Selepas bersarapan di hotel Gloria Amanda, kami terus minta dihantar ke stasiun keretapi Jogja. Kami ambik transfer service oleh pihak hotel iaitu 50 000 rupiah. Masa datang hari tu, ambik teksi biasa dari train station ke hotel pun dah 60 000 rupiah.
Jam 7.45 pagi kami sampai di stesen....terus angkut beg dan menunggu train di tempat yang sepatutnya. Train ni ialah Lodaya Express dari Surabaya ke Bandung, dan berhenti di Jogja untuk ambil penumpang. Kami dijangka tiba di Bandung jam 3.30 petang. Harga tiket dari Jogja ke Bandung ialah 230 000 rupiah (~rm63) seorang.
Perjalanan Jogja - Bandung adalah sejauh 388 km !! |
Pemandangan dari dalam train... |
Laluan train jogja-bandung banyak mendaki bukit dan menuruni bukit. Sebab tu perjalanan agak lama walaupun jaraknya 388 km sahaja |
Sampai di stesen keretapi Bandung, perkara pertama yang dibuat ialah nak tukar tiket train dari Bandung ke Jakarta dan jugak nak tukar masanya sekali iaitu nak awalkan dari jam 2.30 petang nak awalkan ke jam 12 tengahari. Alhamdulillah dapat tukar masa walaupun kena bayar 5 000 rupiah seorang sebagai cas perkhidmatan. Ok lah tu...
Tunggu punya tunggu teksi blue bird, tak nampak bayang pun. Akhirnya kami naik kereta avanza yang minta bayaran 30 000 rupiah untuk ke Guntur hotel. Dekat je hotel tu, dalam 15 minit aje dari stesen keretapi Bandung. Selepas selesai urusan check-in, I pinjam tel.hotel untuk telefon supir yang dah dibooking melalui online iaitu dari pak Iwan Setiawan punya rental service. Alhamdulillah...supir akan ambil kami di hotel esok jam 8 pagi. Semoga tak berulang peristiwa kat Jogja lagi ...ya AMPUNNN !!!
Selesa sungguh hotel Guntur ni...biliknya besar dengan ada ruang berasingan untuk letak luggage. Memang puas hati laaaa..untuk 2 malam kat hotel Guntur ni, harganya 902 800 rupiah (~rm 243), memang murah tak sepadan dengan kedudukannya yang dekat dengan Pasar Baru dan cawangan Kartika Sari. Memang disyorkan kepada yang berminat bercuti dan bersopping kat Bandung.
Pemandangan dari pintu bilik hotel.. |
Selepas mandi, solat dan minum petang...kami pun terus keluar untuk ke the Secret F.O. Tahan teksi depan hotel je pun...Dah lupa apa company teksi tu, siap ada harga minimum 30 000 rupiah walaupun kat meter teksi tunjuk tambang lebih rendah. Jadi, walaupun tambang teksi kat meter tunjukkan 16 800 rupiah, kami terpaksa bayar 30 000 rupiah. Tak tau lah ni dasar company atau dasar pemandu tu...nak buat cam ne, tunggu punya tunggu, teksi bluebird tak de yang laluuuu...
Banyak jugak baju CK kami borang di the Secret, cantik dan murahhhh...Tak dapat harga camtu kalau kat Sogo KL hehehe....
Haha...datang Secret Outlet nak sopping je okeh !!! |
Cantik pulak kat tengah tengah the Secret ni, siap ada landskap cantikkk.. |
Ni kat bahagian anak anak... |
Ni..antara hasil rembatan di the Secret...memang rambang mata untuk baju budak perempuan... |
Jumlah shopping kat Secret melebihi 1 juta rupiah (~rm270 aje..). Tapi puas hati sebab dapat baju CK dan baju bapak CK hehee...
Lepas habis shopping baju, kami makan nasi campur dan mee goreng kat kedai makan berdepan sikit dengan the Secret. Perut tak rasa lapar pun, saje nak alas perut orang kata.
Habis makan, terus tahan teksi dan balik ke hotel. Kali ni kami bernasib baik sebab dapat teksi bluebird. Tambang teksi balik dari Secret ke hotel Guntur cuma 15 ribu rupiah je !! Banyak teksi memang sedia menunggu di depan deretan F.O ni...memang senang laaaa..nak shopping banyak banyak pun. Kat dalam the Secret tu...ramai je orang Malaysia shopping... haih...bangga betul jadi orang Malaysia !! Memang kaya orang msia ni kannnn!!!
Esok, kami pusing pusing Bandung dan juga keluar dari Bandung...