MISS NUFFNANG

Friday, August 3, 2012

Menu Berbuka Hari ke 13

Hari ni nak tunjuk menu berbuka semalam, mana tau jadi inspirasi pada kenkawan yee...ha...ni home made punya, bukan tunjuk tunjuk punya. 




Sampai di rumah jam 5.30 ptg, terus solat asar layan sekejap CK, then jam 6 ptg terus kelentang kelentung di dapur. Nasiblah CK ngan baba dia kat depan nak buat apa, tak peduli dah...misi memasak mesti dilaksanakan (padan muka sendiri....jemu lauk beli kununnnnn...hehehe..).




Akhirnya siap jugak...selesai dihidangkan, teringat nak snap gambar dulu....so, nilah menunya..

Ketam masak merah

Ikan masak lemak ngan belimbing
( ini.. kes dah banyak kali tengok masak lemak belimbing  kat blog kak kasihredha...so, terinspirasi lah)

Bubur barli ( masa kecik kecik dulu, emak I  suka buat bubur ni..)


Tapi hubby sebenarnya macam tak percaya, misi I boleh berjaya ( ohhhh... underestimate I lah tuuu), so dia beli jugak ikan keli goreng berlada dan murtabak. Menu beli tak acilah nak tunjuk kat sini kannnn...


Selamat menjalani ibadah puasa !




### Seronoknya, cuti hujung minggu ni 3 hari sebab hari Isnin cuti sempena Nuzul Al-Quran di negeri Selangor, Pahang, Perak, Perlis , Penang, Kelantan dan Terengganu aje. Hubby kerja kat KL, so tak cuti la ...hehehe jeles lah tu !!!



15 comments:

  1. hehehe..serius kalau masak sndiri lain kan seleranya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...sesekali masak memang berselera makan rine..

      Delete
  2. wahhhh dalam mase sejam tu kak ita boleh pulun masak abis semua nie...cayalah kak...mmg cekap n terra di dapur akak....

    lieya terliur tgk ikan ngan belimbing masak lemak nih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lah tera mana lieya. Ehh...akak ngan hubby suka betul kari sardin yg lieya tunjuk masak ngan mangga dulu. Tapi akak masak xlah masukkan mangga. Dah banyak kali akak masak kari sardin sejak terliur tengok lieya masak. Tq for the recipe lieya..

      Delete
  3. hihi ada nama akak le kali ni
    perrggghh bubur barli tu pun nampak lazat sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan kak, ada member office bawa belimbing besi tuk sedekah kat kawan kawan

      Delete
  4. kita kat sini pun cuti 3 hari, projek kuih raya le nmpknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh projek kuih raya yr kak nieda

      Delete
  5. masak sendiri lebih sedapkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mp...cuma kita tak berkesempatan (alasan! !)

      Delete
  6. congrats...bagus lah tu.. at least dapat gak masak dua jenis lauk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setiap hari dpt peluang memasak kak yan. Rasanya banyak beli jer lauk dari masak sendiri....sib baik suami saya xbnyk songehh

      Delete
  7. paling tak tahan tengok ketam tergolek2 tu. aduh...sekarang bulan mengambang. mesti penuh isi ketam tu.

    ReplyDelete
  8. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://tinyurl.com/UinvestWorld


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete
  9. Amboi... tiga hari cuti ye. Tapi masa sekarang cepat je. Hari ini dah kerja semuanya kan. Rasa 3 hari berlalu bagaikan kilat..

    ReplyDelete