MISS NUFFNANG

Showing posts with label Melancong Ke Hong Kong. Show all posts
Showing posts with label Melancong Ke Hong Kong. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Hong Kong Last Part- Victoria Peak

Tempat terakhir yg kami pergi di HK ialah Victoria  peak. Satu kawasan tinggi ala ala Fraser's Hill gitu. Dari bawah boleh naik tram (macam Bukit Bendera) atau naik bas , teksi atau naik kaki jer (menapak le tuuu..). Kami naik bas je ke sini sebab nak jimat masa que nak naik tram.


Local people panggil tempat ni the Peak aje.






Ni tram yg lama, dah tak berfungsi la..Eksen je nak bergambar..






Itu tram station ...


Dalam bangunan yg dikenali sbg Peak Galleria..



View dari Victoria Peak mengadap ke Tsim Sha Tsui di seberang laut tu....




Selain dari cuaca yg dingin, di atas ni ada Hard Rock Cafe, ada Madame Tussaud HK dan ada kedai kedai jual FM,key chain dan macam macam souvenirs lagi. Jangan terkejut, harga souvenirs di sini lebih murah dari di ladies market !! Kat sana kena bargain bagai nak gila baru dapat harga murah, tapi kat kedai di the Peak ni, harga tetap tapi memang jauh lebih murah.




Die Hard Fan HRC nih...hubby mesti nak beli t-shirt utk diri sendiri dan CK  





I ngan hubby memang plan nak masuk Madame Tussauds HK, maklum la nak pergi yg kat London tu, entah bila la ada rezeki kann. Tapi... kami frust betul, sebab tourist guide hanya bagi masa sejam aje kat the Peak. Buat rugi je masuk ke madame tussauds ni kalau masa terhad, dah lah harga tiket mahal. So, atas nasihat kenkawan, kami tak jadi masuk. (He he he.. satu lagi alasan utk datang ke HK lagi..)


Madame Tussauds HK

Ahaksss.... boyfren baru..
Terpaksa la berpuas hati amik gambar ngan patung lilin Bruce Lee yg diletakkan diluar madame tussauds nih.




Kami berhenti minum coffee di Starbuck kejap sebab tak tahan sejuk. Pastu snap gambar gambar yg cantik  di sekitar puncak ni.


Macam dalam postcard...




Turun dari the Peak, kami terus dibawa ke restoren utk lunch, walau pun sebenarnya dah hampir jam 3 ptg masa tu. Masa ni hari ke2 CNY, jadi banyak chinese muslim resto yg tutup. So, kami makan di another Indian Halal Food.

Resto ni ada sijil halal tau.. 


Layan jer makan kari..



Siap ada tandoori chicken yg berasap panas...



Resto tu terletak di dalam Toyo Mall nih ...


Pas makan kami di bawa ke satu tempat hentian untuk bertukar bas. Untuk ke Shenzen, China, kami perlu naik bas lain pulak. Sib baik, ramai abang macho tolong pindahkan beg beg kami.

Dari bas warna kuning di HK ke bas warna biru utk ke Shenzen

Perjalanan dari HK ke Shenzen ambik masa dalam 1 jam. I tak boleh lelap mata sebab mesti nak tengok pemandangan kat luar sambil snap snap gambar. Banyak betul jambatan yg menghubungkan HK ngan tanah besar China.



Macam Penang Bridge pulak..






Tengok rumah flat di new terrietory ni. Dah macam rumah merpati ...


Rasanya ini ialah sangkar ikan..

Bye bye HK. Satu hari Insyaallah kami datang lagi..

Dari HK nak ke Shenzen, boleh juga naik MTR sebab lebih efficien lagi. Bila sampai di Shenzen, China, kita perlu melalui immegresen HK dan pastu immegresen China pulak. Nak masuk China, perlu pakai visa. Kami guna group visa. Oleh sebab immegresen China tak tau english, so kami semua terpaksa beratur ikut susunan senarai nama dalam group visa tu. Hahaha... tentulah org lain heran nape barisan kami panjang sedangkan banyak kaunter utk foreigner kosong.

Welcome to Shenzen, China

Next entry, kami di Shenzen pulak...



Wednesday, February 8, 2012

Hong Kong Part 4- From Golden Bohemia To HK Jewellery

Sambung citer hari ke 3 kami di Hong Kong. Ada beberapa tempat uk dilawati pada hari ke 3 ni.


Memula kami dibawa ke Golden Bohemia. Ingatkan kilang buat kristal ke...rupa rupanya macam kita punya dataran merdeka jer, bezanya ia terletak bersebelahan dgn laut.


Statue bunga bohemia emas sbg bunga kebgsaan HK. Tempat ni terletak di Wan Chai, berdepan dgn Avenue of Star yg kami pergi pada hari ke 2.

Ni lah ahli rombongan. 11 org yg lain tu semua satu famili + kami berdua.

Ni la Golden Bohemia...



Golden bohemia terletak berhampiran HK convention and exhibition centre


View ke arah Tsim Sha Tsui di seberang laut sana...



Bangunan pencakar langit di Tsim Sha Tsui..


Hanya tourist je kot yg singgah bergambar kat sini...





HK Convention and Exhibition Centre.. mengadap ke laut..




Pas tu destinasi seterusnya ialah ke Repulse Bay. Macam pantai peranginan... dan lokasi kediaman selebriti dan orang orang kaya HK.

Repulse Bay...pantainya sangat bersih..

View dari Repulse Bay ke arah rumah orang orang kaya. Nampak tak satu rumah berbumbung oren di atas bukit tu ?

Rumah berbumbung oren tu... rumah Jackie Chan..




Seterusnya, kami ke Jumbo. Di sini boleh nampak view ke arah bangunan bangunan tinggi HK. 


Tradisional  dan moden...



Nampak bangunan di sebelah tu, menurut tourist guide, ia milik robert kwok,  org terkaya di msia



Lepas tu, kami di bawa ke Hong Kong Jewellery... Adoiyaii..kami bukannya nak tengok barang kemas !!! Kat sini di larang ambik gambar. Kami di beri penerangan dan ditunjukkan pelbagai barang kemas. I beli gak kat sini magnetic bracelet...Masa tu firts day of CNY. Diskaun besar jugak la. Bracelet tu rega dia HKD 339 ( ~rm150).



Terus pakai gelang tu. Hubby kata "Ni dah out of budget ni". 


Nanti sambung lagi cerita seterusnya ke Victoria Peak.







Friday, February 3, 2012

Hong Kong Part 3 - From Ladies Market To Avenue of Stars

Sambung cerita .... masih lagi di hari 2 di Hong Kong.


Selepas turun dari cable car, kami singgah di Citygate outlets. Sebenarnya, bateri kamera I dan hubby dua dua dah kong. Kami tak bawa extra bateri. So, masuk ke outlets tu kot kot la ada jual. Sekali tu, jenama nikon tak jual.. hu hu hu. Dah rasa terkilan dah, sebab byk lagi tempat nak gi nih. Tapi I sempat singgah ke Couch outlets...belek belek handbag, harganya bila ditukar ke rm, lebih kurang aje ngan kat Msia, so selamat duit tak nak beli handbag.




Tak per la.. pastu, kami ke MTR Tung Shun semula dan beli tiket terus ke Central (kira macam KL sentral la tu..), HKD 21.50 sorang. Journey lebih kurang 30 minit.  Sampai kat Central, puas I tanya orang cam mana nak cari mid level escalator, tapi tak jumpa tempatnya. Mid level escalator tu ialah escalator yg pjg  disediakan sebab HK kan berbukit -bukit, so nak mudahkan rakyat dia bergerak ke tempat tinggi, tu yg disediakan escalator. Yg buat I rasa frust sangat, dalam buku catatan I, dah siap I catat "walk to 21-27 to Central building". Entah cam ner, masa tu tak teringat nak rujuk buku kat dlm hbag. 




Lagi pun masa tu dah hampir jam 4.30 ptg, dlm hati takut tak jumpa masjid utk solat sebab maghrib masuk jam 6 ptg. So, kami decide, ambik MTR ke Tsim Sha Tsui, nak cari Kowloon Mosque. Tambang HKD 8 sorang (kalau tak salah I). Turun di stesen Tsim Sha Tsui, mata melilau cari signboard utk ke kowloon park, dan alhamdulillah, kat papan tanda ke kowlon park tu, tertera Kowloon Mosque. So, kami ikut je exit tu, dan sebaik sampai ke luar dari stesen, tertera Kowloon Mosque. Lagi sekali syukur sebab tak perlu manapak jauh mencari masjid. Ramai betul org kat masjid, macam jadi tempat berkumpul org indon dan pakistan kat situ. 

Kowloon mosque, terletak berdepan Nathan Road yg popular dengan kedai kedai shopping.
 Nampak tak ramai orang di tangga masjid ? Masa ni, hubby ke kedai kamera, I snap gambar.

Pas solat, kami menyeberang Nathan Road, sebab hubby ternampak kedai kedai kamera. So, kat kedai tu, kami beli bateri utk digital kamera I HKD 180 ( ~rm70), dan hubby beli charger utk DSLR dia HKD 200 (~rm80). Barang ori dan harga memang lebih murah. Then, kami seberang jln semula utk ke stesen MTR Tsim Sha Tsui untuk ke stesen Mongkok pulak. Dari stesen TST ke Mongkok HKD 5 seorang. Masa tu, subway penuh betul dgn orang.. pelik I, bukan kah sepatutnya diaorang makan besar kat rumah sebab CNY eve ? Budaya lain kot..Sampai di stesen Mongkok, kami menapak sikit ke Ladies Market.

Orang tetap jugak ramai di ladies market (Tung Chooi Street)



Kami beli lagi key-chain dan t-shirt . Kali ni kami cuba bargain betul betul, dan memang dapat kurang dari separuh harga yg penjual letak. Misalnya key-chain ni..

 1 Set ( 6 key-chains) penjual letak rega HKD 100, selepas tawar  menawar, kami dapat HKD 40. Hah jauh tak beza harganya? Perlu kemahiran menawar yg gigih dan disulami puji puji sket kat penjual tu.

Pas dapat apa yg kami cari, kami ke stesen Mongkok semula utk ke stesen Tsim Sha Tsui. Ke destinasi akhir utk hari tu iaitu ke Avenue of Star. Dari stesen TST, cari exit ke Avenue of Star iaitu exit J, pas tu signboard akan tunjuk ke exit J2 iaitu betul betul sebelum SOGO. Tapi sebenarnya exit yg lebih tepat ialah J4 tau, baru lah tak menapak jauh. Sebab Avenue of Star tu terletak di belakang SOGO. Selepas keluar dari exit J4, belok ke kiri, sure tak sesat cam kami..hu hu hu. Masa tu muka hubby dah kelat dah sebab terpaksa menapak jauh. Sian dia...




Kami tak tau jln yg dekat, so tanya orang, diaorang tunjuk jalan jauh... hu hu hu menapak jauh gak nak ke Avenue of Star. Tak per...


Sepanjang Salisbury Road ...

Apa yang ada kat Avenue of Stars ? Selain dari tengok tapak tangan hong kong stars & celebrities, ada jugak statue Bruce Lee. Pas tu, every night jam 8 malam, ada show Symphony of Light..Lampu laser dan muzik dari  kedua dua sisi laut ni, sama ada sebelah Tsim Sha Tsui atau dari sebelah Wan Chai.


View ke arah Wan Chai...




Excited... sebab kapal yg jadi trademark HK sedang belayar kat belakang tuuu..

Tapak tangan Jackie Chan.. ha ha ha... Puas berjalan sepanjang persisir laut ni, mencari nama stars yg kami kenal.





Pak cik cameramen is filming...

Pakcik director....

Hah ! Chow Yuen Fatt...

Hah! Jet Li...   Takat 3 nama stars tu jer la yg kami kenalll...

Patung Bruce Lee...




Dah amik gambar, kami pun duduk ngap ngap biskut sambil tunggu jam 8 malam utk show symphony of lights...


Laser dah bermula...









Symphony of lights tu lebih kurang 15 minit jer. Habis show, kami menapak semula mencari Peking Road, iaitu tempat kami nak naik shuttle balik ke hotel. Tengok peta agak susah nak cari, so tanya orang jer, diaorang very helpfull. Dalam 25 minit dah sampai kat tempat tu.Lega hati..bila dah tau tempat menunggu shuttle, insyaallah dah boleh kira selamat sampai ke hotel tu.


Tempat tunggu shuttle di Peking Road, selang dua jalan dari Hankow Road

Pas tu , sambil kami mendongak dongak tengok building tinggi tu, tetiba hubby ternampak Palki Indian Halal Cuisine di Hankow Road. Ahaksss... apa lagi, perut memang tengah lapar sebab masa tu dah jam 8.50 malam. Terus masuk ke restoran tu kat tingkat 1.

Cer teka sapa yg paling gembira jumpa restoran tu??? Ha ha ha tentu la encik hubby..

Hah... nasi beriani ayam lagi..! Tak da maknanya nak diet kat HK nih.
2 kali pekena beriani ayam. Kah kah kah..

Total kami makan. Kat luar resto ni memang ada signboard halal food.

I order samosa lamb. Sedap gak sebab digoreng panas panas, makan cecah ngan  yogurt hijau tu.

Perut dah kenyang, hati pun senang...

Akhirnya, shuttle pun sampai. Tapi driver ni dahsat.. dia sound je siapa yg bw foods or drink kat tangan:
"No eating no eating, put in your bag"

Akhirnya, jam 10 malam kami sampai ke hotel. Uiii.. penat giler berjalan seharian, diaorang yg ke disneyland pun 9.30 mlm dah sampai ke bilik. Tapi kami puas hati betul.


Next entry, sambung hari ke 3 pulak ke Victoria Peak.