah THB100-200 jer. Tak perlah, baik kami ambik pakej sebab diaorng akan datang jemput di hotel..

Pagi esoknya, jam 7.30 pagi kami dah menunggu di lobby hotel. Ada pick up van datang ke hotel hotel di mana tourist yg dah booking menginap. Van tu singgah di hotel kami dahulu, dan kemudian ke satu lagi hotel utk ambik tourist lain dan terus menuju ke jetty. Cuaca agak mendung dan sesekali gerimis turun. Betullah cakap tour agent tu semalam, cuaca tidak berapa elok.



Phi Phi Island....Kami mengharapkan akan nampak pemandangan
yg cantik dan boleh  nampak ikan ikan yg banyak . Gambar dari google..

Nanti sambung lagi ok !! Bye..



Friday, June 21, 2013

Kuching Again ! Part 3

Hari ke 4 di Kuching.


Kami mulakan itinerary hari ni dengan drive ke pusat rehabilitasi orang utan di Semenggoh. Terletak 37 km dari Kuching. Menurut website dia, feeding time utk orang utan ialah jam 9-10 pagi. Sekali lagi, GPS bnyk membantu menunjuk arah, kalau nak harapkan peta sure sesat sebab jalan kat Kuching ni sangat sedikit signboardnya..

Pusat Rehabilitasi Orang Utan, Semenggoh.

Kami sampai di sini jam 9.30 pagi, bayar tiket masuk rm3 seorg ( sorry,..kalau salah ye), org jaga kaunter tu suruh kami cepat sebab takut terlepas feeding time. Dari kaunter tiket, kita perlu drive dalam 2 km ke dalam, parking kereta dan berjalan sikit ke arah tempat bagi makan tu. Masa tu ada 4 ekor orang utang bergayutan di atas pokok dah. Mereka baru lepas ambik buah buahan yg diletakkan diatas pelantar. Kiranya kami dah termiss lah masa orang utan tu turun ke pelantar. Then kami berjalan ke arah bangunan yg mempamerkan info pasal tempat ni, ternampak seekor orang utan dengan anaknya duduk di atas sebatang pokok.


Keciwa jugaklah...sebab tak banyak org utan yg boleh dilihat. Menurut renjer di sini, ada masanya orang utan ni tak akan datang ke pelantar utk ambik makanan terutama kalau musim pokok berbuah. Itu bermakna orang utan ni boleh survive sendiri lah. Tapi kalau bukan musim buah, banyak org utan akan serbu pelantar apabila dengar isyarat yg dibuat oleh renjer.

Jong Crocodile Farm.

Kami agak keciwa sikit sebab terlepas feeding time orang tu, so hubby cadangkan kami ke Jong crocodile farm yg terletak lebih kurang 11 km dari pusat orang utan tadi. Sekali lagi GPS membantu menunjukkan jalannya...

Di sini bayaran dikenakan rm 19 dewasa dan rm 12 untuk kanak kanak. Kawasan ni memang banyak buaya yg dipelihara dalam kawasan yg dikhaskan ikut umur dan jenis buaya. Selain itu ada jugak sedikit haiwan haiwan lain..Main attraction kat sini tentulah feeding time utk buaya buaya ni iaitu pada jam 11 pagi. Kalau sesiapa yg dah pergi langkawi crocodile farm atau melaka crocodile farm, hah...concept dia sama aje. Cuma kat sini tak derlah show berbahaya macam masukkan kepala ke dlm mulut buaya tuu...

Gambar pemindahan buaya...

Feeding time....buaya tengah melompat utk ngap daging ayam yg diikat kat tali tu..

Kagum CK tengok merak nih ....




Di entrance masuk ke Jong Crocodile farm..

Kami puas hatilah dapat bawa CK ke sini sebab dia memang suka tengok haiwan haiwan ni...


Keluar dari Jong Crocodile farm hampir jam 12.30 tengahari...hubby beri cadangan utk terus ke Annah Rais Longhouse sebab dah ternampak signboard yg tempatnya hanya 19 km dari Jong Crocodile farm. So, dgn berpandukan GPS, kami terus mencari Annah Rais Longhouse.Laluannya ok cuma agak sunyi sikit lah dan tak banyak kenderaan lalu...


Tengok iklan kat web ni macam best jer tempat Annah Rais longhouse nih..

Satu perkara pelik terjadi.....(suspen jer !!). Bila GPS berbunyi "Anda telah sampai ke destinasi". Apa yg kami lihat ialah hutan di kiri kanan jalan dan jalan itu ialah jalan utama yg terus aje (bukan jalan mati). Kami teruskan juga drive..mungkin depan lagi kottt. Sekali lagi GPS berbunyi "Anda telah sampai ke destinasi". So, hubby decide patah balik lah...entah kat mana lah longhouse tu. Misteri betul...on the way berpatah balik ke Kuching, I masih lagi terjengah jengah kat signboard yg arah bertentangan, manalah tau kalau kami terlepas simpang..tapi hampeh sebab langsung tak de signboard pasal Annah Rais longhouse tu..haishhh !!!

Pasar Satok

Kami terus ke Satok pulak, untuk lunch. Malangnya bila sampai kat pasar Satok yg dah serba baru tu, punyalah banyak kenderaan, hari itu ialah hari sabtu..ada pelbagai jualan. Parking kereta penuh sesak. Namun alhamdulillah selepas berpusing beberapa kali, kami dapat jugak parking.

Ada banyak blok...so cari benteng lah sebab kat situlah medan selera nya..
 Kami menapak agak jauh utk ke benteng di pasar Satok ni. Lepas dapat tempat makan yg selesa, i pun order laksa sarawak dan hubby order nasik ayam. Laksa sarawak tu...ok lah rasanya walaupun taklah sedap sangat. Tapi dah lapar punya pasal....licin aje kami makan.
Kami makan tengahari di salah satu gerai di dalam nih 

Setiap blok dikhususkan utk sesuatu barangan saje, sama ada barangan basah, souvenirs, hasil hutan dll..




Muzium kucing (Cats Museum)

Dari Satok, kami ke muzium yang ni terletak di Dewan Bandaran Kuching Utara. Bayaran masuk percuma je cuma perlu bayar kalau bawa kamera. Satu kamera dikenakan bayaran rm 3 ( sorry kalau salah...hehehe tak ingatlah).

Di pintu masuk muzium..

Hehehe...comei jek kucing 2 ekor ni....perasan!!

CK tengah berjalan ikut tapak kaki kucing tuuuu...
 CK ni memang sangat suka dengan kucing. So, masa kami pergi kuching tu, dari mula turun kapal terbang lagi, tak habis habis dia tanya "Mana kucing sarawak tu mama ?????". Rasanya soalan dia tu mendapat jawapan yg sangat memuaskan hati dia bila dibawa ke muzium kucing ni....

So layan jer lah gambar CK dgn kucing . CK bergambar dgn semua patung kucing yg ada kat situ tauuuu...Kami layankan aje !!!


Sayang cattttt...Muah muah !!













Di muzium kucing ni, bertemu dgn rakan baik masa kat USM dulu. So kami minum minum di pizza hut terletak berhampiran dewan bandaran kuching utara ni ( dekat dekat pun...kena naik kereta jugak utk ke sana).

Seharian yg sangat meletihkan, tapi mujur CK tak meragam. Dia enjoy aje mungkin sebab suka sangat dapat pergi ke cat museum tu...


Malamnya, kami menaiki bot tambang utk ke seberang sungai lagi. Tujuannya tentulah utk dinner.

Nasik goreng terubuk masin.....sedapppp!

Pisang goreng dgn parutan cheeseeee.....sedapppp!!!

Di lobby Margherita hotel



Esoknya hari Ahad, flight balik kami diawalkan 1 jam. Sepatutnya 11.40 pagi diawalkan ke 10.40 pagi. Bagus jugak, sempatlah kami sampai ke KL dan kemudian gerak ke Serendah untuk menunaikan kewajipan sebagai pengundi..


Habislah cerita kami ke Kuching Sarawak. 

psttt:  lepas ni nak karang citer ke Phuket pulak...ermmm..bilalah nak siap tu !

Friday, June 7, 2013

Kuching Again ! Part 2- Bako National Park & Sarawak River Cruise

Pada hari ke 3, kami check out dari Damai beach resort Santubong. Hari ni awal pagi plan nak ke Taman Negara Bako. Seb baik bawa GPS sendiri...so hubby terus drive dari Santubong menuju ke Bako. Jaraknya lebih 40km. Kami setkan GPS menuju ke SMK Bako sebab kalau setkan ke Taman Negara Bako...GPS akan tulis no route...hehehe. Memanglah tempat tu tak boleh guna kereta utk sampai sebab terpaksa naik bot !!

Taman Negara Bako


Sampai di jeti utk ke TN Bako , kami tengok ramai mat minah saleh dah menunggu bot mereka. I terus daftar kat staf TN Bako yg duduk kat kaunter tu. Kena bayar rm10 seorg, kanak kanak 5 tahun free aje. Lepas daftar, kami diberikan surat kebenaran utk masuk ke TN Bako. Lepas tu, I pergi pulak ke kaunter bot. Satu bot perlu bayar rm96  untuk maksimum 5 orang. So, kami 3 beranak lah dlm bot tu. Kiranya bot tu dan drivernya akan ikut kita , misalnya jam berapa nak balik atau nak pergi ke mana pulak dari jet TN Bako..



Jeti Kg Bako...


Ngeri tak tengok signboard ??? Air sungai tu memang keroh...

Bot kami dah menanti di jeti...

Masih di jeti Kg. Bako..
                             

Pakcik Busman punya bot..

Menghampiri jeti di TN Bako..


Botman kami, pakcik Busman yg dah agak berumur, dan dia pun bahasakan dirinya atuk dgn CK. Perjalanan dari jeti di kg Bako tu ke TN Bako dalam 40 minit cam tu. Pakcik tu pun tak bawak laju...relaks aje.

Sampai di jeti TN Bako...kami nampak  proboscis monkey (monyet belanda) bergayutan kat atas pokok. Kata pakcik Busman, selalunya monyet monyet tu akan berkeliaran di pantai kalau tak de org. Bila ada org diaorg akan panjat pokok yg berhampiran. Kami tinggalkan pakcik Busman tu selepas bgtau yg kami akan balik jam 1 petang nanti.

Lepas tu, kami menapak ke HQ TN Bako utk serahkan surat kebenaran masuk dan juga perlu lapor diri kepada mereka.  Kami juga perlu pergi ke HQ tu semula utk tulis masa kita meninggalkan TN Bako. semua tu sebagai langkah keselamatan, kot kot lah tersesat dan tak jumpa jalan pulang, pihak renjers di HQ bolehlah tau..



Di belakang tu ialah Gunung Santubong...Nampak tak wildboar berhampiran pantai tu ??
Hehehe..ngeri je kalau tetiba dia dtanag kat kami



Tempat mendaftar di TN Bako. Lokasinya agak jauh jugak dari jeti ...




Kami bercadang nak ke Teluk Paku...nampak macam dekat jer kan dgn tempat pendaftaran tadi ??

Proboscis monkey tuuu duduk kat atas pokok jer

Proboscis monkey...tengok hidungnya yang besar tu. Gambar ni dari internet ye..



Nak tau haiwan apa yg banyak berkeliaran di sekitar HQ TN Bako niii ? Tentulah si wild boar (babi hutan), tapi dah tak liar dah sebab dah expose ngan pelawat kot...hehehe...sebab I tengok sekumpulan pelancong dari Brazil siap usap usap kepala wildboar tu sambil bg makan biskut !!!

Banyak laluan trekking disediakan dari HQ ni...tinggal pilih aje. Kami pilih yg paling pendek trekkingnya iaitu dalam 800m ke Teluk Paku. Kat situ lagi bnyk proboscis monkey yg boleh dilihat. Nampak cam senang  jer kan ? Baca blog org, trekking ke Teluk Paku tu dlm satu satu jam menapak pergi dan satu jam lagi menapak balik ke HQ.

Masa kami melalui titian di tepi laut....tu, subhanallah...cantik betul pemandangannya...Apalagi, snap gambar tak hengat donia. Memang cantik betul.






Trekking di atas laut nih !!!






Lepas habis laluan di tepi laut, kami mula memasuki laluan trekking di dalam hutan. Memula tu...dah agak cuak ...sebab laluan berbukit, tinggi rendah..I tengok CK ok jer cuma certain part, kami perlu dukung dia. Selepas berjalan agak 10 minit cam tu, kami ternampak signboard " Tlk Paku ~ 800m from this point". Hah !! Dah rasa jauh menapak nih, rupa rupanya belumpun sampai ke mana mana. Tak per...kami kuatkan azam, terus kan trekking....Hubby dah membebel, jauh lagi ke 800m nih. 


Aduhaiii ... 800m dari starting point ni baru sampai ke Teluk Paku !!!


Jangan tertipu dgn trekking ni...hanya ada sikit je trekking yg macam ni ye...

Hah !!! Tengok trekking tu...Azab ooooo...Maklumlah dah lama tak excercise...

Maklumlah...menapak kat jalan lurus, tentulah laju jer, tapi kalau menapak kat dlm hutan dgn turun naik bukit tentulah perlahan ajer langkah kaki kannnn???Then kami terserempak dgn 2 minah saleh dan 1 mat saleh dari Britain. I pun tanyalah...jauh tak lagi nak sampai ke Teluk Paku tu. Mereka jawab " about 600m from here". Mak aiiiiii !!!! Baru 200m jer sebenarnya kami menapak. I terus surrender !!! Tak larat rasanya...hehehe...So, kami pun berpatah balik ke laluan tepi laut tu...Dan duduk lepak lepak kat situ hampir 30 minit lah.


Bot ni pun menuju ke seastack jugak..

Lepas hilang penat, kami terus pergi kat pakcik Busman yg sedang tidur di dalam bot dia. Kami minta dia hantar kami ke sea stack. So, kami kena bayar rm35 lagi tambahan utk ke tempat tu. Kalau nak ikut trekking utk ke sea stack tu, tak salahnya jarak dia 2.4 km AJER  dari HQ !!! Hah...siapa mampu ?? Kami ni 800m pun tak mampu apatah lagi 2.4 km...mintak mahap lah ye, kami lebih rela keluar duit bayar kat pakcik botman tu  hehehe...

Biarlah gambar gambar kat bawah nih menunjukkan betapa uniknya sea stack tu yeee..


Seastack nampak dari jauh...

Sea stack ni sekali pandang nampak macam kepala ular jer...




Jarak sea stack ni dari pantai dalam 100 m kot...tapi dinasihatkan tidak berenang
menghampirinya sebab banyak obor obor masa tu..


On the way patah balik ke kg Bako...kami sempat tengok nelayan membawa tangkapan jellyfish (obor obor)..Memang musim jellyfish banyak kat laut masa kami pergi tu.


Kami singgah makan di KFC dan kemudian terus check in di Grand Margherita hotel, Kuching. Bilik kami mengadap sungai sarawak...dan boleh nampak kedai kek lapis mira di seberang sungai tuuu..


View dari bilik kami. Di seberang sungai sarawak tu...ada kedai kedai menjial kek lapis dan medan selera..

 
Sarawak River Cruise

Sebelah petang, kami turun dari bilik hotel dan berjalan di Kuching waterfront. Cadangnya nak tinjau tinjau sarawak river cruise tuu. Sekali tu, bila tengok harga tiketnya rm69.90 utk dewasa seorg, kanak kanak tiket separuh harga. Terus kami tak jadi naik cruise. Mahal betul walaupun bersekali dgn makan malam. Then, kami nampak satu lagi service oleh company lain iaitu Sarawak Traditional River Cruise...cruise menggunakan sampan tradisional tapi masih menggunakan enjin lah. Harganya rm19.90 seorg dan kanak kanak rm12. Ada dua jenis sampan nih...satu yg duduk atas bangku panjang dan ada jenis duduk bersila jer dlm sampan. Kami ambik yg duduk kat bangku. Cruise ni ambik masa 1 jam, bermula jam 5.30 -6.30 petang...memang cantik pemandangan sebab kebetulan nak sunset waktu tu. Tapi bila di bawa berdekatan kg penduduk, rasa malupun ada sebab kotor, nampak sampah sarap. Kebetulan dalam bot kami ada 6 org pelancong barat...terasa malu !!! 



Sarawak River Cruise...mahal harga tiketnya...

Kami naik Srawak traditional river cruise...ok jugak, harganya jauh lebih murah...

Matahari mula terbenam...Itu ialah bangunan Dewan Undangan Negeri..





Matahari terbenam ...

Selepas turun dari bot tu, kami naik sampan menyeberang sungai sarawak. Di seberang sana, yg sebaris dgn kedudukan Dewan Undangan Negeri Sarawak tu...ada 2 medan selera yang berbumbung dan besar. Pelbagai jenis makanan ada, pilih saje dan harganya berpatutan. I ambik kesempatan makan mee kolok dan hubby pulak nasik ayam penyet. Rasanya.... boleh tahan sedap ! Then kami menapak ke kedai kek lapis mira...Last year kedai ni tak wujud lagi, hanya jual kat gerai aje. This year dah maju dah, so dah ada kedai sendiri...dan jika beli 10 kek dapat free 1 kek. Kek lapis ni berbeza dgn yg lain sebab ia agak lembap. I pernah buat entry pasal kek ni dulu (kek lapis gebu sarawak)


Food court..

Kedai kek lapis mira...

Hotel Grand Margherita...dari seberang sungai...


Lepas settle shopping kek lapis, kami pun naik sampan semula dan kemudian menapak balik ke hotel. Seharian berjalan hari ni...so kena tidur awal sebab hari 4 pun banyak gak tempat nak pergi.


Jumpa lagi ..