MISS NUFFNANG

Thursday, June 12, 2014

BAJU KURUNG PEPLUM BUAT AIDILFITRI


 #berhenti kejap cerita europe ye...pasni ni nanti sambung balik

Tak lama lagi kita nak menyambut Ramadhan kannn....mestilah semua orang berazam nak tingkatkan amal ibadat sepanjang Ramadhan. Macam kami...waktu sekarang ni memang asyik lah jenguk sana jenguk sini, website tu website ni nak cari baju raya, dan apa apa hiasan untuk rumah, ...sebabnya, malas nak sibuk sibuk masa bulan puasa nanti..

Bagi yang suka dengan membeli secara online pun, orait jugak sebab tak perlu keluar rumah punnn...lagi jimat masa, ye tak ??? Kelazzzzz !!! Sekarang ada banyak fesyen baju raya, memang rambang mata ahhh..cuma takut muat ke tak muat saiz tu dengan I ....hehehe...

Seronoknya tinggal di Malaysia ini apabila kita dapat hidup dalam suasana yang cukup aman dalam corak kehidupan masyarakat yang berbilang kaum. Dengan kepelbagaian etnik ia bukan sahaja membuatkan struktur komuniti kita lebih menarik malah turut diwarnai dengan adab resam serta budaya yang berbeza. Ini dapat dilihat melalui pergaulan, makanan dan pakaian. Setiap kaum atau etnik mempunyai pakaian tradisional berbeza yang cukup istimewa untuk kegunaan acara tradisional dan keagamaan. Baju kurung adalah antara yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah ianya adalah antara pakaian yang sering menjadi pilihan saban hari buat wanita.
 
Cantik kombinasi warna ni...


Orang bersaiz besar pun boleh jugak pakai peplum kannnnn ??
Ahakssss...macam I ni sesuai tak ???





Terdapat banyak jenis baju kurung seperti Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Kedah, Baju Kurung Moden dan terbaru BAJU KURUNG PEPLUM. Kurung peplum kelihatannya mendapat perhatian yang cukup banyak daripada para pencinta fesyen tanah air. Bagi wanita Muslimah ini adalah berita yang cukup menggembirakan mereka kerana mempunyai lebih banyak pilihan untuk koleksi pakaian Muslimah mereka.


Boleh nampak slim kalau I pakai baju niii...


Kurung moden ni pun cantikkkkk...

Stail baju peplum sebenarnya telah popular sejak daripada zaman kegemilangan primadona Saloma lagi. Beliau adalah antara ikon seni yang sangat popular dengan persalinan baju kurung ala peplumnya ketika itu. Kini stail peplum kembali memikat hati bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Dress peplum sebagai contoh adalah pilhan yang sering digayakan oleh para selebriti Hollywood. Oleh itu tidak hairanlah jika peplum top sering kali mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran.

Baju kurung peplum moden amat cantik jika digayakan dengan shawl atau hijab. Bagi Muslimah ianya pasti memberikan penampilan yang stylish jika dipadankan dengan fesyen tudung terkini wanita. Persalinan ini amat cantik untuk dipakai ke majlis-majlis istimewa malah cukup sempurna untuk dipakai ke pejabat juga. Masih mencari baju kurung peplum? Beli sahaja secara online. Kini terdapat banyak website online shopping Malaysia yang menawarkan pelbagai koleksi pakaian tradisional serta Muslimah wear yang cantik-cantik belaka dengan harga yang sangat berpatutan. Online shopping adalah lebih menjimatkan masa dan wang anda! 

Memang betul kannn...zaman sekarang ni, online shopping memang membantu terutama kita yang bekerja ni....tinggal sediakan duit aje ye...




11 comments:

  1. Kalau yg tinggi lampai cantik pakai baju peplum ni Rozi.

    ReplyDelete
  2. Laaaa.. ada iklan pulak... cerita Jelajah Europe....tak habis lagi....
    heee heeee Ok Good Luck Mama

    ReplyDelete
  3. kuasa membeli di hujung jari ...klik, klik semua jadi

    ReplyDelete
  4. teringin nk klik2 beli..tp bdn maya curvy lebih..xpuas kalo x try... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita Maya Dhira.. .akak pulak bentuk pear ..huhu...susah kalau beli bajutak try..

      Delete
  5. Kak ita, berapa pasang raya tahun ni kiranya thn ni baju kurung oelum jd pilihan lah ek :-) klau org tggi lampai cantiklah pakai tp klau rendang tu x berapa nk sesuai tp itukan citarasa masing2. Tema warna apa thn ni
    Betul tu better prepare awal2 sblm puasa nanti tak kelam kabut :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jm...adik beradik akak ambik turn tiap tiap tahun tentukan warna tema. tahun ni turn adik bujang tentukan tema ..dia pilih colour maroon+dark purple..huh ...pening kepala nak carik colour tuu. xtau lagi brapa pasang baju utk raya ni..

      Delete
  6. Sy peniaga online & juga pembeli tegar online, adil lah kan haha.

    Kita takde baju raya lg tahun ni.. sedehhhh :-(

    ReplyDelete
  7. Selamat menjalani ibadat puasa sis..dan salam ramadhan

    ReplyDelete