MISS NUFFNANG

Showing posts with label Australia-Sydney. Show all posts
Showing posts with label Australia-Sydney. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Bye Sydney, Hello Melbourne, Day 1.

Hari ni bangun awal sebab nak kemas beg beg. Maklumlah flight ke Melbourne jam 11.30 pagi
Jam 9.00 check out hotel dan kami terus menapak ke Museum station. Beli tiket train untuk ke domestic airport, AUD$15.90/adult dan AUD$ 11.40/child. Mahalkannn.. tiketnya untuk 20 min journey ? Sebab itu termasuk kena bayar gate fees airport tauuu...


Kami turun di domestic airport dan terus berjalan ke terminal 2 yang khusus untuk Qantas flight sahaja. Kira special utk Qantas guests jer..Tiket Sydney-Melbourne ni dapat pada harga AUD$59 seorang..Kalau ambik train Sydney-Melbourne, harga tiket AUD$115 seorang..jauh lebih mahal, dah lah hampir 8 jam journeynya.


Sampai di Melbourne, hampir jam 1 tengahari, awal 15 minit dari sepatutnya. Oleh kerana domectic flight, maka tiadalah pemeriksaan kastam dan sebagainya. Tak sampai 10 minit turun dari k/t, dah selesai kami ambik beg. 


Untuk pengangkutan dari Tullamarine airport ke Malaysia Hall Melbourne, kami dah ambik airport transfer. So, kami menunggu Hamzah yang dah janji nak ambik kami di airport. Hamzah ni ialah pelajar Malaysia yg dah habis belajar di Melbourne dan terus bekerja di sana. Dia usahakan restoran di Melbourne central di La Trobe st dan juga buat private tour. Nanti, I bagi email Hamzah ni ye....

Dalam 1/2 jam menunggu, Hamzah pun sampai. Kami terus ke Malaysia Hall. Sementara menunggu penolong warden sampai, Aznil chef kantin MH tu tanya apa kami nak makan. Sebabnya, dia boleh masakkan untuk lunch merangkap minum petang. Alhamdulillah...sedap bihun goreng dia dan harga pun murah jer AUD$5 seorang.


Selesai urusan check in dan kami angkut barang barang semua ke bilik. Solat dan makan dulu lepas tu..... ish ish ish takkan nak lepak kan bilikkan ?? Kami terus keluar. Selepas dapat info dan kad myki dari Hamzah. Kami terus menapak ke tram station no. 28, taklah jauh dari MH, dalam 10-15 minit menapak jer. Bnyk tram lalu di station no.28 ni berbanding kalau menunggu di station no.27 yang lebih dekat dengan MH.

Malaysia Hall Melbourne
Sampai di tram station, first thing ialah top up myki kad. Sebenarnya kena beli dulu myki kad ni sebelum boleh top up duit. Kalau tak salah AUD$6 satu kad. Tapi yang kami guna ni, Hamzah dah bagi myki kad orang sebelum kami, maka kami just top up duit jerlah. Bagus Hamzah ni, bila I tanya nak beli kat mana myki kad, terus jer dia bagi 2 myki kad adult dan 1 myki kad child. Akak top up duit dia jer.... ahakss...I likeee !!



Sedang top up duit dalam myki. Mesin ni ada di kebanyakan tram station.
Kami naik tram no. 16 dan turun di station no. 13 iaitu di Flinders street station. Banyak tram yg akan melalui Flinders street station ni...


Ni Tram  di station no.13, di hadapan Federation square dan Flinders street station...
Sampai di  station no. 13, kami turun dan terus ke tram station di Flinders st. pulak sebab nak naik free city circle tram iaitu tram no.35. Maklumlah...hari pertama di Melbourne, baik kami tour city dulu dgn free tram ni sambil lihat lihat pemandangan sekeliling. 

Tram 35 ni ialah free city circle tram. Tramnya berwarna maroon dan nampak macam tram lama gitu..Boleh dapatkan laluan free city circle tram ni di mana mana info cnter atau download jer dari website...

Ni tram route..lengkap dgn no.tram. Boleh download dari sini.
Square route yg tengah tengah tu ialah free city circle route..

Tram city circle ni ambik masa hampir 40 min-1 jam untuk 1 pusingan trip ni. Banyak tempat tourist attractions yg berdekatan dgn laluan city circle ni..Memang sangat untunglah....



Habis satu pusingan tram tu, kami turun semula di Flinders street station. Cadangnya, nak ambik tram ke Luna Park, St Kilda...tapi CK buat hal pulak. Sebab masa dalam city circle tram tu, CK tertidur. Makanya bila kami turun dari tram dan dia terjaga, moody lah...So, kami terus jalan jalan kat tepi Yarra River pulak iaitu di belakang Federation square.


Yarra river....activity berkayak sedang berjalan..





Yarra river..




Waktu ni jam 6 petang...orang ramai baru habis kerja ...



Ni ...di bahagian belakang Federation square, yang mengadap ke Yarra River




Ada pulak aktiviti camni...lekalah CK menengoknya..



Pemandangan langit biru....Syukur cuaca elok di Melbourne..




Ada playground di sini....hahaha...terus pulih mood CK !!


Hampir 1 jam di area sini dan mood CK pun dah pulih, maka kami teruslah ambik tram no. 16 dan menuju ke St.Kilda. Memula kami turun di Luna Park dulu, niat hati nak masuk ke Luna Park dulu, kasi CK enjoy main, sekali tu tengok dah tutup !! Kami terlupa masa dah "lari" sebab dah spent masa di tepi Yarra River tadi. Tak per lah...



Entrance di Luna Park, Melbourne

Kami hanya berjalan jalan di St.Kilda beach, masa tu dah jam 7 petang...


Dah sampai di St.Kilda Beach..masa ni jam 7 petang..






Mengejar merpati di St Kilda Beach..



Brooklyn Jetty @ St Kilda..




Ahakkkksss.... sampai terlentang CK bergambar..



Artist ni dgn sand castle, siap nyalakan lilin lagi...

Kat St.Kilda ni, tempat kira wajib bergambar mestilah di St.Kilda pier. Maka, kami pun berjalan perlahan lahan menyusuri pantai...untuk mencari di manakah St.Kilda pier tuuu...





Tempat wajib pergi di St kilda ni,  St Kilda pier...



Cantik view di St Kilda pier...menjelang sunset.


Kalau sesiapa yang nak menuju terus ke St.Kilda ni, lebih baik turun di tram station no.36 iaitu St.Kilda Esplanade, tak payah menapak jauh jauh...kecuali kalau nak enjoy menikmati pemandangan tepi pantai yang cantik...




Di  tram station no.36  St Kilda. Masa ni dah jam 8.40 malam...

By the time kami nak balik ke MH, masa tu dah jam 8.40 mlm, tapi oleh kerana masih cerah so, lampu lampu kat pier tu belum dinyalakan. Kalau tak, view malam di situ mesti lagi cantik. 

Kami tak larat dah nak tunggu, perut pun dah berbunyik. So, kami ambik keputusan balik ke MH semula. Gembira rasa hati sebab cuaca di Melbourne yang cantik...tak lah mendung je macam di Sydney...

Esoknya, plan ke Philiph Island pulak.....tak risau apa apa sebab Hamzah akan ambik kami jam 10 pagi. Ohhh...best aaaa....tak payah tukar tukar tram train bagai !!!! 

Harap harap cuaca cerah...bolehlah CK main kejar kejar dengan kanggaru, tengok penguins jalan terkedek kedek..hahaha..


Thursday, December 12, 2013

Australia : Sydney Day 3 : Wet Blue Mountain...Huhuhu...

Hari ke 3 memang dah cadang nak ke Blue Mountain.

Memula tu dah booking activitytour australia dengan bayaran 3 adult + 1 child AUD $283. Tapi selepas baca blog JariManis dan Sharleez yg baru habis travel Sydney, terus I decide pergi sendiri jelah naik public transport. So lagi 4 hari sebelum hari tour tu, I hantar email to tour company tu bagitau tak dapat join. Cancellation tu mesti dibuat sebelum 24 hours tarikh booking barulah tak kena bayaran apa -apa. Nasib baik diaorng terima cancellation tu dan tak dikenakan cancellation fee.

Maka, pagi pagi hari ketiga tu, kami dah keluar bilik hotel menuju ke Museum station. I terus beli Mymulti day pass AUD $22/ per adult dan AUD $12/ per child. Untung pakai pass ni sebab cover semua trains, bas dan selected ferries dan boleh digunakan sepanjang hari sehingga jam 4 pagi keesokan harinya (larat ke nak guna sampai ke tengah malam tuuu..)


Sampai di Central station, kami turun dan mencari pulak platform intercity train. Memula tak perasan, kami terus keluar dari Central station tapi lepas tanya officer kat pintu keluar tu, kami masuk semula dan cari platform yang betul. Intercity train platformnya 4-25, namun Blue train line ialah platform 7 pada pagi tu (platform ni berubah ubah--sila semak dulu ye !).
Train ke Blue Mountain tu akan berakhir di Lithgow, kiranya Katoomba station yang kami nak turun tu bukanlah station yang akhir. Train kami bertolak jam 9.18 pagi dan dijangka ambik masa 2 jam utk sampai ke Katoomba station.
Hubby mengira bilangan station sebelum sampai ke Katoomba station..

Sampai di Katoomba station, terpaksa cari tandas sebab cuaca sejuk yang amatsss akibat hujan sekejap lebat sekejap renyai renyai. Keluar dari station kita, ada satu roundabout kecik cabang tiga, ambik pukul 12 punya. Teruslah melintas jalan dan menuju terus ke Carlington hotel sebab station bas terletak berdepan dengan hotel tu. Bila I check jadual bas ke Echo point dan Scenic world yang seterusnya ialah jam 12 tengahari. Bermakna kami beru je terlepas bas jam 11.30 pagi. Waaa...dah buang masa dah ! Kami jalan jalan ke kedai berhampiran konon konon nak cari sweater sebab terlalu sejuk. Namun bila melihat pada harganya...alahai, tak payahlah sebab mahal sangat berbanding dengan sweater yang dijual di Paddy's Market.

Katoomba station..

Keluar dari Katoomba station, nampak bangunan ni...

Menunggu bas 686 di sini. Lengang je pekan ni..Tengok jam tu, 11.35 pg..

Bas warna maroon ni dipanggil trolley. Boleh naik bas ni tapi kena
bayaran AUD$25 dan berjalan jalanlah di kesemua tempat menarik di Katoomba ni..


Jam 12 tengahari tepat, bas bernombor 686  tiba.Kami hanya tunjukkan mymulti day pass tu utk 3 orang dan terus duduk. I tanya kat driver tu, dia akan ke Echo point atau scenic world dulu ? Jawabnya ke Echo point dahulu. Kenapa I tanya ? Sebab masa tu hujan turun dah agak lebat, jadi kami kena buat pilihan bijak dah lah bas datang setiap setengah jam. Bila bas sampai di Echo point, hujan tengah turun dengan lebat betul...kawasan lapang di Echo point tu tak nampak apa dah. Kami terus decide turun kat scenic world ajelah...atleast kat situ ada gak benda lain boleh buat dari menunggu hujan berhenti jer.


Di Scenic world, memula kami beli unlimited pass untuk naik Scenic cablecar, Scenic skyway dan Scenic Steepest railway. Tiket AUD$ 35per adult dan AUD$ 18 /per child (sorry kalau tersilap sebab bila bayar terus total 3 orang).
Menunggu untuk menaiki railway..


Kami naik Scenic steepest railway dulu.. Railway ni, laluannya ialah menuruni bukit yang agak curam, di kiri kanannya ialah hutan hutan.


Woww....curam ke bawah..



Three sisters kat belakang tu....




Three sisters diliputi kabus...Dah tak nampak dah bluenya....



Coal mine ni , kami temui semasa berjalan di skywalk dari railway station ke cable car station..
Berjalan melalui skywalk hampir 300m melalui kawasan hutan yang nyaman jer sebab hujan baru lepas berhenti.
Kami naik pulak cablecar. Three sisters dah dilindungi kabus tebal.


Laluan skywalk....hutan jenis temperate, so banyak pokok fern..










Cantik ....
Turun dari skycable, kami naik pulak skyway. Semasa kami menaiki skyway tu, sepatutnya boleh nampak air terjun yang cantik, tapi kami hanya mendengar je deruan air terjun tu sebab kabus sangat tebal...


Katoomba fall- gambar dari google jek !!







Scenic skyway....dalam kabus tebal...

CK menahan kesejukan. Masa ni menunggu skyway untuk berpatah balik ke Scenic world.





Entrance ke Scenic world..





Patung patung orang asli yang seksi di sini...

Habis naik semua skyway, cableway, railway dan skywalk tu, kami dah kelaparan. Masa tu dah jam 1.50 petang. Kami ke cafe, order calamari & chips utk alas perut. Kalau tengok kat menu semua chicken dia ada tulis halal tapi sebab kami tak nampak apa apa notis halal so tak berani lah.


Sambil makan, I dgn hubby bergilir sembahyang di cafe tu. Pandai pandailah cari sudut yang tepi dan dekat dengan toilet.


Kami berpatah balik dengan bas ke Katoomba station. Dapat ambik train 3.15 petang ke Central station. Nampaknya plan utk singgah di Featherdale wildlife park terpaksa dibatalkan sebab wildlife park tu tutup jam 5 petang. Kalau setakat nak masuk duduk 1/2 jam jer baik tak payah. Nampaknya di Melbourne nanti memang kena pergi jugak tempat wildlife ni...apa cer pergi australia tak main dengan kanggaru iye tak ???
Masa train tu melalui Featherdale wildlife park jam di tangan menunjukkan jam 4.25 petang. I terus decide tak payah turun di Blacktown, cancel aje plan tu. Kalau sesiapa yg nak ke Featherdale wildlife park kena turun di Blacktown dan ambik bas yg akan melalui wildlife park tu. Tak pe...sabar ...sabar mungkin rezeki nak jumpa kanggaru, koala, wombat akan tercapai di Melbourne, Insyaallah...


Sampai di Central station jam 5.10 petang dan kami cari pulak platform utk ke Circular quay. Kenapa lah nak pergi Circular quay lagi..tak jemu ke tengok Sydney Opera House dan harbour Bridge tu ? Sebenarnya kami nak  feri ke Darling harbour sebab hubby nak ke HRC sekali lagi. Masa hari pertama pergi hari tu, stock baru dijangka sampai lagi 2 hari kata orang kedai HRC tu. Naik feri ni pun free jugak dengan mymulti day pass.

CK terlena dalam train menuju ke Central station.
Perjalanan 2 jam, di tambah dengan hujan jer...memang sesuai untuk tidur






Ternampak Luna park ni semasa dalam feri dari Circular quay ke Darling harbour....
nasib baik CK tak merengek nak masuk sini


Pemandangan dari feri menunjukkan harbour bridge dan opera house..



Muka puas hati hubby sebab dapat beli t-shirt HRC idaman hati...
Hubby punya lah gumbira dapat jugak t-shirt HRC yang diidam idamkan. Tak sia sia naik feri ke Darling harbour. Then, kami ambik feri patah balik ke Circular quay station dan ambik train balik ke Museum station. Kalau masa hari pertama dulu boleh je jalan kaki dari Darling harbour ke hotel kannn...tapi kali ni kami malas nak jalan kaki, baik gunakan sepenuhnya mymulti day pass tu..hehehe...Takper lah bertukar feri dan naik train lagi sekali...Memula ingat nak aje duduk mengadap Sydney opera house tu sampai lampu dia terpasang tapi bila fikirkan masa tu dah jam 8 malam dan beg belum berkemas lagi, kami batalkan hasrat tu.

Hari ni ialah hari terakhir di Sydney. Esoknya kami akan bertolak ke Melbourne flight jam 11.30 pagi.



Wednesday, December 4, 2013

Australia : Sydney Day 2. Wet Wet Wet..

Pagi hari kedua ni..nampak mendung aje cuacanya. Hari pertama dah kebasahan di Sydney ni, tak taulah nasib kami di hari kedua ni. Mujur stroller CK dan kasut kami sempat kering ...syukur jugak kalau tak, pening kepala oooo.......


Selepas breakfast nasik lemak Brahim's dan kari ayam Brahim's, kami memulakan langkah menapak ke Sydney Tower Eye, yang terletak 300m dari hotel kami. Tiket dah beli siap siap online utk 2 dewasa dan 1 kanak kanak AUD $48 , jimat AUD$19 berbanding kalau beli tiket kat kaunter. Kami sampai tepat jam 9 di kaunter untuk masuk. Tunjukkan print-out tiket dan kad kredit yg telah diguna utk beli tiket tu..barulah dapat masuk ke dalam. Kami tak ambik Skywalk..iaitu jalan kat luar tower tu...ngeriiii weh !!! Kat luar tower ni dah  mulai hujan...Sebelum ke tempat meninjau ke luar tu, kami tengok 4D cinema... ala ala macam burung yg terbang tinggi sambil tengok pemandangan bandar Sydney dari udara.


Sydney Tower Eye..

Action jer ambik gambar ni, masuknya tak...
Pada kami, sama jer aquarium ni dengan Aquaria dan Blue Coral Aquarium kat KL

Tak masuk jugak ke zoo ni. Lebih baik pergi ke wildlife park..



Tak masuk jugak ke Madame Tussauds ni...Sebab dah masuk ke Red Carpet kat I-city, Shah Alam tuuu..


Kaunter utk dapatkan tiket masuk  ke sydney tower eye.


.
Ahakkssss.....pandai CK berlakon...


Layan 4D cinema dulu...


Meninjau keluar...Mendung jer cuaca kat luar tu..nampak la Sydney opera house..


Jelas nampak cuaca mendung di luar..Harbour bridge nampak kelabu je..



Kalau tak salah ni lah Archibald fountain..Ni, pandangan dari Sydney Tower eye..



Nampak jelas kapal layar ni dari sydney tower..





Kalau nak ambik skywalk ni, ada bayaran lain pulak dikenakan..




Diaorang ni tengah bersedia untuk Skywalk..


Rancangan asal selepas Sydney Tower Eye, kami nak ke Archibald fountain pulak..tapi memandangkan hujan yang kejap lebat kejap renyai renyai, maka kami batalkan plan tu. Takut kalau hujan lebat, kat mana pulak nak berteduhkann...




Dari Sydney Tower tu, kami menapak sepanjang Market street terus sampai ke George street. Cadangnya nak tunggu bas 555 free city shuttle ke Circular Quay. Kami tunggu bas di Queen Victoria Building stn. Rezeki kami...ada pulak hamba Allah yang tertinggal payung kat bas station ni...kami pinjam dulu ye, nanti sebelum gi Melbourne kami akan letak balik payung tuuu !! Ramai pulak orang naik bas 555 tu... Circular quay memang tempat wajib pergilah kalau ke Sydney. Di situlah terletaknya Sydney Opera House dan jugak Harbour Bridge sebagai landmark Sydney..


Sampai di Circular Quay, hujan tengah turun dengan lebat. Nasib baik dapat berteduh di kaki lima kedai kedai kat situ. Hubby je sensorang gi ambik gambar. I tunggu CK sebab Ck dah terlena dalam kesejukan di  atas stroller dia....hurmmm. 



Harbour bridge...hujan di sini...




Sydney Opera House....bergambar dengan berpayung jugak...





Payung tulah payung jumpa kat QVB station...maka sepanjang 2 hari tu,
kami memang gunakan sepenuhnyalah payung ni....CK lena dalam kesejukan. 


Hehee......celebrating our 16th anniversary here....Thanks hubby !!


CK dah bangun tidur...Ceria..




Gelapnya awan kat atas tu...





Berhampiran the Rock, dekat dengan Harbour bridge..

Plan asal dari Opera House, kami nak ke Botanic garden tapi terpaksa cancel sebab cuaca yang tak menentu. Risau kalau hujan turun lebat, man pulak nak cari tempat berteduh. Maka kami menapak ke The Rock, satu kawasan yg terdapat bangunan2 lama kat Sydney. Ambik peluang post postcade di sini..



The Rocks...

Selepas penat pusing pusing area sini sampai dah taktau nak buat apa dah, hubby nak ke Paddy Market semula sebab ada souvenir yang tak sempat beli katanya. Jadi, naik free shuttle bus no.555 dan kami turun di Chinatown station. Masa tu perut dah agak berkeroncong sebab dah jam 3 petang. Hubby kata ada resto indon kat area sini (sebab dia pernah datang situ oktober hari tu) tapi dia tak boleh cam kat mana. Kami terus menapak memasuki chinatown dan sampai di penghujung chinatown tu, di seberang jalan kami nampak resto Malay Village...Alhamdulillah,... senang hati dah.

Kami order pineapple fried rice and chicken rice...kelaparan wehhh dah lah cuaca sejuk sebab hujan. Harga ??? Jangan convert RM ye...AUD$ 14.90 dan AUD 12.90. Portionnya agak besar jugak, last last nasik goreng tu tapau sebab tak habis.


Masih lagi hujan lebat.. CK dah berbungkus semula dengan rain poncho

Lepas makan, beli sikit souvenirs yang tak cukup kat Paddy market dan terus balik ke hotel. 


Petang tu, kami keluar menapak lagi. Tapi hanya untuk ke Queen Victoria Building. JariManis kata cantik tempatnya...hehehe.. 




Town Hall



Queen Victoria Building




Nasib baik time tu semua kedai dah tutup sebab dah jam 6 petang. CK hanya tengok dari luar cermin je ek !
























Hujan dah berhenti....Tapi sebab dah malam, balik bilik ajelah !!


Lepas habis jalan jalan kat dalam QVB tu kami beli barang sikit kat Woolworth supermarket, pastu tu terus menapak balik ke hotel. 


Walaupun hari ni hujan sepanjang hari, tapi kami terselamat dari kena hujan lebat sebab dapat berteduh. Cuma 2 tempat yg nak pergi dalam itinerary terpaksa cancel lah ...