MISS NUFFNANG

Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Syukur...Masih Ada Lagi Yang Prihatin

Kejadian ni berlaku pada petang Khamis minggu lepas, on the way balik dari kerja.


Di pertengahan jalan tu, I dah rasa something wrong with the car. Ada bunyi semacam jer. I off radio, masih dengar bunyi tu. Cuba pulak, tutup rapat semua tingkap, masih lagi dengar bunyi tu. Handbreak pulak dah beberapa kali I tekan ke bawah..kot kot tak lepas habis..tapi bunyi tu masih ada. I terfikir pulak, nape selalunya tak dengar pun bunyi ganjil cam ni. Yang buat I heran, bunyi tu terhasil sebaik lepas I overtake lori sampah. I rasa kereta tak boleh pecut walaupun dah tekan minyak...


Adalah dalam 2 ke 3 km I bergerak, pemandu sebuah kereta Rexton (kalau tak silap) buat isyarat suruh I ke tepi. Dalam teragak agak, nak ke tidak, I berhentikan kereta di depan kereta dia. Pastu, ada sebuah lori pikap pun berhenti pulak depan keta I. I pun terus turunkan tingkap....Masyaallah !!!! Masa tu I terbau tayar hangit !!!
Mata terus melihat ke tayar belakang....Ya Allah !!!!




I bawak kereta dalam keadaan tayar yang macam ni !!!!

Driver kereta tu, lelaki Melayu tu tanya I : "Akak tak perasan ke kereta jalan bergoyang ? " Sambil asyik geleng  gelengkan kepala. Driver lori tu pulak, lelaki India (atau mungkin Mamak) pulak cakap:"Nasib baik akak tak bawak laju, kalau laju..." Sambil dia pun asyik geleng kepala. Reaksi I ?? Rasanya masa tu muka I kalau ditoreh memang tak berdarahlah !!!

Terus diaorang mintak I tunjukkan mana tayar spare. Seb baik I boleh ingat kat mana tempat spare tyre tu. Pas tu, diaorang tanya mana jek keta. I hanya geleng kepala sebab memang tak tau. ( Pada masa kejadian, hubby on the way balik ke rumah baru habis kursus di Penang. Dan masa I call pasal ni, hubby baru tiba di Ipoh..).  Tanpa buang masa dua orang lelaki ni terus membuka tayar tu dan pasang tayar spare. I ??? Tak tau nak buat apa dan speechless. Pastu, baru teringat keluarkan kamera dan ambik gambar...




Turutan gambar gambar ni menceritakan sendiri bagaimana
dua orang pemandu yg prihatin ni membantu I yg memang tak tau apa apa pasal keta selain memandu jer..

Dalam masa 10 minit, mereka selesai menukar tayar tu dgn tayar spare. I hanya mampu mengucapkan terima kasih banyak banyak kat mereka berdua ni (masa tu tak terfikir nak beri upah belanja minum pada mereka, ish ish ish...memang tengah blur+terkejut tak habis lagi).

Kepada En. Anwar, pemandu melayu berbaju biru yang memandu kereta ni..



Dan En Ghani, pemandu berbaju belang yang memandu lori ni..



Terima kasih banyak banyak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda berdua.


Pastu, I drive balik ke rumah dgn kelajuan 40 km/jam jer. Rasa fobia betul dan terbayang bayang keadaan tayar tadi. Kalau lah I bawak laju... tentu terbabas ...nauzubilah...tak dapat nak bayangkan. 


Sampai ke rumah, terus solat Asar, I menangis bersungguh sungguh...syukur, Allah melindungi I dan CK dari sebarang malapetaka, dan Allah buka hati dua orang asing untuk tolong I dan CK. 



Tuesday, August 23, 2011

Simbah Asid Ke Muka Orang

Salam..

Tentu ada yang dah tahu tentang isu ini. Paling baru, di jalan Raja Laut, KL seorang pemuda disimbah asid semasa tengah tunggu kawan dia di luar tandas. Paling buat i takut, baru beberapa hari sebelum kes tu, i ada kat tempat yang sama menunggu hubby ke Sogo.  Ya Allah...kalau la kes ni jadi kat i, tak tau nak bayangkan cam ne...Dah la muka jadi cacat, silap silap haribulan, mata buta, telinga jadi pekak dan pelbagai lagi akibat buruk. Mangsa jadi sengsara akibat perbuatan orang sakit mental ni..


Tengok la muka pemuda ni, dari hensem terus menjadi cacat
 angkara perbuatan orang sakit mental



Ikut laporan Kosmo 20 Ogos ni, orang yang bertanggungjawab menyimbah asid tu telah ditahan. Tapi tak tau la orang yang betul buat atau sekadar orang yang disyaki. Apa hak kita sebagai orang awam kalau menjadi mangsa simbahan asid ???

Sebelum kes ni, dah banyak kes yang serupa berlaku kat Brickfields, KL. Mangsa selalu nye ialah perempuan. Sebelum tu pulak, kes yang sama berlaku kat Bangsar, berhampiran SK Bukit Bandaraya, mangsa nye ialah pelajar sekolah yang tengah tunggu bas nak balik rumah.So far rasa nye tak de lagi orang yang ditangkap.

 I jadi fobia betul la....Tapi kalau ikutkan rasa takut tu, tak keluar rumah la jawab nye kannn.. Apa la yang polis boleh buat untuk atasi masalah cam ni. Mungkin, boleh cadangkan undang undang untuk kawal penjualan asid kepada individu, pasang CCTV kat lokasi panas.

Bagi kita semua, kena lebih hati hati kepada mamat yang nampak mencurigakan...misalnya..tengok mamat yang tangan nye sentiasa dalam poket ke..., tangan mamat tu tengah pegang botol ke atau plastik berisi cecair ke...Semua tu kemungkinan yang boleh difikirkan. Semoga kita semua berhati hati...






Wednesday, May 25, 2011

Kereta ku dilanggar minah negro !!

Cuti hari wesak ari tu, kami ke Alamanda Putrajaya. Konon nak cari present untuk sorang kawan ni...sambil tu bawa CK ke playground. Tak sangka lak ade suprise yg menanti at the end of the day..huhuhu...

On the way..CK bergaya ngan spek mama..



CK ..dengan muka penat selepas berlari keliling taman tu..



Penat window shopping, tak de hadiah yg menarik untuk dibeli. So we decided nak gi cari kat tempat lain plak la...ke Bukit Tinggi Klang ke..tengok la..cam ne.



On the way balik, sampai simpang empat, hubby pun tarik handbrake sebab lampu merah kat situ memang lama. CK pulak kebetulan mase tu duduk atas pangku i instead of duduk kat tengah between me n hubby. I memang tengah peluk CK mase tu..



Tiba-tiba...kereta rasa terlajak ke depan diikuti bunyi berdentum kuat..

Rupa-rupanye ade kete lain tercium botot kete kami...hadoiii..yaiii. Drivernye plak minah negro yg drive proton persona... Hubby terus turun nengok kete...

Bumper belah bawah dan reverse sensor ...abiss...Minah negro tu xngaku salah plak..boleh camtu?? Tapi kete persona dia habis punah bahagian depannye..Ohh keras gak body Avanza ni..Ade plak orang tow truck berhenti dan tolong telefon polis bila tengok involve foreigner.

Hubby marah la minah negro tu: Are u stupid..can't u see the traffic light is red ?

Minah negro jawab balik: U call me stupid...because i am black..u call me stupid..oh no..


Pulak dah...minah negro dah emosional plak..Hubby apa lagi, semakin tinggi la suara dia.

Dipendekkan cerita, lepas polis sampai, polis suruh pergi balai untuk settlekan. Minah negro tu x boleh larila..


Kat balai, puak minah tu ramai la yg datang..hubby gertak la : i'll make sure she will be out of this country as soon as possible..i don't care. Takut la minah tu coz dia final year kat kolej mane ntah..Then diaorg nak bayar rm1000 untuk kos baiki kete walaupun husband minta rm1500. Bukan kami nak untung, tapi ade sorang mekanik kat balai polis tu kata kos baiki lebih rm1000 sebab ganti bumper, reverse sensor dan bonet kereta yg dah xboleh bukak..


Puak-puak tu boleh ugut hubby plak: if u don't want this rm1000, go ahead with ur report, then our friend here will only have to pay rm600 hundred fine only.


Polis tu dah tarik hubby ke tepi dan nasihatkan, lebih baik terima je duit tu sebab kalu proceed ngan report, kita kene keluar duit bayar lawyer, nak claim insuran, dah la tuan punye kete tu orang melayu kite...lagi banyak cerite..Polis kata, ni nasib baik puak ni nak bayar..ade banyak kes melibatkan puak ni..yg diaorg cabut je satu sen pun xbayar. So akhirnye, hubby terima je duit ganti rugi tu..sakit hati gak tapi bersyukur gak diaorg nak bayar . Sabor je la...kita punye la berhati-hati..org lain lak punye angkara. Dalam pada tu, bersyukur gak, nasib baik kami x ape ape especially CK la..