MISS NUFFNANG

Tuesday, October 22, 2013

Guangzhou, China : Part 1

Assalamualaikum semua....

Lama betul tak update entry kat blog ni. Trip ke Guangzhou dah nak hampir sebulan dah berlalu. Maaflah....adat orang kerja makan gaji, cam ni lah...Rasa lega sebab, dah nak hujung semester, bermakna beban tugas pun berkurangan sekejap. Tak sabar nak menunggu cuti...hehehe...pelajar cuti, cikgu pun cuti lah ye tak ??

Tak sempat jugak nak menjenguk blog kenkawan...geram jer tengok kat blog list ni, ramai pulak update citer ke australia....macam tau tau je !!! Tak pe...sempena study week pelajar pelajar ni akan kugunakan untuk cover semua story mory korang yeee...
-----------------------------------------------------------

Trip ke Guangzhou pada bulan september tu sebenarnya ialah trip bersama kawan kawan satu unit di kolej. Kami dah book tix AA ni sejak bulan januari lagi, agak murah jugaklah harganya. Oleh kerana 14 org yang ikut trip ni, maka kami ambik ground arrangement yg dikendalikan oleh student msia kat Guangzhou, Fiqa namanya. Ok lah..untuk 3H 3M, kami bayar sorang rm 750 all in...

Kapalterbang kami jam 8.50 malam hari jumaat 13 sept. dan dijangka sampai jam 12.50 tengah malam. Gigih betul masing masing...sebab semangat nak bershopping punya pasal.

Selepas ambik beg, memasing lepak berhampiran main entrance sambil tunggu kenkawan yang lain
Bila semua dah dapat beg, kami bergerak ke bas yg dah siap menunggu kami. Dari Baiyun int. airport, ke EastAsia Hotel, Chongdi road ambik masa sejam jugak perjalanan. Sampai ke hotel, terus ambik kunci memasing dan terus masuk bilik. Masa tu dah hampir jam3 pagi ...

Esoknya selepas breakfast, kami ke destinasi pertama iaitu Baiyun leather market... Memang happeninglah semua barangan kulit kat sini, tapi tentulah copy dari original. Cuma pekerja pekerja kat situ akan promote "same...same...original" Paham paham sendirilah maksudnya. Cuma setiap handbag atau bag kulit yg dijual ada gred tertentu, kalau first gred tu sebijik sebijik sama macam original, digelar one to one copy, harga mahallah w/pun tak semahal ori. Kalau gred afrika, paham pahamlah kualitinya maka harganya pun murahlah ...


Di entrance baiyun leather market...berposing 2 orang kawanku ni..

Satu kedai di aras bawah baiyun leather mall...

Ini adalah lot apartment di tingkat atas baiyun leather mall yang dijadikan show room untuk handbag. Bukan boleh main terjah masuk ke sini kecuali setelah kita ke lot lot kedai di tingkat bawah, dan pekerja diaorng akan bawa kita ke tingkat atas ni...

Memang rambang mata di sini....Pilih kak Sal..jangan tak pilih.

Ahaksss....tuan tanah mesti nak posing jugak kannnn !!
Kepada sesiapa yang nak shopping leather handbag, kat baiyun leather market ni memang tempat yang sesuailah. Walaupun product tiruan, tapi tiruan dia pun ada gred jugak tau. You get what you paid la...Jangan lupa tawar menawar....harga akan dikurangkan tapi taklah jauh beza sangat, ikut pada gred leather handbag tu...Segala jenis brand handbag ada, cuma tak nampak Coach punya brand aje...Paling banyak LV lah !!

Habis shopping, kami berjalan ke bahagian kiri bangunan ni, melintas jalan dan nampaklah  pintu gerbang seperti di bawah ni..


Pintu gerbang menuju ke kedai makan mee tarik halal....

Pekerja ni tengah demo buat mee tarik. Jangan risau, ni kedai makan halal, semua pekerjanya muslim..

Tu mee tarik....sedap betul. Sepinggan yg besar ni utk sorang makan tau. Tak larat kami menghabiskannya...semua org share share aje..
Lepas lunch, kami ke masjid Huaisheng, Guangzhou. Kami solat jamak zohor dan asar di sini. Rasa kagum melihat masjid yg penuh dengan senibina cina...

Entrance ke Masjid HuaiSheng, Guangzhou...

Dewan berbumbung hijau tu merupakan tempat solat...

Di dinding pagar masjid...

Ada peniaga cina Uigur berniaga kacang dan buah buah kering di luar entrance masuk ke masjid. Kenkawan I ni, apalagi...borong kekacang pulak lah !!

Dari masjid, kami di bawa ke Dashatou, tempat jualan barang barang elektronik pulak. Memang pelbagai barang elektronik yg ada kat sini....S2 samsung , S3 samsung...sebutlah apa sahaja, semua ada. Kebanyakan kami borong powerbank jenama Yoobao, harga 95 yuan (~ rm50), kalau kat Msia lebih rm100 brand yg sama. Tapi powerbank ni limited 2 biji je sorang dan masa naik k/t kena letak dalam handlugage tau...(maklumat ni diberitau oleh tourguide kami, Fiqa). Kenkawan I, ada yg borong hp samsung tiruan, headphone dan macam macam lagi. Memang gila semua tengok barangan yg dijual...macam macam ada.

Di kedai ni , kami borong 15 biji powerbank....Hai Kak Dah, termenung tak tau nak pilih apa ye ?

Dari tempat elektronik tu, kami berjalan kaki ke Haiyin textile pulak. Dekat jer...Fiqa bawa kami ke satu kedai kain yg memang murah, tapi sutera cina yg dijual kat kedai tu tak banyak sangat pilihan..
Kat tempat textile ni, kami borong jugak cadar jenis quilt....harganya dapat 160 yuan (~ rm85). I beli satu set ajer cadar...takut tak larat nak angkut nanti..


Borong kain sutera cina di sini...

Aktiviti terakhir ialah river cruise di Pearl River sambil menyaksikan sunset.


Selepas turun dari bas, berhampiran  tempat nak naik cruise, kami dihampiri penjual buah.
 Buah ditimbang sebanyak mana yg kita nak...

Ni antara perkhidmatan river cruise yang ada. Ada yg disediakan dengan dinner.
Kami hanya naik cruise aje, tanpa dinner

Pemandangan di tingkat atas cruise..

Cantik.....


Satu lagi view dari atas cruise semasa belayar di Pearl river, Ghuangzhou.. Yang warna warni tu ialah Canton Tower



Bukti tuan tanah dah sampai di Guangzhou



Canton tower.....tak sempat naik ke sini. Hanya ambik gambar semasa river cruise sahaja

Habis dah aktiviti hari kedua di Guangzhou...Keluar pagi jam 9.30 pagi, dan sampai semula ke hotel jam 9 malam. Letih seharian berjalan dan bershopping... Nasib baik jugak ada sightseeing, kalau tak memang shopping memanjang laaaa..

26 comments:

  1. Kalau makan angin selalunya hotel just balik utk tidur sajakan .

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa! Next time nak ke guangzhou pulak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak benda untuk shopping linda.....

      Delete
  3. Menarik...teringin nak pegi guangzhou.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik buzu....silalah melawat ke guangzhou untuk pengalaman shopping yg best !!!

      Delete
  4. Bila JM baca ayat ni - ramai pulak update citer ke australia....macam tau tau je - JM dah dpt HINT dari kak Ita heeee..dh tak lama le tue..

    Yeay citer Guangzhou dah keluar....ahaaa..pilih jgn tak pilih..rambang mata kan..bila tgk gambar tuan tanah ngan replika beg tu..kecik molek nye tuan tanah tu..beg tu lagi beso heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaksss....JM ni...cepat aje dapat tangkap tauuuu !!!

      Memang betul JM, kat tempat handbag tu, memang rambang bijik mata tengok segala macam brand. Citer guangzhou akak ni pendek aje JM.

      Apa ?? Tuan tanah lebih kecik molek dari handbag tu...ahakssss...janganlah bergurau JM..kihkihkih...

      Delete
  5. salam...bleh x email no fiqa student dr msia tu...if plan nk ke guangzhou bleh la minta die jd tour guide kami
    email sye : haner_mad@yahoo.com...time kasih...jasamu dikenang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni email fiqa ye..

      nurul.afiqahahmad@yahoo.com

      Delete
  6. Adeh sy tak buleh gi tempat ni.. nanti saya mabuk tanak balik hotel pulak hahahaha.
    Walaupun sy bukan kaki soping tp tgk barang2 tu pun rasa dah terliur (walaupun tau kalu beli mesti tak pakai, tapi nafsu nak membeli melebihi segalanya hahaha).

    Cantikla canton tower tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa akak pon sama macam dekdaa...Bukan nak beli sangat tapi tak tahan tengok barang dan harga yg murah. Tambahan pulak bila tengok kenkawan memborong....hadoiiii..

      Delete
  7. wahhh...best soping kat Guangzhau....weather kat sana macam mana pulak...ada musim gak ke...kalu pi musim sejuk best gak nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa akak pergi , 16 sept. tu cuaca panas dan rasa melekit. Rasanya kalau pergi time winter mesti selesa cik anne

      Delete
  8. memang best soping kat Guangzhau...rambng mata dibuatnya...tapi yg tak tahannya kalau nak masuk toilet..masing2 bawa botol air..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul MP...part botol air kosong tu memang kena sentiasa ada dlm handbag, khusus untuk ke toilet..

      Delete
  9. salam...boleh tak saya dapatkan email or contact no cik fika tuh... becoz saya akan ke Guangzhou juga pada mac 2014 ini..

    ReplyDelete
  10. As salam... Saya bcdg ke guangzhou januari ni.. Mcm mana cuaca kat sana time tu yer.. Glm pertengahan jan2014? nilai duitnya tinggi ke? Keba bawa mknan kering dr m'sia tak, mcm samsbal bilis goreng ke, serunding ke, kicap cabai melaka ke? sbb saya dpt tau, mkanan disana tak dak yg pedas sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..sy just tolong jawabkan..dec-march adalah musim sejuk di guangzhou.dlm 10c.bwk baju sejuk stokin dan apa apa yg patut. nilai duit sentiasa berubah. sept 2013 naik nilai mata wang. november jatuh. sekarang tgh maintain. makanan kering perlu dibawa..lagi2 musim sejuk. makanan halal memang ade disana.dia bukan di setiap tempat ade..kene google search.makanan sana setakat ni saya rase masih kene selere..dia ade sediakan cili..mcm kat malaysia sambal belacan la.. :)

      Delete
  11. Assalam, nak taya. Adakah perlu apply visa, atau visa ketibaan? Atau isi form seperti masuk Singapore. Berminat juga nak bawa keluarga makan angin di sana sambil merasa udara sejuk dan shopping
    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong jawab..hehe
      Ke guangzhou perlukan visa..harganya sekarang rm85 seorang. Dewasa n kanak2 sama harga...
      Musim sejuk besenya oct sampai march...sekarang da tak sejuk...tp pakcik kat sana kata sekrang hari2 ujan..keluar kene bawa payung..

      Delete
  12. nak g guangzao bln 12 ni...time tu musim sejuk....bestnya baca blog ni

    ReplyDelete
  13. Salam..sesiapa yg inginkn khidmat pelajar malaysia utk jadi tour guide semasa di Guangzhou sila emailkn ke jjay937@yahoo.com..dgn harga yg berpatutan dijamin anda akan brpuas hati..

    ReplyDelete
  14. Tempahan Tiket Penerbangan Murah ke Guangzhou bagi Tahun 2016 kini dibuka.

    Keistimewaan Tiket Ini:-
    Harga RM650, lebih rendah berbanding harga Tiket Biasa.
    Harga Tiket (Pergi & Balik) Termasuk Airport Tax + Baggage 20kg (Pergi & Balik)
    Sesuai bagi Mereka yang ingin membeli barangan harga murah di China.

    Untuk Keterangan lanjut Sila Sms/Whatsapp Mohammad :0177120867

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum dik saya mahon ke guangzhou tapi tak tahu cara. boleh tak berikan no hp pelajar malaysia yang boleh jadi tour guide saya di sana..tq

    ReplyDelete
  16. Saya bercadang ke guangzhou.. Pd 21 hibgga 25 nov 2016 bercadang nak guna khidmat pelajar malaysia sbg tour guide.. zuriah_sulaiman@yahoo.com.my

    ReplyDelete