MISS NUFFNANG

Monday, December 31, 2012

Medan Trip -Day 3 Berastagi dan Medan

Hari ketiga kami mulakan dengan merayau rayau di pekan Berastagi. Memula naik ke bukit untuk tengok pemandangan pekan Berastagi. 


View dari atas bukit, nampak pekan Berastagi dengan 2 gunung berapi yang tak aktif..

Pastu turun ke pasar buah Berastagi. Aktiviti pertama ialah menaiki kereta kuda. Then, Ck nak naik kuda pulak. Dah dua kuda baru CK puas hati. Kami merayau ke dalam pasar buah dan belek belek apa yang patut. Makin lama makin ramai pulak orang kat sini. Mostly local tourist la..kan masa tu cuti panjang dari Awal Muharam sambung ke Sabtu dan Ahad.


Di pasar buah...banyak kedai menjual souvenirs ..



Buah markisa dan buah pisang kaki , sangat sedap.....Yg warna purple tu dah lupa buah apa.. . 


Di luar pasar buah


Memula I dan CK naik kereta kuda ni keliling pekan Berastagi...


Pastu, I dan CK naik kuda pulak keliling pasar buah nih ! Hubby tukang ambik gambar jer,
dia takut kuda tu nanti patah pinggang, hehehe....

Selesai di Pasar Buah, jam 10 pagi kereta pun bergerak ke Medan semula. On the way, I dah request kat supir nak makan jagung bakar.

Deretan gerai jagung rebus dan jagung bakar...
Mejuah-juah tu bahasa batak karo yang bermaksud selamat datang



Perjalanan ke Medan yang sepatutnya 2 jam aje dari Berastagi menjadi 3 jam lebih gara gara macet sebab banyak kenderaan dari Medan ke Berastagi. Oleh sebab kereta bas van tu, tak sabar sabar nak overtake kenderaan lain, sampai menghalang kenderaan yang nak ke Medan pulak. Mujur kami dah alas perut sikit dgn jagung bakar tadi.


Sampai di Medan dah jam 1.30 tgh hari. Check-in di Antares Hotel dan terus solat jamak zuhur asar kat bilik. Pastu kami keluar lunch di restoran ikan bakar. 






Sedap betul ikan dan ayam bakar di sini. Highly recommended !!!


Aktiviti seterusnya ialah ke pasar ikan. Borong borong kain dan telekung. Telekung yang I borong bukan jenis banyak sulaman tu, tapi jenis yg orang medan panggil parachute  sebab kain dia boleh dilipat lipat sampai boleh sumbat dalam beg comel




Memborong kain bersulam manik kat sini. Harganya jauh lebih murah dari kedai
kain yang kami singgah pada hari pertama sampai di Medan


Ni lah beg beg comel berisi telekung comel pelbagai warna...Boleh sumbat ke dalam handbag dan bawak berjalan..

 Pastu tu kami ke Sun Plaza (Sogo). Nih tempat orang kaya Medan nih! Kami duduk duduk lepak kat Starbuck sambil minum ice blended. Memang tempat ni penuh ngan orang cina medan. Pastu kami ke Sogo...tinjau tinjau cadar princes dan sport shoes Princess untuk CK. Sekali kami tengok sport shoes Princess tuk CK 199 000 rph (~rm64)... Wahhh nih dah murah bangettt nih. Kami pun terus beli dan suruh CK pakai...


Hari yang memenatkan ni diakhiri dengan makan nasi padang lagi..untuk yang terakhir kali. Pastu, balik ke hotel, mandi, solat dan terus zzzzzz....





7 comments:

  1. Seronoknya naik kuda Rozi. Kakak takut tau. Agaknya hubby Rozi macam kakak bukan takut pinggang kuda patah tapi gayat. Kakak takut kuda tetiba terbang hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sebenarnya kakzakie, hubby saya memang agak takut naik kuda tu sebab dia takut terjatuh dari kuda hehehe...

      Delete
  2. buah markisa?buah apa tu...mungkin dekat sni pakai istilah lain kot, yang kaler ungu tu memang no idea langsung, macam terung pun ado,hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya buah markisa ni dibuat jus. Saya bawa balik KL dan blend jadi jus markisa sebab lebih sedap minum jusnya.

      Delete
  3. Today, I went to the beach with my children.

    I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She put the shell to
    her ear and screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her ear.
    She never wants to go back! LoL I know this is completely off topic but I had to
    tell someone!

    Here is my web page payday loan lenders only

    ReplyDelete
  4. salam kak,nk tnya brp rm harga kain sulam tu?

    ReplyDelete

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete