MISS NUFFNANG

Friday, November 1, 2013

Guangzhou, China : Part 2

Aktiviti hari ke 2 dimulakan dengan lawatan ke Onelink Plaza. I memang excited nak ke sini sebab nak mencari doll house untuk CK. 


Onelink plaza ni ialah bangunan 7 tingkat yang menjual permainan, barangan perhiasan rumah, alat tulis, cenderamata, fridge magnet  dan macam macam lagi. Kalau korang pernah pergi ke GM Klang, haaaa...macam tu lah tempatnya. Persekitarannya bersih , beraircond dan orang pun taklah ramai sangat.  Harganya murah dan masih boleh tawar menawar lagi walaupun taklah banyak sangat diskaunnya. Pembeli kan gumbira bila diberi diskaun oleh penjual, tak dapat banyak diskaun, sikit pun jadilah..

Banyak betul barangan perhiasan rumah kat sini. Tapi oleh sebab tujuan I dan kak Rohani nak cari doll house, so kami survey dulu doll house je. Selepas habis pusing kesemua 7 tingkat Onelink plaza ni, kami dah tau dah kedai yang jual doll house tu. Kami beli di kedai toys tingkat 5 , betul betul sebelah kiri dari eskalator. Sorry gambar tak ambik pulak. Kedai tu memang jual semua aksesori doll house...memang geram tengok.


Lot lot kedai dalam Onelink Plaza..Gambar dari yahoo..

Gambar dar yahoo..

Antara toys yang ada...Gambar dari yahoo..
Akibat leka memilih doll house dan aksesori comel comel untuk doll house, I langsung tak ingat nak ambil gambar...hurmmm !! Maka..tiadalah gambar kat kedai tuuu..

2 jam kat sini tak terasa...disebabkan terlalu leka memilih barang, FM dan piring hiasan pun tak sempat dibeli. Teruk betul  !! Kedai jual FM dan piring hiasan tu terletak kat ground floor, cuma kedainya terletak di bahagian belakang dari pintu main entrance..


Selepas selesai di Onelink plaza, kami ke restoran Abdullah,sorry tak tau terletak di jalan apa. Kedai muslim ni menyediakan hidangan tengahari yang sedap. Cuba tengok ikan kat gambar tu...rasanya macam masak sweet sour, tengok ikan yang telah di decorate begitu rupa. Kreatif betul chef dia..


Nampak tak isi ikan ? Nampak tak kepala ikan dan ekor ikan ???


Di depan restoran Abdullah.

Buah buah segar yang dijual oleh penjual di tepi jalan..


Selepas selesai lunch, kami ke Masjid Makam Saad Bin Abi Waqqas pula.  Jauh jugak nak menapak ke tempat solat sebab masjid ni dikelilingi oleh taman dengan pokok pokok hijau.


Ni lah ahli rombongan Cik Yati...13 orang pensyarah + 2 kanak kanak.
Kami bergambar di pintu gerbang ke masjid makam saad bin abi waqqas.
Lorong lurus di belakang tu ialah laluan ke tempat solat

Dewan sembahyang untuk lelaki




Selesai solat, kami menziarahi makam Saad bin Abi Waqqas, sahabat Rasullullah s.a.w yg mengembara sehingga ke negara China. Masa kami sampai di makam tu, ramai cina muslim sedang menziarahi makam tu. Mereka berzikir dengan suara yg kuat sambil orang perempuannya memegang colok. Melihat kami terjenguk jenguk, salah sorang makcik ni telah menghulurkan colok kepada kami. Kami terus geleng kepala tanda tak nak. Makcik tu pulak buat muka heran pada kami seolah olah..."Nape diorang tak nak ambik colok ni". Itulah budaya kaum cina yang diamalkan oleh cina muslim di sini kot..


Lorong ni pula menuju ke makam saad bin abi waqqas. Kiri kanan lorong ni ialah kubur kubur.

Pintu kecil tu tempat masuk ke makam saad bin abi waqqas..Ramai orang cina muslim sedang menziarahi makam ni. Di dalam ruang di sebalik pintu tu, dipenuhi oleh lelaki muslim yang sedang berzikir dengan suara yang kuat..


Makcik ni meng offer colok kepada kami. Bila kami tak nak ambil, dia buat muka pelik pandang kami....



Budaya kaum cina diamalkan..Mereka memegang colok sambil berzikir di sisi makam


Ruang rehat...di sebelah kiri tu terletaknya tempat solat perempuan..

Hensem boy, Anfaal sedang mengepam air dari perigi untuk diminum







Ni pula ialah maqam orang orang islam yang sama sama datang dari
tanah arab bersama sahabat Nabi, Saad bin Abi Wqqas








Selesai solat, kami ke Zhan Xi lu pula... sini merupakan tempat jualan pakaian leaki, perempuan dan kanak kanak. Tempat ni di penuhi dengan shopping complex, di luar bangunan iaitu di kiri kanan jalan dah macam keadaan kat petaling street pun ada. Kebetulan masa kami pergi tu ialah petang sabtu, maka teramat ramai lah local people di kawasan ini..
Frust jugak di sini, sebab ingatkan banyak lah baju kanak kanak...hampehhh !! Rasanya ada tempat lain yg lagi best kot untuk shopping baju kanak kanak !


Suasana sesak di Zhan Xi Lu..


Motor roda 3 ni merupakan salah satu public transport tau...Hanya 2 penumpang boleh dibawa pada satu masa..

Etnik islam Uigur...sedang membakar sate kambang. Satu cucuk 3 yuan. Sedappp jugak rasanya !!

Akhir sekali kami di bawa makan malam. Sorry tak de pulak ambik gambar. Tapi kami perlu berjalan kaki dari tempat diturunkan bas ke restoran tersebut. Agak mengerikan sedikit di situ kerana sangat ramai orang kulit hitam afrika lepak di situ. I langsung tak berani nak keluarkan kamera nak ambik gambar diaorang tu...
Muka keletihan sambil menunggu bas kami datang...Di belakang tu ialah restoran bukhara, hari ke 3 kami lunch di situ

Doll house untuk CK dan aksesorinya....


Doll house untuk anak kesayanganku....

Habislah aktiviti hari ke 2 di Guangzhou. Memang memenatkan tapi seronok sebab dapat beli doll house untuk CK. 

Esok hari ke 3, merupakan hari terakhir kami di Guanzhou...



4 comments:

  1. Satu hari nanti rasanya nak ke sini juga... Teringat sate kambing tu kat Shanghai... sangat sodap...

    ReplyDelete
  2. Ahaa..patutlah semua gambar dari Yahoo..mesti kak Ita leka memilih doll house ni hikss
    Ha'a.lah..isis ikan di potongnya..nampak cam fun fries pulak..mmg kreatif..mesti rasa rangup dan manis kan...nyum..nyum
    ahaha...colok...adusss..tepuk dahi..
    Cantik lah doll house tu..mesti CK suka dan syg sama ibunya..wlpun tak dpt ikut dpt adiah heee

    ReplyDelete
  3. Salam Ita..saya tak dapat ke masjid sebab dah salah jalan!!

    ReplyDelete