MISS NUFFNANG

Monday, March 12, 2012

Raptor Watch-PD-Bagan Lalang..

I terbaca promosi pasal raptor watch kat Tg Tuan, PD dalam blog Sha. Ia berlangsung pada 10 & 11 Mac kat PNB Ilham Resort, PD.


So pada hari sabtu 10 Mac tu jam 3 ptg berangkatlah kami ke sana. Oleh kerana kami melalui pekan Lukut, PD banyak sgt tarffic light so kami sampai ka PNB Ilham Resort tu dah hampir 5 ptg. Sampai kat sini nampak ramai org berT-shirt Raptor Watch niii...




Ni gambar dari website MNS..
  Sebaik keluar dari kereta, I terserempak pulak dgn 2 ex-students dari sekolah lama I. Kebetulan mereka berdua tu sukarelawan MNS (Malaysia Nature Society) yg bertugas utk raptor watch ni..Menurut mereka, sepanjang hari tu, mendung jer so, tak bnyk raptor yg melintasi ruang udara Tanjung Tuan,PD...Frust gak..tapi nak buat cam ne kannn..Tahun depan la nak tengok lagi..


Plan B, kami terus ke pantai Teluk Kemang PD. 




Kami tak singgah di sini, sebab org ramai..

Orang yg paling suka..dah tentulah cik kak sorang tu...tak sabar sabar nak salin baju renang.




Siap terlentang lagi..budak tuu..

Satu jam lebih CK main air kat PD tuu..sib baik cuaca redup jer, kalau tak, sure dah berkilat kilat kulit CK hahaha..




Sebaik bergerak keluar dari PD, azan maghrib pun berkumandang. Kami solat kat stesen petronas, sebab ada satu lagi destination...






Next destination, kami terus ke pantai Bagan Lalang Sepang,  nak makan seafood (again !!!).




Tengok kat Senandung Malam ikan bakar, q punya la panjang..ish ish ish..ntah bila boleh dapat makanan tu. Kami pun ke restoran bersebelahan (tak lah bersebelahan sangat sebab ada jalan dan kawasan lapang memisahkan) iaitu..


Last week kami ke Senandung Malam Ikan Bakar...hehehe, kali ni ke sini pulak..
lokasinya berhampiran Sepang goldcoast..
 Kat sini orang tak ramai makan tapi ramai yg dah buat tempahan awal, so hampir sejam jugak menunggu...


Senyum...Ingatkan CK akan tertidur keletihan dalam kereta, rupanya tidak, cergas aje dia berlari ..

Asik minum jer, bila nak sampai nasik lemak nih...

Peberet...sejak kali pertama kami cuba makan...pepahat. Kali ni kami ambik lebih 1/2 kilo..

Ketam masak pedas...

Ikan bawal bakar

Kuah kicap yg terangkat pedasssss...


Overall, ok la makanan kat sini. Cuma kami mintak semua kurang pedas, jadi sedaplah makan. Kawan kami yg makan kat sini, terlupa nak cakap tak nak pedas...hah amik..memang pedas semua foods termasuk ikan bakar tuu..Semua makanan dan minuman tu rm49.20. Kira okeh la tu..





1 comment: