MISS NUFFNANG

Showing posts with label Melancong Ke Kuching. Show all posts
Showing posts with label Melancong Ke Kuching. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Melancong Ke Kuching (part 2)

Bersambung lagi cerita kat Kuching...



Hari ke 3, bertolak ke bandar Kuching. Damai Beach Resort sediakan coaster untuk ke bandar Kuching dengan bayaran kalau i tak silap, RM10 orang. Kami check-in Crowne Plaza Hotel plak.




Hotel ni kat riverside sg sarawak, so dari bilik boleh nampak pemandangan sungai yg cantik sangat. Berdepan ngan hotel ni ade shopping mall, so kat situ kami cari fast food je untuk makan.


 Hari ni kami plan  ke Pusat Konservasi Orang Utan Semenggoh. Kami upah sorang staf travel agent yang buat part time sendiri. Lupa dah name orang tu. Dia kenakan charge RM30 sorang untuk bawa kami ke Semenggoh plus bayaran masuk ke tempat tu, then ke tempat pembuatan pasu sarawak, ke Satok untuk lunch dan antar semula ke hotel. Tak tau la mahal ke murah...tapi i rase berbaloi la bayar kat dia.








Orang utan tu dipanggil datang ke tempat yang lapang untuk diberi makan.
Besar saiz dia...bergegar semua pokok yang dia bergayut


Tu dia.....



Balik dari Semenggoh, kami singgah kat tempat buat pasu sarawak. I beli pasu yang kecik kecik jer...jadi la .. nak buat kenangan





 Pastu, kami singgah kat Satok. I cakap dengan tour guide tu, nak rase makan makanan sarawak. So, dia pun bawak ke satu restoren kat Satok ni, sedap betul makanan nye.I dapat gak rase umai...ok la tapi tak lalu nak makan banyak. Sori ek...i tak ingat nama restoren tu.




Lepas makan, kami round keliling bandar Kuching. I suke betul nengok banyak nye patung kuching ...comel.





Pastu kami balik hotel sebab dah plan petang nak ronda ronda kat waterfront Kuching dan shopping.







Tu...sungai sarawak mengalir lesu je...




Lobby hotel....

                                        Waterfront Kuching....tenang je air sungai mengalir. Ni belum petang, gerai gerai tu buka    
                                        petang hingga malam. Seberang sungai sana, tempat orang jual kek lapis sarawak. Tapi i tak
                                         pegi pun sana. Sebelah jalan sini adalah deretan kedai jual souvenirs.




Hotel kami duduk ni, sangat dekat dengan waterfront dan kedai -kedai souvenir...walking distance je. I like...tak payah fikir cam ne nak gi sana kannn... 





Kat waterfront ni, i makan laksa sarawak...i suke...rasa macam bihun kari jer.. tapi sedap. 2 petang berturut turut i makan laksa sarawak...hihihi...






I dapat info dari staf hotel, tourist boleh naik bas pelancong...ala...cam hop in bus..untuk tour bandar Kuching. Free jer.. yeehaa...apa lagi i pun terus mintak sticker dan route map dari staf hotel. Kebetulan plak, bus stop untuk bas tu betul betul dekat Crowne Plaza Hotel...senang betul. Tapi untuk naik bas tu, mesti pakai sticker khas yang didapati dari hotel. Kami pun ambik kesempatan pegi ke Satok sebab ade pasar malam kat situ.





Pas jalan-jalan dan makan kat pasar malam tu, kami tunggu bas yang sama datang untuk balik ke hotel plak. Esoknye, kami plan nak naik bas yang sama nak gi muzium muzium yang ade kat bandar Kuching nih. Hihihi...dah sediakan bas free, naik aje la...ye tak?







Masih lagi dalam musim sambutan Ari Gawai..


Sekian je la cerite kami di Kuching. Next time datang sini, i nak sewa kete la...boleh pegi sampai Serikin...

Wednesday, July 20, 2011

Melancong Ke Kuching (part 1)

Terima kasih laa...pada AirAsia sebab dengan ade nye tambang murah ni, dapat la i berjalan-jalan jauh skit keluar dari semenanjung...hihihi...Nak melancong tapi budget ciput ...hihihi...




Skali tu  AirAsia iklan tambang murah ke Kuching...ha..dapat la i ngan hubby melancong ke Kuching plak. Nih..first time nak gi Kuching nih. Kalau tak salah, tambang pergi balik termasuk cukai nye..seorang lebih kurang RM105. Murah la tu...



So, kami pun dengan penuh semangat pegi la melancong ke Kuching 5 hari 4 malam. Dah plan 2 malam stay kat Damai Beach Resort dan 2 malam lagi kat Crowne Plaza Kuching. I jadi member The Legend Worldwide Holiday...so...kat Kuching ni, tu la 2 hotel yang termasuk dalam list untuk member. Untuk sesiapa yang jadi member, hanye bayar service charge je ..dalam RM50 -RM70 semalam bergantung kepada hotel. So untuk 4 malam hotel tu, kami bayar RM280 je...



Sampai kat airport Kuching, i ngan hubby dah tergelak gelak sebab...beraninye pegi bercuti ke sini berdua je ...hihihi...I cakap ngan hubby, relax la , orang lain gi cuti oversea lagi...tak takut pon...Tapi i dah siap itinerari ( ce wahh..) nak pegi ke mane sepanjang kat Kuching..ala..baca je blog orang lain, dapat la idea dan gambaran nak ke mane kannn...


Dari airport, kami ambik airport cab (dah tentu tak kene tipu tentang tambang) terus ke Damai Beach..dalam 40 minit sampai.



Petangnye...kami hanye lepak kat tepi pantai jer...

Petang di Damai Beach...



Senja di Damai Beach...




Makan malam first day tu, kami pegi ke sebuah restoren yang sediakan perkhidmatan ambik kami dari hotel dan kemudian antar semula ke hotel lepas makan. Staf kat Damai Beach Resort yang tolong call restoren tu. Malang...i tak ingat nama restoren tu. Makanan nye ok tapi harge ade mahal skit..agaknye termasuk kos ambik dan antar kami kot...Tak pe la...


Second day, kami ke Kampung Budaya Sarawak. Dari Damai Beach, ade disediakan coaster antar dan ambik guest ke Kampung Budaya ni. I like... jimat duit ku...Kalau stay kat Holiday Inn Damai Lagoon, boleh jalan kaki jer ke Kampung Budaya tu...dekat sangat..






Kebetulan plak, mase ke Kampung Budaya tu hari kedua Hari Gawai...so dibagi diskaun masuk RM 5, hihihi...i like...

Rumah Bidayuh...tinggi rumah nih..


Rumah Bidayuh...tengok la tangge tu...hanye sebatang kayu
yang ditakuk takuk menjadi anak tangga...ngeri i. Ni pun berani sebab nak bergambar...


Hubby sempat bergambar dengan orang tua Iban di Rumah Iban..
 

Hubby bergambar dengan orang Penan di pondok Penan...


Rumah Iban...tarian untuk tetamu..




Rumah Iban...apa yg hubby tengah tengok tu??? Kat atas tu tempat gantung kepala musuh. Dibawah nye disediakan
cam unggun api untuk mengeringkan kepala musuh....ngeh..ngeh..ngeh..... ngeri




Rumah Bidayuh...hubby dengan awek bidayuh.. ahakss...tak jeles pon..



Laluan biasa dan laluan berkayu ni disediakan untuk pelawat gunakan ditempat tempat
tertentu di dalam Kampung Budaya ni..






Besar betul kampung budaya ni...lenguh kaki kami menapak. Lepas penat menapak keliling kampung, kami masuk ke auditorium untuk tengok persembahan.


Persembahan tu selama setengah jam. Penuh gak auditorium tu ngan tourist. Pas tu, kami singgah lunch kat kafetaria yang ade di situ. Ok gak rasa makanan kat sini dan harge pun berpatutan.


Pas makan, kami balik semula ke hotel. Coaster Damai Beach Resort memang dah sedia menunggu untuk antar guest balik ke hotel.


Sampai kat hotel...apa lagi ...terbungkam kepenatan la dua dua orang ni...

Next entry, i sambung lagi yek !!