MISS NUFFNANG

Showing posts with label Apa Apa Aje. Show all posts
Showing posts with label Apa Apa Aje. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog niii... Tersangatlah sibuk semenjak dua menjak ni. Bukan sahaja nak update blog sendiri....nak jenguk ke rumah kenkawan bloggers pun tak sempat. Maaf ye kenkawan sekelian...Harap harap waktu rehat tengahari jumaat nanti sempatlah jenguk rumah kenkawan ye..


I nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kenkawan yg membaca blog I ni. Semoga kita semua sihat sejahtera dan dapat merebut segala peluang untuk melakukan amal ibadat sebanyak mungkin di bulan yang mulia ini.......ameeeeenn !!!


Semua gambar dari google image je...


Marhaban ya Ramadhan....



Tuesday, April 30, 2013

Selamat Bercutiiiii....

Salam semua. Selamat bercuti sempena hari pekerja 1 Mei ni.

Tapi I akan bercoti sehingga 19 Mei 2013 !!!!

 Jangan jeles ek sebab tu lah cuti kami yg telah dijadualkan. I akan mula masuk bekerja pada 20 Mei 2013.

Yeayyyyyyyyy  ...so apalagi ??? 






Melancong lah ye... tapi kali ni tak pergi jauh, dekat dekat jer. 

Happy holiday....




Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat datang tahun baru masihi, 2013. 
Alhamdulillah...menoleh kembali tahun 2012, banyak jugak tempat kami pergi tapi ikut kemampuan poket lah ! Orang kata, selera tajam tapi bajet ciput ajer...hehehe. Tak peduli....., asal dapat melancong melihat tempat orang.


 Januari 2012- Ke Hong Kong bersama hubby
 Januari 2012- Ke Shenzen, China bersama hubby

 Mei 2012 - Ke Seoul, Korea Selatan bersama hubby
 Mei 2012- Ke Ho Chi Minh City bersama hubby
 Mei 2012 - Ke Bali, Indonesia bersama hubby dan CK

November 2012- Ke Medan, Indonesia bersama hubby dan CK


Serius cakap memang tak best jalan kalau tak bawak anak. So, kami memang telah berikrar, selepas balik dari Bali tu, tak akan tinggalkan CK lagi setiap kali melancong...biarlah susah senang kami tanggung, cewahhhh !!! 

Walaupun ada masanya CK buat perangai sebab keletihan,
tapi bila tengok dia enjoy berjalan, tu yang tak sampai  hati tinggalkan dia lagi...huhuhu...


So untuk tahun 2013 ni, so far kami baru ada tiket ke Osaka dan Kuching aje. Yang lain lain, Insya Allah, ada rezeki sampailah kami ke sana.



Friday, November 9, 2012

Last Day..

Hari ni last day sekolah. Mesti seronok anak anak kat rumah. 


I pun last kerja jugak hari ni. I akan bercuti selama 2 minggu. Tapi pergi bercuti 4 hari jer. Kali ni tak jauh berjalan...takat ke seberang jer, sejam ajer naik AA. Kami akan pergi seperti biasa bertigalah. CK dah excited dah nak naik kapal terbang merah  putih....hehehe...itu ajerlah tiket yang mak ko mampu nak...




Selamat bercuti Deepavali dan Awal Muharram..



Wednesday, October 31, 2012

Free Seats ..AA

Uiii sakan promo Airasia pasal free seats tu. Kami tak tunggulah Ahad malam jam 12 tu..sebab sah sah lah... line jammed. Dan agak ragu ragu jugak...entah entah free seats tu dalam 2-3 seats jer kot untuk setiap flight...


Hari Isnin , on the way ke tempat kerja (hubby naik ERL...), hubby dapatlah booking tiket ke Kuching. Tapi bukanlah free seats tu tapi dapatlah harga rm58 return untuk sorang. Bolehlaaaah...lagi pun last kami ke Kuching tahun 2005 dulu, CK pun belum lahir lagi. 


I taklah excited sangat nak ke Kuching ni, sebab ada aim lagi besar punya. Tapi takper...sabar menanti, kot kot lah ada offer ke tempat tu...



Wednesday, October 24, 2012

Pulut Periuk Kera..

Pernah dengar dan tengok periuk kera ? 

Masa I kecik kecik dulu, kat kampung emak di Masjid Tanah, Melaka, periuk kera ni digunakan sebagai bekas untuk menanak pulut. Masa tu, periuk kera ni cari kat dalam hutan di tepi kampung kami.


Sekarang ni, masih ada periuk kera, tapi yang dijual di pasar atau beli dari  org kampung yang rajin masuk hutan dan mencari periuk kera ni. Yang kami dapat ni pun, mak teh I yang bagi, masa kami ziarah dia raya tahun 2011 dulu. Kami simpan jer periuk kera ni dalam peti ais, dah setahun simpan baru nak masak pulut periuk kera ( mak aiiii ....lama tunggu, semata mata mak I nak pastikan semua adik beradik berkumpul dan dapat rasa benda ni...hehehe..)

Ni rupa periuk kera yang dah dikeringkan. Mula mula kenalah bersihkan dulu perik kera ni dan pastikan ia tidak bocor. Sebab kalau bocor dah tak boleh digunakan lagi


Pulut digaul dengan santan dan sedikit garam...buat macam kita menanak pulut dalam periuk. Lepas tu, letakkan beras pulut dan santan ke dalam periuk kera tu...jgn penuh sangat pulutnya, hanya setakat 3/4 bekas periuk kera. Pastu, penuhkan dengan santan. Sebab tu kena pastikan periuk kera tu tak bocor..

Dah letak pulut dan santan , periuk kera disusun pulak di dalam pengukus.. 



Bersedia untuk dikukus...

Pulut yang dah masak..

Bila nak makan, kopek atau siat jer periuk kera tu...dan makanlah pulutnya. Kalau tergigit periuk kera tu, jgn takut tak patah gigi sebab dia macam daun kering jer..

Sedap dimakan bersama dengan rendang...hehehe...

Sebenarnya pulut periuk kera ni kami masak masa bulan syawal dulu...Tapi biasalah kan...gambar terpendam dalam kamera jer. Dah nak aidiladha, baru buat entry pasal citer ni..


Sebut pasal kampung I kat melaka tu, maka nak tempek gak gambar rumah kampung yang dihuni oleh bapa saudara dan keluarga..

Biasalah rumah melaka...bertangga batu..

Menggamit nostalgia zaman kanak kanak dulu..

Rumah ni bersebelahan rumah bapa saudara.... reput dan tunggu masa nak roboh...

Tak sah lah gambar kalau tak de gambar budak kecik ni.
CK enjoy berlari mengejar ayam...CK ingat ayam tu macam  anak kucing kot !!

Selamat berpuasa sunat pada hari arafah dan selamat menyambut hari raya Aidiladha...


Tuesday, October 9, 2012

Dah 15 Tahun Berlalu...

Hari Ahad yang lepas, memang sangat mengujakan dan masih terbayang bayang saat manis itu !!! 

Cewahhh.... sebenarnya, Ahad tu adalah wedding day salah seorang kawan baik masa belajar di USM dulu. Majlis kahwin Lieza diadakan di Pusat Komuniti, jln setiabudi, bukit damansara, KL. Oleh kerana ramai kenkwan geng masa di USM dulu turut hadir, seolah olah dah jadi reunion kami pulak. Lebih mengharukan kawan dari Ipoh, Yan dan kawan dari Kuching, Akma, turut hadir. Cuma ada beberapa geng lagi yang tak dapat hadir...mungkin sebab jauh dan ada komitment lain...

Muka memasing tak berubah, hanya saiz jer yang mengembang atau maintain...hehehe...Kami graduate pada tahun 1996...semenjak tu, sekali sekala je berjumpa , itupun tak semua ada. So, hari Ahad tu, kali pertama selepas hampir 15 tahun, dapat bertemu semula. Majlis kenduri kahwin tu dah jadi macam majlis reunion. Semua dah masuk 4 series dah umur nih !

Kenkawan yang dah berkawin, anak diaorng semua dah besar besar, ada yang nak ambik PMR dah...Anak I ??? Baru umur 3 tahun 10 bulan.... hehehe...tu yang perasan muda dari diaorang semua...

Dan hubby I jugak merupakan coursemate kami dulu... so riuh rendahlah suasana ngan gelagat kami. Memang betul betul tak hengat dunia, bak kata sorang kawan ni....Rasa macam muda 15 tahun pulak..

I, Yam, Izan, Sweet, Sue dan Mekdah..

Tengok aaaa, org lain xdokong anak pun, I jer yang terpaksa hehehe...Pengantin serba pink gitu..


Rasa nak menangis pun ada, masa bersalam ngan Lieza, yang mesra kami  panggil makcik...

I ngan Sweet ...


Akma (duduk...dah jadi dekan di unimas nih !), I, At, Rita (bakal bergelar pengantin baru tuk kali ke 2), Sweet...

Hubby jugak merupakan coursemate kami, so, ada gak lah muka hubby kat sini yeeee....

Semua ceria aje....
Selamat pengantin baru buat best friend kami, Lieza.. sayang makcik !!! 
Semoga akan ada lagi kesempatan untuk kami berkumpul lagi, Insyaallah...sayang korang semua !!



Friday, October 5, 2012

Free Ticket To Legoland For Kids

Haaa this is a good news....Sekarang ni banyak product yg offer free ticket to legoland. So kalau anda yang berminat nak bawa anak anak berumur 3-11 tahun, boleh dapat tiket percuma je utk diaorang nih !!   Kalau tak de free ticket ni, harga tiket legoland tuk kids 3-11 tahun ialah rm110. KFC   pun bagi free ticket untuk kids juga, bagi setiap rm30 spent there. 

Yang I nak kongsikan ialah dutch lady for kids....



Harga 1 pek  rm4.20, ada 4 kotak dutch lady kid ni...so, dah boleh dapat 4 voucher ni...


Ni voucher tu, terletak di belakang kotak.
Kalau baca syarat syarat tu, 1 tiket dewasa (rm140) yang dibeli,  boleh  guna 1 voucher ni utk dapat 1 tiket free utk kids...




Kalau tak silap I , voucher ni valid till 31/3/2013. Jadi bolehlah dapatkan minuman kotak ni dalam perisa strawberi atau coklat di kedai kedai berhampiran anda....hehehe (macam dalam iklan lah pulak...). Boleh jimat rm110 utk sorang kid kannn ???



Friday, August 10, 2012

Hari Terakhir Bekerja

Ni mesti ada yang jeles nih !! Ye ...memang betul, hari ni hari terakhir I bekerja sebelum cuti hari raya...Yang sebenarnya minggu depan ialah cuti pertengahan semester kolej, pastu cuti hari raya...

Tu yang dapat 2 minggu cuti nih. Tapi awal awal cuti ni kenalah menanda skrip jawapan pelajar dulu. Pastu nak spring cleaning rumah pulak. Makkkaihh, habuk kat atas lemari perhiasan dah boleh buat bedak kompak dah tu, habuk kat kipas nak kena lap, tingkap nak kena bersihkan....dan 1001 macam kerja rumah menanti. Tak pe...hati tetap gumbira..Part biskut raya semua dah settle, hasil dari tunjuk tunjuk. Baju raya pun dah ready gak. 


Ni...saja tempek gambar raya tahun lepas.

Gambar raya 2011 di rumah mertua di Nilai, N9
Kenkawan semua dah mula mengemas rumah ?



Friday, June 15, 2012

Damaged Baggage !!!

Ni cerita balik dari Vietnam pulak.




Sebaik turun di KLIA dari ho chi minh city, I ngan hubby solat dulu di terminal a/bangsa tu sebab kat situ agak lengang sikit. Pastu, hubby beli rokok dan coklat kat duty free shop. Kami jalan relaks je...Sebaik sampai kat tempat ambik beg tu, tinggal 2 beg kami je kat tepi conveyer tu. Nampak sangat lama betul kami kat dalam terminal... 




Masa ambik beg jer..I ternampak telekung yg dibeli kat saigon, dah tersembul keluar dari beg. Memang ada 5 pasang telekung kat dalam beg tu, so I bukak zip beg tu utk extend kelebarannya. Rupa rupanya, bhgn yg extend tu yg koyak menyebabkan tersembul lah telekung tu..Seb baik telekung tak hilang

Sedey tengok beg dah macam ni...





Rasanya ni dah kali ke 3 kejadian cam nih belaku kat beg kami. 




Masa kali pertama dulu, masa balik dari menunaikan haji, beg hubby rosak sampai satu roda patah. Kali kedua, masa emak I ke Beijing, guna beg kami, pun kes roda rosak sampai tak boleh gerak roda tu. Ni...kali ke3, takkan nak diam kot !!! Maka kami pun pergi ke BAGGAGE servis..Terletak tak jauh dari tempat mengambil beg, sama aras jugak.


Hubby sedang mengisi borang aduan kerosakan

Menurut petugas kat kaunter tu, nanti akan ada wakil syarikat vietnam airlines datang ke rumah nak periksa beg tu. Dalam masa 3 hari lah cam tu. So, semua dokumen terutama boarding pass dgn pelekat baggage, dan passport mesti ditunjukkan nanti. Oleh sebab kami pulak akan ke Bali beberapa hari lepas tu, maka kami mintak wakil syarikat tu datang 1 minggu lagi.




Memang betul, sehari lepas balik dari Bali, wakil sykt vietnam airlines tu datang ke rumah dan tengok beg yg rosak tu. Sebenarnya, dia dari kedai jual beg beg travel ni, tapi dah dilantik sebagai wakil airlines utk handle kes damaged baggage lah. Kami nilaikan beg kami tu dalam harga rm130 masa beli dulu, dalam borang aduan. Uncle wakil ni, siap pesan kat kami, lain kali kalau jadi kes cam nih, letak harga tinggi tinggi sikit sebab ikut harga semasa katanya. Nak buat camner Uncle...kami JUJUR hehehe...Uncle tu janji dalam 2-3 hari nanti dia call.




Lepas 2 hari uncle tu call, nak datang rumah dan hantar beg BARUUU!!!! Alhamdulillah...Yahuu...seronoknya kami. (gambar beg baru tu tak dapat dipamerkan sebab kamera dah diserang virus pulakk !!)




Moral of the story...claim aje. Kalau ada rezeki kita memang akan dapat kan kan kan !!!





Thursday, May 17, 2012

Baru Balik....

Baru sampai ke rumah. Rindunya nak baca blog. Tak sabar jugak rasanya melihat siapakah yg berjaya mendapat hadiah FM tu. Lepas tidurkan CK, terus terpa netbook dan tengok blog..


Nak bagi suspen sikit...Kami baru balik dari bercuti di sini....

1. Korea...

2. Vietnam....

3. Bali...Indonesia..

Hahaha.... so yang berjaya meneka dengan tepat dan tercepat ialah...


|

|

|

|

|


Kak KASIHREDHA.... Tahniah kak, nanti saya e-mail akak ye... Kepada kenkawan yg meneka, ramai yg meneka dgn tepat tapi tak secepat kak Kasihredha. Terima kasih sudi meneka ya...




Banyak betul cerita yg nak ditaip...Harap harap dapat menaip sebelum mula bekerja semula 21 Mei ni..





Saturday, May 5, 2012

Bercuti Di Tempat Kedua..


Masa ni, rasanya kami dah berada di tempat kedua.


Hampir 5 jam flight dari tempat bercuti yg pertama. Jgn risau, masih lagi di negara Asia, spesifik Asia Tenggara.


Negara ni I dah pernah pergi last year bulan Mei jugak. Cuma kali ni singgah sebab transit dan bermalam 1 malam di sini. Cadang nak menonton water puppet show , yg memang merupakan persembahan kebudayaan di negara ni. I pernah cerita pasal water puppet show dalam entri sebelum ni.Rujuk kat sini.


Water Puppet Show..
Dah boleh teka tempat kedua yg I pergi ???

Wednesday, May 2, 2012

Tak Sabar Nak Bercuti

Annyeonghaseyo..


Masa ni kami dah berada di dalam flight utk bercuti. Semoga segalanya berjalan lancar.. 






Cam ner kenkawan dah boleh bayangkan tempat I nak pergi ni ? 


Ni tempat pertama kami pergi dalam siri 3 tempat untuk bercuti..bukan statement berlagak tau..


Next entry, I bagi clue tempat kedua pulak ye...







Friday, April 27, 2012

Yeahhhh...Holiday

Hari ni bermula la cuti semester di kolej selama lebih 3 minggu. Maka kami semua bolehlah berjimba dan bermalasan di rumah. Tapi untuk orang yg kuat melangok (ni istilah mak I merujuk kepada kaki jalan), ni lah masanya memanjangkan langkah kaki (selama ni tak panjangkah langkah tu ?? Hehehe..)









Ada tiga negara/ tempat yang I akan pergi 
(chewahhh... bunyi macam anak jutawannnn jer...perahsan !!). 




Tak nak bagi tau ke mana. Biar suspen sikit. Kalau sesiapa yg memang baca blog ni mungkin dah boleh teka. Hehehe... saje jer, sebab nak hadiahkan souvenir dari 3 tempat tu kat sesapa yg teka betul. Sila jangan jawab sekarang...simpan dulu tekaan tu ye. Clue akan diberikan dalam setiap entry seterusnya...





Tuesday, April 3, 2012

Aura Korea..

Dah seminggu tak update blog, hanya baca citer kenkawan aje. Sebenarnya I tengah kusyuk menonton cd Winter Sonata... ha ha ha..Dah berzaman dah citer tu, baru nak tengok. 


CD tu pinjam dari kawan, tak sangka best pulak citernya ditambah ngan lagu winter sonata tu... hu hu hu.. tak tahan feeling dia. Sib baik cik abang pun layan cd tu jugak, tu yang best tengok berdua tu.... Romantik betul...




Hero dan heroin Winter Sonata...

Semua gambar dari en. google ye








Nape tetiba tengok Winter Sonata ?  Ha ha ha... cer teka ?



Wednesday, March 14, 2012

Little Photographer in da house...

Tersenyum dan tersengih sorang sorang bila I tengok gambar gambar niii..

Abaikan sehelai rambut yang jelas kelihatan di atas karpet tuu..


Cewahhhhh....zoom kunun...

Zoom satu lagi gula....sampai ternampak seluar yg dipakai..

Semua gambar kat atas tu diambik oleh CK masa I ngan hubby sedang bersiap nak ke majlis kenduri kahwin hari Ahad lepas. I nampak dia siap meniarap lagi atas karpet tu nak ambik gambar. Bila CK dah snap gambar tu, dia tunjuk kat I. Kami punya la gelak sakan sebab sah sah dia tiru aksi I yg selalu ambik  gambar...Kalau nak ambik gambar makanan memang kamera kan kena dekat dekat ngan makanan tuuu.. Hahaha..


CK ambik gambar Dora dan white cat dia...
Betul lah orang tua tua kata, mak bapak ni role model anak anak kann..



Friday, March 9, 2012

Kenangan Kali Pertama..

First time CK kat pantai.... masa ni umur CK 6 bulan.. Kami ke Pantai Cherating, Pahang. Kami stay kat The Legend, Cherating..so pantai ni betul betul di luar bilik tempat kami tinggal..