MISS NUFFNANG

Tuesday, May 21, 2013

Kuching Again ! Part 1

Salam semua.

Kami ke Kuching lagi dari 1 mei- 5 mei  2013. Walaupun dah pernah pergi tahun 2005 yang lalu, tapi masa tu kami pergi berdua aje, jadi kali ni bertiga lah pulak dgn si budak kecik CK. Semuanya gara gara CK ternampak gambar neneknya bergambar dgn statue kucing kat bandar Kuching tu...so dia pon nak ke kucing jugak. Itu tidak lah bermakna kami turuti semua kehendak anak. Kebetulan bulan oktober tahun lepas kot, hubby TERNAMPAK promo AA ke Kuching rm58 per pax return. Kira murahlah tu sebab masa tu takde offer tambang rm 0.

Sampai di Kuching jam 5.30 petang dan rakan hubby, Nizam menjemput kami di airport dan terus hantar ke Damai Beach Resort lebih kurang 30 km dari Kuching. Nizam jugak bermurah hati menyuruh kami guna kereta dia sepanjang 5 hari di Kuching. Ermmm...rezeki jangan ditolak kannn ?? 


Sampai di hotel, rupa rupanya bilik kami nunnnnn sayup kat atas bukit, dan kena guna van shuttle dari lobby ke bilik hotel. Alahaiii...tapi nasib baik van shuttle tu 24 hours ready je. Tekan jer loceng yg hampir dgn bilik kita, tak sampai 5 minit, sampailah van tu...

View dari sisi bilik hotel kami...mengadap pokok pokok..di sebalik pokok pokok tu ialah laut

 
Nun jauh di bawah sana ialah lobby hotel dan bilik bilik yg berdekatan dgn pantai...








 Kami stay 2 malam di Damai beach resort di Santubong dan 2 malam lagi di Grand margherita kuching.  Itinerary kuching kali ni, kami plan jugak ke taman negara Bako, Annah Rais longhouse, sarawak river cruise sebab masa pergi kali pertama dulu, tak sempat cover..

 Kg Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village)

Kami ke sini pada hari kedua. 5 min jer drive dari Damai beach resort. Harga tiket masuk ialah rm60 seorg, tapi kalau beli melalui travel agen, harganya rm55. Kat tempat parking kereta ada sorang travel agen menunggu utk jual tiket. Boleh beli dari diorg. Kanak-kanak bawah 6 tahun free aje.

Kali kedua masuk ke kg budaya ni, tak rasa seronok sangat sebab tak der perubahan berbanding dgn tahun 2005 dulu. Ni pun sebab nak bawa CK aje. Tempat ni bagus sebab boleh tengok budaya semua kaum yg ada kat sarawak ni. Pelawat diberi buku passport utk dicop di setiap rumah yg kita masuk. Kami bermula dgn rumah org cina sarawak.



Pastu ke rumah org melayu sarawak. Siap ada lagu nyanyian sorang makcik dan cucunya menyambut ketibaan kami.




Makcik ni sedang menyanyikan lagu melayu asli ditemani cucunya ...


Comel cucu makcik tu...




Pastu ke rumah org melanau pulak.

Rumah melanau ni tinggi betul. Dibawah rumah tu ada beberapa
org penari yg menunggu utk menarikan tarian tradisional


Pastu ke rumah panjang orang ulu.




Tangga ke rumah ni merupakan batang pokok yg di buat anak tangga...
seb baik CK tak gayat, ahkak yg gayat naik tangga tu...

Pastu ke pondok orang penan.

Simple betul pondok ni...patutlah org penan hidup berpindah randah...



Pastu ke rumah orang iban.

Sepasang baju ni sewanya rm10...masa nih dah lah panas terik...
terpaksa menahan diri demi utk bergambar..



Gadis iban ke gadis bidayuh nih ? Dah tak ingat masa org tu cakap...
baju ni suku kaum mana yg punya







Akhir sekali ke rumah orang bidayuh.








Akhir sekali pada jam 11.20 pg kami sampai kat auditorium utk lihat persembahan kebudayaan dari jam 11.30 - 12 tghari.


Tarian iban..


Tarian melayu

Pada akhir persembahan...penonton diajak naik ke stage.
Anak dara I ni terusjer keluar naik ke atas stage..

Keluar dari kg budaya sarawak, kami menapak ke Damai central yg terletak bertentangan. Masa tu tengah panas terik betul. Ambik gambar lebih kurang aje kat tugu burung dan terus masuk ke kawasan medan selera. Ada pelbagai jenis makanan dan harganya berpatutan.
Tugu burung di Damai central...


Damai central....food court


Apa niii ? Jeruk yg dijual dah siap pack


Habis lunch kami terus balik ke hotel dulu sebab nak bagi CK tidur sekejap.

Petangnya, kami bermandi manda di swimming pool. Dah sudah di situ, kami menapak ke pantai Damai pulak. Kebetulan dah lewat petang, jadi dapatlah captured gambar sunset.
Swimming pool..

Damai beach...





Sunset di damai beach..


Nampak tak tingginya tangga tu ? Ni jalan shortcut dari bilik hotel ke pantai...
Tu lah aktiviti hari 1 dan hari 2. Hari ke 3 memang penuhlah aktiviti kami. Nanti I sambung lagi ek !

13 comments:

  1. Saya pernah jugak kesana tapi lama dah rasanye tahun 2008 kot..tapi takde la sampai ke Kg Budaya ni sebab pg jalan sesaje je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah kg budaya...boleh tengok semua budaya suku kaum yg ada kat sarawak

      Delete
  2. fuh seronok akak...jelajah sarawak plak yeak....lieya ni namenye lahir sarawak tapi takpenah pun sampai ke tempat2 yg akak pergi...almaklum laa bapak lieya askar kak....pindah randah hah....

    cute tgk ck pakai baju org iban tu...comel sgt...seb baik sporting die nak try kan kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memula CK taknak gak pakai lieya...maka terpaksalah akak pun pakai jugak.

      Delete
  3. Saya tak pernah jejak sarawak.. kesian kan saya?

    Tak tau bila buleh jejak sob.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa...sure dekdaa akan sampai jugak sarawak satu hari nanti tu..

      Delete
  4. Untungla kak ita ada kwn kenal kat sana x perlu risau pasal trsnsport. Klau x ada member camna agaknya nk ke kg budaya tu eh perlubsewa kereta lah agaknya ekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami dah set utk sewa kereta, siap dah bawak GPS kami lagi agar senang bergerak ke mana mana. Tu la..rezeki jgn ditolak kan JM.
      Ada jer shuttle dari hotel ke kg budaya tu JM tapi kena bayarlah. Kg budaya ni kira tempat wajiblah utk tourist, jadi kebanyakan hotel ada khidmat shuttle ke situ.

      Delete
  5. mmg mendamaikn Damai Resort tu.......cntk atas bukit mengadap laut pulak! ...hehehe....ck comeiiiii pki bju traditional tu! Awat tutup muka lg...... :)

    ReplyDelete
  6. Salam ita
    Akak tak pernah Sampai ke kucing...
    Nampak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti cuti Malaysia kak, hehehe....

      Delete
  7. as-salam
    akak, ke mana akak
    cepat tgk sini.dah lama saya menanti :)

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/05/pemilik-tepung-segera-red-velvet-ialah.html

    ReplyDelete