MISS NUFFNANG

Showing posts with label Fazz Kerepek. Show all posts
Showing posts with label Fazz Kerepek. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Borong Kerepek Raya di Fazz Kerepek, Banting

Dah hampir pertengahan puasa ni, tentulah ramai rakan rakan dah mula buat/ beli juadah utk hidangan raya. I main tunjuk tunjuk ajer lah. Tapi rasanya, tahun ni I kurang sikit order biskut raya..entah kenapa macam tak ramai kenkawan bisnis biskut raya kat tempat kerja.




Minggu lepas, I ke Fazz kerepek di Kanchong Darat, Banting. Fazz kerepek ni terkenal sebab kat sinilah last arwah Sosilawati memborong kerepek utk staf dia, sebelum tragedi malang menimpa arwah. 


Ni masa I datang, jam 1 petang....




Pelbagai jenis kerepek ada....sebut jer, semua ada dijual. Tapi oleh sebab bulan puasa ni, maka tersangatlah ramainya org ke Fazz ni. I sendiri dah 3 kali ke Fazz nak cari kerepek pisang...tak pernah ada sebab habis stok. Yang minggu lepas hari Selasa pergi tu...staf kat Fazz kata kerepek pisang baru aje habis stok. (Dari tempat kerja I ke Fazz ni dalam 15 minit jer) 




So, oleh kerana dah 3 kali datang tak de jugak kerepek pisang, so I borong jer lah kerepek yg lain lain tu macam kerepek ubi pedas, melinjau, jejari bilis. Harga kat sini memang murah berbanding kedai jual kerepek yg banyak kat Banting nih !


Ni utk packing 1/2 kg dan 1 kg.. Tengok rak dah kosong tuuuu..

Ni packing besar..... 3 kg atau 5 kg kot, I tak pasti...

Bila musim raya, Fazz kerepek house ni turut menjual kuih kuih raya..


Kat sini I beli kuih batang buruk dan biskut bangkit....tetiba rasa dah lama tak makan kuih raya tradisional
Mudah aje nak ke Fazz ni... dari pekan Banting, terus je ke arah Tg Sepat/ Morib. Sampai kat simpang empat Kanchong Darat, terus ke arah kg sg lang.... Tak jauh dari JPJ Banting, Immigresen Banting. Insyaallah, nampak lah signboard macam kat atas tu. Tak pun, tanya aje orang kat situ...