MISS NUFFNANG

Wednesday, May 30, 2012

Awesome Korea Part 5: Amethyst, Ginseng dan Gyeokbokgung Palace

Hari ke 3 di Korea. Mula mula, kami dibawa ke kilang Amethyst iaitu batu berwarna ungu... cantik.


Nilah batu amethyst...warnanya ungu.

Cehhhh... kawan I sedang mengacu gelang

Kawan I, Huda sedang memilih cincin yang berkenan..



Kilang dan kedai menjual amethyst..

Kemudian kami dibawa ke kedai kosmetik. Orang Korea ni kan beauty concious...Tapi I sempat gak rembat satu oxygen cleanser, bila sapu cleanser tu kat muka, terus berbuih buih macam gas ... kiranya gas oxygen menyerap masuk ke dalam muka lah !






Tengok org korea ni nak berbasikal, habis tutup semua kecuali kat muka. Nak elak UV ray la tu...

Akhir sekali ke kedai ginseng. Korea memang terkenal dgn ginseng. Ia sejenis tumbuhan yg hidup di kawasan pergunungan yg sejuk. Ginseng yg paling elok ialah yg berumur 6 tahun.



Tu ginseng...

Ni himpunan ginseng yg dah umur 6 tahun..

Selepas habis tu kami lunch di kedai halal India cuisine dan bersolat di Itaewon mosque.


Destinasi selepas lunch ialah Gyeokbokgung Palace. It was the main palace during Joseon Dynasty (1392-1910). It is the most comprehensive and grandest of the five palaces of the Joseon Dynasty. It has 500 years history.

Memula kami masuk ke dalam museum dulu...memacam lah Julie tunjukkan kat kami. Kami layan jer..

Tengah panas terik nih !




Patung mewakili 12 binatang dalam kalendar...I ngan Anfaal ni..lahir tahun tikus, tu yg bergambar kat tikus nih !
Selepas keluar dari museum, kami terus menapak ke kawasan istana..


Julie our tour guide tengah menjelaskan keseluruhan kawasan istana




Bangunan belakang tu adalah banquet hall...

Istana utama...

Ni macam balairong seri lah ... tempat rakyat datang mengadap !




Tu adalah pintu gerbang utk masuk ke kawasan istana..


Upacara pertukaran pengawal..













Suka gambar nih...



Di sini location siri drama Jewel in The Palace..


















Dengan geng kaki jalan, Kak Hanita..

Cewahhh....Maharaja sedang melihat rakyat jelata...hahaha..


Kat luar kawasan istana, masa menunggu bas sampai, I leka perhatikan sorang ahjumma ni menjual makanan ni.



Ni kuih yang dijual oleh ahjumma tu...

Ahjumma ni letakkan gula merah ke dalam acuan yg dibakar kat atas dapur kecil. Bila dah cair, nampak dia taburkan tepung ke dalam acuan tu. Bila dah nampak keras, dia letakkan kat atas dulang dan tekan ngan bentuk bintang dan letak batang aiskrim




Patung Maharaja Joseon...di dataran . Maharaja ni terkenal sebab beliau lah yg
memperkenalkan tulisan dan bahasa korea yg banyak bulat bulat dan kotak kotak tu...

Selepas menapak hampir 5 km kot, kami pun keluar dari kawasan istana. Destinasi seterusnya ialah shopping di Namdaemun market. Itu, I sambung lain kali ye...

Part 6: Dongdaemun and Namdaemun market



Friday, May 25, 2012

Awesome Korea Part 4 : Everland

Hari kedua di Korea. 
Hari ni kami ke Everland pulak. Tak de restoran halal food di sini, so kami dah siap siap bawak makanan seperti roti yg di beli di Itaewon semalam.



Aweks  korea sedang menunggu shuttle utk ke Everland

Pintu masuk Everland

Comei penjaga tiket masuk ni...Lady in pink...



Orang memang ramai, terutama Korean, pelik tengok rombongan bas sekolah punyalah banyak...
Kawasan Everland ni memang luas, kami diberi masa 4 jam di sini.



Masing masing khusyuk melihat pelan dalam Everland..sebenarnya mencari meeting point nanti.




Puas kaki melangkah. Memula, I ngan hubby cari four seasons garden dulu sebab ni kan spring nak masuk summer, so bunga bunga tulips memang tengah berkembang. Jadi kami terjah sana dulu.

Aaaaa.... cantik betul tulips ni...Jakunss kejap. Ni belum pergi Belanda lagi nih !

Posing ngan awek korea..


Tengok lah muka aweks korea yg licin dan gebu nih...

Ni di kawasan restoran..
Naik skyway ni sebab nak shortcut, letih kaki menapak weh !

Di four seasons garden..




Di sini sebenarnya disediakan cermin besar...tu yang I ambik gambar sendiri

Tak pernah terfikir boleh sampai ke tempat yg di penuhi tulips cam nih.
Umpama mimpi dalam mimpi je..

Panjang betul roller coaster tuuu... Kami tak naik sebab ngeriii..


Next, kami tengok parade pulak.





Pastu kami masuk  4D theater.


Landskap berdepan 4D theater..

Kena beratur jugak nak masuk 4D theater nih ..


Kami tengok citer 4D bebudak je sebab itu jer yg tak ramai sangat orang..tapi ok jugak


Nak solat jamak zohor dan asar, kami cari tempat tersorok berhampiran lockers, yg bukan tempat org lalu lalang. Bergilirlah kami bersolat di situ. I dah siap bawak sejadah, telekung dan kompas, so tak de masalah nak solat.


Ni bukan surau tau ! Hubby tengah bersolat di kawasan berhampiran locker dan berhadapan  smoking area..
So org yg tengah smoking semua pandang kami bersolat..lantak lah korang !


Layan gambar-gambar bunga dan pemandangan cantik di Everland..


































Ni bunga lavender..


Ni I tak pasti bunga apa, tapi macam bunga pokok canola..


Macam bunga plastik je dicucuk ke atas tanah..hehehe..














Pokok ni bersebelahan skyway...

Ni memang menarik... stroller parking, hahaha... bersebelahan 4D theater for kids




Kat sini I terjumpa kedai The Face Shop, murah betul makeup dan cleansing set buatan Korea nih. I pun sempat rembat BB cream 40 ml. won 8720 (~rm28) yg tak dijual di Faceshop kat Msia. Skrang nih kan tengah famous BB cream pelbagai brand. Lagipun,di Korea, ia dibuat berasaskan tumbuhan so, yakin la halal.


Balik dari Everland, kami ke Dongdaemun market pulak. Itu nanti I story lain ye.




Next, Part 4: Gyeokbokgung Palace