MISS NUFFNANG

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Yang Ringan dan Yang Berat...

Ini petikan yang diambil dari facebook kawan kawan yang diperolehi dari ustaz Azhar Idrus..

"  Solat Itu Ringan....

                     Bagi Mereka Yang Mengambil Berat...


           Solat Itu Berat......

                     Bagi Mereka Yang Mengambil Ringan...."    


Dari google


Fikir-fikirkan....




Thursday, September 29, 2011

Mendamaikan Hati

Semenjak dua menjak ni memang sangat la busy dengan kerja kerja di kolej. Lepas satu dateline, datang lagi dateline yang lain. Dah rasa macam wartawan yang asyik dihambat dateline dah...


Itu belum masuk lagi consultation hours dengan pelajar yang lemah. Semua pelajar tu 7 orang. So dah tambah hampir 7 jam seminggu khas "mengadap" muka diaorang. Walau penat...... tapi bila tengok kesungguhan diaorang datang nak belajar...hilang sket penat tu...


So, untuk mendamaikan hati...I layan tengok gambar gambar nih.




Damainya hati melihat ciptaan yang maha agung


Tenang......



Bestnya melihat pemandangan ni...rasa damai jer.
Memang itu sifat manusia, kita rasa tenang melihat ciptaan Allah


Tuesday, September 27, 2011

Positive or Negative ??

Ha ha ha....mesti dalam kepala uols, ingat ni mesti citer pasal pregnancy kannnn !!!!



Ermmm cuba tengok gambar ni....





Bila terpandang gambar ni, apa boleh kita cakap tentang air dalam gelas tuh ???


Ada yang jawab : Gelas tu berisi air separuh @ Gelas tu separuh penuh.


Ada juga yang akan jawab : Gelas tu separuh kosong.


Setiap satu jawapan, merupakan persepsi kita terhadap kehidupan.




Orang yang jawab Gelas Tu Separuh Penuh merupakan orang yang........



Berfikiran POSITIF sebab sentiasa nampak apa yang ada. So dalam hidup dia, sentiasa positif jer.. berprasangka baik jer... redha aje...



Orang yang jawab Gelas Tu Separuh Kosong merupakan orang yang.......



Berfikiran NEGATIF sebab sentiasa nampak apa yang tak ada atau apa yang kurang jer atau apa yang tak elok jer....



Memang la sebagai manusia biasa, tengok tempat atau keadaan, ada masa bersikap positif , ada masa bersikap negatif...


Ermmm....you all cam mane ???


(ehhh....I bukan motivator tau,  I dengar motivasi ni dari Ikim.fm pagi semalam)

Wednesday, July 6, 2011

Bersyukurlah...dengan apa yang ada

On the way to college this morning, i dengar IKIM. fm ( ..hihihi..pagi pagi hari mulakan dengan sesuatu yg positif..). Satu sebab i dengar IKIM .fm ni sebab setiap pagi jam 7 ada doa pagi dialunkan oleh kumpulan Hijjaz...tu yang menyebabkan i mesti dengar radio ni...


Sebenarnye..i nak cerita ceramah atau motivasi pagi yang i dengar pagi ni. Ia sangat menyentuh perasaan i sebagai seorang ibu...Biar i tulis semula ape  yang i dengar tu kat sini......

 Ada satu pasangan suami isteri yang tinggal kat satu kawasan perumahan. Mereka dah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Mereka rasa cemburu bila lihat jiran sebelah menyebelah mempunyai anak yang ramai kerana suasana rumah sentiasa riuh tak macam rumah mereka yang sunyi sepi...

 Si isteri mempunyai sikap yang mementingkan perfection ( perfectionist la...). Rumah mereka sentiasa kemas, hatta habuk pun tak berani nak lekat. Bagus la kan isteri yang bersikap begini...



Tak lama selepas itu, si isteri di sahkan mengandung. Selepas beberapa lama mengandung, bila scan didapati anak lelaki. Maka si isteri pun menyediakan bilik yang cantik dan bersih dan dideko sesuai untuk anak lelaki. Dibelikan permainan untuk si bayi lelaki yang belum dilahirkan tadi agar mudah bila dah bersalin nanti, semua keperluan telah ada.



Dipendekkan cerita, lahirlah anak lelaki mereka. Selepas dua tiga tahun, didapati, perangai si anak lelaki tadi 100% bertentangan dengan perangai si ibu. Bila ibu kemaskan susunatur perabut, tak lama lepas tu, si anak selerakkan kusyen. Suratkhabar yang bersusun rapi, si anak akan gumpal gumpalkan menjadi gunung. Dan satiap kali si anak buat salah, si ibu akan paksa si anak berjanji untuk tidak buat lagi kesalahan yang sama. Namun, si anak tetap akan melakukan perbuatan yang sama.



Suatu hari, seorang rakan si ibu tadi menelefon dan memberitahu untuk datang ke rumah. Maka, kelam kabut la si ibu mengemaskan rumah, kedudukan perabut dan segala macam demi memastikan rumahnya kemas. Selepas berpuas hati, si ibu ke dapur pula untuk menyediakan juadah istimewa untuk tetamu yang datang. Sebaik habis memasak, si ibu kembali ke ruang tamu.


Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati ruang tamu berselerak dengan timbunan kertas suratkhabar, manakala kusyen pula bertaburan di atas lantai. Si ibu hilang akal lalu menjerit sekuat hati kepada si anak yang berada di situ. Si anak pula, terkejut dengan jeritan si ibu lantas berlari laju keluar dari rumah dituruti oleh  siibu. Tiba-tiba......si ibu terdengar bunyi dentuman yang amat kuat dan diikuti dengan percikan cecair ke muka dan badan si ibu. Apa yang si ibu lihat ialah..anaknya terlantar di atas jalan raya di hadapan rumahnya akibat dilanggar kereta.



Si ibu terus menerpa ke arah anaknya, lalu mendukung si anak dan membawanya masuk ke dalam kereta. Lalu si ibu terus memecut ke hospital. Sepanjang perjalanan  ke hospital, si ibu berdoa : Ya Alllah selamatkanlah anakku....Itu lah doa yang diulang ulang sambil air mata berjuraian bercampur dengan darah si anak tadi.



Doa itu juga diulang -ulang oleh si ibu semasa doktor bertungkus lumus menyelamatkan anaknya. Akhirnya...apabila doktor datang mendapatkan si ibu, si doktor berkata : Maaf Puan, anak puan telah  meninggal dunia......


Serasa runtuh dunia si ibu apa bila mendengar kata kata doktor itu...



Selepas majlis pengebumian diikuti tahlil selesai pada malam itu..., si ibu menyelongkar semula tong sampah di hadapan rumah, beliau mengambil semula timbunan kertas surat khabar yang si anak telah gumpa-gumpal semalam. Sambil mencium gumpalan kertas itu, si ibu berkata : Alangkah cantiknya gumpalan kertas yang si anak telah buat...mengapa sebelum ini , aku tidak melihatnya ...!!!!


 I rase terharu sangat  mendengar kisah tu...rase cam terbayang CK yang i marah marah kalau dia sepah sepah kan toys dia...huhuhu...i janji kat diri sendiri ..tak nak mudah marah lagi kat CK. I takut nanti tiba tiba je CK hilang dari mata i.....




Moral of the story...bersyukurlah...dengan ape saje anugerah Allah kepada kite..kannn...





Mahu Jadi Kaya @ Jutawan....?

Aik...apasal lak i tetiba je nak tulis tajuk ni? Actually , i've just received an email about Warren Buffet. Kenal siape dia tu? He is the second richest man in the world...

So, ape kaitan nye dengan i ?

I pun teringat yang i ade 3 buah buku berkaitan dengan pengurusan kewangan atau lebih tepat lagi cam mane nak jadi JUTAWAN dengan cara yang REALISTIK bukan setakat angan angan mat jenin jer...

The first book is...

I suke baca buku Azizi Ali sebab segala cadangan yang diberikan adalah REALISTIK dan kite boleh praktiskan dalam hidup kite. Cam buku PESARA JUTAWAN ni...Azizi Ali sendiri kerja makan gaji (dia pilot ) tapi dia boleh amalkan satu cara hidup yang membolehkan dia ada simpanan yang mencukupi untuk menampung hidup selepas bersara.


Kepada uols yang kerja makan gaji cam i ni, tak kira la dengan kerajaan atau swasta, buku ni sesuai dibaca kalau kite nak gaya hidup kite selepas pencen nanti, masih sama dengan gaya hidup kite seperti sekarang (kecuali la uols nak habiskan hidup selepas pencen dengan cara yang amat "minima" sekali..)



Memang la kalau yg kerje kerajaan akan cakap : ala...pencen kan ade  + duit gratuiti..cukuplah nak menampung hidup kan...
Kalau yang kerje swasta plak akan cakap: ala...duit KWSP kan ade ...insurans pun ade...cukup la tu..
Kalau cam tu lah pemikiran uols...i suggest u read this book first !!!!



The second book is...



Buku ni tulisan Shamsuddin Abdul Kadir, juga pasal orang yang makan gaji tapi masih boleh jadi kaya. Hah !! Cam ne tu....Dia berikan cadangan ( yang dah tentu dia praktikkan ) untuk dijadikan amalan...

I dah cuba ( dan masih mengamalkannye ) beberapa kaedah yang diberikan. Walau pun nilai nye tak banyak...KONSISTENSI  itu yang penting kan ??? Kalau tak takkan la ade pepatah: SIKIT SIKIT LAMA LAMA JADI BUKIT.


Sikit petikan dari buku Shamsudin Abdul Kadir...
I masukkan sedikit petikan di atas, supaya uols boleh fikir sendiri... realistik tak tips yang diberi tu? Pada i, ia sangat realistik. Sebab banyak mane pun gaji kita, habis bulan duit pun habis. Jadi...kalau simpan sikit, yang lebihnye digunakan...habis bulan duit pun habis gak kan ??? (kecuali yang disimpan tadi..)



Petikan ni...dari buku Azizi Ali

The third book is...



Buku Azizi Ali masih lagi berkenaan dengan : How to remain an employee and still become a millionaire.

Ketiga-tiga buku ni berkaitan dengan orang makan gaji dan cam ne nak jadi kaya. I tak berani nak kata jadi jutawan...sebab rase nye jauh nak sampai tu...Nape i pilih ketiga-tiga buku ni ? Sebab ...i ni kerje makan gaji..., hubby pun kerje makan gaji...

Kalau uols berminat, cari la buku buku tu untuk dibaca. Tapi buku Azizi Ali agak mahal skit RM39.90 sebuah kalau dibeli kat MPH, buku Shamsuddin Abdul Kadir plak , i tak ingat harganye..