MISS NUFFNANG

Monday, June 16, 2014

Cuti Cuti Eropah: Episod 4, Dari Belgium Ke Luxembourg Ke Switzerland

 #sambung cerita Cuti Cuti Europe ye...
   Kalau yang tertinggal citer ni..boleh refer kat label Europe Trip...

Pagi pagi hari ke 4 bangun dengan rasa kesegaran yang amat sangat…dengan bau pokok pokok hutan…ohhhh memang tak dapat la pengalaman ni kalau kami duduk kat hotel je. Semua orang puji kabin kat La Rope camp site di Belgium ni. Senyum lebar je Abu dan krew Kelana Convoy dengan pujian dari kami semua..

Sedang mengeluarkan beg beg untuk diletakkan ke dalam bas sebelum bersarapan pagi...Kami ada 1 lagi beg besar seperti warna purple tu tapi ditinggalkan dalam bas aje..

Ni gambar bahagian loteng kabin yang diletakkan tilam king size. Peraturan utk semua penghuni kabin di campsite, kabin mesti dibersihkan seperti semasa datang, malahan sampah pun mesti dibuang ke dalam tong sampah besar berhampiran. Kami pun terikut sama...sentiasa memastikan kabin bersih dan kemas sebelum check out !!!


Tempat reception dan pemulangan kunci



Segar....udara bersih dan nyaman...

Le Roptai Campsite, Belgium. Ni ialah tempat makan....

Perjalanan dari Belgium ke Luxembourg pulak...

Hari ke 4 dalam Highlight of Europe tour ni, Abu dah bagi tau perjalanan selama 9 jam  dari Belgium  terus ke Switzerland. 9 jam tu termasuk berhenti singgah di Luxembourg untuk jalan jalan dan makan untuk alas perut sebelum meneruskan perjalanan ke Switzerland. 

Luxembourg,  atau secara rasminya dikenali sebagai Grand Duchy of Luxembourg, merupakan negara  kedua terkecil di kalangan negara Europe Union dan antara tiga negara yang terkaya di dunia. Taraf hidup di Luxembourg juga sangat tinggi.

Negara Luxembourg di sempadani oleh France, Germany dan Belgium. Ada 3 tempat yang biasa dikunjungi pelancong kalau ke Luxembourg ni iaitu balcony Europe (Chemin de la Corniche), palace (Grand Ducal Palace) dan tugu kat Luxembourg old Quarters and Fortifications.…sorry aaaa nama yang sebetulnya susah nak ingat dan nak eja. 

Kami turun di kawasan berhampiran tugu.. dan berjalan kaki sahaja ke semua tempat tempat menarik tu. Tak lah dekat sangat jaraknya tapi sebab dalam cuaca yang sejuk...rasa santai aje berjalan..

Tugu peringatan....cuaca nampak mendung, dan sejuk pada masa kami turun di Luxembourg city

Rupa rupanya ada persembahan pancaragam sempena sambutan apa entah di kawasan tugu tu...
Besarnya trompetttt...larat ke angkat bang ??

Ada jugak bas hop-on-hop-off untuk sightseeing cam ni...


Kusyuk pakcik ni tanam bunga berhampiran kawasan tugu..

Kalau tak silap, ini ialah Place D'Armes.


Grand Ducal Palace...macam istana negara kekdahnya. ...Nampak tak sorang tentera kat sebelah rumput hijau tu ?


Tentera ni tak berhenti henti bersaie...eh berkawad ke hulu ke hilir sensorang dia jer..kat depan Grand Ducal Palace

Merata ceruk bas hop-on-hop-off ni pergi ye...


Pokok ni dipenuhi dengan wind chimp....dah lah terletak di lereng bukit,
bunyi dentingan wind chimp tu sangat mendamaikan..


Kawan kejap baik kejap gaduh CK....Hadina ni orang Singapore, yang tengah ambik gambar sambil kendong baby kat belakang tu ialah emak Hadina, dan lelaki yang tengah posing tu ayah Hadina..

Dari kawasan ni, boleh nampak view old Luxembourg..

View dari Balcony of Europe

View from Bakcony of Europe..






Anak dan bapak menghayati view indah ini...View dari Old quaters..penempatan tertua di Europe

Cantik kannnn....

Papan tanda penempatan paling tua di Europe...diiktiraf oleh Unesco

Ada bahasa German, ada bahasa France..digunakan di Luxembourg









Jambatan utk landasan keretapi tu sangat menarik...






Ada pulak keretapi lalu....


Selepas tengok ke tiga tiga tempat tu, memasing mencari kedai kebab untuk makan tengahari. Kami sempat beli satu dua FM dan souvenirs di sini, tak beli banyak sebab satu FM berharga antara 3 – 5 euro (rm 12 –rm 18 sangat mahal) dan juga piring hiasan..Terkilan sangat sebab I terlupa nak beli snow globe Luxembourg.

Bila tengok gambar ni ..terasa terkilan sikit. Sebabnya...terlupa nak beli snow globe Luxemboug..huhuhu...Dah dalam bas ke Switzerland baru teringat pasal tu !!!  I memang kumpul snow globe kat mana mana tempat yang kami pi bercuti

Di tugu peringatan




Satu lagi kenderaan yang digunakan untuk sightseeing di Luxembourg




Selepas singgah 3 jam di Luxembourg, perjalanan diteruskan melalui France untuk masuk  ke Switzerland…. pemandangan kiri kanan memang sangat cantik. Bunga kuning rape seed flower tu banyak di tanam ….seolah olah nampak macam karpet kuning aje…

Kami singgah berhenti rehat di tempat macam RnR kitalah, terletak bersempadan France-Switzerland.. tapi makan bihun goreng tomyam yang telah dimasak oleh krew Kelana convoy. Mereka siap bentangkan plastic besar sebagai tempat duduk di tepi highway tu…best giler !!!


Kanak kanak 3 orang ni ambik kesempatan berlarian selepas hampir 2 jam bergerak dari Luxembourg..Tuuu bas kami...

Tak de gambar yang lebih elok lagi...terpaksa tunjukkan gambar ni...
Kami berpiknik di tempat rehat sambil makan bihun goreng tomyam

Apabila bas memasuki Switzerland, bas perlu berhenti untuk bayaran kira macam bayar denda siap siap untuk berapa banyak karbon dilepaskan ke udara sepanjang bas tu kat Switzerland…wow..Go Green !!


Kami semua terjerit jerit….waaa   waaaa….bila nampak gunung gunung yang dilitupi salji di puncaknya (snow cap mountain laaa)…sangat gayat okeh dengan pemandangan yang sangat cantik. Apa lagi bila melihat aliran air sungai yang cantik dan padang rumput menghijau..Hilang segala penat duduk dlm bas..
Sampai di Interlaken, iaitu kawasaan antara 2 tasik, viewnya sangat awesome…Subhanallah memang sangat cantik.

Snow cap mountain..




Campsite kami terletak di Lauterbrunnen iaitu selepas melepas Interlaken, Switzerland





Ni kawasan Interlaken..






Dan apabila sampai di campsite iaitu Camping Jungfrau di Leuterbrunnen…. Kami semua ternganga mulut melihat keindahan padang rmput hijau, air  terjun dan gunung gunung diliputi salji….masyaallah…memang tiada kata kata boleh gambarkan keindahan pemandangan di sini..Campsite ni pulak mengadap ke air terjun Staubbach, salah satu dari 72 air terjun yang terdapat di lembah Lauterbrunnen. Campsite ni jugak terletak di kaki world famous mountain giants seperti Eiger, Monch dan Jungfrau…


Gambar dari website.. Ni lah air terjun Staubbach. Masa musim panas,
air terjun ni lebih cantik sebab semua salji di puncak gunung mencair..

Gambar dari website.. Camp site ni terletak di lembah Lauterbrunnen...
Tu nampak air terjun Staubbach.


Ni kabin kami. Kabin di campsite di Lauterbrunnen, Switzerland..




Kabin ni dengan 2 katil bunkbed..

Esok merupakan hari yang dinantikan sebab kami akan ke puncak gunung iaitu di Jungfrau...salah satu puncak tertinggi di Europe ni...

#belanja hari ini: Souvenirs di Luxembourg  30 Euro
                        Makan kebab di Luxembourg 10 Euro

30 comments:

  1. 9 jam perjalanan ke kak..tapi oleh kerana di sajikan dengan view yang cantik tu mmg tak terasa lah kan..nak terlelap pun rasa syg jer risau terlepas :-)

    Oh !..cantik betul ciptaan Allah...part makan berkelah tepi highway tu mmg best...

    ahaha...biasalah tu kak..budak2 kan..kalau gaduh kejap je baik semula..kalau kita org dewasa ni kekadang ada yang simpan dendam sampai ke mati :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9 jam tu bukan direct dalam bas je JM...ia termasuk jugak berhenti utk jalan jalan kat Luxembourg dan berhenti makan kat tepi highway tuuu..
      Tak pa...nanti JM akan jejak jugak ke sana, insyaallah..

      Delete
  2. Pengalaman yang menarik...dapat merentasi beberapa negara dalam sehari... Kira Switzerland ni puncak semua lawatan di Europe lah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kata Jungfrau, Swiss tu ialah tempat yang paling ditunggu tunggu selain Disneyland la utk anak saya..hehehe

      Delete
  3. Cayalah mama.... nice entry.. short but meaningful.....

    ReplyDelete
  4. Salam kak ita. Berdebar tunggu post utk entry europe ni. Cantik2 viewnya... 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maizatul...ahaksss.. jangan cakap cam tu...Tau la...entry terkini akak memang lembab giler sebab kebizian teramatsss...Sabar yek !!!

      Delete
  5. Jealousnya tengok kak ita ke europe.....!!! comel lah kabin u all tu.... saya x sempat explore lux. Singgah sekejap on the way to swiss...cantik ye lux ni..just like all the other European countries ler kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa...farikica pun dah sampai europe kannnn...Memang betul, kebanyakan tempat di europe yg akak pergi ni memang nampak cantik jer...

      Delete
  6. cantiknya pemandangan..memukau hati bila nampak salji

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terasa agak gayatsss la bila nampak salji tu nieda..heheh..

      Delete
  7. slm.. akak bestnyer dpt pg sana:)

    ReplyDelete
  8. cantiknye kak...kabin tu comel sgt....selesa sgt2.... best tgk.... budaya bersih kat sane bagus kan...takde laa mcm kat sini main tinggal jek bilik sepah2....

    mesti cantik pic kat gunung tu nanti..diliputi salji.....

    ReplyDelete
  9. subhanallah..cantik viewnya..best rasanya tgk..

    ReplyDelete
  10. salam sis ita nak tanye la..berapa euro ye la rope camp d belgium tu ye..sis tau x ape website dia..hujung bulan 4 ni insyaallah nak mengembara di sana..heee

    ReplyDelete
  11. salam sis...nak tanye luxembourg beli fridge magnets di balcony europe ke??

    email : noorshela2013@yahoo.ca

    ReplyDelete