MISS NUFFNANG

Saturday, September 8, 2012

Matta Fair , 7 - 9 Sept 2012

Petang semalam kami sempat ke Matta Fair kat PWTC tu. Sebenarnya ambik cuti utk bawak CK jumpa doktor, so, sebelah petang singgah jap kat matta fair nih. Cerita CK akan diceritakan dalam entry lain yek !

Nih sebenarnya kali pertama kami ke matta fair. Sebelum sebelum nih tak pernah jengok pun matta fair ni sebabnya terlalu ramai orang. Tak selesa nak berhimpit himpit, tapi kali nih terpaksa gak pergi demi utk travel tahun depan.


Baru tau rupa rupanya kena bayar tiket masuk rm4 sorang. 



 Orang punyalah ramai beratur nak beli tiket tu. Tapi nak buat camne...terpaksalah jugak beratur !


Tengoklah  org beratur nak beli tiket masuk !
 Lepas beli tiket, I teliti layout plan, senang nak tuju ke mana. So, kami terus ke hall 1 sebab semua yg kami nak cari ada kat situ. Legalah sebab ingat hall 1 mest yang paling dekat. Rupa rupanya...hall 1 ngan hall 2 kena lalu jambatan gantung sebab kat seberang sungai...Alahai jauhnya nak kena menapak !!


Nak ke seberang sungai tuuu...

 I terus ke Japan Tourism Board...hehehe..nak dapatkan segala maklumat ngan peta ..

Mamat jepun nih sangat baik menjawab segala pertanyaan I ....siap ucapkan terima kasih sebab sudi datang  ke jepun !

Siap ada minah jepun tuk promosi negara diaorang dan bagi biskut jepun...
Habis segala benda yg I nak tentang jepun dapat kat booth japan tourism board nih. Pastu, beralih ke Mas punya booth sebab nak jenguk tiket kot kot ada diskaun yg bagus bagus. Tapi I keciwa sikit sebab tiket Mas yg ada diskaun nih cuma tuk travel sampai mac next year ajer, sedangkan I nak cari tiket bulan mei...Takper, pujuk hati sendiri, nanti matta mac 2013 pergi lagi ok. Diskaun harga dia tuk tempat yg nak pergi ni hampir rm700  !!! Banyak tu kalau didarab ngan 3!!!

Last sekali, I jenguk kat indian tourism board...saje saje tanya pasal India lah. Mana tau next year ada peluang pergi...

On the way nak balik, keluar jer dari PWTC, ada booth Legoland Msia. Diaorg promo tiket rm99 jer...harga asal rm160. Banyak diskaun tu... so, kenkawan yg berminat silalah dapatkan tiket.


9 comments:

  1. Wahhh, kakak nak pergi jepun ke? Qla and nana insyaAllah isnin ni pergi jepun :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tak beli lah kak yan. rega dia rm2500 normal price. Kena tunggu matta fair mac lah pulak

      Delete
  3. tak pernah pergi matta fair
    suami je yg selalu ditugaskan ke sana hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pening kepala kak, ramai sangat org kat situ

      Delete
  4. Walaud ah tiap tahun ada matta fair tapi kakak tak pernah pergi pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pergi pun sebab terpaksa kak zakie. Ramai betul org...susah nak berjalan pun

      Delete
  5. K.ani x pernh gi matta fair ni jugk......msti teruja tgk tiket2 murah tu kn?!

    ReplyDelete