MISS NUFFNANG

Showing posts with label Melancong ke LA. Show all posts
Showing posts with label Melancong ke LA. Show all posts

Friday, November 11, 2011

Cerita Hubby Di LA (part 3)

Dah habis pasal cerita hubby makan angin and shopping kat LA. Kali ni nak cerita pasal convention yg hubby hadiri.



Convention tu walaupun dihadiri wakil dari seluruh dunia, tapi semua sessionnya sempoi habis. Ramai peserta ( dipanggil educator ) pakai seluar bermuda ngan t-shirt je ! (Kalau kat Malaysia....dah kena halau keluar dewan!!!!)




Convention dijalankan dari 9 -12 Mei 2011. Semuanya kat JW Marriott, iaitu dewan makan (salon), 1 bilik sidang utama dan ada 3 bilik shop talk. Pelbagai pengalaman hubby dapat dr presenter around the world. Mereka berkongsi idea apa yg dilakukan di negara mrk untuk menarik minat pelajar menjalankan kajian sains. Ada juga melahirkan masalah yg dihadapi untuk dikongsikan.




Ada satu kisah menarik  pada hubby, iaitu ada sorang presenter suruh lukis 2 gambar, 1 doctor dan 1 lagi saintis.  Agak-agak kalau korang lukis apa yg boleh ditaksirkan….Saintis kepala botak, ada lapcoat, tak terurus, selekeh, cermin mata….dan lain-lain. So mcm mana budak nak minat jadi saintis berbanding dengan doctor……Betul tak…….. ??


Steve Jobs tengah bagi ucapan. Masa ni dia masih sihat lagi la..

Steve Jobs (pengasas Apple ..dah meninggal mamat ni) hadir memberikan ucapan galakan kepada saintis muda.Dia jugak cerita bagaimana dia dapat idea inovatif lagi kreatif dalam menghasilkan Apple. Tapi tak dapat la nak pegi dekat dekat untuk bergambar.

Convention For the Educators..


Representatives from Malaysia
( left: pegawai Intel Malaysia, pegawai PPD Pulau Pinang, pegawai MOE, pegawai MARA)


Student dari SBP dengan pameran hasil kajian kumpulan mereka



Students dari MRSM dengan pameran hasil kajian mereka

13 Mei 2011
Part yang paling best sekali ialah peserta dibawa ke Universal Studio Hollywood. Tempat tu ditutup untuk pengunjung sebab  dah ditempah khas oleh Intel ( jelesnyaaaa....)


Aaaa.... jeles tak ??? (Mesti aaa...)


Hubby ngan gang  di Universal Studio






Aww...bergambar ngan Mrs Simson dan kak Ina (pegawai MOE)



Wowww....I tak rela u dibaham jerung tuh !!!!

Sebelum balik Malaysia, hubby sempat lagi pusing - pusing LA (kali ni jalan kaki pulak). Akhirnya jumpa Macy Supermarket lebih kurang 2 block. OK la.. Kat US everything tax 10%. Kat Macy Supermarket ni, dia ada cupon yang boleh dikecualikan cukai itu. Hubby belikan I jam tangan jenama Fosil….TQ Hubby… Kat sini juga banyak seluar levi’s latest design.. murah lak tu… tapi hubby tak beli……(dah balik Msia, baru rasa menyesal...hehehe)





Sempat lagi beli handbag untuk I, emak I and MIL ( yang kat sini brand ciplak punye..) 


Sempat ambik gambar kat petrol station niii.. saje nak tunjuk harga petrol kat sana


Kat sini hubby belikan set perfume (5 bottles of different fragrance) Victoria's Secret
(sib baik tak belikan lingerie...awww  sexy youuu)

Jalan punya jalan, terjumpa kereta idaman kalbu nih. Ambik gambar jer lah ye...

Itulah cerita hubby kat LA. Semoga hubby happy sebab akhirnya dapat gak I buat entri pasal ni.





 

Thursday, November 10, 2011

Cerita Hubby Di LA (part 2)

Sambung cerita....


Tour bus yang hubby and the gang guna untuk tour tak payah aircond sebab suhu sejuk. Tak payah bumbung pun sebab hujan jarang turun.
Ada local tourist guide kat dalam tour bus tu. Mamat tu pakai smart siap tali leher. Bercakap tak henti…. Look At left side..there is……. Loook beside this building ……. Looook… Looooook…..Feninnnn dengar...



Lengang di pagi Ahad

Cina Town...sekali imbas macam Petaling Street aje..

Ni la tour bus yang hubby naik. Tingkat atas tak berbumbung, senang tengok pemandangan



Tour guide (ber tie) yang tak henti henti bercakap

Tour bus bawak ke first place...
Tempat konsert, macam panggung anniversari kat Tasik Perdana, KL

Hubby tunjukkan signboard HOLLYWOOD kat belakang tu..


Then, to the second place...
Hollywood Boulevard


Hollywood Boulevard.  Di sini tour guide beri masa 30 minit. Hubby sempat ke Hard Rock Café  di  Hollywood Street  utk beli 2 helai t-shirt untuknya, 1 utk I dan dua utk CK. Di sini juga hubby sempat bergambar pd Walk of Fame (Sharon Stone – Basic Instinct) .

Tour bus.... tapi hubby tak naik bus ni

Walk of Fame.... Sharon Stone (nape hubby pilih Sharon Stone ek ???)

Ambik gambar dari atas tour bus aje...




Bergambar ngan Shrekkk...kat tangan tu paper bag HRC dan paper bag Coach (hehehe..I punya la tuuu)

Hubby kata kat sini ramai org yang pakai costum mcm dalam filem yang popular seperti spiderman, superman, police,  shrek dll.   Kalau nak bergambar 1 keping 5 dolar. Pandai diorang cari makan. Seterusnya naik bas ke Rodeo Drive. Sepanjang laluan Tourist Guide sibuk cerita kiri kanan apa yg ada. Naik lemas Hubby kata. Kalau ada org cakap kuat …. dia suruh diam sebab ganggu dia nak cerita.

Hubby and friend at Rodeo Drive....Ingat tak filem Pretty Woman ? Kann ade scene kat Rodeo Drive. Tu yang hubby saje ambik gambar kat sini... nak buat I jeles la tu ! (Huhuhu..memang I jeles youuu..)


Tempat ketiga .....Rodeo Drive.

Di sini terdapat terdapat pelbagai butik terkenal antaranya Gucci, Channel, Louis Vuitton, Ferrari dan Cerruti. Hubby kata dia masuk outlet LV tapi tak beli apa-apa. Semuanya mahal ada  beg tangan latest edition lebih 1000 USD.  Apapun   hubby gembira kerana inilah tempat Julia Robert shoping dlm filem  ‘Pretty Women’. Hubby kata if dia ada 1 juta USD pun boleh habis kat sini….










Yang keempat. Farmer Market.

Kat sinipun dia bagi 45 minit sahaja shoppingwas2. Mula hubby dan rakan cari kedai makan sebab dah lapar. Apa lagi menu utama muffin,  vegetable sandwich and coffee starbuck. Kat sini hubby belikan hadiah yg I rasa terharu… Handbag Coach ……dan Minyak wangi Victoria secret….




Farmer Market...tempat shopping nih !
 
Yang kelima. Latinos Sunday Market.

Kat sini orang mexico conquer. Segala benda diorang jual….Hubby tak beli apapun. Hubby kata ada banyak benda pelik dijual seperti patung, tangkal dan lain-lain lagi


Seterusnya balik semula ke Hollywood Boulevard. Hubby and friend minta turun sini tak nak balik hotel  lagi ….Masa nie Hubby shopping lagi beli t-shirt yg murah ada tag Hollywood, fridge magnet , key chain….   Selepas 3 jam spend masa ubby balik dengan teksi ke JW Marriot (64 USD). Hubby kata kalau pergi LA tak tahu jalan tak pe..yg penting duit semua boleh… kalau boleh drive dan tahu jalan lagi murah…sebab sewa kereta murah dari tambang teksi……




Latinos Sunday Market..



 

To be continue...next entry, sambung pasal convention (jumpa Steve Jobs) dan Universal Studio Hollywood