MISS NUFFNANG

Tuesday, November 29, 2011

Lain Dari Yang Lain di Kenduri Kahwin

Cuti hujung minggu bersambung dengan cuti sempena Awal Muharram atau Maal Hijrah. Ada 2 jemputan kenduri kahwin yang I dan hubby terima. Tapi oleh kerana jauh sangat ( kat Batu Pahat sana..) maka kami hanya pergi kenduri kahwin anak sulung kawan hubby kat Seremban.




Love is like a butterfly.....  I likeee...
 


Ada 2 perkara unik yang I temui kat kenduri ni.


CK mesti nak bergambar kat pelamin ni...

Ni benda unik yang pertama. Ada gerai cendol... terasa macam pergi open house raya pulak. Orang yang handle gerai cendol tu siap berkemeja kotak kotak dan songkok tinggi...hehehe..macam zaman 50-an kann...

Gerai cendol ...Kelasss


Orang ramai mengerumuni gerai cendol... cuaca tengah panas, sedap pekena cendol..

Tu diaaa...siap no. telepon untuk dihubungi... Cendul Kg Jiboi Baru, Seremban, N9


Dengan kawan sekerja hubby...

CK sedang menikmati kerepek pisang yang ada di atas meja. Aiii...macam pergi beraya pulak ye CK...




Siap ada 2 sangkar burung....romantis sekali !




Benda unik yang kedua, cenderamata untuk tetamu..



Cenderamata : Beg biru mengandungi satu bekas kaca berisi biskut, bekas telur dan senaskah surah yaasiin.

Sungguh unik sekali... hadiah surah yaasiiin kepada tetamu

Tu la dua benda unik yang I tak pernah jumpa lagi kat kenduri kahwin. Ni first time nih..

 I terpikir... bila zaman CK kahwin nanti, apa la agaknya trend orang bagi cenderamata kat tetamu ye ??? Aci tak kalau I buat telur dibungkus dalam tisu servet tu macam zaman dolu dolu tu..ha ha ha..





6 comments:

  1. mungkin waktu ck nanti...bungkus dgn tisu jadi perkara unik pula...cari le kertas tisu yg cantik..sure meletop

    ReplyDelete
  2. lepas makan tghri dihidangkan cendol.....sedap tu! Nanti masa CK kawin lepas makan hidangkan ice-cream pulak.....x berganjaklah tetamu nanti...... :)))))

    ReplyDelete
  3. wah grand betul laaaa majlisnye kak ita...siap ngan gerai cendol tu...mauu lieya ulang alik bermangkuk2 bedal....hahahaaha...rugi tuan umah nanti hhaahaha

    ye la kak ita, door gift pun menariks....lain dari yg lain.....

    ReplyDelete
  4. kasihredha...
    Aah..betul jugak kata kak kasih tu. Masa tu nanti, bungkus telur ngan servet memang unik.


    Ibuhani..
    Kalau hidang ice cream nanti, terpaksa la sewa khemah atau dewan besar, sebab tetamu tak berganjak. Bajet pun besar la..hehehe..


    Lieyalatif..
    Betul tu lieya, akak tambah 2 kali, tapi hubby la yang kena ambikkan. Memang menarik door gift tu, akak memang suka.

    ReplyDelete
  5. wah....ada gerai cendol...bestnya....memang unik...

    ReplyDelete
  6. I am sure this article has touched all the internet people, its really really fastidious paragraph on building up new weblog.


    Here is my blog post american cash advance online

    ReplyDelete