MISS NUFFNANG

Wednesday, March 6, 2013

Land of the rising Sun : Japan-Nara town

Day 4

Pepagi lagi, I dah masak nasik lemak untuk bekalan lunch hari ni. Plan kami hari ke 4 ni ialah check-out dan terus ke Osaka stn. dan ambik JR train ke Nara. Tak pastilah pulak berapa jauh Osaka ke Nara town ni tapi tambang kami ialah 780 yen seorg dan perjalanan ialah 1 jam 10 min cam tu.

Atas: Signboard di Osaka stn. Kami naik JR ke Nara jam 10.28 pagi.
Bawah : JR Nara station..

Nara ni ialah kawasan agak pedalaman, dan sangat terkenal dgn Nara park dan rusa rusa liar tapi jinak yg berkeliaran di dalam kawasan Nara park. (Kami dapat info ni pun masa nonton show Jejak zizan ke Japan yg antaranya menunjukkan Zizan melawat Nara park ni..Satu lagi sebab kami ke Nara park ialah CK sangat suka ngan hewann....)

Sampai di JR Nara station, kami cari coin locker untuk simpan segala beg. Coin locker ni ada di semua train stn. Ada 3 saiz locker dgn bayaran yg berbeza. Kami ambik yg large size locker (117 cm x 43 cm x 57cm) berharga 500yen. Muatlah 1 beg besar dan 2 backpack kami.


Keluar dari JR Nara stn. , kami nampak tourist info center di sebelah kiri. So, I pun pergilah ke situ tanya tanya apa yg patut. Staff tu bgi I map of tourist attraction kat Nara park. Pastu tu, bagi direction camne utk ke sana dari info centre ni. Selepas jelas segala info, kami pun melintas jalan dan I dgn confidentnya berjalan terus. Agak jauh berjalan, lebih 1 km kot, hubby dah bersungut...Jauhnya Nara park ni, cuba tanya org !!. Org pertama kata jalan yg kami lalu tu salah, kena ikut jalan lain. TAPI..kami masih ikut jalan yg sama sebab I masih confident lagi..Bila hubby bersungut kali kedua, I tanya pulak sorng lagi ni sambil tunjukkan map di tangan. Org tu pun bersungguh sungguh dlm japanese menunjukkan yg kami dah salah jalan. Hadoiii !!! Rasanya dah hampir 2 km kot kami jalan. So, kena ambik keputusan yg bijak. Kami melintas jalan dan tunggu bas untuk ke JR Nara stn. semula. Tak sanggup dah nak jalan kaki berpatah balik sebab nanti nak berjalan lagi ke Nara park tu.



I beranikan diri pujuk hubby naik bas. Bas di Japan ni, naik melalui pintu belakang dan turun melalui pintu depan. Dalam bas, I tanya sorng pompuan ni cam ne nak bayar sambil I tunjuk coin 500 yen yg I ada. Pompuan tu pun terus keluarkan duit coin 100 yen sebanyak 5 keping dan tukar dgn coin 500 yen I. Pastu dia suruh, masa nak turun nanti masukkan coin 400 yen dlm mesin sebelah driver tu utk tambang 2 orng. Haaa..terharunya..hilang rasa penat menapak "sambil makan buah langsat" tadi...hehehe..


Bila turun di stesen JR Nara..I tengok balik map dan location info centre tadi...baru lah perasan. Sepatutnya melintas dan jalan terus. Yang kami tadi, melintas dan jalan terus...tapi terus tu ialah terus ke kanan... kahkahkah....nasib badan !!


Serik dah tersesat tu....maka sentiasa merujuk di mana kedudukan kami, on the way ke Nara park.


Backpack tu berisi bekalan lunch kami di Nara park




Mana deer nih....belum nampak lagi !!

Dari jauh dah nampak five storey pagoda. Dan bila hampir kat pagoda ni, barulah nampak rusa rusa berkeliaran.

Five storey Pagoda temple...

Ada juga penjual yg menjual shika senbei iaitu deer crackers yg merupakan favourite food rusa rusa ni. Masa nampak jer kami pegang biskut ni, berpusu pusu rusa rusa ni datang ke arah kami sambil menyondol nyondol mulut dia untuk ambik biskut tu...terjerit jerit lah I dgn CK masa tu...hahaha...seronok betul...

Nampak tak di pintu tu, ada signboard yg menunjukkan ada dijual biskut untuk  rusa ni. Satu pack 150 yen.  



CK lebih suka anak anak rusa drpd rusa yg besar besar...Tengoklah tu, dah sama tinggi rusa tu ngan CK
Di Nara park ini, dianggarkan ada 1200 wild deers that roam freely ...and they are so tame that you can make friends with them...hehehe...CK suka sangat. Terjerit jerit dia mengejar anak anak rusa..


Kami teruskan menapak mengikut langkah kaki....cewahhh...Sebenarnya mata kami mencari di mana lokasi sesuai untuk berpiknik nak makan lunch kami..














Awas "Rusa Melintas" itu kot kata signboard tu....

Why are there so many deer in the park ? According to legend, when Kasuga Taisha Shrine was founded as a family shrine for the Fujiwaras, a dominant aristocrat clan in 8th century, they invited a mighty god from Kashima Shrine (in present daya Ibaraki Prefecture). The god  is said to have come to Nara riding on a white deer. Since then, deer have been respected and protected as divine messengers by local people. ~petikan dari pamplet yg didapati di Nara park~




Deers are everywhere.....budak kecik ni memang sukalah !!








Hampir 40 minit menapak dari JR Nara station tadi, maka kami sampai ke Namdaimon gate, iaitu pintu gerbang sebelum kita sampai ke Todaiji temple.


Menghampiri Namdaimon gate. Banyak kedai kedai souvenirs.
Rusa rusa ni pandai pulak...tak masuk ke kedai kedai tu..




Kedai souvenirs...Kami hanya cari souvenirs yg berkaitan dgn Nara, dan biasanya ada gambar rusa lah !




Namdaimon gate...famous untuk tourist bergambar sebelum sampai ke temple yg kat belakang tu..




Rusa tu suka sangat kat stroller CK....yang sekor ni asyik ikut kami sambil cium cium stroller tu..

Kami tak masuk ke dalam Todaiji temple, hanya berlegar di kawasan sekitar untuk ambik gambar. Kat dalam ni terletaknya Daibutsu iaitu patung buddha yg diperbuat dari kayu. It is the largest wooden structure in the world.
Todaiji temple : Gambar dari google..



Todaiji temple : Gambar dari google...


Tasik bersebelahan temple..




Nampak pondok di celah celah ranting tu ? Di situlah kami solat dan kebetulan ada pulak paip air..


Entah kenapa...berkenan betul tengok pokok pokok togel ni  ngan lumut tu..








Masa ni, on the way kami nak berpatah balik ke JR Nara stn.
Sebenarnya ada banyak temple dan tempat menarik di Nara park ni, cuma kami tak cover semua sebab CK dan leka main dgn rusa rusa, tambahan pulak kami dah bazir masa lebih sejam akibat sesat tadi..
So, selesai solat, kami berpatah balik ke JR Nara stn...tapi bukan dgn berjalan kai, tapi kami rela tunggu bas...letih betul rasanya.

Tambang naik train JR dari Nara ke Kyoto ialah 690 yen. Dari google map, I tengok hotel kami di Kyoto ni hampir dgn Tofukuji stn, dan disarankan berjalan kaki je melalui kawasan perumahan. So, sepnjang dlm train tu, I tak berani tidur sebab takut terlepas stn tu.
View dari dalam train dari Nara ke Kyoto, semasa sunset...

Sampai je di Tofukuji stn, kami turun. Tapi sebelum keluar dr stn tu, I tanya train officer tu, di mana hotel kami sambil tunjukkan print-out booking.com kami. Officer tu check kat dlm komputer dia dan beritahu tak de nama hotel tu di sekitar Tofukuji stn ni, dan dia nasihatkan kami naik semula train dan turun di Kyoto stn.Tofukuji stn ni berjarak 1 stesen jer dari Kyoto stn. So, kami naik semula train dan turun di Kyoto  station. 


Walaupun di tangan I ada Kyoto station map, tapi sebab first time di situ,maka agak terpinga pinga lah kami sekejap untuk cari exit gate keluar dari train station nih. Tak boleh jadiiii...maka I punya tanyalah orng kat mana lift untuk keluar dari situ dan nak cari hentian teksi. Ada sorang student nih, siap suruh kami ikut dia cari lift dan tunjukkan jalan keluar dan kemudian pass kami ke train officer pulak. Train officer tu tunjukkan pulak tempat utk tunggu teksi. Baik betul diaorg nih...


Dipendekkan cerita, kami beratur menunggu teksi. I tak confident nak main redah cari hotel sebab I hanya ada info pasal jln kaki dari Tofukuji stn je, kalau dari Kyoto stn langsung tak tau...maka lebih baiklah kami naik teksi jer. Org yg tukang jaga kat situ, beritau yg hotel kami dekat jer..boleh jalan kaki. I cakap kami nak teksi jugak sebab dah tak larat jln tambahan pulak masa tu dah gelap walaupun jam baru 7 mlm.(dah masuk isyak dah masa tu...). So, kami masuklah ke dalam satu teksi ni..Tapi pemandu teksi tu tak tolong pun masukkan beg ke bonet, semua hubby buat sorang jer. Teksi pun bergerak...sambil tu tanya nak ke mana. I pun tunjukkan print-out booking.com tu. Terus jer, driver teksi tu berhenti dan teliti kertas tu utk tengok nama hotel. Dia macam tak tahu mana hotel tu...pastu dia call hotel tu berdasarkan no.tel yg ada kat print-out tu. First time call, tak dapat, second time call pun tak dapat. Terus driver tu kata hotel tu tak da. Masa tu, kami rasa macam nak PENGSAN !!! Biar betul hotel tu tak wujud. Dlm hati, dah terpikir, mana kami nak tidur mlm tu....Entah apa apa yg driver tu cakap lagi, last last dia suruh kami keluar dari teksi tu !!!! Allahuakbar...dah rasa nak nangis dah masa tu. Hubby dah bersungut sungut marah I pasal booking entah apa apa hotel entah. Lepas  keluarkan segala beg letak kat tepi jalan, driver tu mintak I bayar 680 yen sambil tunjuk kat meter dia. Masuk teksi jer, 600 yen, jalan tak sampai 10 m tu, kena 80 yen lagi. I suruh driver tu call lagi hotel sambil tunjuk alamat hotel tu. Kali ke 3, driver call, masih lagi tak berjawab !!! Aduhaiii....I dah terus baca ayat kursi masa tu, semoga Allah lembutkan hati driver ni, dah bagi I idea macam mana nak solve problem ni. Hubby dan CK dah berdiri kat tepi jalan dgn beg beg dan stroller. Tetiba...I suruh pulak driver tu cari guna GPS dia sebab kat print out booking.com tu siap bagi alamat GPS hotel. Mujur driver tu, ikut cakap I. Lepas dia setting GPS tu....terus tunjuk kedudukan hotel. Lepas tu dia cakap entah apa entah dan angguk angguk kepala. Fuhhh!!! I pun suruh hubby masukkan balik semua beg ke dalam bonet dan kami masuk teksi tu semula. Dlm hati masih cuak lagi...hulu manalah hotel ni...sedangkan penjaga teksi tadi beritahu hotel tu dekat jer dan boleh jalan kaki.


Dalam 5 minit teksi bergerak, terus I nampak hotel tu. ALLAHHUAKBAR !!! Syukur sangat..rasa nak menangis masa tu...


Kami turun di depan hotel dan bayar tambang 880 Yen. Check-in dan terus masuk hotel. Waaa..bilik hotel ni yg paling selesa antara ketiga-tiga hotel yg kami stay kat Japan ni dan harganya paling murah..Barulah I perasan, yg semua peralatan dlm hotel tu ada nama Hokke Club hotel. Maknanya, hotel ni rebrand nama hotel baru kot, tu yang driver teksi tak tau. Pas tu baru teringat lagi, nape driver teksi tak dapat call hotel tu. Sebab no.tel hotel kat print -out kami tu bersekali dgn kod dari oversea. Patutlah driver tu call sampai 3 kali tak dapat...

Ni lah Almont Kyoto Hotel...hanya 5 min berjalan kaki dari Kyoto station. Hotel ni sangat selesa dan harga nya juga paling murah antara ketiga tiga hotel yg kami stay. 2 malam 14000 yen. Highly recommended.


Ni pengalaman paling tak dapat dilupakan sepnjg back pack ke Osaka ni. First, sesat nak cari Nara park. Second, kena "halau" turun dari teksi pastu naik balik teksi yang sama....Tapi kami dapat pengajaran yg paling berharga iaitu jgn mudah panik !!! Insyaallah...


Dah panjang dah entry nih...nanti sambung lagi hari ke 5 berjalan jalan di Kyoto pulak.

Day 5 : Cantiknya Kyoto...



10 comments:

  1. CK tak takut pulak nak dekat-dekat dgn ruasa tu. Kalau sembelih seekor buat rendang sedapnya hihi...

    Satu yg kakak nampak tempatnya nyaman dan cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia suka sangat ngan rusa rusa tu kakzakie. Agaknya dia ingat sama cam kucing kot...
      Tempat sana memang cantik...

      Delete
  2. kagum lieya kak sbb ck tak takut langsung kat rusa tu...kalo soh mia mija mauu melalak tuh...

    uihh seram bace kes cari hotel akak tu...biase la tukak, org sane pun tak familiar dgn tempat mereka kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CK memang suka hewann lieya....., agaknya sebab mak bapak dia ni biologist...hehehe..
      Kejadian tu memang menyeramkan kami lieya..

      Delete
  3. byk betul pengaaman di tmpt org...dugaan..nasib baik dpt jumpa hotel akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah nieda...macam org kata, jauh berjalan banyak pengalaman..

      Delete
  4. i wish i boleh lagi cam u.jalan jejauh..pakai nampak mmg tka sampai lah.

    ReplyDelete
  5. yeahlah....me too! Teringin nk gi sana gak.....!

    ReplyDelete
  6. kak ita,

    sy sesat barat kt nara..sesat barat kt osaka masa nak pergi umeda sky building...kt kyoto lg...tp tu mmg pengalaman yg xblh dilupakan..

    ReplyDelete