#sambung cerita Cuti Cuti Europe ye...
Kalau yang tertinggal citer ni..boleh refer kat label Europe Trip...
Pagi pagi hari ke 4 bangun dengan rasa kesegaran yang amat
sangat…dengan bau pokok pokok hutan…ohhhh memang tak dapat la pengalaman ni
kalau kami duduk kat hotel je. Semua orang puji kabin kat La Rope camp site di
Belgium ni. Senyum lebar je Abu dan krew Kelana Convoy dengan pujian dari kami
semua..
 |
Sedang mengeluarkan beg beg untuk diletakkan ke dalam bas sebelum bersarapan pagi...Kami ada 1 lagi beg besar seperti warna purple tu tapi ditinggalkan dalam bas aje.. |
 |
Ni gambar bahagian loteng kabin yang diletakkan tilam king size. Peraturan utk semua penghuni kabin di campsite, kabin mesti dibersihkan seperti semasa datang, malahan sampah pun mesti dibuang ke dalam tong sampah besar berhampiran. Kami pun terikut sama...sentiasa memastikan kabin bersih dan kemas sebelum check out !!! |
 |
Tempat reception dan pemulangan kunci |
 |
Segar....udara bersih dan nyaman... |
 |
Le Roptai Campsite, Belgium. Ni ialah tempat makan.... |
 |
Perjalanan dari Belgium ke Luxembourg pulak... |
Hari ke 4 dalam Highlight of Europe tour ni, Abu dah bagi tau
perjalanan selama 9 jam dari
Belgium terus ke Switzerland. 9 jam tu
termasuk berhenti singgah di Luxembourg untuk jalan jalan dan makan untuk alas perut sebelum meneruskan perjalanan ke Switzerland.
Luxembourg, atau secara rasminya dikenali sebagai Grand Duchy of Luxembourg, merupakan negara kedua terkecil di kalangan negara Europe Union
dan antara tiga negara yang terkaya di dunia. Taraf hidup di Luxembourg juga
sangat tinggi.
Negara Luxembourg di sempadani oleh France, Germany dan
Belgium. Ada 3 tempat yang biasa dikunjungi pelancong kalau ke Luxembourg ni
iaitu balcony Europe (Chemin de la Corniche), palace (Grand Ducal Palace) dan
tugu kat Luxembourg old Quarters and Fortifications.…sorry aaaa nama yang
sebetulnya susah nak ingat dan nak eja.
Kami turun di kawasan berhampiran tugu.. dan berjalan kaki sahaja ke semua tempat tempat menarik tu. Tak lah dekat sangat jaraknya tapi sebab dalam cuaca yang sejuk...rasa santai aje berjalan..
 |
Tugu peringatan....cuaca nampak mendung, dan sejuk pada masa kami turun di Luxembourg city |
 |
Grand Ducal Palace...macam istana negara kekdahnya. ...Nampak tak sorang tentera kat sebelah rumput hijau tu ? |
 |
Tentera ni tak berhenti henti bersaie...eh berkawad ke hulu ke hilir sensorang dia jer..kat depan Grand Ducal Palace |
 |
Merata ceruk bas hop-on-hop-off ni pergi ye... |
 |
Pokok ni dipenuhi dengan wind chimp....dah lah terletak di lereng bukit,
bunyi dentingan wind chimp tu sangat mendamaikan.. |
 |
Kawan kejap baik kejap gaduh CK....Hadina ni orang Singapore, yang tengah ambik gambar sambil kendong baby kat belakang tu ialah emak Hadina, dan lelaki yang tengah posing tu ayah Hadina.. |
 |
Dari kawasan ni, boleh nampak view old Luxembourg.. |
 |
View dari Balcony of Europe |
 |
View from Bakcony of Europe.. |
 |
Anak dan bapak menghayati view indah ini...View dari Old quaters..penempatan tertua di Europe |
 |
Cantik kannnn.... |
 |
Papan tanda penempatan paling tua di Europe...diiktiraf oleh Unesco |
 |
Ada bahasa German, ada bahasa France..digunakan di Luxembourg |
 |
Jambatan utk landasan keretapi tu sangat menarik... |
 |
Ada pulak keretapi lalu.... |
Selepas tengok ke tiga tiga tempat tu, memasing mencari kedai kebab untuk makan tengahari. Kami sempat beli satu dua FM dan souvenirs di sini, tak beli banyak sebab satu FM berharga antara 3 – 5 euro (rm 12 –rm 18 sangat mahal) dan juga piring hiasan..Terkilan sangat sebab I terlupa nak beli snow globe Luxembourg.
 |
Bila tengok gambar ni ..terasa terkilan sikit. Sebabnya...terlupa nak beli snow globe Luxemboug..huhuhu...Dah dalam bas ke Switzerland baru teringat pasal tu !!! I memang kumpul snow globe kat mana mana tempat yang kami pi bercuti |
 |
Di tugu peringatan |
 |
Satu lagi kenderaan yang digunakan untuk sightseeing di Luxembourg |
Selepas singgah 3 jam di Luxembourg, perjalanan diteruskan melalui
France untuk masuk ke Switzerland….
pemandangan kiri kanan memang sangat cantik. Bunga kuning rape seed flower tu
banyak di tanam ….seolah olah nampak macam karpet kuning aje…
Kami singgah berhenti rehat di tempat macam RnR kitalah,
terletak bersempadan France-Switzerland.. tapi makan bihun goreng tomyam yang
telah dimasak oleh krew Kelana convoy. Mereka siap bentangkan plastic besar
sebagai tempat duduk di tepi highway tu…best giler !!!
 |
Kanak kanak 3 orang ni ambik kesempatan berlarian selepas hampir 2 jam bergerak dari Luxembourg..Tuuu bas kami... |
 |
Tak de gambar yang lebih elok lagi...terpaksa tunjukkan gambar ni...
Kami berpiknik di tempat rehat sambil makan bihun goreng tomyam |
Apabila bas memasuki Switzerland, bas perlu berhenti untuk
bayaran kira macam bayar denda siap siap untuk berapa banyak karbon dilepaskan
ke udara sepanjang bas tu kat Switzerland…wow..Go Green !!
Kami semua terjerit jerit….waaa waaaa….bila nampak gunung gunung yang
dilitupi salji di puncaknya (snow cap mountain laaa)…sangat gayat okeh dengan
pemandangan yang sangat cantik. Apa lagi bila melihat aliran air sungai yang
cantik dan padang rumput menghijau..Hilang segala penat duduk dlm bas..
Sampai di Interlaken, iaitu kawasaan antara 2 tasik, viewnya
sangat awesome…Subhanallah memang sangat cantik.
 |
Snow cap mountain.. |
 |
Campsite kami terletak di Lauterbrunnen iaitu selepas melepas Interlaken, Switzerland |
 |
Ni kawasan Interlaken.. |
Dan apabila sampai di campsite iaitu Camping Jungfrau di Leuterbrunnen…. Kami semua ternganga mulut melihat keindahan padang rmput hijau, air terjun dan gunung gunung diliputi salji….masyaallah…memang tiada kata kata boleh gambarkan keindahan pemandangan di sini..Campsite ni pulak mengadap ke air terjun Staubbach, salah satu dari 72 air terjun yang terdapat di lembah Lauterbrunnen. Campsite ni jugak terletak di kaki world famous mountain giants seperti Eiger, Monch dan Jungfrau…
 |
Gambar dari website.. Ni lah air terjun Staubbach. Masa musim panas,
air terjun ni lebih cantik sebab semua salji di puncak gunung mencair.. |
 |
Gambar dari website.. Camp site ni terletak di lembah Lauterbrunnen...
Tu nampak air terjun Staubbach. |
 |
Ni kabin kami. Kabin di campsite di Lauterbrunnen, Switzerland.. |
 |
Kabin ni dengan 2 katil bunkbed.. |
Esok merupakan hari yang dinantikan sebab kami akan ke puncak gunung iaitu di Jungfrau...salah satu puncak tertinggi di Europe ni...
#belanja hari ini: Souvenirs di Luxembourg 30 Euro
Makan kebab di Luxembourg 10 Euro