MISS NUFFNANG

Tuesday, March 20, 2012

Hot Air Balloon and Saba Restaurant

Last weekend. rasanya ramai warga Lembah Klang berpusu pusu ke Putrajaya sebab nak melihat belon udara panas. Maklumlah setahun sekali jer fiesta ni...Last year, I pergi ke sini tapi satu belon pon tak de sebab pergi jam 11 pagi, semua belon tu punya staf tengah berehat. Kena tunggu jam 6 petang baru ada. So, tahun ni, I make sure tengok jadual program dia kat website sebelum terjah ke putrajaya.


Oleh sebab, belon belon tu mula awal pagi dan lewat petang, kami ke situ jam 6 petang, kurang lah bahang panasnya. Masa tu kereta punya la banyak kat area berdekatan, memusing cari parking tak jumpa, last last I ngan CK turun dulu, dan hubby pi cari parking. Memang tak de la tempat kosong, so hubby double park je kat tempat parking kereta...

CK pakai baju korea...hehehe baba baru balik dari Korea...

Org ramai mengelilingi tapak tempat belon belon tu di "tiup"





CK terlopong tengok belon tu terbang tinggi..pastu Ck jerit jerit  "bye bye belon"...





Orang ramai berhampiran tapak belon ditiup...

Belon yg berwarna hijau tu, sampai ke sudah tak naik naik...

Nampak api utk memanaskan gas di dalam belon tu..

Masa ni dah jam 7 petang..

Belon yg ni tak dilepaskan...hanya takat tu jer dia mengembang..


Kepenatan berdiri, CK duduk kat bonet kereta.. Di belakang tu, masjid  baru di putrajaya..


Tapi rasanya berbaloi pergi kali ni sebab dapat tengok dari mula belon belon tu di"tiup" sampai la belon tu naik terbang tinggi...CK memang excited betul.




Hampir jam 7.15 baru lah tak de lagi belon dilepaskan ke udara. Dah gelap kot cuaca. Kami pun beredar. Masa tu berfikir fikir nak solat maghrib kat mana. Kalau kat masjid putrajaya sure le penuh ngan org..last last kami decide ke Saba' Restauran, Cyberjaya dan sembahyang kat surau kat basement restoran tu..


Sampai kat Saba', kami cop meja dan order makanan dan siap pesan kat pelayan tu, kami nak pi solat dulu. Dah selesai solat, kat meja kami dah terhidang makanan. Alhamdulillah...keputusan yg tepat. 






CK keletihan.. yg berbungkus tu chicken kebab..

Lamb khabsah...kami ambik yg large size (utk 2 org) rm25

Baklava...sejenis manisan, sedap sebab banyak kekacang terutama pitaschio.  Sebekas ni rm10




Macam kuah dal rasanya, tapi ada kentang..


Kami makan dgn tenangnya tanpa perlu tergesa-gesa. Masa tu makin ramai org kat restoran tu, masing masing berdiri sebab tak ada tempat. Rupa -rupanya diorng pun dari tengok hot air balloon jugak, pastu tu q panjang bersolat kat masjid kes tak bawak telekung. Pastu bila sampai kat restoran, kena q pulak nak cari tempat duduk. 



11 comments:

  1. sure anankanda gumbira melihat belon2 di udara... :)

    ReplyDelete
  2. Seronoklah CK dpt tgk belon besar dr dekat! Boleh naik x....knp tk bwk CK naik belon?

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya CK dapat tengok belon2 tu....

    ReplyDelete
  4. Kasihredha..

    Memang gumbira kak sampai hari ni masih menyebut nyebut belon besar..

    Ibuhani..

    Kami tak naik pun belon tu..rasa takut pulak.

    MulutPayau..

    Memang CK gembira sangat tengok semua belon tu..

    ReplyDelete
  5. seronoknya kalau lihat anak2 terhibur.Teringin baklava tu..hihi

    ReplyDelete
  6. wah...kak ita dah sampai jugak akhirnye tgk belon panas yeak...lieya yg org putrajaya ni tak pergi2 pun...keh keh keh ....

    budak2 syok tgk ni...seb baik akak dah study dulu so dpt le tgk belon terbang di udara....baru berbaloi pergi...

    saba tu pujaan hati lieya...sedap!

    ReplyDelete
  7. Kalu tengok nasi arab ni sure meleleh air liuq.

    ReplyDelete
  8. banyak kali time ada belon panas tak sempat nk tgok... lain kali nk kena pergi jgak la...

    ReplyDelete
  9. Ajak Cawan pgi tgk ballon tp dia malas! Menci.. Pernah gak makan kat Saba sekali tahun 2010..omaiiii teringin plak dah ni heheheh

    ReplyDelete
  10. kali ni kami tak berkesempatan ke sana sbb berada di Sg Klah. Dan selalunya juga kami tak pernah tgk belon itu dr peringkat awal sehinggalah ia dinaikkan...

    ReplyDelete
  11. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://tinyurl.com/UinvestWorld


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete