MISS NUFFNANG

Showing posts with label CK. Show all posts
Showing posts with label CK. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

Happy Birthday Little Princess..

Hari ni 11.12.13 , genaplah usia CK 5 tahun. 





Sekejapnya masa berlalu..

Semoga CK menjadi anak yang solehah, amin....





Tertidur kesejukan di Sydney Opera House..



Bertambah lena sambil memeluk kanggaru di Sydney hourbour bridge...

CK memang suka dengan haiwan...

Semua gambar adalah pre-birthday photo semasa bercuti di Sydney...hehehe...


Tuesday, May 7, 2013

Aiskrim Jepun

###Salam semua...
Balik bercuti dari Kuching pada 5 mei ari tu...terus je pecut kereta balik bercuti di Serendah, Selangor. (Hehehe...padan muka , sapa suruh tak tukar tempat mengundi ke tempat tinggal sekarang). Sempat u...jam 3 petang selamat menjalankan tanggungjawab...


Citer ke Kuching tu tunggu dulu ek ! 

Sekarang ni cuaca memang sangat sangat panas. Tak kira siang atau malam...Sah sah tidur malam aircond on memanjang. Dulu bila aircond off sebab pakai timer...2-3 jam lepas tu baru terjaga dan on kan kipas pulak. Sekarang ni...tak sampai 1/2 jam aircond tu off...dah berpeluh peluh. Terus bangun dan on aircond semula..Takde maknanya nak jimat bil elektrik sekarang ni..


Terus rasa..bestnya masa cuti kat jepun dulu, cuaca sejuk aje, tapi masa tu sibuk cari heater pulak. Tu lah manusia....ermmmm !!!


Gambar gambar kat bawah ni adalah masa di Kyoto dulu.Walau cuaca sejuk, CK nak jugak aiskrim tu..


Memula kami tak beli aiskrim ni sebab tak tau halal ke tak.
So setiap kali CK nampak patung ni, dia akan cium aiskrim tu..




Selepas tau, aiskrim tu boleh dimakan, tu yang belikan utk CK



Sedap betul, yg ni perasa mint...harganya kalau tak salah 500 yen ( rm 16 )
Jumpa lagiii...




Thursday, January 17, 2013

Her 4th Birthday

Sambut secara kecil-kecilan aje birthday CK pada Disember yang lepas. Sebenarnya dua kali sambut, first time dengan nenek dan sepupu-sepupu CK. Dan second time, sambut dengan kenkawan di taska.

Thanks pada lieyalatif ye sebab ahkak pakai idea lieya untuk goodiepail ni. Jenuh round pekan Banting waktu lunch hour hari tu, nak cari baldi comel ni. Oleh sebab beli 50 biji baldi, dapatlah bodek tauke kedai bagi seringget satu.



Goodiepail yang diisi dengan colour pencil, notebook, air kotak dutchlady kids dan jajan

Sebenarnya I mintak decorate snow white atas kek ni, tapiiii macam tak jadi aje snow white nya...hurm !


CK dengan sebahagian kenkawan dan kakak Cbah..

Dapat belikan jugak kek princess comeiii ni , senyum lebar CK bila tengok kek ni....sukaaaaaaaaa...


Excited potong kek selepas nyanyi happy birthday...

Seronok!!  sebahagian dari kenkawan CK dapat goodiepail...
Alhamdulillah...dah 4 tahun anak mama ni. Tapi biasalah orang lahir bulan disember ni, sentiasa muda dari rakan sebaya. 


Wednesday, December 12, 2012

Hari Graduasi CK

Baca tajuk tu, macam dah besar je anak I kan??? Sebenarnya CK dah ke sekolah tadika untuk budak 4 tahun. Jadi tadika dia pun adakanlah majlis macam majlis graduasi.


Ni semua tengah berzikir dan berselawat...


Kemain merah pipi masing masing..


Pipi CK yang tembam semakin tembam nampaknya bila pakai blusher...



Ni CK sedang berduet ngan best friend dia menyanyikan lagu ABC
seperti... A ayam B bola C cacing D  daun sampailah ke Z


CK tengah terima hadiah dari Cikgu Mardhiah...

Tahun depan masuk tadika untuk 5 tahun pulak. 
Cepat betul masa berlalu...



Thursday, September 13, 2012

Minor Operation For CK

Semalam, kami ke hospital KPJ Kajang untuk CK punya minor operation.

 Alhamdulillah, CK tak meragam nak makan minum sebab dia kena berpuasa sebelum operation tu. Last CK minum susu jam 5.30 pagi. Lepas tu, dia sambung tidur dan bangun jam 7, mandi dan terus bersiap ke KPJ Kajang. Sepanjang panjang tu I asyik ingatkan CK yang dia berpuasa...Alhamdulillah...CK tak mintak langsung air dan makanan. CK dimasukkan ke day care ward jam 8 pagi.



Ni gambar di awal pagi sebelum operation ....Nampak benjol kat kelopak mata tu...



Menunggu pendaftaran masuk ke daycare ward...

Menghabiskan masa menunggu tengahari ...Sebenarnya nak lekakan CK jugak dari ingat makan atau minum..

Selepas nurse pakaikan tanda ni, CK tanya: "Kita nak main air ke mama?" Haha CK ingat ni kat water park kot...


Jam 11 pagi, CK tukar baju operation dan pakai diapers jer... Bila nurse ajak CK berjalan ke operation theater, selamba jer CK mengikut...Doktor awalkan waktu sebab CK punya last susu jam 5.30 pagi, maka operation dicepatkan ke 11.30 pg... iaitu 6 jam selepas last meal dia.



Di ruang luar OT, sedang menunggu giliran.
CK tanya nurse:"Boleh tak bawak bantal strawberi nih ?" Nurse tu jawab : Boleh...". 



I diminta masuk ke dalam OT jugak utk temankan CK sampailah kesan bius benar benar melenakan CK. So, sambil tunggu pakar bius dan doktor sampai, I bacakan doa dan CK tadah tangan nak aminkan. Masa tu rasa sebak dan nak nangis jugak. Iyelah...walaupun minor oprtn, hati ibu mana yg tak berdebarkannn? Masa doktor datang, nak tengok mata dia, CK cakap dia lapar dan nak makan ayam goreng....

CK happy jer...menunggu pakar bius dan doktor datang. Mak dia yg dupdapdupdap jantung...




I menunggu di sini, sambil ditemani selipar CK. Pintu tu menuju ke operation theater..
Dari jam 11.30 pagi sampai jam 12 tengahari...I baca ayat Kursi, Al-fatihah dan ayat ayat pendek, semoga segala urusan dipermudahkan...Akhirnya, CK tersedar dan cari mama....huhuhu...rasa nak nangis lagi !
Selepas operation....tampalan tu dibuka selepas 4 jam, iaitu pada jam 4 petang.






CK kelaparan....baru je habis makan nasik baba dan mee sup mama, CK makan pulak roti  ngan jem tu..



Jam 4 petang, nurse bukakan tampalan pada mata dan bersihkan kesan darah beku di dalam mata...

Kami singgah di KFC. CK menikmati ayam goreng kfc...habis seketul tu...
Tak pernah pernah CK makan habis seketul ayam.
 Tak sampai hati tak bagi...walaupun takut jugak ada kesan gatal ke apa nanti
Alhamdulillah....selesai bab CK menjalani minor operation. Hari Jumaat ni kena follow up lagi di KPJ Kajang. Dr nak chek takut ada jangkitan...


Monday, September 10, 2012

Stye, Chalazion ...?

Ni nak cerita tentang CK...

Masa 2 hari seblum raya hari tu, CK dah kena sengat ngan serangga masa di rumah nenek. Sengat tu kat atas bibir dia, tapi esok harinya nampak kelopak atas mata CK yang bengkak. The next day, I bawak dia gi jumpa doktor...general doctor lah. DR tu bagi ubat antihistamine tuk dimakan dan eyedrops. 
Gambar pada hari raya pertama


Selepas 4 hari ambik ubat ubat tu, still tak der perubahan. Masa tu kami dah ke rumah MIL kat Nilai. So, kami pergi pulak ke doktor yg kedua, still general doctor sebab kebetulan CK demam dan selesema. 


Ni gambar masa hari raya ke3


DR kedua ni kata, jgn bagi antihistamine tu lagi, tapi dia bg eyedrop yg lain pulak. Lepas beberapa hari tu, I tengok kelopak mata CK semakin bengkak. I stop ubat tu...dan I just biarkan aje. 

Beberapa hari lepas, I sapukan madu kat kelopak mata yg bengkak tu sebab terbaca di web, madu dah digunakan beratus tahun yg lalu utk mata. Still....selepas beberapa hari takder juga perubahan. 

Hati I dah mula cuak dah. Hari rabu minggu lepas, sepanjang malam I dok search pasal kelopak mata bengkak ni...sampaikan I sendiri tak cukup tidur. Hati runsing memikirkan mata CK nii..

Pastu, suddenly...I ambik keputusan nak cuti hari Jumaat sebab nak bawak CK jumpa pakar mata. Terus call hubby kat Kuching pasal keputusan I. Hubby balik dari Kuching Khamis malam, dan Jumaat tu sebelah pagi dia bolehlah ikut I bawak CK jumpa pakar. I search lagi nak dapatkan info pasal stye (ketumbit) ni...dan terjumpa pulak chalazion. 

Pagi Jumaat, kami cadang nak bawak CK ke hospital KPJ tawakkal kat KL. Sib baik call dulu, rupanya, doktor pakar mata ada operation dan tak terima pesakit tanpa appointment. So, I call pulak hospital KPJ Kajang. Ada 2 doktor pakar mata pagi tu.
Ni gambar pada hari jumpa pakar mata di KPJ Kajang. Kawasan bengkak dah mengecil tetapi, bonjol bengkak tu dah membesar 


Kami jumpa ngan Dr. B.  Bila dia tengok mata CK dan belek belek, dia kata this is chalazion. Oleh kerana dah besar saiz bengkak tu, tak der cara lain melainkan minor operation tuk keluarkan blockage tu. Yang tak bestnya...bila kami tanya pasal option lain, DR tu ingat kami takder duit kot. Terus dia cakap, you have medical insurance right ? Dalam hati I....geram betul, asal hospital swasta jer terus DR tanya pasal insurans. Tapi bila ingatkan itu aje option yg sesuai tuk keadaan CK, maka kami pun bersetuju supaya next wednesday, CK akan menjalani minor oprtn. 

Sayu rasa hati mengingatkan CK kena puasa 6 jam sebelum oprtn tu, masa oprtn ialah jam 12 tengahari. Semoga segalanya berjalan lancar dan Allah melindungi CK sepanjang oprtn tu...




Monday, April 30, 2012

Cerita Anak Lagi...

Annyonghaseyo.. ( motif bahasa asing nih ?)


CK sekarang leka ngan mewarna buku buku. Dulu, kalau CK mewarna , habis semua buku tu diwarnakan. Sekarang, dia dah pandai kawal tangan utk warna kat kawasan yg sepatutnya.


Sampai menonggeng nonggeng utk mewarnakan boboiboy dia..

Ni hasilnya... Tu yang I kata Ck dah boleh kawal tangan
dia utk mewarna dalam ruang yg sepatutnya...

Agaknya CK bayangkan muka colourful macam ni cantik kot ??

Ni gambar Yaya... jugak dibayangkan colourful 

Ni gaya budak dah kepenatan. Bhgn pipi CK yg nampak berkilat tu sebab I letak
jeli gamat utk luka  kat pipi tu angkara kejadian di taska..

Eh banyak pulak entry pasal CK.... Nak buat cam ner, kebetulan subjek utama banyak melibatkan dia jer...


Kamsahamnida....(he he he....I akan ke tempat yg berbahasa ini)





Friday, April 20, 2012

Cerita di Taska : Salah Siapa ???

Ni kes lepas ambik CK dari taska petang Rabu lepas.


Masa berhenti kat red traffic light, I pandang kat CK dan terperasan ada tanda kat pipi dia. I terus keluarkan kamera dari handbag dan ambik gambar nih...

Lepas diasak dgn pelbagai soalan dari mama, CK menangis cakap sakit..Nampak tak calar kat muka CK tu?

Close-up kat pipi kanan.... kat hujung yg luka tu memang agak dalam...

Close-up kat pipi kiri... luka yg kecik tapi dalam..
So, pagi tadi masa hantar CK, I tanya kat penjaga CK. Nak tahu ni kes budak mendera budak ke atau macam mana ? Dia cakaplah ada seorang budak umur 2 tahun yg mencakar beberapa org budak. Kawan I yg anaknya pun terkena cakar kat muka, sempat tengok kuku budak tu...kebetulan memang panjang laaa..




I tak salahkan budak tu sebab dah memang sikap bebudak kan. Ini tanggungjawab penjaga taska lah. Kalau dah tau ada budak yg hiperaktif , beri perhatian lebih la kat budak tu. Kalau nampak dah lain macam tu, tarik la budak tu ke tempat lain. 




Kalau lain kali terkena kat mata, macam mane ? I tak pernah complain kat tuan punya taska masa CK kena first time dulu sebab I anggap mungkin kuku CK sendiri. Tapi bila dah terkena kali kedua ni, terus I call tuan punya taska. Bukan nak salahkan dia, tidak sama sekali, cuma mintak dia ingatkan pekerja dia akan tanggungjawab yg ada. I tau CK pun budak yg aktif, bukanlah duduk diam punya jenis. 




Cian CK, pipi dia yg gebus tu dah ada tanda luka baru. Tanda luka yg lama pun masih belum hilang parutnya..


Ni gambar kesan luka tu pada hari kedua... Sedey betul rasa hati..







Tuesday, April 10, 2012

Santai di Alamanda

Hari Ahad adalah hari utk dihabiskan dengan keluarga dan terutamanya CK lah. Tak dapat ke tempat jauh, kami akan ke tempat dekat dekat je. So, hari Ahad yg lepas, kami ke Alamanda. Masa tu dah jam 6 petang dah. Tapi sebab utk jalan jalan dan beli beberapa barang utk CK, jadi tak kisahlah keluar dah lewat petang, lagi pun Alamanda tu cuma 19 km jer dari rumah...


Memula, nak cari kasut CK sebab kasut lama dah ketat. Sian CK bila berjalan, dah nampak kurang selesa. Masa hubby sibuk membelek kasut yg sesuai utk CK, tau tak CK kat mana ??






Ni hahhh...


CK kat dalam Parkson... tengok apa yang menarik perhatian dia...



Hahhh...dah capai dah... CK berkenan ngan cawan Dora. 

Akhirnya kami belikan kasut dan pinggan bergambar princess sebab cawan Dora ni CK dah ada dah...


Satu lagi tempat kegemaran CK... sediakan aje duit yg cukup ye Baba..


Lepas tu, kami ke MotherCare pulak nak cari, nak mencari barang lagi utk anak kesayangan nih. Sekarang ni CK dah tak selesa gunakan potty dia, mungkin sebab kaki dia dah panjang. So, CK lebih selesa pakai toilet bowl org dewasa. Takut pulak, dia terperosok ke dalam toilet bowl tu... dah la stail dia, mesti suruh I tunggu kat luar toilet dengan pintu bertutup sebab malu. Takut pulak I kalau satu hari nanti, CK terjatuh ke dalam tuuu.. So, mama yg gigih ni pun mencarikan satu penyelesaian terbaik. Sib baik jumpa kat MotherCare tu...


Benda ni letak kat atas toilet bowl kemudian, alas tempat duduk diturunkan utk "mengapit " benda ni dari terjatuh

"Gives child security when using an adult toilet..." Hahaha..berbaloi tak mama  mencari benda ni??