MISS NUFFNANG

Showing posts with label Indonesia-Bandung. Show all posts
Showing posts with label Indonesia-Bandung. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Tanah Jawa Trip Day 7 : From Bandung To Jakarta

Cuti cuti di Tanah Jawa diteruskan pada hari ke 7. Hari ni kami akan bertolak ke Jakarta semula. Tiket train Argo Prahyangan ialah pada jam 12 tengahari...maka sempat lagi nak shopping pagi ni.
Selepas selesai sarapan di hotel, kami memulakan misi pagi ni iaitu ke Kartika Sari dan juga ke Pasar Baru. Memula, kami menapak ke Kartika Sari cawangan jalan Kebunkaret, lebih kurang 200m dari hotel.

Pekerja hotel dah nasihatkan kami beli pada awal pagi sebab semua kek tu freshly from the ovens..


Di Kartika Sari, uiii rambang bijik mata..dan jugak anak tekak tengok semua kek comei ni..

Bagelen ni sedap tauu..Kami beli yang rasa mocha..
Brownies ni memang wajib beli kat Kartika Sari


Dah habis borong semua yang berkenan di mata dan di tekak, kami menapak balik semula ke hotel untuk letak hasil rembatan di bilik hotel dulu. Masa tu baru jam 8.30 pagi. Heeee...masih sempat nak ke Pasar Baru pulak. Tujuan ke Pasar Baru ialah nak cari muslimah swimming attire untuk CK  dan jugak nak beli luggage besar...


Kami beli luggage warna purple tu dengan  harga 150 ribu rupiah..
Skirt labuh 100 ribu rupiah sepasang (~rm 27). Ahkak borong sampai 3 pasang

Muslimah swimming attire untuk CK..100 ribu rupiah (~rm27) sepasang

CK kusyuk menikmati cupcakes dari Kartika Sari

Pasar Baru terletak dalam 500m dari hotel Guntur. Cuma kami kena menggunakan jejantas untuk menyeberangi rel rel keretapi yang banyak ke stesen keretapi Bandung. Dari jejantas, berjalan terus dan melintasi jalan kecil, dah sampai ke Pasar Baru. Masa tu kebanyakan kedai di Pasar Baru, baru dibuka... maklumlah baru jam 9 pagi.


Kami menggunakan jejantas untuk melintasi rel-rel di stesen keretapi Bandung

Selepas beli apa yang diperlukan, kami balik ke hotel semula. Cepat cepat kemaskan barangan yang baru dibeli dan masukkan ke dalam luggage yang baru. Maka...dah beranaklah beg kami tu...dari 1 luggage sekarang dah jadi 2 luggage. Nanti malam kat Neo Mangga Dua hotel, nak beli  tambahan luggage dari airasia. Konon 30 kg aje dah cukup....rasanya kena beli lagi 20 kg ni !!!

Naik train Argo prahyangan dengan tiket harga 90 ribu rupiah seorang. Train ni memang ulang alik Jakarta    --> Bandung dengan banyak pilihan waktu perjalanan. Kami  sampai di stesen keretapi Gambir dalam jam 3.30 petang. Terus ambik teksi bluebird. Kali ni, kami mintak driver teksi bawa ke Hard Rock cafe Jakarta yang terletak di jalan Jend Sudirman dahulu. Pastu baru hantar kami ke Hotel Neo Mangga Dua yang terletak di Mangga Dua square. Kami berada hampir 2 jam dalam teksi tu dek kerana macet di Jakarta terutama di jalan Jend. Sudirman tu. Tapi oleh kerana naik teksi bluebird, bayar ikut meter so, kami kena 142 ribu rupiah je. Sebenarnya masa tu, banjir kali kedua melanda Jakarta. Kami memang risau, sampaikan I sempatlah call hotel tu dari Bandung bertanyanya pasal banjir ni. Nasib baik pihak hotel kata, banjir tu di tempat lain hehehe....

Tugu MONAS..hanya melihat dari jauh je..

Tugu jend.Sudirman....Jalan dah mula macet nih...

Hotel Neo Mangga Dua....biliknya luas. Bilik hotel ni semalam berharga 505,785 rupiah (~rm138)

View pada waktu malam di hadapan hotel

Kami keluar makan di Mangga Dua square je....tak larat dah nak berjalan sebab esok ada aktiviti menarik esok ...iaitu hari terakhir di Jakarta.

Tinggal 1 lagi entri terakhir untuk Tanah Jawa Trip ni.. bak kata orang dulu dulu, berzaman nak siapkan !!


#hati tengah berbunga bunga for the next trip...

Thursday, April 24, 2014

Tanah Jawa Trip Day 6 : Jalan Jalan Bandung

Hari ke 6 di Tanah Jawa, dan hari ke 2 di Bandung. Sarapan di Hotel Guntur ni...boleh tahan laaa..nak kata sedap sangat pun tidak, tak sedap pun tidak, syukur mengenyangkan perut kami. Jam 8 supir bernama pak Ujang  datang menjemput kami.

Hari ni intinerari yang agak padat telah I sediakan. Maklumla gunakan sepenuhnya khidmat supir ye tak ?

Selepas pak Ujang jelas dengan destinasi  tujuan kami sepanjang hari ni, maka terus kami menuju ke Kawah Putih dahulu. Walaupun jaraknya tidak jauh dari Kota Bandung, tapi waduhhh....kereta tak boleh bawa laju. Jam 10 pagi baru kami sampai di Kawah Putih.

Untuk naik ke atas, kami perlu menaiki kenderaan lain pula. Bayarannya termasuk sekali dengan harga tiket, iaitu 43 000 rupiah per person. Kenderaan tu pulak, cukup 12 orang penumpang barulah akan bergerak. Nasib kami baik selepas 10 min menunggu, datang sekumpulan anak muda seramai 9 orang. Memula ingat, diaorang tu orang Indon, sekali lepas terdengar perbualan mereka, rupa rupanya budak budak muda dari KL/Selangor. Hensem hensem jugak muka diaorang...terlupa pulak nak ambik gambar diaorang.

Ni la van yang akan membawa pengunjung ke Kawah Puti..


Laluan ke Kawah Puti. Gunakan GIGI SATU ??



Reaksi kami memula nampak Kawah Putih  : Waaaaaa........cantiknya tempat ni !!





Alamak !!! Cam ne mamat polisi tu termasuk sekali dalam gambar nih ??



Kawah Putih...Airnya berwarna kehijauan. Setiap kali angin bertiup, bau sulfur yang kuat akan dihidu oleh pengunjung










Selepas turun dari Kawah Putih, pak Ujang bawa kami ke kawasan atas lagi dari Kawah Putih, bernama Rancabali. Cantik nampak ladang teh... dan tasik .

Ladang teh di Rancabali





Tasik ni dikenali sebagai Telaga Patengan..



Hujan mulai turun di Telaga Patengan. Sejuk betul masa ni..




Suhu sejuk ala ala Cameron Highlands di sini...


Selepas di Rancabali, kami kembali ke Kota Bandung. Pak Ujang bawa kami ke kawasan perumahan bernama Taman Kopo Indah, rupanya ada satu rumah yang menjual kain kain pasang sama seperti di Pasar Baru. Menurut pak Ujang, dia tahu tempat tu pun melalui orang Msia yang minta beliau bawa ke situ. Kebetulan, masa kami sampai hanya ada 1 keluarga dari Msia, sedang memilih kain kain. Memang murah harganya kata keluarga tu... I pun pilih pilih jugak lah kain yang berkenan. Sempatlah sambar 5 pasang kain bersulam niiiii....sepasang berharga 110 000 rupiah, tak pasti lebih murah atau lebih mahal dari Pasar Baru, tapi bila tukar harga dengan RM sepasang kain tu berharga rm29...wowww...murah giler dah tuu.


Rambang mata pilih...Masa ni tinggal 1 sorang jer membelek kain..



5 pasang kain yang sempat dirembat di sini dengan harga sepasang 110 ribu rupiah (~rm27 jek !!!)

Dari taman kopo indah, kami minta pak Ujang cari kedai minang untuk makan. Masa tu dah jam 3 petang. Memang dah lapar giler dah ! Pak Ujang bawa kami ke kedai Makan Sederhana, kedai minang yang memang femes la... Tapi harga makanan agak mahal...untuk tiga orang dewasa makan, harganya 150 000 rupiah.

Kalau itinerari kami, selepas lunch, kami nak ke Lembang pulak, tapi pak ujang nasihatkan tak payah pergi ke sana sebab macet teruk katanya. Dan kami akan bayar kurang 50 ribu rupiah nanti sebab tak ke Lembang. 


Destinasi terakhir ialah ke Trans Studio Bandung. Dulu dah pernah ke situ, tapi masa tu CK baru 2 tahun lebih umurnya. Kali ni dah 5 tahun umurnya...biar dia enjoy permainan yang ada. Tiket masuk trans studio ni murah kalau masuk weekday iaitu 150 000 rupiah per person, sebab kalau weekends harganya bertambah sebanyak 100 000 rupiah !! Kami habiskan masa lebih 3 jam di sini. Tak per laaa....kira ni khas untuk CK punya percutian pulak.




2 kali naik Si Bolang menjelajah seluruh Indonesia..



Seronok CK kat sini....



Dengan si hantu...






Waa..berani ahkak ye !

Ahaaa....taubat ahkak !!! Melayang cam tu sekali...













Jam 8 malam kami keluar dari Trans studio, beli siap siap ayam goreng ala ala KFC dan nasik putih untuk dimakan kat bilik hotel je. Terasa penat betul sepanjang hari berjalan.

Friday, April 18, 2014

Tanah Jawa Trip Day 5 : From Jogjakarta To Bandung

Pagi pagi hari ke 5 kat Tanah Jawa ni....kami bangun dengan senang hati. sebabnya...tiket train ke Bandung dah tukar siap siap pagi semalam. Kalau tidak, haruslah terpacak di train station tu at least sejam sebelum bertolak untuk tukar print out email kepada tiket keretapi...

Selepas bersarapan di hotel Gloria Amanda, kami terus minta dihantar ke stasiun keretapi Jogja. Kami ambik transfer service oleh pihak hotel iaitu 50 000 rupiah. Masa datang hari tu, ambik teksi biasa dari train station ke hotel pun dah 60 000 rupiah.


Jam 7.45 pagi kami sampai di stesen....terus angkut beg dan menunggu train di tempat yang sepatutnya. Train ni ialah Lodaya Express dari Surabaya ke Bandung, dan berhenti di Jogja untuk ambil penumpang. Kami dijangka tiba di Bandung jam 3.30 petang. Harga tiket dari Jogja ke Bandung ialah 230 000 rupiah (~rm63) seorang.

Perjalanan Jogja - Bandung adalah sejauh 388 km !!

CK lena tidurrr !!! Memula rasa geli nak pakai bantal tu. Sekali tu ternampak pekerja train ambik bantal penumpang yang dah turun dan dimasukkan ke dalam plastik laundry cam tu untuk dibersihkan kot...

Pemandangan dari dalam train...


Laluan train jogja-bandung banyak mendaki bukit dan menuruni bukit.
Sebab tu perjalanan agak lama walaupun jaraknya 388 km sahaja


Sampai di stesen keretapi Bandung, perkara pertama yang dibuat ialah nak tukar tiket train dari Bandung ke Jakarta dan jugak nak tukar masanya sekali iaitu nak awalkan dari jam 2.30 petang nak awalkan ke jam 12 tengahari. Alhamdulillah dapat tukar masa walaupun kena bayar 5 000 rupiah seorang sebagai cas perkhidmatan. Ok lah tu...

Tunggu punya tunggu teksi blue bird, tak nampak bayang pun. Akhirnya kami naik kereta avanza yang minta bayaran 30 000 rupiah untuk ke Guntur hotel. Dekat je hotel tu, dalam 15 minit aje dari stesen keretapi Bandung. Selepas selesai urusan check-in, I pinjam tel.hotel untuk telefon supir yang dah dibooking melalui online iaitu dari pak Iwan Setiawan punya rental service. Alhamdulillah...supir akan ambil kami di hotel esok jam 8 pagi. Semoga tak berulang peristiwa kat Jogja lagi ...ya AMPUNNN !!!

Selesa sungguh hotel Guntur ni...biliknya besar dengan ada ruang berasingan untuk letak luggage. Memang puas hati laaaa..untuk 2 malam kat hotel Guntur ni, harganya 902 800 rupiah (~rm 243), memang murah tak sepadan dengan kedudukannya yang dekat dengan Pasar Baru dan cawangan Kartika Sari. Memang disyorkan kepada yang berminat bercuti dan bersopping kat Bandung.


Pemandangan dari pintu bilik hotel..


Selepas mandi, solat dan minum petang...kami pun terus keluar untuk ke the Secret F.O. Tahan teksi depan hotel je pun...Dah lupa apa company teksi tu, siap ada harga minimum 30 000 rupiah walaupun kat meter teksi tunjuk tambang lebih rendah. Jadi, walaupun tambang teksi kat meter tunjukkan 16 800 rupiah, kami terpaksa bayar 30 000 rupiah. Tak tau lah ni dasar company atau dasar pemandu tu...nak buat cam ne, tunggu punya tunggu, teksi bluebird tak de yang laluuuu...

Banyak jugak baju CK kami borang di the Secret, cantik dan murahhhh...Tak dapat harga camtu kalau kat Sogo KL hehehe....

Haha...datang Secret Outlet nak sopping je okeh !!!


Cantik pulak kat tengah tengah the Secret ni, siap ada landskap cantikkk..

Ni kat bahagian anak anak...



Ni..antara hasil rembatan di the Secret...memang rambang mata untuk baju budak perempuan...

Jumlah shopping kat Secret melebihi 1 juta rupiah (~rm270 aje..). Tapi puas hati sebab dapat baju CK dan baju bapak CK hehee...

Lepas habis shopping baju, kami makan nasi campur dan mee goreng kat kedai makan berdepan sikit dengan the Secret. Perut tak rasa lapar pun, saje nak alas perut orang kata.

Habis makan, terus tahan teksi dan balik ke hotel. Kali ni kami bernasib baik sebab dapat teksi bluebird. Tambang teksi balik dari Secret ke hotel Guntur cuma 15 ribu rupiah je !! Banyak teksi memang sedia menunggu di depan deretan F.O ni...memang senang laaaa..nak shopping banyak banyak pun. Kat dalam the Secret tu...ramai je orang Malaysia shopping... haih...bangga betul jadi orang Malaysia !! Memang kaya orang msia ni kannnn!!!

Esok, kami pusing pusing Bandung dan juga keluar dari Bandung...