MISS NUFFNANG

Thursday, August 15, 2013

Sawadikarp Phuket, Thailand Part 3: Island Safari

Day 3

Hari ke 3 di Phuket, kami ke Island Safari pulak. Sebenarnya lebih kepada nak cari pakej elephant trekking... cari punya cari, akhirnya kami pilih pakej yang ditawarkan oleh Island Safari. Ada pelbagai pakej kat Island safari ni, 3 in 1, 4 in 1 , 5 in 1....ikut kemampuan sendirilah..


Tour yang kami ambik ialah 5 in 1. Harganya 1200 THB / adult, 800 THB / child
Pakej ni termasuk elephant trekking, elephant show, monkey show, thai rice farming,  ox-cart riding, buffalo photo and thai fruits on season ( alaaa..makan pisang jer..)

Jam 9.30 pagi, van datang ambik kami di hotel. Van tu singgah di beberapa hotel lain ambik pengunjung yg lain dan kemudian terus hantar kami ke Island safari. Lebih kurang 30 min, kami sampai di safari ni...
Ramai betul pengunjung...memasing ambik pakej lain lain nampaknya...Ada sorang tour guide datang kat kami dan lekatkan sticker kat baju untuk menunjukkan pakej yg kami ambik...


Memula kami gi naik kereta lembu dulu dan di bawak pusing sekeliling kawasan ni. 
Cam tak pernah tengok kete lembu ekkk ???
CK dah tentu gumbira naik kete lembu ni...maklumlah, kampung dia kat bandar jer, manalah ada kete lembu bagai..

Menanti pengunjung untuk naik...

Sawah padi...teringat pulak kat kampung sendiri !!

Dah habis pusing keliling dgn kete lembu, kami ke tepi sawah padi untuk tengok cam mana kerbau membajak sawah dan padi diproses secara tradisional pulak..

Bergambar dgn kobau pulak...seb baik kobau tu behave !!!

Tour guide nak terangkan cam mana padi di proses...
kami semua tengah tengok kobau membajak sawah kat belakang tuuu

Kerbau sedang membajak sawah..

Selepas tu, kami ke tempat monkey show pulak. Seekor monyet nama jonny buat macam macam show...dari naik basikal, angkat berat, petik kelapa, cat walk dll..sambil diiringi muzik. Kesian pulak tengok monyet tu..sure stress memacam kena buat !! Tapi CK suka betul...asik ulang tengok viewcam si jonny buat memacam aksi ni..


Monkey show pulak...nama di jonny..bermacam aksi ditunjukkan oleh si jonny ni !

Jonny tengah buat cat walk dgn payung dia...
Selesai tengok si jonny, kami ke elephant show pulak. On the way tu, nampak banyak gajah gajah yg sedang mengangkut penumpang. Patutlah Thailand memang diketahui banyak gajah iye...

Gajah gajah ni menuju ke tempat utk menurun/ menaikkan penumpang..

Ni kat elephant show pulak...
Kat tempat elephant show tu pulak, ada 2 ekor gajah disediakan untuk buat pelbagai aksi. Main bola, main dart utk letupkan belon, naik tangga dll....memang dah ditrained !! Kesian kat gajah gajah tuuu..

2 ekor gajah utk elephant show..


Aksi gajah bersedia utk menyepak bola ke dalam gol..



ahaksss, aksi ni paling comelll....pengunjung berpeluang diurut oleh gajah.
Silap silap, boleh patah pinggang cik abang oooiiii

CK geli dgn belalai gajah tuuu...
Akhir sekali, kami berpeluang naik gajah utk dibawa berjalan jalan sekitar kawasan safari ni. Kami diberi gajah yg paling besar...al maklumlah, badan 2 org dewasa yg besar dan sorng budak kecik, maka wajiblah guna gajah besar kannnn ?? Hehehe...

Elephant trekking..



Elephant trekking...


Elephant trekking...
Dalam perjalanan tu, kami melalui satu gerai menjual pisang utk dibagi kepada gajah yg kami naik. Pandai betul gajah gajah tu, mereka akan berhenti dekat gerai tu dan tunggu penumpang beli pisang. Selagi tak beli pisang, gajah gajah ni tak nak jalan tau !!! Well trained !  Anggap sedekah jer lah kat gajah tu, seplastik pisang tu dalam 50THB kot (dah lupa dah..). Lepas tu, jalan sikit ,gajah akan berhenti dan hulurkan belalai dia ke belakang supaya kami sumbat pisang. Pas tu, jalan semula,....pastu berhenti lagi mintak pisang...hahaha...sampailah pisang dalam beg plastik tu habis. Cam ne gajah tu tau pisang dah habis ??? Haaa..org yg handle gajah tu akan letupkan beg plastik tu...hahaha...lepas dengar bunyi tu kannnn, gajah tu dah tak berhenti dah, jalan terus ajer...Comel jer kan ??


patung gajah...boleh dibeli di sini !
Lepas habis elephant trekking, kami dibawa singgah di restaurant dan dijamu dengan buah buahan ikut musimlah. Tapi masa kami gi tu, hanya dijamu dgn buah pisang dan air sejuk....(dah macam gajah dah, makan pisang jugak hehehe...)

Selepas hampir 3 jam di Island safari ni, kami pun dihantar balik semula ke hotel. Cuaca memang tengah panas terik masa tu. Rupa rupanya kami dihantar balik dgn menaikki trak yg open air kat belakangnya. Ini kot yg dipanggil tut tut ?


Balik dari Island safari, kami di hantar oleh trak pick up ni...hehehe berpeluang gak naik.
Mata CK dah layu sebab kena angin dalam cuaca panas terik 

Sebelum sampai ke hotel, CK pun terlena kat pangkuan. Letih betul, tambahan dlm cuaca yg sangat panas. Sampai di hotel jam 1.30 ptg. Kami makan roti jer, mandi sembahyang dan lena sekejap. Sebelah petangnya kami dah plan nak sewa motor pulak...

Sambung lagi...

3 comments:

  1. Kalau JM ke maybe tak pegi kot ke Safari Island coz dh pernah naik gajah...pastu lembu dan kerbau pun dah pernah tgk maklumlah org kampung..hee..

    TAPI ia amat sesuai untuk kanak-kanak yg lahir di bandar utk di beri pendedahan. Kita sbg parent pun mesti excited kalau anak suka kan..

    ReplyDelete
  2. macam2 org siam ni....kreatif sgt. pandai cari duit.

    ReplyDelete
  3. Ck naik kerbau....seronoknya....

    ReplyDelete