MISS NUFFNANG

Sunday, May 17, 2015

Cuti Cuti London : Hari Kedua



Catatan Hari kedua di London (11 Mei 2014)


Alhamdulillah…kembara ke 5 negara eropah berakhir dan kami akhirnya tiba semula di London. Selama 9 hari 8 malam, kami mengembara ke 5 negara eropah..memang kenangan yang tidak dapat dilupakan. Moga moga ada peluang untuk ke negara eropah yang lain pulak. 

Sebahagian peserta yang tiba di London semula. Separuh peserta yang lain telah pulang melalui Paris.

Sesi memunggah beg dari perut bas yang telah menjelajah 5 negara eropah selama 9hari 8 malam.



Kini bermula pula sambungan kembara kami di London.


Alhamdulillah, jam 5 petang kami dah tiba di Manor apartment.  
Manor Apartment terletak di 74, Umfreville Road, London North, N4 1SA. Lebih kurang 11 miles dari London. Underground station yang terdekat ialah Manor House station iaitu 10 minit berjalan kaki dari apartment ni. Jarak ke central London pulak, dengan menaiki tube line Piccadily ialah 10-15 minit.

Booking telah dibuat melalui booking.com. Untuk 4 malam tu, harganya ialah 230 pound. Appartment ni siap dengan kitchenette, so memang plan untuk memasak sepanjang di London.

 
Nilah Manor apartment. Di dalamnya ada 4 atau 5 buah bilik yang disewakan kepada pelancong. Rasanya setiap bilik dilengkapi dengan kitchenette area/room. Bilik kami di tingkat 1 tu, mengadap ke pintu masuk apartment.

Di hujung sana ialah jalan besar yang mempunyai banyak kedai, restaurant dan macam macam lagi. Nilah laluan kami setiap pagi..menyusuri jalan ini ke jalan besar dan kemudian belok ke kanan untuk ke menapak selama 10 minit ke Manor House underground station.



Semasa kami tiba di apartment ni 2 pekerja sedang membersihkan apartment yang kami akan duduki. Memang betullah..sebab menurut email  yang I bagi kat diaorang, kami akan sampai dalam jam 6 petang. 




Sofa kat tepi tu jadi katil CK, dan kami rapatkan sofa dengan katil agar CK tak terjatuh. Bilik dan ruang kitchen dipisahkan oleh 2 pintu, iaitu pintu bilik dan pintu kitchen.

 Selepas mandi dan membersihkan diri, kami turun berjalan ke luar apartment sebab nak mencari bahan mentah untuk bekalan memasak selama 4 hari yang berikutnya. Banyak kedai menjual daging halal. Jadi kami membeli ayam setengah kilo, telur, sayur ulaman dan juga garam.

Jalan jalan sambil mencari kedai

Banyak kedai halal di kawasan ini

Segar buah buahan ni..





Sayur sayur pun segar juga

Balik ke apartment, terus sediakan makan malam. I memang bawa beras  dan pes asam pedas, pes masak lemak, lauk lauk Brahim’s dan sebotol sambal. Hah…banyakkan benda yang kami angkut ? Iyelah max.baggage sorang 30 kg kannn…so angkutlah apa apa yang patut…hehehe..

Nilah kitchenette comel kami..

Stok makanan untuk dihabiskan


Peralatan yang ada di kitchenette apartment kami ialah microwave, stove, periuk , pinggan mangkuk, peti ais, kettle, dan mesin basuh. Tapi I tak pakai periuk yang ada sebab I memang bawa kami punya travel cooker. Dan juga bawa banyak bekas bekas plastic yang boleh digunakan dalam microwave. Sambil memasak ayam masak lemak (tak de lah tumis tumis bagai, semua lebur ngan air jer dan didihkan jer !) I membasuh baju untuk digunakan di London pulak. Ampaian ? Tak de masalah…ampai je kat kitchen ni !


Alhamdulillah…selepas makan malam baru terasa letih perjalanan siang tadi. Iyelah seawal  jam 9 pagi, bas dah bergerak dari Paris ke London. Pas tu di lambung ombak semasa dalam feri merentasi Selat Inggeris pula.  Memang sangat memenatkan.  Kami kena tidur awal agar dapat rehat yang cukup sebab esoknya nak explore London pulak..



Next entry I akan cerita kisah jalan jalan di London pulak ye..

13 comments:

  1. suka tgk design apartment di london ni cantik..kereta di depan apartment tu parking camtu lah ye for each house

    kiranya di London 4 hari tu dah tak follow tour guide eh akak..jln sendiri

    kalau bwk barang masak camtu mmg x lapar lah...beli barang basah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM..
      Haah memang diaorg parking camtu kat luat rumah
      Haah kat London memang jalan sendiri jer...x ikut sesapa
      Haah...hanya lunch jer kat luar, breakfast & dinner kat apartment, masak sendiri.

      Delete
  2. Smpt msk2 ye, jimat jgk tu.

    ReplyDelete
  3. Dekat dengan banyak kedai halal...itu yang best...soru mesti tepat punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. En.mie....en.abang saya tu, soru mesti tak boleh mis...

      Delete
  4. seronoknya dapat berjalan ke negara impian saya....insyaAllah...one day kot...hehehehe

    ReplyDelete
  5. #PROMO !!

    Selamat Datang Di 988bet dengan minimal deposit 100rb anda bisa langsung bermain di agen kami dan berapapun kemenangan anda akan dibayar disini

    Berikut kami berikan bonus-bonus bila anda bergabung langsung dengan kami di 988bet untuk selanjutnya klik www.988bet.com


    . Sportsbook (SBOBET,IBCBET & Asia77)
    Bonus Sportsbook 20% Khusus Member Baru SBOBET,IBCBET & Asia77
    Bonus Kemenangan 5%
    Bonus Rollingan 0.7%
    Bonus Cashback 5%
    . Bonus 20% User Baru Asia77
    . Promo Trade In Account 30%

    . Live Casino
    . Bonus 10% User Baru 338A,1S Casino,Asia8bet
    . Bonus Kemenangan 2.5%
    . Bonus Cashback 10%
    . Bonus Rollingan 1%

    Ayo Gabung Sekarang Juga,Di Agen Kami Terpercaya

    Contact
    HP : +855977699180
    SMS : 081298888100
    BBM : 2B17ECD0 & 2BB7193B
    YM : Cs1_988bet & Cs2_988bet

    Agen Sbobet
    Agen Bola
    Agen Judi
    Bandar Judi
    Agen Bola Bonus
    Bandar Asia77
    Agen Poker
    Agen Asia8
    Agen 1sCasino
    Agen Casino
    Agen Bola IBCBET
    Agen Bola Sbobet
    Prediksi Bola

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete