MISS NUFFNANG

Friday, February 3, 2012

Hong Kong Part 3 - From Ladies Market To Avenue of Stars

Sambung cerita .... masih lagi di hari 2 di Hong Kong.


Selepas turun dari cable car, kami singgah di Citygate outlets. Sebenarnya, bateri kamera I dan hubby dua dua dah kong. Kami tak bawa extra bateri. So, masuk ke outlets tu kot kot la ada jual. Sekali tu, jenama nikon tak jual.. hu hu hu. Dah rasa terkilan dah, sebab byk lagi tempat nak gi nih. Tapi I sempat singgah ke Couch outlets...belek belek handbag, harganya bila ditukar ke rm, lebih kurang aje ngan kat Msia, so selamat duit tak nak beli handbag.




Tak per la.. pastu, kami ke MTR Tung Shun semula dan beli tiket terus ke Central (kira macam KL sentral la tu..), HKD 21.50 sorang. Journey lebih kurang 30 minit.  Sampai kat Central, puas I tanya orang cam mana nak cari mid level escalator, tapi tak jumpa tempatnya. Mid level escalator tu ialah escalator yg pjg  disediakan sebab HK kan berbukit -bukit, so nak mudahkan rakyat dia bergerak ke tempat tinggi, tu yg disediakan escalator. Yg buat I rasa frust sangat, dalam buku catatan I, dah siap I catat "walk to 21-27 to Central building". Entah cam ner, masa tu tak teringat nak rujuk buku kat dlm hbag. 




Lagi pun masa tu dah hampir jam 4.30 ptg, dlm hati takut tak jumpa masjid utk solat sebab maghrib masuk jam 6 ptg. So, kami decide, ambik MTR ke Tsim Sha Tsui, nak cari Kowloon Mosque. Tambang HKD 8 sorang (kalau tak salah I). Turun di stesen Tsim Sha Tsui, mata melilau cari signboard utk ke kowloon park, dan alhamdulillah, kat papan tanda ke kowlon park tu, tertera Kowloon Mosque. So, kami ikut je exit tu, dan sebaik sampai ke luar dari stesen, tertera Kowloon Mosque. Lagi sekali syukur sebab tak perlu manapak jauh mencari masjid. Ramai betul org kat masjid, macam jadi tempat berkumpul org indon dan pakistan kat situ. 

Kowloon mosque, terletak berdepan Nathan Road yg popular dengan kedai kedai shopping.
 Nampak tak ramai orang di tangga masjid ? Masa ni, hubby ke kedai kamera, I snap gambar.

Pas solat, kami menyeberang Nathan Road, sebab hubby ternampak kedai kedai kamera. So, kat kedai tu, kami beli bateri utk digital kamera I HKD 180 ( ~rm70), dan hubby beli charger utk DSLR dia HKD 200 (~rm80). Barang ori dan harga memang lebih murah. Then, kami seberang jln semula utk ke stesen MTR Tsim Sha Tsui untuk ke stesen Mongkok pulak. Dari stesen TST ke Mongkok HKD 5 seorang. Masa tu, subway penuh betul dgn orang.. pelik I, bukan kah sepatutnya diaorang makan besar kat rumah sebab CNY eve ? Budaya lain kot..Sampai di stesen Mongkok, kami menapak sikit ke Ladies Market.

Orang tetap jugak ramai di ladies market (Tung Chooi Street)



Kami beli lagi key-chain dan t-shirt . Kali ni kami cuba bargain betul betul, dan memang dapat kurang dari separuh harga yg penjual letak. Misalnya key-chain ni..

 1 Set ( 6 key-chains) penjual letak rega HKD 100, selepas tawar  menawar, kami dapat HKD 40. Hah jauh tak beza harganya? Perlu kemahiran menawar yg gigih dan disulami puji puji sket kat penjual tu.

Pas dapat apa yg kami cari, kami ke stesen Mongkok semula utk ke stesen Tsim Sha Tsui. Ke destinasi akhir utk hari tu iaitu ke Avenue of Star. Dari stesen TST, cari exit ke Avenue of Star iaitu exit J, pas tu signboard akan tunjuk ke exit J2 iaitu betul betul sebelum SOGO. Tapi sebenarnya exit yg lebih tepat ialah J4 tau, baru lah tak menapak jauh. Sebab Avenue of Star tu terletak di belakang SOGO. Selepas keluar dari exit J4, belok ke kiri, sure tak sesat cam kami..hu hu hu. Masa tu muka hubby dah kelat dah sebab terpaksa menapak jauh. Sian dia...




Kami tak tau jln yg dekat, so tanya orang, diaorang tunjuk jalan jauh... hu hu hu menapak jauh gak nak ke Avenue of Star. Tak per...


Sepanjang Salisbury Road ...

Apa yang ada kat Avenue of Stars ? Selain dari tengok tapak tangan hong kong stars & celebrities, ada jugak statue Bruce Lee. Pas tu, every night jam 8 malam, ada show Symphony of Light..Lampu laser dan muzik dari  kedua dua sisi laut ni, sama ada sebelah Tsim Sha Tsui atau dari sebelah Wan Chai.


View ke arah Wan Chai...




Excited... sebab kapal yg jadi trademark HK sedang belayar kat belakang tuuu..

Tapak tangan Jackie Chan.. ha ha ha... Puas berjalan sepanjang persisir laut ni, mencari nama stars yg kami kenal.





Pak cik cameramen is filming...

Pakcik director....

Hah ! Chow Yuen Fatt...

Hah! Jet Li...   Takat 3 nama stars tu jer la yg kami kenalll...

Patung Bruce Lee...




Dah amik gambar, kami pun duduk ngap ngap biskut sambil tunggu jam 8 malam utk show symphony of lights...


Laser dah bermula...









Symphony of lights tu lebih kurang 15 minit jer. Habis show, kami menapak semula mencari Peking Road, iaitu tempat kami nak naik shuttle balik ke hotel. Tengok peta agak susah nak cari, so tanya orang jer, diaorang very helpfull. Dalam 25 minit dah sampai kat tempat tu.Lega hati..bila dah tau tempat menunggu shuttle, insyaallah dah boleh kira selamat sampai ke hotel tu.


Tempat tunggu shuttle di Peking Road, selang dua jalan dari Hankow Road

Pas tu , sambil kami mendongak dongak tengok building tinggi tu, tetiba hubby ternampak Palki Indian Halal Cuisine di Hankow Road. Ahaksss... apa lagi, perut memang tengah lapar sebab masa tu dah jam 8.50 malam. Terus masuk ke restoran tu kat tingkat 1.

Cer teka sapa yg paling gembira jumpa restoran tu??? Ha ha ha tentu la encik hubby..

Hah... nasi beriani ayam lagi..! Tak da maknanya nak diet kat HK nih.
2 kali pekena beriani ayam. Kah kah kah..

Total kami makan. Kat luar resto ni memang ada signboard halal food.

I order samosa lamb. Sedap gak sebab digoreng panas panas, makan cecah ngan  yogurt hijau tu.

Perut dah kenyang, hati pun senang...

Akhirnya, shuttle pun sampai. Tapi driver ni dahsat.. dia sound je siapa yg bw foods or drink kat tangan:
"No eating no eating, put in your bag"

Akhirnya, jam 10 malam kami sampai ke hotel. Uiii.. penat giler berjalan seharian, diaorang yg ke disneyland pun 9.30 mlm dah sampai ke bilik. Tapi kami puas hati betul.


Next entry, sambung hari ke 3 pulak ke Victoria Peak.




7 comments:

  1. bila le akak boleh sampai ni...*sambil berangan*

    ReplyDelete
  2. k.ani kalau holiday mmg x suka ikut package....kami akan pergi 4 beranak jer sbb tmpt orglain nak gi ,kita pulak x nak gi kan....so lebih baik ambik driver sendiri. Tp kalau explore sendiri cam Ita n hubby ni best jugak kan! Tp kami ni takut pulak sbb almaklumlah kami ni semuanya girls.....hehehe.....explore sendiri dgn kesygn kita jer mmg best kan?!

    ReplyDelete
  3. chik na pun tak pernah sampai lagi kat hongkong... sambil berangan macam kasih redha :-)

    ReplyDelete
  4. tumpang seronok tengok gambar2 akak bercuti bersama keluarga....diri sendiri tak taulah boleh jejak ke dak bumi hongkong..hehe.

    ReplyDelete
  5. Enjoy tengok gambar kat sini. Best..

    ReplyDelete
  6. Kasihredha..

    Alaa... angan -angan tu, insyaallah akan jadi kenyataan kak.

    Ibuhani..

    Memang betul kak ani, once dah cuba travel sendiri ni rasa syok pulak. Iye la, kita tak perlu tunggu orang dan orang pun tak perlu tunggu kita. Free and easy gituuu..Kak ani 4 beranak, lagi syok travel sesama tu.

    ReplyDelete
  7. Chik Na..

    Angan angan dulu, pastu tu akan jadi kenyataan. Lama chik na menyepi diri.

    Lienanilaz..

    Memang best bercuti ke HK. Ada rezeki, boleh pergi nanti. Thanks sudi baca blog akak.


    Nieda..

    Thanks sudi singgah dan baca blog akak.

    ReplyDelete