MISS NUFFNANG

Showing posts with label Japan-Osaka. Show all posts
Showing posts with label Japan-Osaka. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Land of the Rising Sun: Japan. Souvenirs

Salam sejahtera. Minggu ni agak relaks sikit sebab students semua sedang menghadapi study week. So, cikgu pun relaks laaa sikit. Tapi jangan salah sangka, walau relaks sebab takda kelas tapi, students akan datang berkerumun utk menanya soalan.....Haishhh tu kes study last minute lah tuuu...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Entry kali ni hanya nak tunjukkan apa souvenir yang  boleh dibeli di Osaka, Nara dan Kyoto. Tak da apa yg special sebab kami hanya beli souvenirs sahaja.. Maklumlah harganya agak mahal jugak..


Setiap souvenirs yg kita beli tak kisahlah fridge magnet ke, key-chain ke, penjual akan buang dulu tanda harga dan kemudian letak souvenirs tu dalam sampul seperti pembalut hadiah dan cellotape. Memang orang jepun ni mementingkan presentation yg kemas.
Harga utk FM ni range diantara 300 yen -550 yen satu. Memang lebih kurang tu je harganya, dan fix price lah. 


Kertas pembalut setiap Fm tu I jadikan alas utk ambik gambar ni..Ni antara koleksi FM yg dibeli. Kebanyakan nya kami dibeli di tempat tu. Misalnya FM umeda sky building tu dan FM Osaka castle.



FM ni dibeli di Nara yg terkenal dgn rusa. Harganya kalau tak salah 400 yen. Sorry kalau tersilap harga, sebab semua tanda harga tu telah dibuang terlebih dahulu oleh penjual sebelum mereka letakkan dalam sampul pembalut hadiah tu..



T-shirt CK dibeli di Nara, harganya agak mahal 1200 yen (rm39). Tapi kualiti t-shirt OK !



Key-chain Kyoto tu dibeli di kedai souvenir kat Kyoto station. FM yg lain tu dibeli di arked kat Shojo dori.




Snow globe besar tu beli kat kedai di luar Kinkakuji temple, harganya 700 yen. Yang kecik kecik tu sebenarnya
ialah FM yg dibeli kat arked di shojo-dori, satu berharga 150 yen. Kami beli 23 FM ni,  tu yg ada satu penjual tak nampak yg dia tak tanggalkan tanda harga. 



T-shirt putih tu berharga 890 yen dan 900 yen satu. T-shirt HRC yg di beli di HRC Osaka. Harga satu dlm 4200 yen

Piring tu dibeli di Osaka castle, harga satu 550 yen.
 Hello kitty berkimono tu dibeli di kedai berhampiran Kiyumizudera temple. Harga satu tu 500 yen..
Atas: gambar kupon hijau  tu ialah baki kupon  entrance ke tempat tempat menarik di Osaka.
Bawah: Kami bergambar sebelum naik tempozan ferris wheel. Mahal gak..1000 yen harga gambar tu. Takpelah.. kenangan.. 

Sekarang ni tak sabar menunggu bulan Mei pulak. Cuti cuti lagi ...



Monday, April 8, 2013

Land of the Rising Sun : Japan. Our Budget

Hari ni terrrrajin pulak nak buat budget ke Japan ni selepas tengok komen Ruhaidah Rosli. Tak pe, mana mana yang elok tu kan lebih baik dikongsikan. Sharing is caring...


Bagi yg terlupa citer semua trip ke Japan bolehlah ulang baca  Land of Rising Sun: Japan dari di Osaka, then ke Nara than ke Kyoto...


Kansai Intr. Airport: Ruang untuk kanak kanak bermain. Budak jepun tu buat dono je bila
CK nak ajak berkawan. Communication breakdown hahaha...

Kansai Inter. Airport..


Train ke international terminal..



Kansai Inter. Airport..


Perbelanjaan kami

Tix KL-Osaka ( 3 orng) : rm2800 (dah termasuk luggage pergi 30kg, balik 25kg, makanan dlm flight, pilih seat)
Hotel (booking melalui booking.com) : Hotel Kansai Best Westin Premire( 1 mlm) : rm315
                                                          Hotel Shin Osaka Sunny Stone (2 mlm) : rm 478
                                                          Hotel Almont Kyoto ( 2 mlm)                : rm 448
Osaka 2-days pass ( 2 org)               : 2700 yen x 2 = 5400 yen                      :rm 172
Train Osaka-Nara (2 org)                 : 780 yen x 2 = 1560 yen                         : rm50
Train Nara-Kyoto (2 org)                 :690 yen x 2 = 1380 yen                           :rm 44
Kyoto One-day pass ( 2 org)            : 500 yen x 2 = 1000 yen                          :rm32
Trains di Kyoto ( 2 org)                    : 1140 yen x2 = 2280 yen                         :rm 73
Fee Kinkakuji temple (2 org)            : 500 yen x 2 = 100 yen                            :rm 32
Haruka express: Kyoto-Kansai Airport: 2900 yen X2= 5800 yen (sorry ni x ingat harga): rm 186
Souvenirs (FM, t-shirt, keychain, dll..)                                                              : rm 1000

                                                          TOTAL : RM 5630.                  

Murah aje kan... ini utk bagpack lah. Kalau guna tourguide tentulah lagi mahal..



Wednesday, February 27, 2013

Land of the rising Sun : Japan-Osaka city (Part 2)

Sambung  cerita di hari ketiga jalan jalan  Osaka.

Day 3

Selepas selesai di Osaka museum of history dan Osaka castle, kami teruskan pulak ke destinasi yang ketiga. Sambil jalan jalan menuju ke Morinomiya stn. , sempat snap gambar pemandangan.

Masih di kawasan Osaka castle park..


Di hari ke 3 nih, dah expert dah naik turun subway dan tukar tukar subway ni. Peta Osaka subway and train yg didapati masa MATA fair september tahun lepas, sangat sangat membantu kami.


Kami ke Sinsekai area pulak. Destinasi  kami ialah Tennoji zoo. Fees masuk 500 yen/pax, namun kami guna osaka pass, so free aje. Zoo dia tak lah besar mana, tapi sebab CK memang suka binatang binatang, kiranya tempat ni untuk CK enjoylah.

Gambar atas tu, entrance ke Tennoji zoo..



CK suka merenung penguins tu....comei comei...




Kami cari tempat sesuai di zoo ni untuk bersolat. Jadi, bergilir lah kami solat sambil melayan CK tengok hewan...


Dari zoo ni, dapat lihat Tsutenkaku tower. Tapi kami tak bercadang nak ke tower ni sebab KL pun ada gak tower (ciss eksennn...). So, ambik gambar dari jauh jer lah..


Tsutentaku tower, dilihat dari Tennoji zoo,...masa ni hampir jam 3 petang.

Selepas sejam di zoo, kami keluar dan jalan jalan di Sinsekai area sambil menuju ke subway Dobutsuen-mae stn.

Entrace ni berdepan dgn entrance ke Tennoji zoo..


Sebaik memasuki area ni, barulah kami feel berada di Japan ni...


Deretan lampu kertas tu...sangat cantik








Di celah celah deretan kedai di area Sinsekai ni, masih boleh nampak Tsutentaku tower tuu..











Tak habis lagi dgn gambar segala jenis lantern niii...









Saje meneliti menu...


Selesai di Sinsekai area, kami meneruskan perjalanan naik subway ke Umeda stn. semula. Destinasi seterusnya ialah ke Umeda sky building yg terkenal dgn floating gardennya...
Keluar dari Umeda stn., tanya orang camner nak ke situ...yg lawaknya, masa kami tanya sekumpulan pelajar kolej, diaorg pon tak tau mana. Tapi diaorg panggil kawan diorg untuk tunjukkan jalan ke tempat yg kami nak pergi ni...


Rupa-rupanya jalan lurus jer....dlm 15 minit camtu dah sampai ke Umeda sky building.


Tertarik dgn tempat parking basikal niii... sebelum sampai di umeda sky building

Umeda sky building ialah bangunan berkembar dan di puncaknya terletak pelantar terbuka yang dikenali sebagai floating garden. Bayaran masuk ke sini ialah 700  Yen (free dgn osaka pass).Tapi CK kena bayaran 100 Yen kat sini.

View Osaka city....masa ni dah  waktu maghrib...



View Umeda sky building dari bawah....Bulatan di atas tu lah floating garden..







Sempat berposing di ruang lampu lip-lap ni. Kat sini pon ada jugak love -padlock macam kat korea tu..
Di belakang CK, yang colourful tu ialah padlocks pasangan bercinta...Nampak tarikh tu..6.2.2013 "we were here"


Hari dah semakin gelap...

Tapi kat atas tu, ntah kat mana lah yang dikatakan floating garden tu...bukannya ada bunga bunga bagai. Cuma ada lah lampu lip lap kat lantai di atas pelantar tu...

Di depan umeda sky building....


Selepas berposing kat atas Umeda sky building ni, badan dah rasa penat sangat sebab dah seharian berjalan. I ingat nak balik ke hotel dah...tapi..tetiba dari umeda sky building tu, kami ternampak ferris wheel  dgn lampu warna merah di salah satu bangunan. Wah !!! Hubby pon terus dapat idea bernas ajak naik ferris tu pulak, kebetulan masih lagi free dgn osaka pass kami.


Maka, dari umeda sky building kami menapak semula ke Umeda stn. Dan tak jauh dari situ, dah jumpa Hankyu building. HEP FIVE ferris wheel ni terletak di atas Hankyu building. Fees ialah 500 Yen (free dgn osaka pass).



View dari jauh dan dekat Hep Five ferris wheel ni...cantik sebab berwarna merah..

Selepas habis di ferris wheel ni, barulah kami melangkah ke umeda stn. ambik subway untuk balik ke hotel. Bayangkan dari pagi jam 9 dah keluar dan hampir jam 8 malam kami sampai di bilik hotel. 


Bila kami congak congak, banyak kami jimat dari segi entrance masuk ke semua tempat yg kami pergi.  Osaka unlimited pass yg kami beli berharga 2700 yen aje, tapi total entrance fees yg kami masuk ialah 3300 yen. Itu jugak bermakna segala tambang subway yg kami naik tu juga adalah free aje...Kalau org muda muda, mesti boleh cover lagi banyak tempat yg menarik di sekitar Osaka, terpulang pada larat atau tak larat jer...



Next entry, day 4 kami bergerak ke Nara pulak..Ada kisah tragis dan suspen menanti kami di hari ke 4 di Japan.


Wednesday, February 20, 2013

Land of the rising Sun: Japan-Osaka city (1)

Sambung cerita jalan jalan di Osaka pada hari kedua.

Day 2
Kami menapak tak jauh dari Osakako stn, lebih kurang 100m cam tu, barulah nampak Tempozan ferris wheel. Rupa-rupanya ia terlindung di sebalik bangunan, tulah sebabnya tak nampak dari subway stn tadi. Nak naik tempozan ferris wheel ni, tiket 700 Yen, tapi sebab ada Osaka pass maka kami naik free aje tapi CK kena bayar 700 yen tu sebab kanak kanak 4 thn ke atas kena bayaran spt adults.



Tempozan Ferris Wheel is located in Osaka, Japan, at Tempozan Harbor Village, next to Osaka Aquarium Kaiyukan, one of the largest aquariums in the world. The wheel has a height of 112.5 metres (369 ft) and diameter of 100 metres (330 ft). It was once the largest ferris wheel between 1997-1999.
Tempozan Ferris Wheel opened to the public on July 12, 1997. During the 17-minute ride (¥700), it offers a view of Osaka Bay and surrounding areas, such as Mount Ikoma to the east, Akashi Kaikyō Bridge to the west, Kansai International Airport to the south, and Rokko Mountains to the north.
The wheel has colored lights that provide a weather forecast for the next day. Orange lights indicate a sunny day, green lights a cloudy day and blue lights indicate rain. Tempozan Ferris Wheel offers great panoramic views of Osaka Bay both day and night.It can be accessed from Osaka-ko Station on the Chuo Line of Osaka's metro.~ Google


Gaya budak sedang mengantuk  di dalam ferris wheel...

View Osaka aquarium dari dlm ferris wheel...



View osaka bay dari dlm ferris wheel..



Rasa puas dapat menikmati pemandangan di sekitar osaka bay...namun rasa gayat tetap ada sebab tersangatlah tingginya ferris wheel ni....

Sebenarnya plan awal ke sini supaya boleh naik ferris wheel ni, pastu nak naik cruise di Santa Beth pusing pusing keliling Osaka bay. Tapi staff kat tourist info center dah bagitau yg cruise service ni takde hari tu (tak tanya pulak nape). So, selepas turun dari feris wheel ni, kami masuk ke Tempozan marketplace, untuk cari tempat solat dan ronda ronda. Dalam marketplace ni, kami terjumpa kedai makanan halal turki. Oleh sebab kami masih kenyang dan kedai ni pun hanya tawarkan buffet jer, maka tak jadilah kami singgah untuk minum minum jer...


Dah terlena dah CK...Tak sia sia kami bawak stroller ni..

Dalam tempozan marketplace nih, cam shopping complex lah...

Kedai makanan turki dalam tempozan marketplace...

Kami sangat kagum dgn semua kedai mkn di Jepun  ni, semua kedai akan display
makanan di hdpn kedai mereka. Nampak sangat sedap, sangat cantik...

Selepas selesai solat dan ronda ronda dlm marketplace ni, kami keluar untuk ke Osaka Aquarium Kaiyukan pulak. Tak de plan nak masuk ke dalam aquarium ni, kami hanya pusing pusing utk bergambar je. Sesiapa yg nak masuk ke aquarium ni, tiket masuk 2000 yen, jika tunjukkan kupon diskaun yg kita ada, dapatlah diskaun kalau tak salah 200 yen kot.







Dari entrance Osaka aquarium masih nampak tempozan ferris wheel tuu...










Sekitar tempozan ferris wheel...


On the way ke Osakako stn, terjumpa souvenir shop yg siap tulis ayat kat atas tu.
Ni mesti pelajar melayu kat sana yg tolong translate kot !!!

Selesai bergambar, kami berpatah balik ke Osakako stn. dan ambik subway chuo line semula untuk ke Hommachi stn. Dari situ, kami tukar subway pulak,ambik Midousuji line untuk ke Umeda stn. Umeda stn ialah satu station yg besar dan bersambungan dgn Osaka station.


Sampai di Umeda stn., sekali lagi kami melilau sambil pegang map, nak cari dimanakah tempat left luggage yg kami tinggalkan semua beg kami pagi tadi. Sebenarnya tak lah susah nak mencarinya, cuma disebabkan kita tak familiar...tu yang nmpak cam payah jer. Sekali lagi...jgn malu malu tanyalah sesiapa shj terutama subway officer ye...


Waktu tu dalam jam 6 petang (maghrib masuk 5.30 ptg), kira waktu sesak jugak org balik kerja. Namun kami buat selamba jer bawak segala beg naik subway. 
Sebenarnya pemandangan org bawak beg besar beroda naik subway ni boleh dilihat dimana mana saja kat Osaka ni...Diaorg suka bawak beg besar. Mula mula kami yang kehairanan bila tengok cam tu...Rupa rupanya, diaorg bawak beg besar sebab, misalnya lepas habis kerja nak ke gymn ke main tennis ke...apa apa lah.., so diaorg bawak siap siap baju persalinan supaya tak perlu balik rumah...Ohhh cam tu ek !!

Kami naik subway Midousuji line semula untuk ke hotel kami iaitu Shin-osaka Sunny stone hotel, yang terletak lebih kurang 5 min jln kaki dari Nishinakajima minamigata stn. Keluar dari station nih, I tanya org mana hotel tersebut. (sebenarnya dari google map, dah tau kedudukan hotel, cuma nak confirm lagi, tu yang tanya org..). Org tu dgn bersusah payah ajak kami lintas jln sampai kat satu simpang, dia tunjukkan jln lurus ke hotel. Pastu, kami jalanlah terus...tapi dlm hati dah berdetik...nape jauh sgt hotel nih, dlm map dekat jer dr subway station tadi. I tanya pulak sorang lagi perempuan yg kebetulan melintasi kami. Dlm japanese, dia mintak kami ikut dia pulak. Dia tunjukkan jalan sampai ke depan hotel...Ish ish ish..


Selesai urusan check-in, kami masuk ke bilik. Alahai.... biliknya lebih kecik dari hotel Best Western Kansai. Lepas mandikan CK, kami decide nak keluar semula mencari kedai family mart (cam 7E tu). Dari hotel tu, ada 2 kedai family mart yg kami jumpa sepnjg jalan lurus menuju ke subway stn yg kami turun tadi. So, sebenarnya, keluar aje dari subway stn tadi, kami sepatutnya melintas jalan ke sebelah kiri yg ada family mart, pastu ambik jln di sebelah family mart tu dan jln terus smpai ke hotel....hehehe...Tak pe, pg esok senang kami nak keluar.

Budak kecik ni seronok tengok banyak vending machine merata tempat..


Day 3
Hari ke 3 ni, kami plan at least nak ke 4 tempat tumpuan utama pelancong kalau datang ke Osaka. Dan jugak dapat cover semula modal beli osaka pass 2700 yen sorang tu. 
Kami keluar jam 9 pg, cuaca mendung dan hujan rintik rintik. Maka terpaksalah beli payung sebab takut kalau hujan menjadi semakin lebat. 


Memula, kami ke Osaka museum of history. Turun di Tanimachi 4 chome station, exit#9, lebih dekat untuk ke sini, tak lah menapak jauh. Masuk ke sini jugak free dgn menggunakan osaka pass kami.


Sebaik keluar dari exit 9 station, ternampaklah map ni...



Unik entrace ke osaka museum of history ni...



Sebelum sampai ke entrance museum..

Osaka museum of history (fees 600 yen) ni banyak menunjukkan sejarah osaka. Kami sekejap aje di sini, sebab hanya tingkat 8 dan 7 jer yg menarik minat kami sebab berkaitan dgn sejarah dolu dolu. Tingkat 6 dan 5, sejarah moden osaka. (kita dibawa naik ke tingkat 8 dulu, pastu turun setingkat demi setingkat).


Dalam museum..



Dalam museum..

Dari museum ni, kami keluar menapak ke Osaka castle pulak. Walaupun castle tu nampak dari museum, tapi...semput gak nak sampai ke situ.
On the way ke osaka castle, kami terserempak dgn 2 kartun tengah shooting. Kebetulan pulak, setiap pagi kartun tu CK lihat kat tv di bilik hotel...


Semasa kami lalui kawasan park menuju ke osaka castle, ada sorang perempuan jepun ni ,
suruh kami pergi dekat kartun ni dan bergambar.
Dan dia cakap jepun dgn krew kat situ supaya benarkan CK bergambar...hehehe..baik hati diaorg ni..




Osaka castle park...



Dari park, kami melalui jambatan ni ke osaka castle..


Bangunan osaka museum of history dilihat dari osaka castle park..






Ada sorang pakcik ni, bagi kuaci kat org ramai utk diberi kepada merpati ni.

Osaka castle...
 Fees masuk ke osaka castle ialah 600 yen (free lagi utk osaka pass). Di dalamnya banyak sejarah pasal maharaja jepun dolu dolu dari pelbagai era...Kami tak lama di dlm ni sebab takut hujan, kebetulan pulak cuaca mendung dan kami belum lunch lagi.









Sedang menuju ke bangku bangku yang ada utk mencari port utk lunch...


Selepas lunch di osaka castle park, kami pun merangka plan ke destinasi seterusnya. Hubby cadangkan kami ke Tennoji zoo dahulu sebab CK suka haiwan. Ok jer sebab ada kupon masuk free ke situ.

Dari osaka castle park, kami menapak menuju ke Morinomiya stn. Agak jauh jugak...tapi oleh kerana cuaca yg redup dan persekitaran yg cantik, maka kami tak rasa letih.


Benda ni ada kat luar kedai yg jual aiskrim. Memula kami memang tak belikan utk CK. Last day selepas dpt info dari ex-student hubby yg  belajar kat Kobe, baru tau yg aiskrim ni boleh dimakan





















Ni kalau musim bunga , sure cantikkk nih...

Sebelum smpai kat subway stn, kami terserempak dgn sorng pompuan ni yg berhentikan basikalnya dan bagi kucing terbiar makan. Patutlah kucing terbiar kat sini gumuk gumuk...



Comei kucing terbiar ni....sedang menjamu selera...
Rasanya cukup sampai sini, penat dah tangan menaip. Nanti sambung lagi, ada 3 tempat yg kami pergi pada hari ke 3 ni...