MISS NUFFNANG

Thursday, May 14, 2015

Cuti Cuti London: Hari Pertama



Impian ke  London Jadi  Kenyataan !!


Catatan Hari pertama di London (2 Mei 2014)

Kami tiba di Heathrow airport, London  pada jam 7.00 pagi, 2 Mei 2014. Kami tak bercadang nak ambil bas atau teksi dari airport ke hotel sebab telah booking private taxi melalui ex-student hubby, iaitu As. Keluarga As biasa ke London dan menggunakan khidmat private taxi ini. Tak ingat nama driver tu. Kami booking guna 2 kali perkhidmatan dia iaitu airport transfer dari Heathrow ke Easy hotel, pada 2 Mei 2014 dan sekali lagi airport transfer dari Manor apartment ke Gatwick London Airport sewaktu nak balik Msia.




Harga yang dikenakan adalah stardard, sama seperti private taxi yang lain di London. Dari Heathrow ke Easy hotel , Earl’s Court, kami bayar £50. Iye lah dengan 2 beg bapak gajah, 2 beg sandang dan 1 stroller, memang payah untuk bergerak guna bas atau train. Tambahan pula, harganya beza dalam beberapa £ pound sahaja.
Dalam 1 jam kami sampai di Easy hotel. Kami drop beg di situ sebab masih belum boleh check in, masa tu baru jam 9 pagi.  Setiap beg dikenakan bayaran (sorry tak ingat berapa, tapi rasanya dalam £5) utk disimpan di stor, dan kami letak 3 beg. Senang sikit bawa beg sandang kecil dan stroller untuk bergerak. Kami guna toilet untuk basuh muka aje.
Dalam keadaan pening pening baru tiba di London tu, kami terus berjalan kaki ke tube station yang terdekat iaitu Earl’s court. Keluarkan 3 oyster card dan isi nilai top up. CK yang berumur 6 tahun tu kena harga child. Setiap kad, kami top up £10.

Nilah tube map. Ambik jer poket tube map yang disediakan..senang nak rujuk.

First timedalam tube. Nampak sangat muka mengantuk+blur+pening lalat..
Kami ambil peta tube station. Destination pertama ialah ke Marble Arch. Ini untuk memudahkan kami kerana  keesokan paginya, meeting point utk group Kelana Convoy to Europe ialah di Marble Arch.
Bila tengok peta tube station ni..sebenarnya sangat mudah. Kita perlu pastikan kita di station mana dan nak turun di mana. Kemudian sila lihat sama ada perlu pertukaran line tube atau tidak. Jika perlu, pastikan kita turun di station mana untuk tukar line tube itu. Jika masih blur lagi tanya saja pada pengawal bertugas di laluan tempat kita scan oyster card. Dia akan terangkan. Mereka sangat membantu..iyalah muka kita tercangak cangak kat situ dah tentu pelancong luar kannn..
Contohnya, kami dari Earl’s Court station nak ke Marble Arch station. Kami naik tube District line menghala ke Edgware Road , dan kami turun di Notting Hill Gate untuk bertukar tube Central line menghala ke Epping, dan kami turun di Marble Arch station. Dah namanya underground, tentulah tube ni terletak underground, jauh ke dalam tanah. Jenuh berjalan/ menaiki tangga/ escalator ,kalau bernasib baik ada station yang sediakan kemudahan lift jika ada lambang kerusi roda untuk disabled. 

Ini lah Marble Arch. Keluar dari tube Marble Arch station dah boleh nampak..
Setelah sampai di Marble Arch station..dan dah tau tempat meeting point Kelana Convoy, kami terus berjalan menyusuri Oxford street yang sangat terkenal sebagai tempat shopping. Yang paling terkenal di kalangan orang Msia dah tentulah Primark, Clark, H&M…dan macam macam lagi. Semuanya terletak di sepanjang Oxford street ni. Kami terus berjalan, kami hanya akan shopping bila kembali ke London dari Europe nanti. Jadi hanya survey harga aje.

Nuttella waffle untuk alas perut CK..
Terjumpa kedai menjual kebab, terus terasa lapar. Kami beli 2 kebab untuk dimakan kemudian. Berjalan terus sehingga kami sampai di Oxford Circus station. Kemudian, naik tube, line Victoria menghala ke Brixton, tapi kami turun di Green Park station.  Dari situ kami berjalan kaki Ke HRC London. Agak jauh juga berjalan dalam  15 minit sambil tu kami singgah tepi jalan makan kebab dan kopi yang dah dibeli tadi. 

Dalam perjalanan ke HRC London, ternampak LKW university..hebat !!


CK dah berkawad kat sini, boring sebab babanya lamat sangat kat dalam HRC store..
Selepas hubby shopping t-shirt HRC, kami terus ke Hyde Park Corner station, ambik tube untuk ke Westmister station. Baru kali ke 3 naik tube… dah agak cekap guna tube dan dah tahu turun di mana, nak tukar line atau tidak.  Rasanya Westmister station ni paling jauh ke dalam tanah kot. Sangat tinggi escalatornya,..ngeri tengok. Mujur ada kemudahan lift.


Ni lah rupa struktur kat stesen tube ni. maklumlah jauh ke dalam tanah...
Keluar dari Westminster station..terus nampak Big Ben dan bergerak ke kiri sedikit terus nampak London Eye di tepi Thames River. Waaa… rasa macam tak percaya dah sampai di sini.

Big Ben depan mata..

Aduh gaya photographer I..sedang mengambil gambar London eye di depan mata


London Eye....cuaca mendung dan hujan gerimis...
Kami berjalan ke bangunan London Aquarium dan  rumah hantu London Dungeon, untuk menukar printout ticket dengan tiket London Eye+ 4D cinema +Thames river cruise. Kalau ikut masa booking kami untuk cruise ialah 4.30 petang. Kami masuk tengok 4D cinema dulu, lebih kurang 10 minit camtu. 



Pandangan dari London Eye ke arah Big Ben
 Kami cuba berfikir cara terbaik sama ada nak beratur panjang naik London Eye lepas tu baru cruise atau cruise dulu baru London Eye. Masa tu jam 3.20 petang.  Kami cuba pergi ke kaunter Thames river cruise dan cuba bertanya kalau kami dapat percepatkan masa naik cruise. Alhamdulillah..penjaga kaunter kat situ benarkan kami naik cruise 3.45 petang. Cruise ambik masa hampir 1 jam katanya.

Di tepi Thames river...

Jadi kami solat dulu di tepi bangku yang ada di tepi sungai Thames. Kemudian terus naik cruise jam 3.45 petang

Di atas Thames River cruise...hujan renyai renyai..


4.40 petang kami sampai semula di jeti , dan terus beratur untuk naik London Eye pulak. Orang punya lah ramai. Hampir 20 minit beratur kami dapat naik London Eye. Satu box di London Eye tu boleh muat 20 macam tu..jadi tak lah lama beratur panjang.
Jam 5 petang, kami dah berada di dalam box London eye…sekali lagi, rasa macam tak percaya pun ada.

Ni kira 1 box boleh ??  Suka hati jek !!

Pandangan dari dalam London Eye...orang beratur panjang nak naik London Eye

Baba...kita dah naik London Eye, percaya tak ? Hehe...

Selesai di London Eye, kami berjalan ke tube station semula untuk balik ke hotel. Alhamdulillah, dari Westmister station ke Earl’s Court station tidak melibatkan pertukaran line. Jadi duduk diam diam dalam tube, dan turun di station ke empat ..dah sampai di Earl’s court. 
Semasa berjalan ke Easy hotel, kami ternampak kedai Pakistan…ermm..syukur rezeki makan nasi. Kalau tak, memang makan roti dan mee segera je malam tu.
Kami sampai di Easy hotel hampir jam 7 malam. Terus check in.
Bilik kami ialah bilik tanpa tingkap..risau juga kalau terlajak tidur pagi esoknya tak terbangun. Set alarm di handphone  sebanyak 5 masa yang berbeza…punya lah takut tak terbangun.
Alhamdulillah..hari pertama di London sangat memenatkan tapi sempat cover beberapa tarikan utama London.
Esok paginya,  kami berangkat bersama Kelana Convoy untuk Europe trip selama 9hari 8 malam. Untuk baca cerita pasal Europe trip tu..boleh bacadisini atau klik aje pada label Europe Trip ye.
Next netry, I sambung hari kedua di London iaitu pada 11 Mei 2014, hari di mana kami tiba semula di London selepas balik dari Europe trip.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Info untuk mereka yang bertanya melalui email...

Tiket
Perjalanan kami bermula pada 1 Mei 2014. Kami naik Emirates KL-London dengan transits di Dubai. Tiket ni dibeli secara online 3 hari sebelum Matta Fair Mac 2014, dan sangat mengejutkan sebab harga tiket jauh lebih murah. Biasa la kalau budget traveler ni kann…kena sentiasa survey harga tiket. Dan pada hari berkenaan, kami dapat rm 7585 return untuk 2 adults & 1 kid. Tapi ni ada 1 transit la, kalau tak nak transit transit bagai, ambik je direct flight dengan MAS KL-London , habis citer. Kami prefer ada transit sebab tak sanggup duduk 12-13 jam dalam flight. Tambahan pulak, harga tiket lebih murah berbanding dengan direct flight.
Penginapan di London
Kami berada  di London selama 6 hari 5 malam. Malam pertama iaitu pada 2 Mei 2014, kami dah booking Easy hotel, Earls Court, London dari booking.com dengan harga 63 pound. Agak mahal sebab terlewat booking. Pada 3 Mei 2014 kami checked out, untuk memulakan trip ke eropah mengikut Kelana Convoy.  Cerita Europe trip dengan Kelana Convoy boleh  dibaca di sini..
Kemudian apabila kami patah balik ke London pada 11 Mei 2014, kami duduk di Manor Appartment selama 5 hari 4 malam. Booking telah dibuat melalui booking.com. Untuk 4 malam tu, harganya ialah 230 pound. Appartment ni siap dengan kitchenette, so memang plan untuk memasak sepanjang di London.

Aktiviti  di  London, pembelian secara online sebelum pergi
  • Ex student hubby, As, bagi pinjam  3 oyster card untuk transport kat London. Kami hanya perlu top up jer macam touch n go.
  •  Beli tiket London Eye+ 4D cinema +Thames river cruise..untuk 2 adult+1child,harganya 43 pound. Digunakan pada 2 Mei 2014
  • Beli tiket hop-in hop on bus untuk London Citysightseeing dari Golden Tours for 3 hours, 2 adults+1 child, harganya 38 pound.  Digunakan pada 12 Mei 2014
  • Beli tiket train to Manchester (Man.Picalilly) , 2 adult+1 child / one way, harganya 47.50 pound. Perjalanan pada 13 Mei 2014
  • Beli tiket Mega Bus dari Manchester ke London Victoria Station , 2 adult +1 child/ one way, harganya 18.50 pound. Perjalanan pada 13 Mei 2014

6 comments:

  1. Wah bestnya...Ikut Kelana Konvoy...boleh masak2 kan...
    bape hari total trip...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut Kelana Convoy, trip ke europe ialah selama 9hari 8 malam. Tapi tambah stay kat London sendiri 6 hari 5 malam. Sepanjang ikut Kelana Convoy tu tak adalah pulak masak masak. Crew diaorng yang masak, kami tolong basuh pinggan sendiri aje selepas makan.

      Delete