MISS NUFFNANG

Monday, October 13, 2014

Cuti Cuti Eropah, Episod 7 : Disneyland Paris



Hari ke 7 di Paris ni...tujuan kami bertiga ni hanyalah untuk ke Disneyland Paris. Kasi can kat CK lah pulak.
Kami beli tiket di kaunter masuk...terlupa berapa harganya kalau tak salah 160 Euro utk 2 dewasa dan 1 kanak kanak. Kami tak beli online sebab ingatkan dapat harga group murah la sikit, tapi last minit ramai rupanya tak nak masuk Disneyland ni, diaorang nak gi tempat lain, maka tinggal 5 orang je yang nak ke Disneyland ni...Agak mengecewakan sedikit sebab kalau I tau dari awal macam tu, baik la beli secara online dari Msia lagi, boleh dapat sehingga 40Euro /adult tau !!!
Tiket tu cover 2 parks: Disneyland Park dan Walt Disney Studio Park. Kami masuk ke Walt disney park dulu, pastu baru Disneyland park sebab nak tunggu parade jam 5.30 petang di Disneyland park.
Sedikit info pasal Disneyland Paris ni...ambik dari Google jer..

Disneyland® Park: a kingdom of fairytales

Watch in awe as Disney stories come alive across 5 magical lands. From the enchanting Sleeping Beauty Castle that's the centerpiece of Disneyland® Park, to the fun of the Wild West, right through to boldly venturing to the edge of the galaxy, you'll find a world of adventure and imagination in Disneyland Park.
Each themed land offers a mix of rides, adventures and plenty of Disney sparkle as you mingle with princes and princesses, board a pirate ship, hop in a space craft and more.

Walt Disney Studios® Park: lights, camera... action!

Explore the world of Disney film and animation in Walt Disney Studios® Park. This complex of 5 zones takes you into the heart of Disney where you'll see how the characters are brought to life on screen.
From live shows featuring hair-raising stunts to fun rides for little ones and thrill seekers alike, there's something for everyone to enjoy.

Magical parades, sparkling shows

Watch your favourite characters come to life before your eyes as they glide though Disneyland Park in sparkling splashes of colour, light and music - you'll love the carnival atmosphere of Disney Magic on Parade!
Spectacular shows include the fairytale flight of fancy that's Disney Dreams! an electrifying sound and light show with the Sleeping Beauty Castle at its centre.
Biarlah gambar gambar berbicara sendiri...

Main entrance to Disney Paris...

Tiket 2 dewasa , 1 kanak kanak

Kami ke Walt disney studios dulu...


Dah masuk spring, tapi cuaca masih rasa dingin ala ala Cameron highland gitu...

Nak ambik gambar ngan itik ni, beratur hampir 20 minit tau...

Mini Parade di walt disney studio...Ni watak Jasmine & Aladdin

Khas tu budak kecik...karakter Sophia ..

Kami beratur lebih sejam utk naik benda ni... 


Ni je kot permainan yang beratur kejap je, lebih kurang 20 minit..untuk naik.

Untk bergambar dengan si mickey ni, 40 minit masa menunggu. Iyelah....si mickey ni melayan karenah setiap orng yang nak bergambar dengan dia. Ni haa....siap menari pusing pusing CK dengan Mickey...

Pastu emak-bapak pulak sama posing ngan mickey....sabar ajar lah orang lain yg menunggu.
kami pun tunggu lama wehhh...








Naik tram ni best....tengok trick bagi setiap scene, siap ada bom meletup, banjir, trak bergerak dan macam macam lagi.

Selepas selesai di disney studio, kami ke disney park pulak.
Bersebelahan aje kedua dua park ni, tapi lenguh jugak kaki berjalan..

CK dah sangat excited bila nampak disney castle kat belakang tu...


Ahaksss...

Tengok la punya ramai ummah kat sini. Hari ni hari Jumaat, public holiday diaorng ni Jumaat kah ?

Baju baju karakter kartun klasik disney spt Cinderella, Snowwhite...
Nasib baik CK tak merengek nak baju ni. Sehelai baju berharga 50-60 Euro tu...




Satu lagi permainan yg menguji kesabaran menunggu...Hampir sejam beratur nak naik jumbo ni. Terpaksa ikutkan sebab CK nak naik sangat benda ni...huhuhu..

Muka happy dapat naik the flying jumbo. 


Tengah mencari spot untuk menonton parade...Malangnya  terlalu ramai orang, dapat duduk kat belakang je..

Apalah yang anak omputih ni tenungkan kat CK tu....


Cinderella & prince..


Frozen..


Thank you penguin...

Nak balik dah....

Kalau tak bawak stroller...boleh je sewa atau dukung macam ni ek !!

Have fun with your little ones on Madhatter's Tea Cups at Fantasyland in Disneyland Park.
Rasa macam tak berbaloi bayar tiket mahal tapi tak banyak permainan yg boleh dimain sebab bnyk masa habis dengan beratur aje. Tobat dah nak masuk disneyland ni..tunggu sampai CK besar lah ye supaya dia boleh beratur sendiri kat game yang dia nak main, tak perlu mak-bapak temankan hehehe...

Kami sampai semula di campsite jam 8 15 malam. Masih terang lagi sebab maghrib jam 9 malam. so, sempat solat jamak zuhur-asar  di cabin je....



17 comments:

  1. First time blogwalking sini, terus jatuh cinta sebab banyak entry travel. Nida suka travell..tapi belum berksempatan ke europe lagi. moga2 ada rezeki nanti. nida follow sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah nida-razak. Insyaallah kalau ada rezeki...boleh je gi jenjalan ke europe tu.

      Delete
  2. Apa kabo... Alhamdulillah cik Ta dah kembali mengupdate... maknanya dah agak sihat semulalah sekarang ni...

    Kata mana-mana Disneyland pun, memang banyak buang masa untuk beratur... pasrah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..saya dah sihat en.mie... hehee....
      Memang betul tu, bnyk buang masa beraturrrr.....

      Delete
  3. salam perkenalan akak... kite arituh gi jugak disneyland paris... kalau tunggu sampai malam, ada magic show pukul 930 malam dengan sleeping beauty castle tuh....cantek sangat2... :D

    jindrisska.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq singgah kat sini siti aisya..Best jugak disney tu kan, kita pun dah jadi macam budak budak cuma ...tulah..tak larat nak beratur bg setiap game. Bestnya awak tunggu sampai magic show tu...akak tak tunggu la...

      Delete
  4. Kak Ita...apa khabar sekarang..bagaimana degan operation...everything going smoothly tak...lama akak menyepi
    aha....akalu tgk ke orang yg ramai gitu mmg x selesa lah akak..buang masa beratur menunggu giliran..kalau JM mmg x puas lah main..nampaknya pegi time public holiday lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai JM...alhamdulillah..akak sihat dah.
      Betul tu..memang tak selesa kalau orang ramai. Rasanya kat mana mana theme park ni memang kena beratur panjang laaa...

      Delete
  5. Alhamdulillah...syukur pada Allah. Welcome back sis. Diharapkan kak ita bertambah sihat dan baik2 saja ya. Seronok tgk CK dalam entry kali ni. Ceria dia jumpe karakter2 kartun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syukur sangat maizatul...semuanya berjalan lancar. Tq ye doakan akak.
      Disneyland kan memang tempat utk budak budak..

      Delete
  6. bestnya parade dia..aritu pg takde pon princess2 camni..mickey mouse & friend je...huhu

    ReplyDelete
  7. wahhh seronok ck dpt tgk karakter2 disney yg comel2....

    betul tu kak, tiket mahal tapi kene q panjang berjela...mase lieya pergi disneyland hongkong tu mujur laa tak kene q panjang sgt..maybe bukan mase cuti sekolah kat sane kot.... yg tak syok sebab dayyan kecik lagi time tu so die tak dpt byk main laaaa....

    ReplyDelete
  8. Bila nak sampai disneyland paris ni hehehe...bru sampai dland hk dan tokyo je....bwak anak anak mcm tulah... semua mende diorang nak main hehehe

    ReplyDelete
  9. haah, kami beli tiket online, murah dr beli kat kaunter
    gown Anna pun kami beli sbb trip dulu tak beli , saja sesekali tunaikan permintaan anak

    ReplyDelete
  10. Assalam akak rozita, boleh tanya tak, bulan berapa akak pegi europe ni?

    ReplyDelete
  11. Assalam Rozita, asalnya mencari pengalaman mengerjakan umrah..kn pengalaman berbeza2..terjumpa blog u..transit ke Dubai tu..so mentelaah la citer2 u pegi holiday...bestnya..xabis lg nie..mmg seronok n ceria..perkongsiaan bersama. Thanks Rozita..

    ReplyDelete