MISS NUFFNANG

Showing posts with label Belgium-Brussels. Show all posts
Showing posts with label Belgium-Brussels. Show all posts

Monday, June 16, 2014

Cuti Cuti Eropah: Episod 4, Dari Belgium Ke Luxembourg Ke Switzerland

 #sambung cerita Cuti Cuti Europe ye...
   Kalau yang tertinggal citer ni..boleh refer kat label Europe Trip...

Pagi pagi hari ke 4 bangun dengan rasa kesegaran yang amat sangat…dengan bau pokok pokok hutan…ohhhh memang tak dapat la pengalaman ni kalau kami duduk kat hotel je. Semua orang puji kabin kat La Rope camp site di Belgium ni. Senyum lebar je Abu dan krew Kelana Convoy dengan pujian dari kami semua..

Sedang mengeluarkan beg beg untuk diletakkan ke dalam bas sebelum bersarapan pagi...Kami ada 1 lagi beg besar seperti warna purple tu tapi ditinggalkan dalam bas aje..

Ni gambar bahagian loteng kabin yang diletakkan tilam king size. Peraturan utk semua penghuni kabin di campsite, kabin mesti dibersihkan seperti semasa datang, malahan sampah pun mesti dibuang ke dalam tong sampah besar berhampiran. Kami pun terikut sama...sentiasa memastikan kabin bersih dan kemas sebelum check out !!!


Tempat reception dan pemulangan kunci



Segar....udara bersih dan nyaman...

Le Roptai Campsite, Belgium. Ni ialah tempat makan....

Perjalanan dari Belgium ke Luxembourg pulak...

Hari ke 4 dalam Highlight of Europe tour ni, Abu dah bagi tau perjalanan selama 9 jam  dari Belgium  terus ke Switzerland. 9 jam tu termasuk berhenti singgah di Luxembourg untuk jalan jalan dan makan untuk alas perut sebelum meneruskan perjalanan ke Switzerland. 

Luxembourg,  atau secara rasminya dikenali sebagai Grand Duchy of Luxembourg, merupakan negara  kedua terkecil di kalangan negara Europe Union dan antara tiga negara yang terkaya di dunia. Taraf hidup di Luxembourg juga sangat tinggi.

Negara Luxembourg di sempadani oleh France, Germany dan Belgium. Ada 3 tempat yang biasa dikunjungi pelancong kalau ke Luxembourg ni iaitu balcony Europe (Chemin de la Corniche), palace (Grand Ducal Palace) dan tugu kat Luxembourg old Quarters and Fortifications.…sorry aaaa nama yang sebetulnya susah nak ingat dan nak eja. 

Kami turun di kawasan berhampiran tugu.. dan berjalan kaki sahaja ke semua tempat tempat menarik tu. Tak lah dekat sangat jaraknya tapi sebab dalam cuaca yang sejuk...rasa santai aje berjalan..

Tugu peringatan....cuaca nampak mendung, dan sejuk pada masa kami turun di Luxembourg city

Rupa rupanya ada persembahan pancaragam sempena sambutan apa entah di kawasan tugu tu...
Besarnya trompetttt...larat ke angkat bang ??

Ada jugak bas hop-on-hop-off untuk sightseeing cam ni...


Kusyuk pakcik ni tanam bunga berhampiran kawasan tugu..

Kalau tak silap, ini ialah Place D'Armes.


Grand Ducal Palace...macam istana negara kekdahnya. ...Nampak tak sorang tentera kat sebelah rumput hijau tu ?


Tentera ni tak berhenti henti bersaie...eh berkawad ke hulu ke hilir sensorang dia jer..kat depan Grand Ducal Palace

Merata ceruk bas hop-on-hop-off ni pergi ye...


Pokok ni dipenuhi dengan wind chimp....dah lah terletak di lereng bukit,
bunyi dentingan wind chimp tu sangat mendamaikan..


Kawan kejap baik kejap gaduh CK....Hadina ni orang Singapore, yang tengah ambik gambar sambil kendong baby kat belakang tu ialah emak Hadina, dan lelaki yang tengah posing tu ayah Hadina..

Dari kawasan ni, boleh nampak view old Luxembourg..

View dari Balcony of Europe

View from Bakcony of Europe..






Anak dan bapak menghayati view indah ini...View dari Old quaters..penempatan tertua di Europe

Cantik kannnn....

Papan tanda penempatan paling tua di Europe...diiktiraf oleh Unesco

Ada bahasa German, ada bahasa France..digunakan di Luxembourg









Jambatan utk landasan keretapi tu sangat menarik...






Ada pulak keretapi lalu....


Selepas tengok ke tiga tiga tempat tu, memasing mencari kedai kebab untuk makan tengahari. Kami sempat beli satu dua FM dan souvenirs di sini, tak beli banyak sebab satu FM berharga antara 3 – 5 euro (rm 12 –rm 18 sangat mahal) dan juga piring hiasan..Terkilan sangat sebab I terlupa nak beli snow globe Luxembourg.

Bila tengok gambar ni ..terasa terkilan sikit. Sebabnya...terlupa nak beli snow globe Luxemboug..huhuhu...Dah dalam bas ke Switzerland baru teringat pasal tu !!!  I memang kumpul snow globe kat mana mana tempat yang kami pi bercuti

Di tugu peringatan




Satu lagi kenderaan yang digunakan untuk sightseeing di Luxembourg




Selepas singgah 3 jam di Luxembourg, perjalanan diteruskan melalui France untuk masuk  ke Switzerland…. pemandangan kiri kanan memang sangat cantik. Bunga kuning rape seed flower tu banyak di tanam ….seolah olah nampak macam karpet kuning aje…

Kami singgah berhenti rehat di tempat macam RnR kitalah, terletak bersempadan France-Switzerland.. tapi makan bihun goreng tomyam yang telah dimasak oleh krew Kelana convoy. Mereka siap bentangkan plastic besar sebagai tempat duduk di tepi highway tu…best giler !!!


Kanak kanak 3 orang ni ambik kesempatan berlarian selepas hampir 2 jam bergerak dari Luxembourg..Tuuu bas kami...

Tak de gambar yang lebih elok lagi...terpaksa tunjukkan gambar ni...
Kami berpiknik di tempat rehat sambil makan bihun goreng tomyam

Apabila bas memasuki Switzerland, bas perlu berhenti untuk bayaran kira macam bayar denda siap siap untuk berapa banyak karbon dilepaskan ke udara sepanjang bas tu kat Switzerland…wow..Go Green !!


Kami semua terjerit jerit….waaa   waaaa….bila nampak gunung gunung yang dilitupi salji di puncaknya (snow cap mountain laaa)…sangat gayat okeh dengan pemandangan yang sangat cantik. Apa lagi bila melihat aliran air sungai yang cantik dan padang rumput menghijau..Hilang segala penat duduk dlm bas..
Sampai di Interlaken, iaitu kawasaan antara 2 tasik, viewnya sangat awesome…Subhanallah memang sangat cantik.

Snow cap mountain..




Campsite kami terletak di Lauterbrunnen iaitu selepas melepas Interlaken, Switzerland





Ni kawasan Interlaken..






Dan apabila sampai di campsite iaitu Camping Jungfrau di Leuterbrunnen…. Kami semua ternganga mulut melihat keindahan padang rmput hijau, air  terjun dan gunung gunung diliputi salji….masyaallah…memang tiada kata kata boleh gambarkan keindahan pemandangan di sini..Campsite ni pulak mengadap ke air terjun Staubbach, salah satu dari 72 air terjun yang terdapat di lembah Lauterbrunnen. Campsite ni jugak terletak di kaki world famous mountain giants seperti Eiger, Monch dan Jungfrau…


Gambar dari website.. Ni lah air terjun Staubbach. Masa musim panas,
air terjun ni lebih cantik sebab semua salji di puncak gunung mencair..

Gambar dari website.. Camp site ni terletak di lembah Lauterbrunnen...
Tu nampak air terjun Staubbach.


Ni kabin kami. Kabin di campsite di Lauterbrunnen, Switzerland..




Kabin ni dengan 2 katil bunkbed..

Esok merupakan hari yang dinantikan sebab kami akan ke puncak gunung iaitu di Jungfrau...salah satu puncak tertinggi di Europe ni...

#belanja hari ini: Souvenirs di Luxembourg  30 Euro
                        Makan kebab di Luxembourg 10 Euro

Monday, June 9, 2014

Cuti Cuti Eropah: Episod 3, Dari Amsterdam Ke Belgium..

Hari ketiga di Europe ni, kami akan bergerak ke Belgium pulak. Perjalanan dari Amsterdam ke Belgium ni mengambil masa 3 jam.

Sebaik sampai di Belgium, kami terus ke Atomium.  Alaaa…setakat ambik gambar landmark Belgium ni. Tak de sorang pun nak masuk ke dalam Atomium tuuu sebab berbayar...


View menarik sepanjang perjalanan



The Atomium,  Belgium

Langit biru sebagai latar belakang the Atomium...





Selepas tu, kami berpiknik makan nasik goreng yang telah siap dimasak oleh krew Kelana Convoy. Punyalah sedap makan nasi goreng ni… Selepas kenyang, kami berjalan kaki je ke Mini Europe. Mini Europe ni terletak betul betul di belakang Atomium…ia merupakan taman yang menempatkan replica utama setiap Negara Eropah. Ratio mini replica ni dengan saiz bangunan sebenar ialah 1 : 25 Tak sangka ada 29 negara Eropah rupanya iye !! Harga masuk ke sini ialah     12  euro  /adult dan   8 euro /child.

Entrance to Mini Europe









Menara Pisa, landmark Italy


Mini Europe ni bersebelahan dengan The Atomium, jadi masih boleh nampak Atomium tu...

                                           

Selepas selesai di Mini Europe, kami terus ke Brussels, ibu Negara Belgium. Belgium memang terkenal dengan coklatnya…dan juga waffle nya…nyum nyum memang sedap !!! 







Tempat piknik sambil makan nasik goreng.... nampak tak periuk besar kat atas meja tu? Nasik goreng la tu...







Gereja di Brussels...senibinanya cantik...



Sampai Brussels, bas parking agak jauh, jadi perlulah berjalan kaki ke tempat tumpuan utama di Brussels ni iaitu Central Square…

Memang kagum betul tengok Central Square ni….ia merupakan satu dataran yang di sempadani oleh bangunan bangunan dengan senibina ala ala Victoria …. memang cantik.

 Di Central Square juga terletaknya HRC Brussels. Dan dari Central aquare, berjalan dalam 0.5 km dah sampai ke satu lagi landmark utama Belgium iaitu Mennekin Pis…patung budak kecik lelaki terkencing. Ramai betul pelancong datang nak ambik gambar dengan patung tu….Banyak jugak kedai menjual coklat coklat handmade di area Mennekin Pis ni…setiap kedai ada bagi diskaun atau free gift memasing




Central square...........disempadani dengan bangunan bangunan yang cantik





                                            





                                               





Cantik view ni dengan langit biru di belakangnya...




Wafel yang ditabur gula tu 1 Euro harganya...
                                           

Kat sini I beli waffle Belgium yang sedap tu dengan krim , strawberi dan pisang kat atasnya…sedappp! CK pun dah tau…suruh beli waffle tu...


Wafel ni berharga 5.50 Euro....memang yummy !!! 
                                   


Ni lah Menneken Pis....patung budak kecik  tengah terkencing..

Kedai coklat ni bersebelahan dengan patung Manneken Pis...tu...nampak tak orang ramai berkerumun kat sudut tu ? Di situlah terletaknya patung Manneken Pis..

Selepas selesai, kami menuju ke campsite yang kedua, terletak berdekatan dengan sempadan Belgium-Luxembourg. Agak jauh dari Brussels, iaitu hampir 2 jam kot perjalanan tapi tak pe sebab pagi esoknya kami akan terus ke Luxembourg pulak.


Menuju ke campsite...





Di camp site yang kedua ni, kabin yang kami duduk sangat special. Dari luar nampak buruk jer dah la dalam hutan…tapi bila masuk ke dalam kabin…ketiga tiga kami ternganga mulut waaaaa….. Sebabnya kabin tu macam citer orang putih duk kabin dalam hutan. Memang cantik dan lengkap dengan segala kemudahan heater, air panas dan kitchenette bagai…Siap ada satu bilik di atas loteng…cumel sangat !!! Tapi tak de sapa nak tidur kat atas sebab malas nak naik tangga so I bawak turun tilam bantal untuk tidur kat bawah je , dekat sikit dengan heater. Kalau kat loteng tu, tak de heater, sejuk gilerrr…Semalam harganya 10 Euro seorang, memang berbaloi duduk sini cuma, agak jauh dari public transport la..


Lengkap segala kemudahan




Ni la kabin kami.......

Kabin kami...nampak dari luar...scary jugak kannnn


Rasa seronok betul dapat pengalaman tidur dalam kabin ni….

#belanja hari ini : Mini Europe 12 Euro/per adult, 8 Euro/child
                              Souvenirs kat Central square 38 Euro
                              Wafel 5.50 Euro
                             Breakfast, dinner kat Campsite (included dalam Kelana Convoy)
                             Lunch (included dalam Kelana Convoy)