MISS NUFFNANG

Tuesday, June 26, 2012

Mystical Bali- Part 3 Barong Dance, Kintamani & Luwak Coffee

Hari kedua di Bali. 


Puas jugak memujuk CK bangun tidur pagi tu. Mungkin  keletihan yg amat. Tapi nasib baik CK tak buat perangai...Kami breakfast di hotel aje..tapi pilih roti dan buah aje, takut tak halal..




Destinasi pertama ialah ke Barong dance di Batubulan. Tarian klasik kisah Barong yg bertarung dgn kuasa jahat..cam tulah lebih kurang ceritanya. Bayaran masuk ke sini IDR 80,000 seorang.



Bersama dgn Khalijah, rakan sekerja yg bercuti ke Bali pada tarikh yg sama,
tapi supirnya  pekerja pak Isme. Ni dipintu masuk ke tempat pertunjukan..

Di pintu masuk ke tempat Barong dance

Pemain muzik yg mengiringi Barong dance..

Pentas tempat persembahan. 



Tempat duduk penonton. Ni CK tengah takut sebab ada kostum penari yg menakutkan dia..

Nasib baik ada penari princes ni...barulah CK tak takut lagi..



CK takut ngan kostum putih nih !

 Barong dance show ni setiap hari jam 9.00 pagi sahaja. So, kalau terlepas ,kena datang esok hari lah..
Selepas habis di situ, destinasi seterusnya pak Isme bawa kami ke Kintamani, utk melihat gunung berapi Batur sambil makan lunch. Perjalanan dari Batubulan ke Kintanami dalam 2 jam 1/2 cam tu..


On the way ke Kintamani, pak Isme singgah di galeri pameran dan jualan lukisan di Batuan. Cantik lukisan di sini dan original pulak tu..Tapi tak beli sebab tidak termasuk dalam bajet yaaa...






Lukisan yg CK berdiri ni, sangat cantik, burung bewarna putih itu ialah burung jalak bali...burung
yg dah hampir pupus di Bali. Harga lukisan ni kalau tak salah IDR 3 juta

Ni lah kerja CK...asyik berlari jer lah..

Memang cantik cantik lukisan di sini..



Taman di kawasan galeri lukisan tu..
Selepas melihat lukisan tu, kami teruskan perjalanan, dan kalau tak salah kami singgah pulak di tempat jualan batik. Kami sekadar lihat jer lah...tak minat sebab batik motif indon ..


Saje snap gambar dari dalam kereta..Banyak patung patung di mana mana sahaja...

Bebek tu itik yaaa...



Akhirnya sampai jugak kami di Batur..kawasan tanah tinggi. Kebetulan cuaca tengah sangat sejuk seperti di Cameron Highland waktu nih..


Cuaca berkabus. Sepatutnya kami lunch di sini sambil melihat pemandangan  Gunung berapi Batur yg cantik...tapi bukan rezeki kami...cuaca berkabus menutupi pemandangan gunung berapi tu...Cuma sesekali bila angin bertiup..nampak lah jelas gunung tu...

Sepatutnya cam ni yg akan kami lihat ...gunung berapi Mt Batur..Gambar dari en google..


Kalau tak berkabus, akan nampak cam nih, di luar restoran tu..Gambar dari en google

Di pintu masuk restoran..Di sini makanan halal *** secara buffet berharga  IDR 85,000 seorang.
Jugak ada disediakan tempat bersolat di restoran ini 

Cuaca sangat sejuk... Kesian CK, I memang tak bawak sweater dia, tinggal kat hotel sebab tak jangka cuaca cam ni. Tapi nasib baik CK ok jer dan tak meragam...Tengok penjual di sebelah kami tu... berbungkus habis..

Habis lunch, solat jamak zohor asar.. kami terus bergerak turun utk ke destinasi seterusnya iaitu kopi luwak


Luwak coffee...

Nilah luwak coffee...biji kopi sangat ringan..

Demo menyangai luwak coffee  (iye ke istilah sangai ??)


Budaya orang Bali...sentiasa membuat tangan begitu..tanda hormat pada tetamu..

Ni lah luwak atau musang yang dikurung. Yg berterabur tu ialah buah kopi, luwak hanyak makan buah kopi yg elok  berkualiti tinggi sahaja. Buah kopi yg tak elok dia tak makan pun. So, bila luwak ni terberak..biji kopi yg tak hancur tu keluar bersama najis. Pekerja akan kutip biji biji kopi yg telah dikeluarkan utk diproses menjadi kopi...hehehe. Tapi ulama Msia dah haramkan kopi luwak ye sebab termasuk kategori najis gitu...

Sambil minum kopi...hayati pemandangan yg menyejukkan mata ni ...








Ni semua pelbagai jenis kopi dan teh yg diberikan percuma utk dirasa...

Senarai kopi dan teh percuma...

Hubby cuba bali coffee male aje...Pahit betul rasanya sebab sangat pekat



I sangat tertarik dgn deco ni...di mana mana sahaja, akan diletakkan ini yg terdiri dari bunga bunga.
 Pak isme kata ni tanda mengharapkan tuah rezeki yg murah..

Selepas habis di luwak coffee, kami teruskan perjalanan ke Pura Tirtha Empul....

I siap suruh pak Isme berhenti kat tepi nak ambik gambar nih..
Patung patung ni  dibuat sempena Hari Nyepi pada bulan April ..Pak Isme kata sepatutnya patung patung ni dibakar selepas hari Nyepi tu

Patung di tepi jalan...

Banner sempena Hari Nyepi. So kenkawan yg nak datang ke Bali...better check first...sebab hari nyepi ni memang sunyi sepi tanpa sebarang aktiviti di Bali. Tourist semua lepak kat hotel jer..

Patung di bulatan...

Dah tak larat nak taip entry lagi...banyak sangat. Next entry I sambung Pura Tirtha Empul di Tampaksiring.

*** Restoran Batur Sari tu menurut pak Isme halal dan memang disediakan ruang solat. Tapi menurut kak Yan (Azian Elias), info yg dia dapat pada tahun 2010 dulu, resto itu pork free aje, tapi tak halal. Jadi terpulang kepada kenkawan yg membaca entry ni nak menilainya.  (uhuuu..kalau betul tak halal masa kami makan dulu...ampunkanlah dosa kami ya Allah. Jadi pengajaran pada kami, agar lebih berhati hati ketika melancong)







13 comments:

  1. nice sangat Bali.. one day nak mai sinila..insyaAllah..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang suka Bali sebab pemandangan cantik, budaya menarik....

      Delete
  2. bali mmg tekenal ngan patung2 n kostum2 yg ngeri kan kak ita....jangan kate CK...lieya pun takut kot hihihihi.....tapi tu laa pengalaman kite tgk budaya org kan....

    betul tu kak, ulama kite mengharamkan minum kopi tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh berjalan luas pemandangan lieya..hehehe..

      Delete
  3. Replies
    1. Kampung halaman kak yan Bali tuu...hehehe..

      Delete
  4. Kat indon, rata2 byk patung dan gerbang ala Bali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul gak tu nieda, masa saya ke Bandung dulu pun nampak patung dan senibina Bali..

      Delete
  5. dimana2 jumpa patung dan bunga dlm daun kelapa kan :)
    Tahun 80 an dulu lagi le susah nak cari mknan halal...tiap hari makan masakan minang. Tp skrg dah agak byk rest halal...tp tetap kena hati2 sebab di sana ba** mknan special bg diaorg:)

    ReplyDelete
  6. bali my wishlist nak pegi ;)

    bestnya..seronok tgk suasana kt sana.
    salam kenal dr mamyharraz ;)

    ReplyDelete
  7. Batur cntk dr dekat tau......ita tgk dr jauh jer ke? Kita org dulu gi dekat. Pemandangan Batur cntk mcm lukisan!

    ReplyDelete