MISS NUFFNANG

Wednesday, September 26, 2012

Kek Lapis Gebu Sarawak

Ni kek lapis yg dibeli oleh hubby di Kuching semasa hubby outstation ke sana selepas raya baru baru ni. Kek lapis ni memang sedap sangat, gebu dan lembut je...Sebelum ni, kalau ke Kuching hubby akan beli kek lapis Dayang. Tapi kali ni, kenkawan dia kat Kuching tu cadangkan kek lapis ni pulak.









Yang ni, paling sedap sebab siap ada parutan keju di lapisan atas tu....I likeeee

Uiii memang sedap kek lapis ni, lebih sedap dari kek lapis Dayang. Kenkawan yang ke Kuching boleh cuba nih...


Monday, September 24, 2012

Rebung dan Madu Orang Asli

Ni gambar bulan Jun yang lepas. Masa ni I dan colleaques kena ambil sample tumbuhan utk practical pelajar di Cameron Highlands. I malas nak naik bas kolej, so ajak hubby gi sekali. On the way turun dari CH, kami ikut jalan ke Tapah, banyaklah nampak gerai gerai orang asli menjual macam macam hasil hutan. Tapi bila tanya pasal petai yang diaorng jual kenapa mahal sangat, diaorng cakap petai tu ambik dari Tapah !!! Pulak !! Patutlah jadi mahal reganya... Anyway, kami bukannya aim nak beli petai, tapi kami nak beli rebung dan madu lebah..

Kakak penjual org asli ni tolong buang kulit luar rebung tu supaya senang bila nak mencincangnya nanti..

Selonggok rebung tu rm10. Madu lebah pun sebotol rm10. Yang madu warna putih tu  madu lukut..

Turut dijual akar tongkat ali...

Kena menawar jugak harganya. Gerai ni yg ke3 kami singgah, harga sebotol madu mulai dari rm24 sebotol..

Kami beli dua longgok je rebung ni sebab sangkakan dah banyak kot.
Bila mak I tengok....dia kata nape lah beli sikit sangat...beli jauh jauh tu. Hehehe...anak mak ni tak arif bab bab tu mak !!

Rebung tu mak I akan cincang kecik kecik. Peram dgn air dari nasik yg ditanak, ditambah sedikit garam. Rebung tu diperam beberapa hari...utk dijadikan rebung pekasam... 

Uiii sedap weh masak lemak cili api rebung dgn daging ke, tulang ke, perut ke....



Thursday, September 13, 2012

Minor Operation For CK

Semalam, kami ke hospital KPJ Kajang untuk CK punya minor operation.

 Alhamdulillah, CK tak meragam nak makan minum sebab dia kena berpuasa sebelum operation tu. Last CK minum susu jam 5.30 pagi. Lepas tu, dia sambung tidur dan bangun jam 7, mandi dan terus bersiap ke KPJ Kajang. Sepanjang panjang tu I asyik ingatkan CK yang dia berpuasa...Alhamdulillah...CK tak mintak langsung air dan makanan. CK dimasukkan ke day care ward jam 8 pagi.



Ni gambar di awal pagi sebelum operation ....Nampak benjol kat kelopak mata tu...



Menunggu pendaftaran masuk ke daycare ward...

Menghabiskan masa menunggu tengahari ...Sebenarnya nak lekakan CK jugak dari ingat makan atau minum..

Selepas nurse pakaikan tanda ni, CK tanya: "Kita nak main air ke mama?" Haha CK ingat ni kat water park kot...


Jam 11 pagi, CK tukar baju operation dan pakai diapers jer... Bila nurse ajak CK berjalan ke operation theater, selamba jer CK mengikut...Doktor awalkan waktu sebab CK punya last susu jam 5.30 pagi, maka operation dicepatkan ke 11.30 pg... iaitu 6 jam selepas last meal dia.



Di ruang luar OT, sedang menunggu giliran.
CK tanya nurse:"Boleh tak bawak bantal strawberi nih ?" Nurse tu jawab : Boleh...". 



I diminta masuk ke dalam OT jugak utk temankan CK sampailah kesan bius benar benar melenakan CK. So, sambil tunggu pakar bius dan doktor sampai, I bacakan doa dan CK tadah tangan nak aminkan. Masa tu rasa sebak dan nak nangis jugak. Iyelah...walaupun minor oprtn, hati ibu mana yg tak berdebarkannn? Masa doktor datang, nak tengok mata dia, CK cakap dia lapar dan nak makan ayam goreng....

CK happy jer...menunggu pakar bius dan doktor datang. Mak dia yg dupdapdupdap jantung...




I menunggu di sini, sambil ditemani selipar CK. Pintu tu menuju ke operation theater..
Dari jam 11.30 pagi sampai jam 12 tengahari...I baca ayat Kursi, Al-fatihah dan ayat ayat pendek, semoga segala urusan dipermudahkan...Akhirnya, CK tersedar dan cari mama....huhuhu...rasa nak nangis lagi !
Selepas operation....tampalan tu dibuka selepas 4 jam, iaitu pada jam 4 petang.






CK kelaparan....baru je habis makan nasik baba dan mee sup mama, CK makan pulak roti  ngan jem tu..



Jam 4 petang, nurse bukakan tampalan pada mata dan bersihkan kesan darah beku di dalam mata...

Kami singgah di KFC. CK menikmati ayam goreng kfc...habis seketul tu...
Tak pernah pernah CK makan habis seketul ayam.
 Tak sampai hati tak bagi...walaupun takut jugak ada kesan gatal ke apa nanti
Alhamdulillah....selesai bab CK menjalani minor operation. Hari Jumaat ni kena follow up lagi di KPJ Kajang. Dr nak chek takut ada jangkitan...


Monday, September 10, 2012

Stye, Chalazion ...?

Ni nak cerita tentang CK...

Masa 2 hari seblum raya hari tu, CK dah kena sengat ngan serangga masa di rumah nenek. Sengat tu kat atas bibir dia, tapi esok harinya nampak kelopak atas mata CK yang bengkak. The next day, I bawak dia gi jumpa doktor...general doctor lah. DR tu bagi ubat antihistamine tuk dimakan dan eyedrops. 
Gambar pada hari raya pertama


Selepas 4 hari ambik ubat ubat tu, still tak der perubahan. Masa tu kami dah ke rumah MIL kat Nilai. So, kami pergi pulak ke doktor yg kedua, still general doctor sebab kebetulan CK demam dan selesema. 


Ni gambar masa hari raya ke3


DR kedua ni kata, jgn bagi antihistamine tu lagi, tapi dia bg eyedrop yg lain pulak. Lepas beberapa hari tu, I tengok kelopak mata CK semakin bengkak. I stop ubat tu...dan I just biarkan aje. 

Beberapa hari lepas, I sapukan madu kat kelopak mata yg bengkak tu sebab terbaca di web, madu dah digunakan beratus tahun yg lalu utk mata. Still....selepas beberapa hari takder juga perubahan. 

Hati I dah mula cuak dah. Hari rabu minggu lepas, sepanjang malam I dok search pasal kelopak mata bengkak ni...sampaikan I sendiri tak cukup tidur. Hati runsing memikirkan mata CK nii..

Pastu, suddenly...I ambik keputusan nak cuti hari Jumaat sebab nak bawak CK jumpa pakar mata. Terus call hubby kat Kuching pasal keputusan I. Hubby balik dari Kuching Khamis malam, dan Jumaat tu sebelah pagi dia bolehlah ikut I bawak CK jumpa pakar. I search lagi nak dapatkan info pasal stye (ketumbit) ni...dan terjumpa pulak chalazion. 

Pagi Jumaat, kami cadang nak bawak CK ke hospital KPJ tawakkal kat KL. Sib baik call dulu, rupanya, doktor pakar mata ada operation dan tak terima pesakit tanpa appointment. So, I call pulak hospital KPJ Kajang. Ada 2 doktor pakar mata pagi tu.
Ni gambar pada hari jumpa pakar mata di KPJ Kajang. Kawasan bengkak dah mengecil tetapi, bonjol bengkak tu dah membesar 


Kami jumpa ngan Dr. B.  Bila dia tengok mata CK dan belek belek, dia kata this is chalazion. Oleh kerana dah besar saiz bengkak tu, tak der cara lain melainkan minor operation tuk keluarkan blockage tu. Yang tak bestnya...bila kami tanya pasal option lain, DR tu ingat kami takder duit kot. Terus dia cakap, you have medical insurance right ? Dalam hati I....geram betul, asal hospital swasta jer terus DR tanya pasal insurans. Tapi bila ingatkan itu aje option yg sesuai tuk keadaan CK, maka kami pun bersetuju supaya next wednesday, CK akan menjalani minor oprtn. 

Sayu rasa hati mengingatkan CK kena puasa 6 jam sebelum oprtn tu, masa oprtn ialah jam 12 tengahari. Semoga segalanya berjalan lancar dan Allah melindungi CK sepanjang oprtn tu...




Saturday, September 8, 2012

Matta Fair , 7 - 9 Sept 2012

Petang semalam kami sempat ke Matta Fair kat PWTC tu. Sebenarnya ambik cuti utk bawak CK jumpa doktor, so, sebelah petang singgah jap kat matta fair nih. Cerita CK akan diceritakan dalam entry lain yek !

Nih sebenarnya kali pertama kami ke matta fair. Sebelum sebelum nih tak pernah jengok pun matta fair ni sebabnya terlalu ramai orang. Tak selesa nak berhimpit himpit, tapi kali nih terpaksa gak pergi demi utk travel tahun depan.


Baru tau rupa rupanya kena bayar tiket masuk rm4 sorang. 



 Orang punyalah ramai beratur nak beli tiket tu. Tapi nak buat camne...terpaksalah jugak beratur !


Tengoklah  org beratur nak beli tiket masuk !
 Lepas beli tiket, I teliti layout plan, senang nak tuju ke mana. So, kami terus ke hall 1 sebab semua yg kami nak cari ada kat situ. Legalah sebab ingat hall 1 mest yang paling dekat. Rupa rupanya...hall 1 ngan hall 2 kena lalu jambatan gantung sebab kat seberang sungai...Alahai jauhnya nak kena menapak !!


Nak ke seberang sungai tuuu...

 I terus ke Japan Tourism Board...hehehe..nak dapatkan segala maklumat ngan peta ..

Mamat jepun nih sangat baik menjawab segala pertanyaan I ....siap ucapkan terima kasih sebab sudi datang  ke jepun !

Siap ada minah jepun tuk promosi negara diaorang dan bagi biskut jepun...
Habis segala benda yg I nak tentang jepun dapat kat booth japan tourism board nih. Pastu, beralih ke Mas punya booth sebab nak jenguk tiket kot kot ada diskaun yg bagus bagus. Tapi I keciwa sikit sebab tiket Mas yg ada diskaun nih cuma tuk travel sampai mac next year ajer, sedangkan I nak cari tiket bulan mei...Takper, pujuk hati sendiri, nanti matta mac 2013 pergi lagi ok. Diskaun harga dia tuk tempat yg nak pergi ni hampir rm700  !!! Banyak tu kalau didarab ngan 3!!!

Last sekali, I jenguk kat indian tourism board...saje saje tanya pasal India lah. Mana tau next year ada peluang pergi...

On the way nak balik, keluar jer dari PWTC, ada booth Legoland Msia. Diaorg promo tiket rm99 jer...harga asal rm160. Banyak diskaun tu... so, kenkawan yg berminat silalah dapatkan tiket.


Monday, September 3, 2012

Jom Ke Legoland Malaysia, JB

Ahaa... jangan jeles eh ! Hari Ahad semalam, I ngan famili dan emak I, kami ke Legoland Msia kat JB tu... Fullamak..bestnya. Tambahan pulak masuk free admission okeyyy!!! Sebenarnya hari Ahad tu utk private events la. Adik bujang I kerja dgn sykt Khazanah Nasional yg punya legoland msia, so kiranya semalam tu family day utk staflah. Sorang staf dapat 5 tiket masuk free je ke legoland. Hah ! Peluang cam ni mana boleh tolak kannn? So dapat lah kami merasa masuk legoland awal awal lagi.

Dapat 5 keping tiket masuk nih! Tau berapa harga tiket ?
RM110 tuk kanak kanak 3-11 tahun, RM140 seorg utk 12 tahun ke atas wehhh!!!

Legoland Msia ni officially akan dibuka pada 15 September 2012. So, sekarang ada promosi kat website dia, beli tiket masuk dgn harga diskaun. Kalau rasa rasa nak bawak anak anak 2 -3 kali masuk ke legoland ni, lebih baik buat annual pass, sebab satu pass tu unlimited entry for one year. Satu lagi, bagi sesiapa yg IC atau surat beranak alamat Johor, boleh dapat lagi diskaun harga tiket. Kiranya tu special tuk orang Johor lah!


Ni di entrance masuk...

Orang ramai ni tengah beratur nak buat annual pass-boleh masuk setahun bila bila masa je.
Kalau tak salah rm 240 cam tu reganya tuk seorang. Masa ni ada diskaun tuk buat annual pass...

Emak, hubby and CK tengah sabar  beratur tuk masuk

Ramainya org...semua nih dapat tiket freeeee....

Ramai jugak orang masa kami pergi sebab ada 5 syarikat yg buat hari tuk staff diaorang. Masa kat luar jer nampak ramai, tapi bila dah masuk ke dalam, tak nampak ramai sebab kawasan di dalam sangat luas ...lebih 20 ekar rasanya.


Ni eventnya....

CK ternampak barney green colour....
Mula mula, kami dapatkan map legoland dulu sebab tak tau nak ke arah mana. Ada 7 tema di seluruh kawasan ni. Lego Kingdom dan Lego Technic lebih sesuai tuk dewasa dan remaja. Lego City dan Imagination sesuai tuk anak anak kecik. Land of Adventure sesuai tuk famili ngan anak anak. Miniland pulak ialah tempat semua replika landmark terkenal di Malaysia dan dunia, yg semuanya dibina dari lego bricks. The Beginning pulak yg terletak kat entrance ialah BigShop yg jual segala Legoland merchandise. Tapi serata legoland ni banyak jer kedai kedai souvenirs. 

Kalau pasal games, kat sini ada lebih dari 40 interactives rides, shows and attractions...rasanya sehari suntuk kat legoland ni baru boleh cover semua kot !!

Masuk jer kat entrance, ada staff suruh kami ke sebelah kanan, sebab banyak games tuk kids sebaya CK, katanya. Maka, kami terus ke sebelah kanan lah. Macam macam permainan utk kids. Seronok pulak. Kami ke legoland express dulu, naik keretapi tinjau tinjau kawasan dulu..
Merata tempat boleh nampak binaan lego ....macam macam bentuk




Keluar dari keretapi, ada uncle belon menunggu, dapatlah belon bentuk bunga tuk CK...
Uncle belon...

CK puas hati dapat belon bentuk bunga...

Dalam legoland express....keretapi melalui sebahagian legoland

Kami melambai dari keretapi ke arah mak I yg tak larat berjalan....mujur banyak bangku dan kerusi disediakan...



Ni macam akademi bomba....penat tangan mengempam tuk gerakkan kereta bomba nih

Pastu pam air pulak nak padamkan api...

CK disisi princes...ni kat luar Lost Kingdom Adventure...

Bersih jer....




I ngan CK naik gak ni.....alaaa...setinggi bangunan 2 tingkat jer. 



Ni lah beetle bounce tu...Sorang jer org dewasa boleh naik sebab kerusi yg lain tu kecik kecik jer tuk kanak kanak.  Dahsat CK tak takut naik tinggi tinggi tuuu

ni kat pharaoh's revenge...kutip bola pastu tembak melalui vacuum tu...

cantik lego ni...

Dino land...
Penat berjalan jalan dan mencuba semua games yg boleh ngan anak anak, kita boleh berehat di banyak bangku bangku atau cafe dan restaurant  yg disediakan. Tapi...harga makanan di cafe memang mahal, rasanya lebih mahal dari di Genting Highlands theme park tuuu...
Kami singgah di cafe ni...makan fish burger....


Ni rega di jungle's cafe.... mahal betul. Agaknya convert dari Sing dollar.
Masa hari kami pergi ni, kebetulan semua makanan diskaun 50%



Comel lego berbaju melayu dan baju kurung...

Cantik zirafah nih !
Di playtown pulak, ia merupakan kawasan permainan anak anak yg berbumbung...macam kanopi lah. Maka anak anak boleh main kat sini tanpa kena panas. Berdepan ngan play town ialah pizza mania..iaitu resto yg khas tuk pizza dan western foods

Playtown...Ni memang tempat anak anak  lah ! Nampak canopy besar tuuu...

CK betul betul enjoy di playtown....train ni CK naik sampai 3 kali !!!

Kami singgah lunch di pizza mania...berdepan ngan playtown..

Di pizza mania...

Dinasour dari lego bricks..



Selepas penat CK main main kat playrown, kami bergerak ke arah miniland pulak. Di sini segala landmark yg terkenal di Msia dan dunia telah dibina dari lego bricks...Kagum betul tengok hasil kerja seni tuuu..

Kapal kapal tu bergerak tau...



Naga kat depan Tiannamen square ni pun bergerak gerak jugak..


Anak sedara ngan bapak sedara...kagum ngan ferris wheel singapore tuuu..

KLCC ni ambik masa 2 tahun nak bina ngan lego bricks tuuu


Sekali tengok macam bangunan yg real ajer...

Rasa cam berjalan kat KL pulak !


Kedai jual segala barangan lego....Rega dia pulak, ya ammpunnnnn mahal wehh..



Games ni kena bayar lah sebab ada hadiah...alaaa macam kat funfair tu...

Lunch ngan pizza...

Suka betul ngan binaan ni...Camne lah pembuat model ni boleh susun lego bricks smpai jadi dino ni !








Banyak bangku tempat melepaskan penat...
stroller CK selain tuk CK duduk, jugak digunakan tuk mengusung pelbagai barangan !! Hehehe....



Miniature di KLIA...Keretapi tu bergerak tau, tapi k/t tu tak bergerak lah !




Ni kami beli tuk CK...boleh keluar lampu LED bila ditekan kat LEGO tu...
harganya rm69.90. Seb baik masuk free, boleh beli tuk CK benda nih

Kami masuk jam 10 pagi, keluar jam 2 petang. Hanya sempat cover separuh jer legoland ni...kat kawasan dewasa tak sempat nak cover. Luas betul kawasannya. Memang berbaloi rasanya bawak anak anak ke sini...



CK baru lepas dimandikan di hentian Kulaijaya...sebab sure akan terlelap punya sebab dah kepenatan..

Kepada kenkawan yg berminat nak bawak anak anak ke sini, bolehlah start tengok tengok tiket masuk kat website. Mana tau masih ada promosi diskaun lagi. Legoland Msia akan mula dibuka secara rasmi mulai 15 September 2012. Sekarang pun dah banyak tengok iklan legoland di tv...