Hari ke 8 dalam percutian ke Eropah ni...atau hari ke 3 di Paris. Hari ni hari terakhir nak ronda ronda di Paris sebelum pagi esok bertolak balik ke London. Ceh !!! bunyi cam menetap kat London aje kannn..?? Perasannn !!!
Cuaca nampak agak mendung dan sesekali gerimis. Pagi itu, kru Kelana Convoy sediakan kami sarapan nasi goreng masak lemak cili api... heheh..kuah masak lemak cili api dinner semalam dicampur dengan nasik putih dan digoreng, maka jadilah nasi goreng masak lemak cili api !
Ada beberapa tempat yang dirancangkan iaitu
*Avenue the Champ D'Elysee & Arc de Triomphe
*Fragonard Musee the Parfum
*Hard Rock Cafe
*Lafayyete gallery
*Center Gorges Pompiidu
*Grand mosque Paris Central Mosque
*River Seine cruise
*Eiffel Tower
Layan gambar la ye sebab nak citer camner nak ke setiap tempat tu pun tak tau sebab bas yang bawa kami !!
|
Cuaca mendung dan hujan renyai renyai |
|
Terpaksa berbaju hujan di Arc de Triomphe |
Arc de Triomphe ni terletak di bulatan jalan, maka nak ke situ, terpaksa guna terowong bawah tanah.
|
Terowong untuk ke Arch de Triomphe |
Arch de Triomphe ni terletak di jalan utama iaitu Champ Elysee, di mana di kiri kanan jalan ni dipenuhi dengan butik atau kedai dengan pelbagai brand. Yang paling terkenal tentulah, butik Louis Vuitton. Kami masuk jugak ke butik LV tu...sekadar menengok je la ...
|
Sepanjang jalan ni dikenali sebagai Champ de Elysee, sangat popular dengan segala jenis butik yang branded |
|
Butik di kiri kanan Champ Elysee ni..dengan pelbagai brand |
|
Bigbus cenggini untuk tour Paris, sama seperti di London dan bandar bandar besar di Europe |
|
Cuaca agak sejuk kat luar, kami singgah minum coffee, makan croisant dan macarone di McD |
|
Butik Louis Vuitton di Champ Alysee |
|
The most exclusive address in Paris... |
Selesai selesai ronda ronda sekitar Arch de Triomphe dan Champs Elysees, kami bergerak ke Fragonard Musee the Parfums pulak. Kat Paris ni memang sangat banyak museum, kami masuk yang ni sebab free dan dicadangkan beli perfume kat sini sebab harganya murah..
|
Di Fragonard Musee the parfum... |
|
Tengoklah, ada puluhan bau minyak wangi yang tercipta hasil dari campuran pelbagai jenis bunga, buah dan herba |
|
Sempat rembat perfumes 50ml dengan harga 30Euro dan 30ml dengan harga 20Euro... |
Habis shopping perfumes, kami berjalan di sekitar kawasan ni dan terus ke gedung LaFayette yang terletak dalam 100m dari Fragonard museum tadi.
|
Banyak bangunan cantik seperti ni di Paris..ni pun museum jugak. |
|
Galeries Lafayette...shopping complex ! |
|
Tu bas Kelana Convoy, parking di sebelah Fragonard museum ... |
Sementara ada yang menyopping di Lafayette, ada sekumpulan lagi (termasuklah my hubby) pergi menapak ke Hard Rock Cafe Paris. I ngan CK malas nak ikut sebab masa tu hujan renyai renyai...Menurut hubby, dalam setengah jam jugak menapak ke HRC tu dari Fragonard museum tadi !!
Dari Fragonard museum, kami bergerak ke destinasi seterusnya dan melalui Lurve museum pulak. Namun bas tak berhenti di sini kerana hujan dah agak lebat turun masa tu, maka ambil gambar jer la...
|
Lurve Musee...dengan binaan piramid tu, sangat unik !!! |
|
Lurve museum....tak dapat pergi dekat sebab hujan dah mula lebat..hanya mampu memandang dari dalam bas jer |
|
Ternampak pula bangunan dengan sign LGBT ???? Erkkk...seb baik kat Msia belum ada kannn |
Seterusnya kami dibawa ke Center Gorges Pompiidu, antara bangunan terawal yg dibina dengan senibina moden. Di sekitar kawasan ni, banyak kedai souvenirs dengan harga berpatutan dan juga kami nak mencari tempat makan utk makan tengahari dah...
|
Center Gorges Pompeiidu. Orang ramai berpayung dan berbaju hujan... |
|
Tote bag ni dipenuhi dengan souvenirs dari Paris la... |
Tengah asyik jalan jalan sekitar bangunan Pompeiidu ni, tetiba ada sekumpulan orang berdemontrasi mengenai boikot makan haiwan, makan je sayuran katanye...Kami pun terlopong kat tepi jalan dan melambai tangan kat diaorang ni..
|
Ramai pulak diaorang ni...rasanya lebih dari 500 orang sebab barisan ni hampir 1/2 jam lalu depan kami.. |
|
Lepas shopping souvenirs dan tengok orang berarak, kami lepak kat restoran kebab. Ni portion untuk seorang makan, harganya 10Euro. Kami makan share 3 beranak...kenyang !!! |
Selepas selesai di kawasan Pompeiidu, kami bergerak ke Masjid Paris untuk soalat jamak Zuhur dan Asar. Masa tu dah jam 6.45 petang. Maghrib masuk jam 9 malam.
|
Dah jam 6.45 petang... |
Bas kami berhenti di sebelah deretan kedai runcit....sebelum kami semua yang nak bersolat terpaksa menapak ke masjid dalam 1 km camtu.. Tengok la ni..kat kedai runcit pun, barangan yang dipamerkan sangat menarik perhatian..
|
Hasil laut.. |
|
Buah dan sayuran. Kat tangan tu...300g buah cherry !!! |
|
Geraaam tengok buah buah ni...Cantik kannn cara buah buah ni diletakkan... |
Selesai solat, kami bergerak ke Eiffel tower pulak. Tapi kami naik River Seine cruise dulu menyusuri sungai Seine sambil melihat pemandangan ...
|
Tengok la mentaliti diaorang ni....Bila nampak cruise lalu berhampiran jambatan tempat diaorang lepak, terus diaorang bukan seluar tunjukkan anu diaorang...Isy isy isy...Tak senonoh betul perangai !! |
|
Yeayyyy....kami dah sampai kat Eifel Tower !!! |
|
Lampu menyala pada jam 9 malam... |
|
View dari bawah Eiffel Tower |
|
View Eiffel Tower dari atas cruise |
|
Pada jam 10 malam, lampu kelip kelip kat Eiffel tower akan menyala selama 5 minit camtu. Bas kami dah mula bergerak tinggalkan Eiffel tower, baru lampu berkelip tu on sekejap |
|
View Eiffel tower dari tempat parking bas. Nampak tak mamat black kat belakang tu ? Mereka jual key-chain Eiffel Tower murah tau...boleh dapat 1 keyvhain dengan harga 50 sen kalau pandai bargain. Kalau kat tempat lain 1 keychain tu 1 Euro |
Seakan tak percaya dah sampai kat kota Paris ni...Iyelaa...bukan sikit duit yang perlu dikeluarkan untuk kami bertiga ni. Tapi kalau dah namanya kaki melancong, tak de maknanya serik keluar duit untuk melancong. Cuma part yang boleh jimat cermat, kami cuba berjimatlah agar boleh tampung kos lain.
Akhirnya, kami tiba di campsite jam 10.30 malam. Barulah dinner makan nasi, dengan lauk sardin panas dan telur matakerbau...fuhhhh !!! Sedap betul makan dalam cuaca dingin ...
Esok pagi, kami akan berangkat meninggalkan kota Paris. Lebih kurang 14 peserta rombongan ni akan dihantar ke airport Charles de Gaulle, sebab mereka terus balik ke Kuala Lumpur/ Singapura/ Arab Saudi ikut la dari mana mereka datang. Manakala bagi 16 org yg lain, kami akan meneruskan perjalanan ke London semula. Kali ni dengan menaiki feri pulak.
9 hari 8 malam kami berkelana di 5 buah negara di Eropah. Seakan tak percaya, CK boleh behave dan tak buat perangai dalam bas...hahaha...
#bagi yang telah hilang jejak cerita cuti cuti eropah ni, bolehlah rujuk Cuti Cuti Eropah dari Day 1 sampailah Day 8 melalui label
Europe Trip ni
#nak buat camner, network card komputer kat opis pulak rosak, tu yang sebulan tak dapat hapdate story cuti cuti eropah.
#maaf ye kenkawan. ni mood rajin datang, jam 2.30 pagi bangun dan lengkapkan entry ni hehehe..
mak ai besarnya buah ceri
ReplyDeleteSalam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
ReplyDeleteJika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
Mmg tertunggu update sis ;). Tapi tkpe. Faham. Masing2 sibuk dgn jadual harian. Ada masa update lagi ya sis. Tke care
ReplyDeleteyg tunjuk anu tu mmg tak bertamadun
ReplyDeleteso far sy x penah lg nampak kejadian camtu wpun dah 3kali kesana
tp kejadian bercomolot antara lelaki2 dibawah jambatan tu penah lah tgk
wamboii jauhnya jenjalan..dah ketinggalan nekcik ni..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteYa Allah, bestnye jalan..")
Assalam,
ReplyDeleteMinta maaf tuan blog.. Mohon kebenaran nak iklankan homestay kami di London.
http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/
Minta maaf dan terima kasih ye tuan blog.
Eiffel towerrrr. Eiffel I'm in love. Bila la nak merasa amik gambar romantik kat eiffel tower ni.
ReplyDeleteOMG menara eifel!!
ReplyDeleteNonton film
Nonton film gratis
Nonton film online
Nonton film box office
Nonton film HD
Noblemen, by far the world's first luxury leather line for men without the exorbitant prices
ReplyDeletebest leather bags
Luxury leather bags for men
leather backpack for men
TERIMA JASA TOUR GUIDE PARIS
ReplyDeleteCocok untuk yang ingin menghemat waktu & tidak tahu kota paris
KEUNTUNGAN :
1. Menghemat waktu dari pada harus mencari lokasi/ takut nyasara
2. Biaya terjangkau/ bias nego
3. Waktu fleksibel ( hubungin terlebih dahulu )
4. Tour guide bisa berbicara Bahasa Indonesia dan Prancis
5. Free antar jemput ke bandara CDG Paris
Syarat & ketentuan :
• Transport di tanggung masing2 peserta ( mobil ataupun transport umum )
• Makan Tour guide di Tanggung peserta
CP:
WA : +33771174763
Email : gratiaatanka@ymail.com