MISS NUFFNANG

Friday, February 10, 2012

Hong Kong Last Part- Victoria Peak

Tempat terakhir yg kami pergi di HK ialah Victoria  peak. Satu kawasan tinggi ala ala Fraser's Hill gitu. Dari bawah boleh naik tram (macam Bukit Bendera) atau naik bas , teksi atau naik kaki jer (menapak le tuuu..). Kami naik bas je ke sini sebab nak jimat masa que nak naik tram.


Local people panggil tempat ni the Peak aje.






Ni tram yg lama, dah tak berfungsi la..Eksen je nak bergambar..






Itu tram station ...


Dalam bangunan yg dikenali sbg Peak Galleria..



View dari Victoria Peak mengadap ke Tsim Sha Tsui di seberang laut tu....




Selain dari cuaca yg dingin, di atas ni ada Hard Rock Cafe, ada Madame Tussaud HK dan ada kedai kedai jual FM,key chain dan macam macam souvenirs lagi. Jangan terkejut, harga souvenirs di sini lebih murah dari di ladies market !! Kat sana kena bargain bagai nak gila baru dapat harga murah, tapi kat kedai di the Peak ni, harga tetap tapi memang jauh lebih murah.




Die Hard Fan HRC nih...hubby mesti nak beli t-shirt utk diri sendiri dan CK  





I ngan hubby memang plan nak masuk Madame Tussauds HK, maklum la nak pergi yg kat London tu, entah bila la ada rezeki kann. Tapi... kami frust betul, sebab tourist guide hanya bagi masa sejam aje kat the Peak. Buat rugi je masuk ke madame tussauds ni kalau masa terhad, dah lah harga tiket mahal. So, atas nasihat kenkawan, kami tak jadi masuk. (He he he.. satu lagi alasan utk datang ke HK lagi..)


Madame Tussauds HK

Ahaksss.... boyfren baru..
Terpaksa la berpuas hati amik gambar ngan patung lilin Bruce Lee yg diletakkan diluar madame tussauds nih.




Kami berhenti minum coffee di Starbuck kejap sebab tak tahan sejuk. Pastu snap gambar gambar yg cantik  di sekitar puncak ni.


Macam dalam postcard...




Turun dari the Peak, kami terus dibawa ke restoren utk lunch, walau pun sebenarnya dah hampir jam 3 ptg masa tu. Masa ni hari ke2 CNY, jadi banyak chinese muslim resto yg tutup. So, kami makan di another Indian Halal Food.

Resto ni ada sijil halal tau.. 


Layan jer makan kari..



Siap ada tandoori chicken yg berasap panas...



Resto tu terletak di dalam Toyo Mall nih ...


Pas makan kami di bawa ke satu tempat hentian untuk bertukar bas. Untuk ke Shenzen, China, kami perlu naik bas lain pulak. Sib baik, ramai abang macho tolong pindahkan beg beg kami.

Dari bas warna kuning di HK ke bas warna biru utk ke Shenzen

Perjalanan dari HK ke Shenzen ambik masa dalam 1 jam. I tak boleh lelap mata sebab mesti nak tengok pemandangan kat luar sambil snap snap gambar. Banyak betul jambatan yg menghubungkan HK ngan tanah besar China.



Macam Penang Bridge pulak..






Tengok rumah flat di new terrietory ni. Dah macam rumah merpati ...


Rasanya ini ialah sangkar ikan..

Bye bye HK. Satu hari Insyaallah kami datang lagi..

Dari HK nak ke Shenzen, boleh juga naik MTR sebab lebih efficien lagi. Bila sampai di Shenzen, China, kita perlu melalui immegresen HK dan pastu immegresen China pulak. Nak masuk China, perlu pakai visa. Kami guna group visa. Oleh sebab immegresen China tak tau english, so kami semua terpaksa beratur ikut susunan senarai nama dalam group visa tu. Hahaha... tentulah org lain heran nape barisan kami panjang sedangkan banyak kaunter utk foreigner kosong.

Welcome to Shenzen, China

Next entry, kami di Shenzen pulak...



8 comments:

  1. seronok baca citer Ita gi Hong Kong ni! Teruja ka.ani tau.....hehehe....

    ReplyDelete
  2. Ibuhani...

    Nanti k.ani pegi la ngan the girls...

    ReplyDelete
  3. best dpt bc blog org yg suka n berkemampuan utk g melancong. sy ni round mlysia pun blum abis lg! hu hu hu

    ReplyDelete
  4. ada boyfren baru berbaju kuning ye...best baca n3 ni :)

    ReplyDelete
  5. Macam tu la Rozita. ikut package mcm kena rush selalunya.. Tak pe.. nanti leh pegi lagi..

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak tnggu ntry kat shenzen pulak...

    ReplyDelete
  7. hannahsarah..

    Akak dulu pun round msia je. Tapi sekarang anak dah besar sikit, tu yg mula melancong ke luar. Dan memang buat saving setiap bulan utk melancong. Kalau tak, tak de can la akak nak bercuti ...


    kasihredha..

    Hehehe.. boyfren baru ..

    ReplyDelete
  8. Azian Elias..

    Tu la yg tak bestnya kalau travel ikut package Yan. Tak cukup masa kat tempat yg kita suka. Memang travel sendiri lebih baik...


    Mulut Payau..

    Thanks baca..

    ReplyDelete