MISS NUFFNANG

Wednesday, November 9, 2011

Projek Khas di Aidiladha

Rasanya semua orang tak la ber iya iya sangat celebrate raya haji. Setakat masak rendang dan juadah special untuk ahli keluarga je kann. Tahun ni pun dah syukur sangat sebab cuti 3 hari, boleh berkumpul ngan ahli keluarga.




Petang sebelum raya tu, emak I sibuk nak buat special project. I ngan adik yang masak masak. Emak I tak terlibat masak masak tu sebab dia puasa sunat hari arafah. So, oleh kerana ada banyak masa lapang emak pon buat la something something. Ni haaa..


Apa yang mak I tengah tumbuk tumbuk tu ?


Tentu dah boleh agak, bila bab tumbuk tumbuk nih tentulah berkaitan dengan pokok nih...




Sure ramai kenal pokok ni...... Kebetulan pokok inai ni dah tinggi sangat, bila emak I nak buang  dahan dia, rasa sayang pulak. Tu yang emak I rela menumbuknya...


So, malam tu sakan la my sis menginaikan anak dia yang umur 8 tahun...



My sis tengah memakaikan inai kat jari anak sedara I,  Amira... girls kan suka benda benda cam nih
 Emak I pun berinai jugak kat dua dua tangan.


Anak sedara I, Amira gembira selepas dipakaikan inai


Ish ish ish....I tak berapa nak berinai ni. Last pakai inai masa kahwin dulu la. Masa kecik I memang tak suka pakai inai. Bila orang suruh berinai, I akan jawab tunggu masa nak kahwin nanti. Tapi... bila tegok emak I tumbuk banyak inai tu, tetiba rasa nak berinai pulak.


Tapi I tak nak pakai inai kat tangan. So nak pakai nak mana ?? Haa... I inai rambut la, boleh tutup tutup sikit uban yang dah mula muncul....he he he.



Selain kat rambut, I pakai inai kat....




Taraaa...



Kaki berinai... eh tetiba rasa cantik pulak selepas kaki bersarung sandal tu (PERASAN !!)

Ha ha ha....tu la projek khas sempena Aidiladha tahun ni.

2 comments:

  1. hehehe....masa nmpk batu tumbuk tu, ingatkn projek masak memasak! Rupanya tumbuk inai! Inai pokok ni jugak yg cantik dipakai kan. Inai yg slalu bwk dr mekah, yg dlm tiub tu x tahan lama. Kejap jer dah pudar warnanya......

    ReplyDelete
  2. Ibuhani...
    Inai pokok yang ditumbuk tu memang cantik dipakai berbanding dengan inai serbuk.

    ReplyDelete