MISS NUFFNANG

Tuesday, January 28, 2014

Australia, Melbourne Day 5. Great Ocean Road

Hari ni merupakan hari ke 5 percutian kami di Melbourne, Australia. Kalau dicampurkan dengan percutian kami di Sydney, keseluruhannya merupakan hari ke 9 di bumi Australia ini. Terasa lama lah pulak meninggalkan Malaysia tanah air tercinta...

Hari terakhir cuti cuti Melbourne ni dipenuhi dengan kunjungan ke the Great Ocean Road. Jauh juga tempat tu...hampir 300 km dari Melbourne kot. Kali ni, kami gunakan khidmat Hamzah sekali lagi. Kali pertama, dah gunakan khidmat Hamzah ke Philiph island, Melbourne. Boleh rujuk sini untuk cerita Philiph Island tu dan boleh nilaikan sendiri service Hamzah ni. Pada kami, Hamzah ni memang service terbaik la...value for money orang kata.



Pagi tu kami breakfast di kantin Malaysian Hall Melbourne iaitu nasik lemak. Sambil makan tu, bertemu dengan ramai jugak pelancong dari Malaysia. Tapi I sedikit musykil...sebabnya kebanyakan mereka, masih tiada itinerary nak ke mana, malahan ada yang baru nak mencari kereta sewa, .... ermmmm...itu bukan style kami la. Mungkin sebab kami travel dengan budak kecik, so segala perancangan mesti ada supaya boleh bergerak pantas...Ah ! Lain orang lain ragamnya kannnnnn...
Selepas sarapan, kami settle check out dulu, dapatlah semula duit deposit AUD 200. Bila Hamzah sampai, terus semua beg sumbat kat dalam bonet kereta je. Flight balik KL awal pagi esoknya iaitu 0125. Kiranya keluar dari MH, terus ke Great Ocean Road (GOR) dan akhirnya Hamzah akan hantar terus ke airport la..

Tempat pertama kami singgah dalam perjalanan ke GOR iaitu sunday market..Saja singgah nak beli buah cherry yang super duper sedap dan manis. Alaaa..kira macam kat hentian R& R kita lah sunday market ni..


Banyak jenis buah dijual di sunday market ni...tapi kebanyakan buah datang dari Queensland

Fresh strawberries.....

Highway M1 menuju ke Great Ocean Road

Tempat kedua, kami singgah di Splitpoint Lighthouse. Singgah ambik gambar dan juga minum teh dan makan scone yang sangat sedapppp di situ..


Dalam perjalanan ke GOR tu, banyak pekan kecil yang ditempuhi. Antaranya Geelong, Lorne, Apollo bay.... Kami singgah sekejap di Lorne untuk bawa CK ke toilet, cuaca agak sejuk masa tu, takut pulak tetiba CK cari toilet kat tengah tengah jalan kannnn..jadi sebagai ibu prihatin ni, terpaksalah memikirkan segala kemungkinan. Itulah sebabnya ramai orang tak nak travel dengan anak kecil...memang agak renyah tapi bagi kami, alah bisa tegal biasa..


Splitpoint Lighthouse....rumah api kat belakang tu..

Cantik betul pemandangan laut dari lighthouse ni...

Splitpoint lighthouse...

Hamzah dan hubby...

Menikmati scone dan minum teh di sini. Rumah api nampak di belakang tu. Selalunya makan scone kat Cameron highland jer..




Pintu gerbang memasuki the Great ocean Road




Pemandangan pantai dari tepi pintu gerbang GOR..Cuaca cantik pada awal perjalanan.

Menjelang tengahari....laut bergelora, angin kencang, awan mendung jer. 

Kami singgah di pekan kecil Apollo bay untuk lunch di restoran Iluka. Jangan risau sebab restoran ni ada sijil halal. Cuaca agak sejuk  menyebabkan perut mudah lapar. Oleh kerana I tak bawa apa apa sweater, maka terpaksalah membeli jumper di sini.Tak tahan kesejukan sebab angin bertiup kuat.  Nasib baik ada  kedai menjual sweater & jumper ni...murah jer AUD 9.90 untuk sehelai jumper.


Restoran Iluka terletak di tepi jalan utama di Apollo bay

Selepas lunch, terus bersolat di kawasan rehat berbumbung di taman ni. Kawasan ni berhadapan dengan resto Iluka..

Sepanjang jalan...pemandangan macam ni tak jemu mata memandang..

Selain melalui jalan raya pinggir laut, kami juga melalui kawasan hutan yang dikenali sebagai Otway ranges..

Hamzah berhenti isi minyak di satu kawasan nama Princetown yang terletak di atas bukit dan terkeluar sedikit dari jalan utama. Tak tau nak panggil pekan ke apa tempat ni, sebab stesen minyak dia hanya ada satu pam jer. Masa tu keadaan sangat sejuk sebab angin bertiup kuat. Nasib baik toilet yang disediakan bersih..cuma agak ngeri sebab berbunyi bunyi sebab ditiup angin kencang!! Ahaksss...apa akan jadi kalau tetiba bumbung dan dinding toilet tu tercabut ??


View dari atas bukit Princetown. Bestnya kalau dapat join punting ngan orang tu hehehe...

Stesen minyak hanya ada satu pam minyak

Kami singgah di Gibson's step pulak. Tiupan angin sangat kencang di sini...tak berani nak turun ke tepi pantai. Rasa melayang layang jer..


Gibson steps... Tengok lah orang orang tu gigih berjalan di tepi pantai 

Tengoklah rambut CK...akibat tiupan angin kencang!!!

Jumper biru baru beli kat Apollo bay !!

Akhirnya kami sampai ke tempat yang menjadi tarikan utama pelancong iaitu the Twelve Apostles. Fenomena pembentukan batu yang menakjubkan terhasil dari hakisan oleh air dan angin. Subhanallah...sungguh cantik !!! Asalnya ada 12 batu tu tapi rasanya dah tinggal 10 je kot...dan ada yang saiznya dah semakin mengecil..


Presenting...the Twelve Apostles..

Nampak tak kat mana CK ??? Dia peduli apa mak bapak kat mana...yang penting dia sikit pun tak meragam penat..enjoy je
Masa ni dah jam 5 petang !!

Subhanallah...



Masyaallah...



Awan mendung...tapi tak hujan, cuma gerimis jer..
Agak lama juga di Twelve Apostles...rasa berbaloi datang jauh melihat pemandangan yang sangat cantik ini. Tapi kalau nak datang kali kedua mungkin tak... sebab sangat jauh dari Melbourne city. Rasa kebas punggunglah duduk dalam kereta. Ini pun nasib baik, Hamzah boleh berhenti kat mana mana bila kami minta untuk ambik gambar atau nak bawa CK ke toilet. 


Pantai di Lord Ard Gorge...di pantai ni 2 mangsa terselamat selepas kapal bernama Lord Ard Gorge dari england kot pecah dan karam.

Lord Ard Gorge....satu lagi fenomena alam semuladi di mana tebing dan teluk terbentuk akibat hakisan air dan angin



Akhir sekali kami singgah di Fort Campbell...melihat pekan kecil yang aman damai jer. Kami tak sempat ke satu kawasan bernama London Bridge...tak perlah. Masa tu dah jam 6.30 petang. Kalau boleh nak sampai ke airport dalam jam 10 malam.



Jalan balik ke Melbourne, kami ikut jalan lain pula. Sebab Hamzah kata lebih dekat sikit untuk sampai ke airport. Kali ni kami dapat lihat lebih banyak kambing biri biri dan lembu ternakan di padang rumput yang menghijau. Wahhhh...cantik betul pemandangannya. Terus I mintak Hamzah berhenti untuk ambik gambar.


Padang rumput menghijau saujana mata memandang

Ahaksss....bebiri ni perasan kami tengah ambik gambar dia. Terus dia berposing....comellll !!!

Memula dua tiga ekor lembu ni perasan kami berhenti dan ambik gambar dia....




Lepas dia beberapa ekor berbunyi moo moo....ramai pulak yang datang ke tepi pagar nak berposing jugak.
Hahaha...suka !


Pengalaman ke GOR memang best. Walaupun banyak masa habis dalam perjalanan aje, tapi kami puas hati dapat melihat ciptaan Allah yang sangat mengkagumkan. Akhirnya kami sampai di Tullamarine airport jam 10 malam. Terus cari restoran Nodle yang jual makanan halal. Masa ni Hamzah pun join sama makan kat airport.

Flight Melbourne -KL jam 0125 pagi tu dipenuhi dengan Ausie yang nak bercuti ke Malaysia. Oh ya... pemeriksaan kastam agak strict di airport, walaupun kita dah nak balik dah. 

I rasa belum sempat pun kapal terbang tu take off... kami 3 beranak dah terlelap dah !!!

So, sesiapa yang nak guna private tour oleh Hamzah ni bolehlah contact email dia ye...worth for money !!! Jangan lupa mention blog ni yek...hahaha !!

email Hamzah : xplorevic.pt@gmail.com


40 comments:

  1. Replies
    1. Dia tak charge ikut kepala nieda tapi lebih kepada saiz kereta kot. Macam kereta yang kami naik tu memang utk 4 orang penumpang jer. Kalau ikut tour lain, memang diaorg charge ikut kepala.

      Delete
    2. assalamualaikum..
      utk satu kereta 4 org penumpang dia charge berapa sehari ye? terima kasih

      puan juhana

      Delete
  2. Kalau terpaksa memilih, mana lebih berbaloi antara Great Ocean Road dengan Phillip Island Tour tu Cik Ta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau nak cakaplah en.mie...ikut en.mie prefer yang macam mana. GOR lebih kepada pemandangan fenomena alam semulajadi manakala Philiph island pula pemandangan alam dan juga hidupan liar. Kalau saya terpaksa pilih... pening jugak nak pilih yang mana satu sebab dua dua saya suka....

      **en.mie, nak tanya....kat airport jakarta tu mudah ke nak cari tempat tunggu teksi ? Kalau naik kereta sapu kat airport tu..boleh dipercayai ke ?

      Delete
    2. Mudah je, tempatnya kat depan airport. Saya terpaksa naik kereta sapu sbb sampai sana dah tengah malam tapi cajnya mahal sikit.. nampaknya OK je takde masalah...

      Delete
  3. bestnye kaaaaakkkkk...cantik2 semua...lieya terpegun tgk ladan biri2 ngan lembu2 tu...nampak bersih jek semua....mesti tak berbau kan mcm kat sinie....rumput2 pun segar2 hah.....aduh mmg best lah.....teruja lieya bace ....

    betul tu kak, kalo berjalan ngan anak2 kecik better siapkan persiapan selengkap mungkin....senang kerje kite nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suka tengok ladang bebiri ngan lembu tu....memang nampak bersih.
      Kannnn lieya...sebagai ibu prihatin, kenalah kita membuat persiapan lengkap

      Delete
  4. Subhanallah, cantik nya tempat2 ni sis..

    ReplyDelete
  5. JM pun seperti kak Ita jugak..akan prepare itirenary smoothly supaya nanti tak kelam kabut dan buang masa..hamzah..oh hamzah..sib baik nko dh nak kawin hahahah...

    Subhanallah..cantik betul view di 12 apostles tu kak...terpegun sekejap..pastu tgk lelama ambik feel...bebiri tu gemok2..comei..geram..cam nk cukur bulu buat baju sejuk eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain org lain ragamnya jm.
      Hahaha...tersedak si hamzah tu kalau dia baca komen jm ni.
      Memang cantik kannnn twelve apostles tuuu...nanti jm boleh bergambar sakan ye. Bebiri gemoks tuuuu...rasa macam nak peluk je, geram tengok !!

      Delete
  6. Salam kak ita....
    Saya dh hampir setahun 4lo blog akak (terjumpe blog akak dlm web). Saya tertunggu post baru akak :). Sebab saya pun suka travel. Seronok dpt tgk negara org dan pemandangan yg cantik2. Australia (Alhamdulillah saya dh pernah sampai ke perth, g/coast n melbourne). Melbourne paling cantik pemandangannya (pada sayalah). So bile tgk gambar kak ita...mcm refresh memori balik.
    Insyaallah...akhir feb ni saya akan ke Jepun (kyoto, osaka, tokyo). Saya selalu refer post kak ita ke Jepun dulu...so mudah saya buat rujukan.
    Saya nak propose kak ita bercuti ke Turki pulak in future. Banyak sejarah dan pemandangan yg cantik2. Saya pasti kak ita sekeluarga akan suka.
    Terima kasih di atas info dan post semua.
    Sangat memberi manfaat kepada mereka yg suka melancong.
    Sekian. Wassalam
    -mai-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks maizatul...ala blog akak ni sikit je citernya...Sorry akak selalu lambat buat entry baru, kat opis sibuk ngan kerja, kat rumah sibuk ngan anak w/pun sorang je...tu yang selalu blog dah berhabuk baru nak buat entry baru.
      Ahaaa....istanbul tu memang ada dlm wishlist akak, cuma xtau bila nak gi.
      Bestnya nak ke osaka kyoto tokyo. Akak suka kyoto mcm bandar lama...osaka tu modenlah. Waaa...akak tak sampai lagi tokyo.

      Delete
    2. Tkpe kak...take ur time. Tpi saya suka tgk blog akak. Info & maklumatnya mudah difahami. So, walau ada tpt yg saya tk pernah pergi, dgn adanya gambar & penerangan, kite dpt gambarkn tpt tu...mudah nk refer. Tq sbb sudi kongsi pengalaman.

      **Izinkan saya berkongsi pengalaman. saya ada nmpk kak ita tanya pd sorang blogger ttg teksi di jakarta. Mungkin destinasi kak ita ke jakarta lepas ni.
      Once akak keluar dari pintu arrival tu, jln depan sedikit ada mcm kaunter teksi q. Nnt akan ada ulat2 yg akan approach akak. Biasanya ulat akan charge lebih 30,000-50,000 rupiah. Better kak ita beli kt yg legal.
      Kat jakarta kalau naik teksi, naik teksi biru 'bluebird'. Dari satu tpt ke satu tpt biasanya tk sampai 10,000 rupiah. Kalau naik bajaj pun bole. Lebih sikit dari teksi.Tpi better ada persetujuan harga dulu baru naik bajaj.
      Harap info saya yg tk seberapa ni dpt membantu sedikit sbyk.

      Sekian..wassalam

      Delete
    3. Tq maizatul...ye akak xsempat baca komen maizatul pasal jakarta. Kami dah pun tiba di jakarta. Memang betul bnyk ulat kat luar airport...alhamdulillah tempat teksi bluebird tu xde org que, rezeki kami mungkin sebb kami keluar laju

      Delete
  7. Salam kak ita....
    Saya dh hampir setahun 4lo blog akak (terjumpe blog akak dlm web). Saya tertunggu post baru akak :). Sebab saya pun suka travel. Seronok dpt tgk negara org dan pemandangan yg cantik2. Australia (Alhamdulillah saya dh pernah sampai ke perth, g/coast n melbourne). Melbourne paling cantik pemandangannya (pada sayalah). So bile tgk gambar kak ita...mcm refresh memori balik.
    Insyaallah...akhir feb ni saya akan ke Jepun (kyoto, osaka, tokyo). Saya selalu refer post kak ita ke Jepun dulu...so mudah saya buat rujukan.
    Saya nak propose kak ita bercuti ke Turki pulak in future. Banyak sejarah dan pemandangan yg cantik2. Saya pasti kak ita sekeluarga akan suka.
    Terima kasih di atas info dan post semua.
    Sangat memberi manfaat kepada mereka yg suka melancong.
    Sekian. Wassalam
    -mai-

    ReplyDelete
  8. rindunyaa GOR! rasa nk pegi lg...

    ReplyDelete
  9. Boleh x bagi anggaran kasar untuk kos guna khidmat en hamzah nie

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. maaf mencelah. kami pun pernah pergi ke sana. seronok sgt terutama dengan service underground tour dari org malaysia yg mmg menetap di sana. berikut contact beliau untuk dikongsi dan pelbagaikan pilihan. 0197528006

    ReplyDelete
  12. Homestay untuk orang Malaysia di Melbourne. Sesuai untuk family trip. Kurang 8km dari Melbourne CBD, hanya 15 mins by train dan tram. Dekat dgn tram dan train station, makanan halal dan groceries.
    Visit http://terataktanamekar.com/

    ReplyDelete
  13. Salam.. kak, sy plan nk pg melb sept ni. In sha allah.. berapa en hamzah kira per car ye utk trip u pg gor n phillip island?

    ReplyDelete
  14. Melbourne memang best... rugi tak pergi.... haritu kami sekeluarga pergi pusing2 Melbourne naik Motorhome.... pengalaman baru yang best!

    ReplyDelete
  15. Salam kak..sy plan nak ke melb end aug ni..bole tak akak share itinerary jika sudi

    ReplyDelete
  16. Hi asslam Kak,
    syok tgk gambar yg akk post..
    menarik
    Plan nk pegi next year.. bleh dptkan contact Hamzah ni.
    Tq

    ReplyDelete