MISS NUFFNANG

Tuesday, January 31, 2012

Hong Kong Part 2- From Disneyland To Cable Car & Ngong Ping Village

Hari ni hari ke 2 di Hong Kong. Ahli rombongan semua pergi ke Disneyland HK tapi kami berdua dah ada rancangan sendiri. Kalau ikut plan yg I susun, cam ni

  • ikut bas ke HK Disneyland 
  • MTR ke Tung Shun utk naik cable car 
  • MTR ke Central  nak cari mid level escalator
  • cari masjid sama ada ke Kowloon Mosque atau ke Ammar Mosque di Charter House and lunch
  • MTR ke Mongkok utk ke Ladies Market (again !!)
  • MTR ke Tsim Sha Tsui dan menapak ke Avenue of Stars (tengok Symphonys of Lights) 
  • MTR @ bas balik ke Panda Hotel                    
Nampak macam aturcara padat sepjg hari, so I dah warning hubby, jgn bersungut penat pulak. Kebetulan kat lobby hotel I ternampak notis Panda Hotel ada sediakan shuttle bas dari hotel --> Tsim Sha Tsui --> Hotel dgn bayaran HKD10. Terus aje buat bayaran utk 2 orang, booking jam 9.45 malam untuk balik ke hotel nanti.


Sebelum keluar ke disneyland, sempat snap gambar sekitar hotel.





 Hotel ni located nearly 10 minutes walking distance to Tsing Yi MTR station. Tapi kawasan ni lebih popular sbg business center. 


Oleh sebab kami tak nak masuk disneyland, so kami bayar kurang la  berbanding kalau masuk disneyland. Nape tak nak masuk disneyland ?? Nanti sure teringat kat CK sebab dia dah kenal kartun mickey mouse tu...Tapi tak pe, one day nanti kami sure akan bawak CK ke sana.

Sampai disneyland, turun dari bas, kami pun sibuk posing posing kat luar disneyland tu...Comei comei watak kartun dia....Masa ni suhu di sini ialah 10 C.

Hubby dah bertopi utk tutup telinga, I pulak dah bersarung tangan. Sejuk betulll..maklumlah datang dari negara panas, sure lah tak tahan ngan cuaca sejuk cenggini !!


Org ramai menuju ke entrance HK disneyland

Hari tu ialah ahad 22 Jan 2012, sehari sebelum CNY. Peliknya, ramainya orang cina ni... diaorang tak raya dalam erti kata kita beraya...

Punya la ramai orang nak masuk ke disneyland.. sejuk sejuk pun gigih diaorang ni berjalan..



Ahaksss... ingat CK tak ??
Pas puas berposing kat disneyland, kami menapak sikit menuju ke MTR stesen disney. Beli tiket untuk ke Stesen Tung Shun HKD 5 sorang.


Di MTR stesen disney...

MTR khas untuk ke disney...so tingkap dia pun bentuk mickey mouse...

Siap ngan hiasan patung disney dalam subway niii...

Pemegang tangan pun bentuk mickey mouse...
 Dari stesen disney, kami turun di stesen sunny bay, untuk tukar  subway ke stesen Tung Shun pulak. Tak perlu beli tiket lain sebab dah termasuk sekali harga dari stesen disney ke stesen Tung Shun. Hubby kata nasib baik dah biasa naik LRT kat KL kalau tak, sure jakun nak guna MTR @ subway ni hehee...

Keluar dari stesen Tung Shun, tersergam Citygate outlet. Memang semua barang branded ada kat sini. Kami singgah selepas balik dari cable car. 

Keluar dari MTR Tung Shun, ikut je signboard ke arah cable car. Sure tak sesat punya...

Tu escalator menuju ke cable car..

Pakej yg ditawarkan. Kami pilih cable car crystal cabin+monkey tale+ walking with buddha HKD250 sorang.

Beratur nak beli tiket ke cable car.

Apa yang menarik sgt nak naik cable car tu? Sebenarnya ada 2 jenis cable car : yg biasa cam kat genting @ langkawi dan satu lagi jenis crystal cabin iaitu keseluruhan cable car tu dari kaca. Kat Msia takde jenis crystal cabin kann? Tu yg kami excited sgt. Cable car tu bergrk sejauh 5.7 km ke arah puncak bukit setinggi lebih 900 m dari aras laut, ke kawasan yg dikenali sbg Ngong Ping Village atau chinese-style village. Hampir 25 min duduk dlm cable car tu.


Airport view dari dalam cable car. Nampak landasan di airport.

Crystal cabin cable car. Keseluruhan dinding cabel car dari kaca. Sure gayat tengok kat bawah. Masa naik ke puncak Ngong Ping tu, dalam cable car ada 4 orang dari Bangkok + kami berdua. So, tak boleh berposing sakan.

Semakin menghampiri puncak bukit, keadaan berkabus tebal, so tak nampak  langsung kat luar cable car.

Naik crystal cabin cable car ni sangat mengujakan sebab keseluruhannya adalah kaca. Hubby punya la gayat, sampai nak letak kaki kat lantai pun rasa takut. Suhu sangat sejuk sebab angin dari luar masuk ke dlm cabin tu. Masa tu, suhu di Ngong Ping village lebih kurang 4 C (according tu penjual kat situ). Ngong Ping terletak di tanah tinggi, so cuaca sangat sejuk dan berangin...ngerrr.




I asyik cakap kat hubby " Rasa cam kat overseas la". Hubby kata "Memang la kita kat oversea" . Kah kah kah...
Tangan pegang hot cappucino dari Starbucks..

Ha ha ha... jangan muntah tau tengok aksi lomantik sebab memang sejuk gilerrr....

Dah la sejuk... gerimis pulak tu, org lain berpayung, kami malas nak beli payung.




Kat belakang tu ialah Tian Tan Buddha statue... besar betul patung tu. Tapi kami naik tangga tu sampai 3/4 je...tak larat nak naik atas lagi. Kira macam tangga kat Batu Caves nih...




Ahakss.... beli satu topi kat area sini sebab telinga dah rasa sejukkkk.  Baju 3 lapis tuuuu
















Banyak kedai souvenir di kawasan sini....

Hampir 2 jam berposing di sini, kami masuk ke Monkey Tale Theatre... layan jer la show animasi tu sebab panas sikit duduk dalam dewan. Pas tu kami masuk ke dewan untuk show walking with buddha, iaitu audio-visual showcase. Cerita pasal asal usul ajaran buddha. Layan jer la..sebab dah termasuk pakej harga.



Dah habis tengok show, kami ingat nak balik ke cable car sebab nak ke Central pulak. Masa tu dah jam 2 ptg.  Tetiba hubby ternampak kedai kebab halal....yahuuu...gembira ...sebab masa tu memang tengah lapar. Stok biskut dalam beg pun dah tinggal separuh jer.



Ebeneezer's  Kebabs dan Biryani halal..Located next to Subway Restaurant.

Kami makan bryani ayam dan salad



Pokok dah togel...






On the way balik, dalam cable car tu hanya kami dan 2 pompuan Filipina so, kami ambik kesempatan brposing sakan la...
Berposing kat lantai cable car..




Ha ha ha... hubby tengah takut ni..dia bayangkan kalau la cermin tu pecah....




Dah sampai di stesen .. Tu kat belakang, nampak cable car..
Pengalaman naik crystal cabin cable car ni memang best cuma tak nampak sangat view yg cantik sebab cuaca yg sejuk.


Next entry I sambung perjalanan kami seterusnya ke Kowloon mosque, Avenue of Stars dan macam macam lagi...



17 comments:

  1. alahai... jelesnya tgok gmbar2.... romantik... tringin jalan hong kong... skrg msim sejuk ...bestnya.... TQ .. mudah-mudahan dela berpelung merasa menjadi seorang ibu ... tpi rasa2 simtom2 tu belum ada lagi kot... :(

    ReplyDelete
  2. amboiiii...bnyak aksi yg romantik..al maklumlah sejukkan...heheheh...

    ReplyDelete
  3. Dalila Hamid...

    Memang best kat situ dela. Kebetulan pulak cuaca tengah sejuk.
    Insyaallah..adalah rezeki dela tu, semua tu kann Allah yg rancang.

    ReplyDelete
  4. MulutPayau...

    Hehehe...member kata, sib baik ada teddybear.

    ReplyDelete
  5. wow bestnyer jln2 kt hongkong.. bestnyer tgk gambar akak and hubby.. so romantik.. CK tinggal kt sape? kalau ada rezeki nk gi sana leh la contact akak.. amik info.. ekkeke

    ReplyDelete
  6. BYk lomantiknya kamu berdua..............n I like the pink cap....hehehe.....comeii ada ribbon lg! Rupanya Hong Kong ada winter ye....mesti sejuk! Nana, anak k.ani yg bongsu slalu ajak gi HK Disneyland jugak!

    ReplyDelete
  7. Liza Hashim..

    Memang best kat sana. Ahakss.. sesekali ambik peluang la lieza. CK tinggal ngan mak akak. Sure..kalau lieza nak gi..Disneyland is the best place for kids.

    ReplyDelete
  8. Ibuhani..

    Memang sejuk masa kami pegi tu. Kalau akak nak ke HK, saya rasa tak payah guna travel agency pun. Sebab MTR dia tersgt la cekapnya. Asalkan tau nak ke destinasi mana. Next time, kalau sy nak pegi, kami plan nak pegi sendiri aje.
    Disneyland tu memang tempat popular utk semua golongan la k.ani.

    ReplyDelete
  9. Mama... Nak Tanya Sape Teddybear tuuuuu. Tapi kalau kat HK yg ada Panda. Kita pun duduk hotel panda

    ReplyDelete
  10. Anonymous..

    Ha ha ha.. tentu lah orang yg bertanya tu !

    ReplyDelete
  11. bestnye kak ita...jeles leiya tgk nie...mmg tempat yg lieya nak sgt2 pergi....seronok budak2 ni kalo dah sampai disneyland tu......

    sonok lieya bace hah...mcm lieya plak yg bercuti sekali.....

    amboi kak, kat sane pun cari nasi beriani...senang le kan kak bab mkn2 nie.....tak le susah nak cari halal food....

    ReplyDelete
  12. best giler....sukeeeee
    sejuk2 begini sesuai unk ber lomantik kan...:)
    nak gi juga uwaaaa

    ReplyDelete
  13. lieyalatif..

    He he he.. memang syok lieya. Bawak la anak anak ke disneyland, sure diaorang seronok. Kalau pergi sana, toksah ambik agency, senang jer kalau pergi sendiri.

    ReplyDelete
  14. kasihredha..

    Memang best kak kasih. Pergi la ngan incik hubby tuu..

    ReplyDelete
  15. salam Nekcik pun baru balik dari HK, shenzen n ghuangzhou..sendiri travel...jimat dan selesa,2mlm HK,2 mlm Ghuangzhou n 2mlm shenzen..dgn tiket AA ( RM475 ALL IN + Nasi Bukhara) makan , hotel..train..baru RM1300 seorang...BELIEVE IT OR NOT!!!! Duit pocket RM2K tu kira lumayan lah untuk cenderahati skali!!

    ReplyDelete
  16. bulan brape cuaca sejuk ye?? Bulan November sejuk tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan nov tak sejuk sangat...tapi rasanya bestlah utk jalan jalan.

      Delete