Hari terakhir di Paris. Selepas sarapan pagi, kami semua
meletak beg di dalam bas.
Inilah semua peserta dan crew Kelana Convoy Highlight of Europe May 2014. Mat saleh yang depan sekali tu ialah driver kami sepanjang trip ni |
Bas menuju ke Charlles de Gaulle airport. Separuh dari peserta Kelana Convoy ini menamatkan percutian Europe trip ni dengan menaiki kapalterbang dari Paris terus ke Kuala Lumpur, Singapura dan Abu Dhabi, mengikut destinasi masing masing. Manakala yang lain, meneruskan perjalanan ke London semula.
Mereka yang memilih untuk balik melalui Charlles de Gaulle airport, Paris |
Kalau pada hari pertama ke Europe hari tu, kami dan bas
menaiki keretapi, kali ni kami dan bas naik feri pula merentasi Selat Inggeris. Perjalanan selama 3 jam dari
Paris ke Calais untuk menaiki feri terasa agak sepi sebab dah tak ramai di
dalam bas.
Kami naik P & O Ferries, syarikat sudah memulakan
perkhidmatan feri semenjak 175 tahun.
Besar betul feri ni. Penumpang turun dari bas sebaik bas parking di dalam feri,
dan naik ke tingkat 7, 8 dan 9. Siap ada duty
free shop. Segala macam benda ada dijual. I sempat beli shower gel
BodyShop..memang murah £2 dari kedai kedai di London.
Suasana selesa di kafe |
Dua beranak ni layan tengok kartun.. |
Deck terbuka. Hanya ambil gambar sahaja. Laut sedang bergelora...cuaca mendung. |
Kalau tak silap, perjalanan feri dalam 1jam setengah. Ombak
agak kuat dan laut bergelora..bila berjalan perlu berpaut pada pemegang di tepi
dinding kerana feri bergoyang goyang . Kami lebih banyak duduk sahaja sambil
menikmati kopi dan muffin yang ada dijual di kafe. Mujur kami tak muntah akibat
mabuk laut.
Apabila kami tiba di Dover, kami perlu melalui immigresen
untuk masuk ke London semula. Mujur lengang sahaja. Segala urusan berjalan
lancar dan kami naik semula ke dalam bas untuk menyambung perjalanan ke London.
Menurut Abu, ketua crew Kelana Convoy, jarak perjalanan yang
telah kami lalui bermula dari London dan tiba ke London semula ialah 2870 km
meliputi 9 hari perjalanan !! Memang satu trip yang sangat menarik, dan affordable. I congak congak …kalau ikut
travel agency, bagi trip yang macam ni, hampir rm10k seorang. Kalau kami
bertiga dah rm30k !!! Tapi dengan Kelana Convoy, tiga beranak ni hanya
melibatkan belanjakan rm17-18k. Sebab itu kami boleh stay lagi di London untuk
5 hari lagi…hehehe..
Akhirnya, jam 4 petang kami tiba di Queensbay. Semua peserta
turun disitu.
![]() |
Sesi memunggah beg dari perut bas. ..di Queensbay. CK merenung beg-beg kami yg dalam bulatan merah tu. |
Abu tolong kami contact taxi driver yang beliau kenal untuk
menghantar kami ke Manor Appartment. Bayaran yang dikenakan ialah £30. Ok lah
tu sebab apartment tu terletak di kawasan luar kota London.
Alhamdulillah, jam 5 petang kami dah tiba di Manor apartment
. 2 pekerja sedang membersihkan apartment yang kami akan duduki. Memang
betullah..sebab menurut email yang I
bagi kat diaorang, kami akan sampai dalam jam 6 petang.
Inilah Manor Aprtmt yang kami duduk selama 5hari 4 malam. Di dalam bangunan ni, kalau tak salah ada 5 apartment di dalamnya yang lengkap dengan dapur. |
Habislah kisah percutian kami ke 5 negara di eropah bersama Kelana Convoy. Walaupun dah setahun berlalu, bila tengok gambar gambar semula, masih terasa keseronokan percutian ni.
Insyaallah, next entry ialah kisah cuti cuti kami di London pula..