#berhenti kejap cerita europe ye...pasni ni nanti sambung balik
Tak lama lagi kita nak menyambut Ramadhan kannn....mestilah semua orang berazam nak tingkatkan amal ibadat sepanjang Ramadhan. Macam kami...waktu sekarang ni memang asyik lah jenguk sana jenguk sini, website tu website ni nak cari baju raya, dan apa apa hiasan untuk rumah, ...sebabnya, malas nak sibuk sibuk masa bulan puasa nanti..
Bagi yang suka dengan membeli secara online pun, orait jugak sebab tak perlu keluar rumah punnn...lagi jimat masa, ye tak ??? Kelazzzzz !!! Sekarang ada banyak fesyen baju raya, memang rambang mata ahhh..cuma takut muat ke tak muat saiz tu dengan I ....hehehe...
Seronoknya tinggal di Malaysia ini apabila kita dapat
hidup dalam suasana yang cukup aman dalam corak kehidupan masyarakat yang
berbilang kaum. Dengan kepelbagaian etnik ia bukan sahaja membuatkan struktur komuniti
kita lebih menarik malah turut diwarnai dengan adab resam serta budaya yang
berbeza. Ini dapat dilihat melalui pergaulan, makanan dan pakaian. Setiap kaum
atau etnik mempunyai pakaian tradisional berbeza yang cukup istimewa untuk
kegunaan acara tradisional dan keagamaan. Baju kurung adalah antara yang
popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah ianya adalah antara pakaian yang
sering menjadi pilihan saban hari buat wanita.
![]() |
Orang bersaiz besar pun boleh jugak pakai peplum kannnnn ?? Ahakssss...macam I ni sesuai tak ??? |
Terdapat banyak jenis baju kurung seperti Baju Kurung
Pahang, Baju Kurung Kedah, Baju Kurung Moden dan terbaru BAJU KURUNG PEPLUM. Kurung peplum kelihatannya mendapat perhatian yang cukup
banyak daripada para pencinta fesyen tanah air. Bagi wanita Muslimah ini adalah
berita yang cukup menggembirakan mereka kerana mempunyai lebih banyak pilihan
untuk koleksi pakaian Muslimah mereka.
![]() |
Boleh nampak slim kalau I pakai baju niii... |
![]() |
Kurung moden ni pun cantikkkkk... |
Stail baju peplum sebenarnya telah popular sejak daripada
zaman kegemilangan primadona Saloma lagi. Beliau adalah antara ikon seni yang
sangat popular dengan persalinan baju kurung ala peplumnya ketika itu. Kini
stail peplum kembali memikat hati bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh
dunia. Dress peplum sebagai contoh adalah pilhan yang sering digayakan oleh para
selebriti Hollywood. Oleh itu tidak hairanlah jika peplum top sering kali
mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran.
Baju kurung peplum moden amat cantik jika digayakan dengan
shawl atau hijab. Bagi Muslimah ianya pasti memberikan penampilan yang stylish
jika dipadankan dengan fesyen tudung terkini wanita. Persalinan ini amat cantik
untuk dipakai ke majlis-majlis istimewa malah cukup sempurna untuk dipakai ke
pejabat juga. Masih mencari baju kurung peplum? Beli sahaja secara online. Kini
terdapat banyak website online shopping Malaysia yang menawarkan pelbagai
koleksi pakaian tradisional serta Muslimah wear yang cantik-cantik belaka
dengan harga yang sangat berpatutan. Online shopping adalah lebih menjimatkan
masa dan wang anda!
Memang betul kannn...zaman sekarang ni, online shopping memang membantu terutama kita yang bekerja ni....tinggal sediakan duit aje ye...